Anda di halaman 1dari 8

TILAWAH AL-QURAN

KAEDAH AL-BAGHDADI DAN


KAEDAH HARAKI
: KAJIAN PERBANDINGAN

OLEH
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

TILAWAH AL-QURAN KAEDAH AL-BAGHDADI DAN KAEDAH HARAKI


: KAJIAN PERBANDINGAN

Kertas Cadangan ini bertujuan mengkaji perbandingan kaedah bacaan al-Quran


Kaedah Al-Baghdadi yang dipraktikkan di Pusat Pengajian Al-Baghdadi Learning Centre
di Taman Prima Gombak, Selangor dan Kaedah Haraki di Masjid Alam Impian,Shah
Alam, Selangor. Penulis berhasrat untuk mengkaji kekuatan dan keistimewaan yang
terdapat dalam dua kaedah ini, untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah Negeri Sembilan
khususnya dan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia umumnya.

1.1 PENGENALAN

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mempunyai kuasa mukjizat. Ia diturunkan


kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dan diterima oleh Rasulullah
SAW secara teratur tanpa sebarang keraguan sedikitpun tentang isi kandungannya. Ia
kemudiannya ditulis pada mushaf serta disalinkan kepada baginda secara mutawatir dan
menjadi ibadah kepada pembacanya dan pendengarnya.Islam menggalakkan umatnya
membaca Al-Quran kerana membacanya mendatangkan rahmat serta manfaat kepada
umat Islam.Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 89 yang bermaksud:

“Dan Kami (Allah) menurunkan kepada kamu Al-Quran untuk dijadikan


penjelasan kepada sesuatu dan petunjuk serta rahmat juga khabar gembira bagi seluruh
orang Islam”.

Cabaran mendidik anak-anak generasi Z mencintai al-Quran sangat mencabar dan


memerlukan kreativiti yang tinggi.Anak-anak yang lebih cenderung kepada gajet tidak
menunjukkan minat kepada pembelajaran melalui kaedah traditional.Corak pembelajaran
yang digemari oleh mereka lebih bersifat interaktif serta tidak membosankan.Oleh itu
kemunculan pelbagai kaedah dan teknik membaca Al-Quran telah banyak membantu
mengembangkan ilmu qiraat Al-Quran.

1
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Kaedah pengajaran yang sesuai dengan peredaran zaman dan perkembangan


anak-anak sangat diperlukan bagi menarik hati mereka suka dan cinta pada Al-
Quran.Pembacaan Al-Quran yang dianggap sukar dan membosankan perlu diterapkan
dalam diri pelajar dengan pelbagai kaedah yang menarik dan sistematik. Saidina Umar al-
Khattab pernah berkata, “ Didiklah anak-anak mengikut zamannya.”

Justeru, kajian kepada dua kaedah yang dipelopori oleh dua insan pendidik
tempatan yang hebat menjadi tarikan masyarakat ini perlu saya ketengahkan dengan
mendalami keberkesananya dalam bidang tilawah Al-Quran yang diasaskan oleh Ustaz
Jalaluddin bin Haji Hassanuddin mengambil nama kaedah “Al-Baghdadi sempena nama
Kota Baghdad di mana tempat beliau menerima ijazah pertama dalam bidang Pengajian
Bahasa Arab dan Al-Quran.Manakala Kaedah Haraki pula dipelopori oleh Ustaz Zakaria
bin Nasirudin mengambil nama “Haraki” berasal daripada perkataan harakah iaitu
pergerakan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Isu dan permasalahan membaca Al-Quran yang meliputi aspek kemahiran lisan,
kelancaran bacaan, kemahiran fasohah, tilawah bertajwid dan bacaan secara tartil, tahsin
dan tadwir dalam kalangan pelajar Islam masih berlaku samada di peringkat sekolah
rendah, menengah atau di Institusi Pengajian Tinggi.Bahkan ada di antara mereka yang
masih buta Al-Quran.Banyak kajian telah dijalankan untuk mengetahui sejauhmana
kemampuan pelajar-pelajar Islam untuk mampu menguasai kemahiran bacaan Al-Quran
dengan baik dalam semua aspek bacaan.

Antaranya adalah menerusi kajian Mohamad Naim Mat Salleh (2008), mendapati
hanya 10.9% murid yang boleh membaca Al-Quran, manakala 89.1% lainnya tidak boleh
membaca Al-Quran. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Said Bin Mohd (2006),
yang menunjukkan 0.6% responden kajiannya berada pada tahap lemah dan 38.1%
responden berada pada tahap sangat lemah dalam aspek penilaian bacaan Al-Quran
mereka. Bertitik tolak dari beberapa kajian ini penulis berpendapat teknik asas bacaan Al-

2
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Quran jika dimantapkan seawal usia kecil lagi,pastinya isu dan permasalahan terhadap
ketidakmampuan membaca Al-Quran dapat diatasi.

Beberapa kaedah pengajaran tilawah Al-Quran telah digunakan. Antara yang


paling popular digunapakai oleh umat Islam di Malaysia ialah kaedah
Baghdadiah,Qiraati,Iqra serta teknik teknik terkini iaitu antaranya Al Baghdadi, Haraki
dan sebagainya. Semua kaedah ini tidak lain tidak bukan adalah untuk melahirkan
individu yang pandai membaca Al-Quran. Dalam masa yang sama,teknik-teknik tersebut
dihasilkan supaya setiap individu itu dapat membaca Al-Quran dengan betul dan lancar
dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan kepada penilitian yang dilakukan, penulis mendapati teknik dan


kaedah pengajaran Al-Quran dan kajian-kajian berkaitan kemahiran membaca Al-Quran
di peringkat sekolah rendah amat kurang dijalankan khususnya kajian yang melibatkan
pembelajaran Al-Quran diperingkat mengenal huruf-huruf Al-Quran. Oleh yang
demikian, adalah diharapkan kajian ini dapat memenuhi keperluan semasa bagi
membantu memperkukuhkan lagi kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan murid-
murid terutamanya melalui teknik Al-Baghdadi dan Haraki setelah mereka menamatkan
pengajian di peringkat sekolah rendah.

1.3 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengalaman mengajar matapelajaran tilawah Al-Quran selama lebih kurang 7


tahun di sekolah rendah telah mendorong penulis untuk mengkaji kaedah-kaedah bacaan
yang terkini dan menyeronokkan.Bagi memenuhi matlamat program j-QAF,pelajar
berjaya khatam Al-Quran sebelum menjejakkan kaki di sekolah menengah maka
kebanyakan guru mengambil langkah mengajar dengan menggunakan kaedah baca ikut
guru (BIG).Memang benar,murid boleh khatam Al-Quran namun ia bergantung kepada
guru semata-mata.Lagipun kaedah ini membosankan pelajar.Lama-kelamaan mereka
akan terus meninggalkan Al-Quran.

3
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Norasikin Fabil (2003) mengatakan pendekatan yang digunakan dalam kitab


muqaddam dan iqra’, sebagai media bantuan dalam pembacaan Al-Quran masih terdapat
kelemahan kerana masih ramai yang gagal menguasai pembacaan Al-Quran dan tajwid
walaupun mereka sudah beralih kepada membaca Al-Quran sebenar.Penulis berminat
untuk mengkaji kedua-dua kaedah bacaan ini dengan lebih mendalam dan dekat kerana
kedua-dua kaedah bacaan ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri.

Fairuz Samsudin (2011) yang telah menjalankan kajian ke atas murid-murid lelaki
dan perempuan generasi pertama program j-QAF Kohort 2005.Beliau cuba melihat
tentang tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam Al-Quran j-QAF
ke atas 3443 orang murid di 23 buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Muda, Yan
Kedah mendapati 81% murid telah menguasai bacaan Al-Quran dan 18.4% murid masih
di dalam sukatan Iqra’ buku satu hingga enam.Walaubagaimanapun,matlamat utama
program ini adalah untuk mencapai 100% khatam Al-Quran belum tercapai kerana
terdapat murid yang buta Al-Quraan dan gagal menghabiskan sukatan khatam Al-Quran
bersama guru.

Kajian mereka juga mendapati antara faktor yang menyebabkan murid lemah
dalam tilawah Al-Quran adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah dan teknik yang
kurang berkesan dalam proses pengajaran yang diamalkan oleh guru.Ustaz Jalaludin bin
Hasanuddin merupakan pengasas kaedah mengaji Al-Baghdadi yang telah memberi satu
anjakan baru dalam pembelajaran al-Quran dengan kaedahnya yang unik menggunakan
“alat ketuk” dan menarik minat semua peringkat umur untuk mempelajari al-Quran
manakala kaedah Haraki menggunakan simbol pergerakan badan yang menghiburkan.

4
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut, iaitu untuk :

1.4.1 Memperkenalkan teknik-teknik bacaan Al-Quran yang digunapakai dalam proses


pengajaran dan pembelajaran Al-Quran terhadap kanak-kanak di Malaysia.
1.4.2 Menjelaskan metodologi serta kaedah pengajaran yang ditekankan menerusi
teknik Al-Baghdadi dan Haraki.
1.4.3 Menganalisa perbezaan kemampuan bacaan al-Quran menerusi Kaedah Al-
Baghdadi dan Kaedah Haraki.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa permasalahan utama kajian iaitu:

1.5.1 Apakah teknik-teknik bacaan Al-Quran yang digunapakai di Malaysia?


1.5.2 Apakah bentuk kaedah pengajaran yang ditekankan di dalam teknik Al-Baghdadi
dan Haraki?
1.5.3 Apakah perbezaan kemampuan pelajar membaca Al-Quran dengan baik menerusi
penguasaan mereka terhadap teknik Al-Baghdadi dan Haraki?

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan dua bentuk metodologi yang utama iaitu kualitatif
dan kuantitatif. Bagi mendapatkan segala maklumat penulis juga akan menggunakan
kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan digunakan untuk
mengumpul bahan bertulis berbentuk fakta, dokumentasi, buku-buku, jurnal, artikel
penulisan dan majalah.

5
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

Disamping itu, dalam menjalankan kajian ini, penulis telah mengenalpasti


metode-metode utama yang akan digunakan iaitu :

i- Metode Penentuan Subjek


ii- Metode Pengumpulan Data (Terdiri daripada kaedah historis, kaedah
dokumentasi, kaedah soal selidik, kaedah wawancara, kaedah pemerhatian
dan kaedah ujian bacaan Al-Quran.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan seperti berikut:

1.7.1 Mengenalpasti teknik belajar dan mengajar Al-Quran yang terbaik dan sesuai
digunakan terhadap kanak-kanak terutamanya dalam kelompok yang besar.
1.7.2 Mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan ibubapa mengenai
teknik bacaan Al-Quran yang komprehensif lagi praktikal dan sesuai untuk murid-
murid sekolah rendah masakini.
1.7.3 Membantu secara tidak langsung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
untuk memartabatkan Al-Quran dan mengurangkan lagi gejala buta bacaan Al-
Quran.
1.7.4 Memartabatkan Syiar Islam melalui Al-Quran dengan memberi idea dan
cadangan penambahbaikan terhadap kedua-dua teknik belajar membaca Al-Quran

6
ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
850131146167
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

1.8 BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim

Fairuz Samsudin (2011). Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul
khatam Al-Quran j-QAF:satu kajian di sekolah kebangsaan daerah Kuala
Muda,Yan. Bangi , Tesis Master Open Universiti Malaysia.

Mohd Naim Mat Salleh (2008).Pencapaian Tilawah Al-Quran melalui program j-QAF
Bagi Muird-Murid Sekolah Rendah Daerah Setiu,Terengganu. Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral,Institut Perguruan Kuala Terengganu,Terengganu.

Norasikin Fabil et.al. (2003).Teknologi multimedia:Satu inovasi pendekatan “Talaqqi


Musyafahah” dalam Perkaedahan pengajaran Pendidikan Islam:antara tradisi
dan inovasi Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Bangi,Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Saidi bin Mohd (2006).Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan


Empat di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Terengganu.
Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai