Anda di halaman 1dari 8

AYAT TUNGGAL

 Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

 Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seruan.

 Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri
daripada FN, FK, FA dan FS.

Contoh :

Subjek Predikat
1. Tan Kong Joo pelajar sekolah.
2. Motosikalnya telah rosak.
3. Pemandangan hijau di bandar itu amat memukau.

Frasa nama sebagai subjek.

Subjek Predikat
1. Buah itu masam.
2. Ibunya sakit.
3. Balai raya ini orang ramai.

Kata ganti nama diri sebagai subjek.

Subjek Predikat
1. Dia anak bongsu.
2. Beliau guru saya.
3. Dia adik Ragunathan.
Kata kerja sebagai subjek.

Subjek Predikat
1. Membaca buku ialah hobinya..
2. Bersenam dapat menyihatkan badan.
3. Mencuri perbuatan yang salah.

Kata adjektif sebagai subjek.

Subjek Predikat
1. Cergas bermakna badan sihat.
2. Hijau warna kesukaannya.
3. Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.

(a) Frasa nama sebagai predikat


i. Encik Zulkifli pegawai polis.
ii. Kakaknya doktor mata.
iii. Bangunan itu kediamannya.
iv. Bilik itu stor barang.

(b) Frasa kerja sebagai predikat


i. Dia makan mi goreng.
ii. Anjing itu menyalak musuh.
iii. Mereka tidur.
iv. Adiknya menangis.

(c) Frasa adjektif sebagai predikat


i. Keropok ini sangat rangup.
ii. Rumah itu sangat besar.
iii. Abangnya sangat bijak.
iv. Budak itu baik sungguh.

(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.


i. Buku ini untuk adik.
ii. Ayah ke Kuala Lumpur.
iii. Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
iv. Wajahnya seperti bintang terkenal itu.
Menukarkan Ayat Tunggal Kepada Ayat Majmuk
(a) Menggunakan Kata Hubung Gabungan

Ayat Tunggal Kata Hubung Ayat Majmuk


Gabungan
i) Arif suka tinggal di situ. dan Arif dan adiknya suka tinggal di situ.
ii) Adiknya suka tinggal di situ.
i) Cuaca di negeri itu panas? atau Cuaca di negeri itu panas atau dingin?
ii) Cuaca di negeri itu dingin?
i) Arif mahu tinggal di situ. tetapi Arif mahu tinggal di situ tetapi ayahnya
ii) Ayahnya terpaksa pulang terpaksa pulang ke Malaysia.
ke Malaysia.

(b) Menggunakan Kata Hubung Berpasangan

Ayat Tunggal Kata Hubung Ayat Majmuk


Perpasangan
i) Alia pandai bernyanyi. bukan saja .... Alia bukan saja pandai bernyanyi tetapi
ii) Alia pandai menari. tetapi juga juga pandai menari.

(c) Tanpa Menggunakan Kata Hubung

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Ayat Tunggal Ayat Majmuk
i) Baju saya basah kuyup. Baju saya basah kuyup ditimpa hujan.
ii) Baju saya ditimpa hujan.
AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang subjek atau predikat mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

Contoh :

1. Aliff dan keluarganya tinggal di Kuala Kangsar.


2. Suasana menghijau dengan pelbagai taman yang mengelilingi tasik cukup mengujakan.
3. Kepalanya sakit memikirkan masa hadapan anak-anaknya.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:


a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,
serta, atau, tetapi, maka, sambil dan sebagainya.

Ayat Majmuk Gabungan

Contoh 1 :

a) Idayu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.


b) Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Idayu dan Moqrieyz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Contoh 1 :

a) Fareeza seorang pelajar yang garang.


b) Fareeza seorang pelajar yang ganas.

Fareeza seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.


Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
pancangan.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:


i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung “yang”
untuk membentuk Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif

Ayat induk : Nurisma membaca majalah itu.


Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
Nurisma membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Ikram duduk di atas bangku.


Ayat kecil : Ikram itu adik saya.
Ikram yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Ayuni mempunyai dua helai baju.


Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
Ayuni mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung “bahawa” dan
“untuk”.

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Wais berjanji.


Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
Kata hubung : bahawa
Wais berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ismaliyana pergi ke pasar.


Ayat kecil : Ismaliyana membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

 Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan
ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
 Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan
keterangan, iaitu:

Keterangan sebab/ musabab –> kerana, lantaran, oleh sebab, sebab

Keterangan syarat –>jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu –>sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila, sementara

Keterangan pertentangan –>walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun,


namun, sedangkan

Keterangan harapan–> supaya, agar, semoga, moga-moga,kalau-kalau

Keterangan cara –>dengan

Keterangan perbandingan –>seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat

Keterangan tujuan –> untuk , demi ,bagi

Keterangan akibat –> hingga , sehingga


Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Meon tidak pergi ke padang.


Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
Meon tidak pergi ke padang kerana hari hujan.(Keterangan sebab)

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.


Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
Aisyah sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.(Keterangan waktu)

Ayat induk : Alia menghiris bawang.


Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
Alia menghiris bawang dengan menggunakan pisau.(Keterangan cara)

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Campuran

Ayat tunggal : Luqman sedang membaca surat khabar.


Ayat komplemen : Adik sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.
Luqman sedang membaca surat khabar manakala adik sedang memasak untuk tetamu yang
akan datang ke rumah.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.


Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang
itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.


Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.
Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi
bermain bola.

Anda mungkin juga menyukai