Menukarkan Ayat Cakap Ajuk
Menukarkan Ayat Cakap Ajuk
(b) Ayat Larangan Contoh : “Jangan bermain di tepi sungai tu kerana bahaya,”
kata Ali kepada Ahmad.
Jawapan: Ali melarang/menegah Ahmad bermain di tepi
sungai itu kerana berbahaya.
(c) Ayat Permintaan Contoh : “Tolong bawa kerusi ini ke kelas,” kata Cikgu Ali
kepada pelajar itu.
Jawapan: Cikgu Ali meminta pertolongan daripada pelajar
untuk membawa kerusi itu ke kelas.
(d) Ayat Silaan Contoh : “Silalah masuk,” kata Ali kepada kawannya
Jawapan : Ali mempersilakan/ menjemput kawannya
masuk
Latihan Pengukuhan
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
1. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
2. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
3. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________