Anda di halaman 1dari 1

Surau Nurul Hidayah

Kampung Sri baka,


Batu 20 Sengkang, Bukit Gambir
84800 Tangkak Johor No Tel: 017-2679227

Rujukan: SNH/2021/1/TAD – (3)


Tarikh : 5 April 2021

Pengerusi
Masjid At Taqwa
Kampung Sengkang Batu 22,
Bukit Gambir,
84800 Tangkak, Johor

Yang Berbahagia Tuan,

PERMOHONAN PERMAIDANI TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN SURAU NURUL


HIDAYAH, KAMPUNG SRI BAKA, SENGKANG BATU 20

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, permaidani di ruangan solat wanita dan


verandah Surau Nurul Hidayah, Kampung Sri Baka Batu 20 Sengkang, Bukit Gambir
adalah didalam keadaan yang sangat lusuh dan tidak lagi boleh digunakan.

3. Oleh yang demikian, mohon peruntukan untuk permaidani terpakai dari pihak
Masjid At Taqwa untuk kegunaan Surau Nurul Hidayah. Dengan adanya permaidani
tersebut, diharap jemaah surau dapat beribadah dengan selesa sempena
menyambut bulan Ramadan Al Mubarak tidak lama lagi.

4. Sekian untuk kelulusan dan tindakan pihak Tuan selanjutnya.

Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah

HAJI ZAHARI BIN ATAN


Pengerusi
Surau Nurul Hidayah
Kg Sri Baka, Batu 20 Sengkang

Anda mungkin juga menyukai