Anda di halaman 1dari 18

Kajian Sejarah

Kaedah Penyelidikan Sejarah


 memberi kefahaman tentang asal usul sesuatu
kejadian dan perspektif situasi tersebut pada masa
kini ini.
 Sesuatu peristiwa sejarah berlaku hasil interaksi
pelbagai faktor atau pemboleh ubah.
 Kajian terhadap peristiwa, perkembangan atau
pengalaman yang telah berlaku secara objektif
dan sistematik
 bertujuan untuk memberi perspektif baru
terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan atau
pengalaman pendidikan.
Kepentingan
 Penting bagi memberi perspektif terutama
dalam keadaan krisis yang tidak dapat
diselesaikan dengan kaedah lain.
 Penting bagi mengumpulkan serta
menentukan fakta dan bukti secara
sistematik dan objektif dan kesimpulan
tentang peristiwa tertentu dibuat
berdasarkan fakta dan bukti yang
dikumpulkan itu.
Kedudukan Penyelidik

 Penyelidik tidak terlibat secara langsung


dengan peristiwa, perkembangan atau
pengalaman yang dikaji.
 Penyelidik hanya menentukan masalah,
sumber bukti, dan membuat kesimpulan
tentang peristiwa.
 Tidak ada masalah pengaruh di antara
penyelidik dengan subjek yang dikaji.
Batasan
 Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas
perlakuan dan persampelan peristiwa,
perkembangan atau pengalaman pendidikan.
 Peristiwa telah berlaku, objek dan individu
yang terlibat adalah khusus dan telah
ditentukan, dan penyelidik tidak mempunyai
peluang mengulangi peristiwa yang telah
berlaku.
Langkah Kajian Sejarah

1. Mengenal pasti masalah.


2. Mengumpul bukti.
3. Mengkritik bukti.
4. Membentuk “hipotesis”.
5. Mentafsir dan melapor.
1. Mengenal Pasti Masalah

 Penyelidikan bermula apabila timbul


persoalan tentang sesuatu peristiwa
yang telah terjadi.
 Justeru itu, pengenalpastian masalah
mestilah mengambil kira faktor-faktor
yang berkait dengan sesuatu peristiwa
 Perlu mengenal pasti dengan tepat
masalah yang ingin dikaji.
2. Pengumpulan Bukti
 Bahan rujukan sejarah:
- Bahan bercetak: rekod, laporan, surat,
buku, minit mesyuarat, surat pekeliling,
autobiografi, wasiat, akta, enakmen,
rekod kedatangan, kontrak, dll.
- Objek/benda: artifak, bangunan,
peralatan, pakaian, filem, gambar, duit
syiling, dll.
- Manusia: individu tertentu seperti
informan yang pernah mengalami
kejadian itu.
- Mengetahui di mana sumber berada.
Dua sumber utama bukti:
1. Sumber Asli/Primer
 berkait secara langsung dengan
peristiwa seperti kesan tinggalan,
artifak, saksi dan pemerhati yang
menjadi perantara antara peristiwa
dengan penyelidik.
 Menghasilkan maklumat asal tentang
sesuatu peristiwa yang dikaji.
2. Sumber sekunder
 maklumat yang diperoleh dari sumber asli
seperti laporan akhbar, mesyuarat, makalah
jurnal, dan buku.
 menjadi perantara antara sumber asli dengan
penyelidik
 bertindak sebagai pihak ketiga antara
peristiwa dengan penyelidik
 Matlamat sumber sekunder adalah
mendapatkan maklumat daripada sumber
asli.
 Kebanyakan penyelidikan sejarah
menggunakan sumber sekunder.
3. Kritikan Bukti
 Bukti dari sumber pertama dan kedua
perlu diperiksa kesahihan dan
kepentingannya dengan menilai
maklumat dari sumber.
 Kritikan luaran
- Dilakukan bagi memeriksa kesahihan
dan keaslian bukti.
- Teknik: pengesahan tulisan, tanda
tangan, analisis kimia.
 Kritikan Dalaman
 dilakukan bagi menentukan tahap
kepentingan bukti yang asli sebagai
penghurai atau pendokong
“hipotesis” penyelidik.
 Contoh: menilai sama ada sesuatu
sumber itu merupakan sumber yang
terbaik untuk dirujuk oleh penyelidik.
4. Pembentukan hipotesis
 Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan
dikritik kesahihan dan kepentingannya.
 Berasaskan bukti, penyelidik menjelaskan
peristiwa dengan merungkai kaitan-kaitan
tersembunyi, menghurai hubung jalin yang
wujud, mengupas prinsip yang ada dan
menerangkan mengapa dan bagaimana
peristiwa itu berlaku secara logik.
 “Hipotesis” yang dibina dijadikan asas untuk
mendapatkan lebih banyak bukti; hipotesis
penyelidik mungkin berubah mengikut bukti
yang dikumpul.
 Penyelidik harus memastikan hipotesis yang
dibentuk mempunyai liputan yang
menyeluruh tentang masalah kajian.
 Hipotesis biasanya berbentuk sebab-
musabab.
 Hipotesis juga bertujuan:

 Menjelaskan sesuatu peristiwa


 Menyemak pelbagai aspek
masalah yang dikaji
 Mengelaskan orang, benda,
bidang, kawasan, dan masa atau
zaman.
5. Mentafsir Dan Melapor

 Selepas pengumpulan bahan dan


pembentukan hipotesis, penyelidik akan
menafsir maklumat daripada bahan.
 Memerlukan kreativiti dan kebolehan
untuk mengolah bahan.
 Penyelidik perlu memelihara ketepatan
tafsiran berdasarkan bukti yang ada di
samping menyampaikannya dalam
bentuk yang menarik dan menyakinkan.
 Laporan harus dibuat secara
menyeluruh (umum-khusus).
 Penafsiran dibuat secara sistematik,
mengikut kronologi atau topik atau
gabungan kronologi dan topik.
 Harus menjelaskan pendapat yang
berbeza-beza tentang peristiwa yang
sama.
 Keupayaan penyelidik memberi
prespektif baru terhadap sesuatu
peristiwa terserlah apabila beliau
berupaya mengupas dan
menjelaskan pertentangan yang
wujud pada kajian-kajian lepas
terhadap peristiwa yang sama.
 Dapatan perlu disebarkan bagi
memperkukuhkan teori,
pemahaman dan penghayatan
terhadap sesuatu peristiwa.

Anda mungkin juga menyukai