Anda di halaman 1dari 3

OTHELLO

Daripada pekarangan. Sementara itu 1Othello pun menyuruh 2Desdemona bersiap-


siap menyediakan mati dan membaca istighfarnya dan doa taubatnya. Kerana
katanya ia tiada hendak membunuh roh Desdemona. Maka perempuan 3yang mulia
itupun rebahlah pada kakinya seraya meminta kasihani serta minta hendak tahu apa
kesalahannya yang mematutkan ia mati itu. Maka oleh Othello disebutnya nama
4
Cassio dan dari hal sapu tangan yang katanya telah diberikan oleh Desdemona
kepada Cassio itu. Akan Desdemona apabila didengarnya sahaja perkataan itu
segeralah ia hendak menerangkan kebenarannya, kerana yang sebenarnya ia
bersih tiada membuat segala perkara 5yang dituduhkan oleh suaminya itu. Akan
tetapi serta-merta itu juga Othello tiada mahu mendengar apa-apa perkataan lagi
melainkan terus ditimbunkannya segala kain-kain tempat tidur itu kemuka isterinya
itu lalu dihimpitnya. Maka lemaslah Desdemona, hingga habis nyawanya.

Hatta pada saat itu juga pula orang masuk kedalam rumah itu mengangkat Cassio.
Ia telah luka parah ditikam orang dan badannya penuh berlumur darah. Yang
menikam dia itu ialah seorang 6yang diupah oleh 7Yago 8menghendapkan dia suruh
bunuh diam-diam apabila ia berjalan seorang diri. Tetapi ia tiada dapat membunuh
Cassio hanya dapat ditikamnya sahaja tidak mati. Bahkan ia sendiri dibunuh pula
oleh Yago supaya jangan ia mengatakan kepada orang bahasa Yago yang
menyuruh dia menikam Cassio itu. Tetapi Yago oleh cemas dan gempa hatinya
tiada ia cukup cermat dalam hal ini; mayat orang itu ditinggalkannya sahaja dengan
tiada sempat memeriksa kalau ada apa-apa benda tersimpan didalam bajunya.

1
Othello merupakan watak utama dalam karya Shakespear dan suami kepada Desdemona.
2
Desdemona merupakan isteri kepada Othello.
3
Dalam jawi Za’ba, dua perkataan iaitu “yang” dan “mulia” dieja secara bersama tetapi dalam ejaan jawi
moden, dua perkataan telah dieja secara berasingan.
4
Cassio pula merupakan watak yang telah dituduh berselingkuh bersama Desdemona iaitu isteri kepada
Othello.
5
Perkataan “yang” dan “dituduhkan” juga dieja secara bersama dalam ejaan jawi Za’ba tetapi kini dieja secara
terpisah dalam ejaan jawi moden.
6
Perkataan “yang” dan “diupah juga dieja secara bersama dalam ejaan jawi Za’ba tetapi kini dieja secara
terpisah dalam ejaan jawi moden.
7
Yago merupakan watak yang jahat iaitu orang yang menghasut Othello dan punca Othello salah faham dengan
isterinya.
8
Perkataan “menghendapkan” dan “dia” dieja secara rapat dalam ejaan jawi Za’ba tetapi dalam jawi moden
dieja secara terpisah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “menghendapkan” membawa maksud
menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, menggelapkan.
Maka apabila orang berjumpa mayat itu didapati dalam sakunya ada surat-surat
yang menerangkan dengan sahnya pasal kesalahan Yago dan kebenaran Cassio
dalam segala perkara ini. Sekarang ini Cassio dengan lukanya dan darahnya datang
kerumah Othello meminta ampun kalau ada apa-apa kesalahannya serta meminta
hendak tahu apakah kesalahannya kepada Othello itu, maka Othello telah
menyuruhkan Lago membunuh dia.

Apabila didengar oleh Othello segala hal ini maka seolah-olah seperti dipukul
halilintarlah rasanya ia, kerana barulah ia sedar sekarang dirinya itu seorang
pembunuh jiwa, dan nyatalah kepada isterinya yang mulia dan bersih itu telah
dibunuhnya dengan tiada dosa sekali-sekali. “Kasihanlah isteriku Desdemona!”
katanya, rupanya ia sentiasa setia dan kasih akan aku, hanya aku juga yang tiada
cukup usul periksa lagi!!” Maka tiadalah tertanggung-tertanggung lagi olehnya biasa
percintaan yang menghancur leburkan hati jantungnya itu tiadalah ia tahan hidup
lagi, lalu 9diradakkannya pedangnya kepada hulu hatinya seraya merebahkan dirinya
diatas mayat isterinya yang dikasihinya itu. Maka iapun matilah bertindih mayat
dengan isterinya dan kekasihnya.

Maka segala perbuatan yang dahsyat ini telah membangkitkan ngeri dan terperanjat
10
yang besar diantara segala orang-orang yang hadir itu, kerana Othello ini masyhur
11
seorang yang baik lagi terpuji segala kelakuannya dan perangainya. Taktala
12
sebelum ia dirosak oleh fikiran-fikiran yang diacumkan oleh iblis besar Lago itu
adalah ia seorang suami yang sangat pengasih dan penyayang. Bahkan daripada
tersangat baik hatinya segala asutan-asutan Lago itupun tiada tersangka sekali-
sekali olehnya. Ia telah mengasihi isterinya itu terlampau-terlampau sangat,
bukannya atas timbangan yang patut dan bijaksana. Maka apabila ia sedar akan
kesalahannya membunuh isterinya dengan tiada berdosa itu, mata hulubalangnya
yang tiada pernah menangis

9
Perkataan “diradakkannya” membawa maksud tusuk-menusuk,tohok-menohok, tombak-menombak
10
Perkataan “yang” dan “besar” dieja secara rapat dalam ejaan jawi Za’ba manakala dieja secara terpisah
dalam ejaan jawi moden.
11
Perkataan “yang” dan “baik” dieja secara rapat dalam ejaan jawi Za’ba manakala dieja secara terpisah dalam
ejaan jawi moden.
12
Perkataan “yang’ dan “diacumkan” dieja secara rapat dalam ejaan jawi Za’ba manakala dieja secara terpisah
dalam ejaan jawi moden. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “acum” yang digabungkan dengan kata
apitan di- dan -kan bermaksud menghasut supaya bermusuh-musuhan.

Anda mungkin juga menyukai