Anda di halaman 1dari 1

 

Laras Bahasa Undang-undang


Definisi -
Sejenis laras teknikal yang digunakan oleh pakar perundangan seperti peguam, hakim,
pendakwa dalam menulis atau bercakap mengenai undang-undang.
Ia merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu sejak zaman
dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini laras bahasa undang-undang lebih bersifat moden dan
banyak menggunakan istilah teknikal. Contohnya:-
“defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif
untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak releven dengan perbicaraan berkenaan”.

Ciri-ciri -
1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual dan sebagainya.
2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat dan diakhiri
dengan keputusan undang-undang.
3. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
4. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.
5. Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan
berbentuk akta (bahagian dan seksyen).
6. Terdapat istilah khusus yang kebanyakkannya dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
7. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.

Contoh Esei : Laras Bahasa Undang-undang


Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif
untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai