Anda di halaman 1dari 1

Analisis 5W 1H

 Analisis 5W 1H adalah salah satu alat mudah bagi memahami masalah sebelum
mengenal pasti punca sebenar masalah. Contohnya sebuah sekolah luar bandar ingin
menyelesaikan masalah murid sekolahnya yang selalu lewat hadir ke sekolah.
 W (WHAT) pertama ialah APA? Apa sebenarnya masalah dihadapi? Apakah tujuan
memahami masalah ini? Masalah yang dihadapi ialah sebilangan (15%) murid hadir
lewat ke sekolah setiap hari.
 W (WHO) kedua ialah SIAPA? Siapa murid yang terlibat. Murid terlibat adalah dari murid
Tahun 5 dan Tahun 1. Kebanyakan murid ini berasal daripada ibu bapa yang bertani dan
bekerja sendiri.
 W (WHERE) ketiga ialah DI MANA? Di mana lokasi mereka tinggal? Murid berkenaan
kebanyakan tinggal di lima kampung berjauhan yang tidak ada jalan raya yang sesuai,
terpaksa melalui sungai dan jambatan gantung.
 W (WHEN) keempat ialah BILA? Bilakan hari atau masa murid hadir lewat. Biasanya
murid akan lewat hadir pada hari Isnin dan hari Jumaat. Jika hujan lebat mereka tidak
dapat hadir kerana aras air sungai terlalu tinggi.
 W (WHY) kelima ialah KENAPA? Lakukan sumbang saran bagi mendapatkan idea kenapa
murid hadir lewat dengan mengambil kira semua maklumat di atas. Kebanyakan murid
hadir lewat kerana masalah jarak jauh. Kebanyakan mereka bertolak dari rumah seawal
jam 5 pagi untuk sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
 H (HOW) adalah BAGAIMANA? Iaitu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah
dengan membuat pemilihan penyelesaian terbaik. Antara keputusan yang boleh diambil
termasuklah menyediakan asrama bagi menempatkan murid berkenaan. Sekolah perlu
memohon peruntukan perjawatan warden asrama dari pihak yang boleh membantu.

WHAT? Kehadiran aktiviti kokurikulum sangat rendah

WHO?
60% (45 orang) murid Tahun 3-Tahun 6. Ahli biasa persatuan/kelab
(siapa mereka)

WHERE? Taman/kampung berdekatan. Ada beberapa murid tinggal agak


(tinggal di mana) jauh dari sekolah

WHEN?
Perjumpaan aktiviti persatuan /kelab pada sesi petang Rabu
(bila tak hadir)

• Jauh
WHY?
• Motivasi rendah • Tak penting
(Apakah sebab
• Tiada • Tak minat aktiviti
mereka enggan hadir)
pengangkutan
45 murid Tahun 3 – Tahun 6.
HOW MANY? Apa tindakan???
HOW??? Iaitu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan
membuat pemilihan penyelesaian terbaik.

Anda mungkin juga menyukai