Anda di halaman 1dari 2

1. Minta Followers Upload Gambar.

Asyik anda je upload gambar sendiri. Apa kata kali ini anda minta followers anda
yang telah beli produk atau gunakan servis anda upload gambar mereka dengan produk
anda.
Anda boleh beri hadiah untuk gambar yang paling menarik. Ini akan membantu cipta
engagement antara anda dengan followers FB Page anda.
Mungkin juga ada antara followers yang akan beli produk anda semata-mata nak
bergambar dengannya dengan harapan boleh menang hadiah yang ditawarkan. Jadi,
hadiah pun perlu menarik.

2. Pertandingan Reka Ayat Terbaik.


Cuba upload satu gambar yang unik dan minta followers anda cipta satu caption
tentangnya. Pilih gambar yang lucu, yang memberikan inspirasi atau yang memerlukan
mereka berfikir sedikit
Anda juga boleh upload sebahagian dari gambar dan minta mereka teka gambar apa
sebenarnya seperti Peraduan Teka Gambar. Anda boleh minta mereka sharekan dengan
orang lain.

3. Like Page Bisnes Lain.


Jangan kedekut sangat Like anda. Tak salah jika anda Like Facebook Page Bisnes
lain. Bila anda Like dan selalu Follow posting mereka dan komen, anda sedang
mencipta interaksi dengan Followers FB Page Bisnes tersebut.
Dan, mereka juga akan tertarik dan ke laman Facebook anda dan buat perkara yang
sama. Cari Page Facebook Bisnes yang sama permikiran dengan anda.
Ini penting untuk cipta kesamaan atau bina kesefahaman ideologi. Anda juga boleh
share posting mereka dan ini akan cipta sesuatu kelainan dari posting anda yang
biasa.

4. Minta Pengguna Sharekan Tip.


Sekali-sekala, tanya Followers dan Likers Facebook anda untuk kongsikan tips atau
buat tutorial menggunakan produk anda. Anda tak tahu, mungkin mereka ada idea yang
lebih kreatif dari apa yang anda sangka.
Jika tips dan tutorial yang mereka berikan adalah menarik, ianya dah jadi satu
testimoni kepada anda. Jangan lupa berikan response kepada tips dan tutorial yang
mereka berikan. Boleh?

5. Gunakan teknik “Adakah Anda Tahu”.


Share sebanyak ilmu yang boleh. Ilmu yang anda nak kongsi tak semestinya berkaitan
dengan produk anda, tapi untuk cipta engagement dan interaksi.
Contoh, anda boleh tanyakan soalan seperti Adakah Anda Tahu, Beruang Mempunyai 42
Batang Gigi? Dan anda boleh sambung dengan ayat lucu seperti “Cer tengok, gigi anda
ada berapa?”
Atau anda boleh kongsikan kisah berkaitan dengan soalan anda. Jika ianya menarik
dan anda mampu postingkannya beberapa kali seminggu, anda akan cipta satu followers
yang tertunggu-tunggu posting sebegini dari anda.

6. Adakan Undian.
Kadang-kadang, anda perlu dengar pendapat Followers dan Likers anda juga. Anda
boleh ciptakan satu soalan dengan pilihan jawapan dan minta mereka undi.
Contohnya, jika anda nak buat produk baru, anda boleh minta mereka pilih antara 3
jenama produk yang anda dah fikirkan tetapi tak tahu nak buat keputusan.
Bila anda minta mereka undi, ianya akan buatkan mereka rasa, pandangan mereka
diperlukan dan dihargai. Buat Followers rasa best, anda akan rasa best juga.
InsyaAllah.
7. Tanya Soalan.
Gunakan posting yang bersifat soalan. Gunakan teknik soalan Siapa, Di mana, Kenapa,
Bagaimana, Apa dan Bila? Soalan yang anda tanyakan boleh berkaitan dengan produk
atau berkaitan dengan apa sahaja.
Atau anda boleh saja lontarkan soalan seperti nak minta bantuan mereka contoh,
Siapa tahu, hotel manakah yang paling best di Langkawi?
Dengan cara ini, anda boleh create engagement dengan orang Langkawi sendiri atau
mereka yang dah pernah pergi Langkawi. Dan jika ianya berkatan dengan produk anda,
lagilah bagus.

8. Isikan Tempat Kosong.


Ini pun satu lagi jenis posting yang selalunya dapat buatkan anda berinteraksi
dengan baik bersama Followers dan Likers Facebook Page anda. Sediakan satu ayat dan
minta mereka isikan tempat kosong atau sambung ayat tersebut.
Sebagai contoh, jika anda peniaga produk kecantikan anda boleh guna gunakan ayat
ini “Setiap kali saya menggunakan produk ABC saya akan _____” Jangan lupa untuk
response kepada komen mereka.

9. Minta Berikan Idea.


Orang ramai suka beri pendapat dan idea. Beri mereka peluang untuk tunjukkan skill
dan kemahiran mereka. Sekali-sekala, bagus untuk beri peluang sebegini kepada
mereka sebagai tanda penghargaan.
Anda boleh tanyakan sebarang soalan dan minta mereka beri idea dan bantu anda
menyelesaikan apa-apa kekusutan yang anda hadapi.
Posting sebegini juga tunjukkan bahawa anda adalah manusia dan bukan sekadar nak
beri sahaja tapi anda juga nak menerima. Kami harapkan 9 perkongsian ini dapat
bantu anda fikirkan idea untuk posting anda seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai