Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

SJK (T) SUBRAMANIYA BARATHEE


CHANGKAT MINDEN JALAN 1,
11700 GELUGOR,
PULAU PINANG.

Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga, Tarikh : 19 April
2021

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan


_________________________ dari kelas _________________ telah dipilih untuk mengikuti
Program Pemulihan Khas bagi matapelajaran __________________ yang dijalankan di sekolah.

2. Program Pemulihan Khas ini bertujuan untuk membantu murid yang telah dikenalpasti
masih tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program yang akan
dijalankan bergantung kepada tahap pencapaian anak/jagaan tuan. Pencalonan nama anak/jagaan
tuan adalah berdasarkan pencapaian dalam Bahasa Melayu/ Matematik berdasarkan Instrumen
Saringan yang telah dijalankan.

3. Program Pemulihan Khas ini akan dijalankan di Kelas Pemulihan Khas hanya pada masa
yang telah ditetapkan. Oleh itu, pihak sekolah amat berharap tuan sebagai ibu bapa/penjaga dapat
memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan anak/jagaan tuan dapat menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Untuk itu, saya mengucapkan
terima kasih dan semoga anak tuan dapat menjadi murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran.

4. Tuan juga diminta mengisi Surat Kebenaran untuk membenarkan anak tuan mengikuti
program yang akan dijalankan ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. S. Dhurgavathi.
Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

_____________________________
( )
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SJK (T) SUBRAMANIYA BARATHEE
CHANGKAT MINDEN JALAN 1,
11700 GELUGOR,
PULAU PINANG.

Kepada:
GURU BESAR, Tarikh :

Tuan/Puan,

KEBENARAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak/jagaan saya _________________________


dari kelas _________________ dibenarkan/tidak dibenarkan untuk mengikuti Program
Pemulihan Khas bagi matapelajaran __________________ yang dijalankan di sekolah.

2. Saya faham bahawa pencalonan nama anak/jagaan saya adalah berdasarkan pencapaian
dalam Bahasa Melayu/ Matematik berdasarkan Instrumen Saringan yang telah dijalankan dan
anak saya memerlukan kelas ini untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira dengan cepat.

3. Saya sedia memberi kerjasama kepada pihak tuan untuk mendorong pendidikan
anak/jagaan saya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________________
( )

No. Tel :

Anda mungkin juga menyukai