Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

KESATRIA NEGARA ll (HBU121)

SEM 3

TUGASAN INDIVIDU: KERTAS KERJA TEMPUR TANPA SENJATA

DISEDIAKAN KEPADA:

JURULATIH: EN. MAHADZIR BIN ISMAIL

PEMBANTU JURULATIH: KOMANDER MUHAMMAD BILAL HAKIM BIN AZIM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NUR AMIRA FATINI BINTI HAMZAH

ID PELAJAR: 2019224666

KUMPULAN: KCS110/3J

KELAS: HBU 121 2B


ISI KANDUNGAN
BI SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
L
1 PENGHARGAAN 3

2 PENGENALAN TEMPUR TANPA SENJATA (TTS) 4

PELAJARAN (1): ASAS TUMBUKAN

3 PELAJARAN (2): ASAS TANGKISAN 5

4 PELAJARAN (3): ASAS TENDANGAN 5

5 PELAJARAN (4): ENAM PERGERAKAN ASAS 6-8

6 PELAJARAN (5): TIGA LANGKAH BERTARUNG 8-9

7 PENUTUP 10

8 LAMPIRAN RUJUKAN 11

2|Page
PENGHARGAAN

Alhamdulillah,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini bagi kod (HBU 121) dengan penuh jayanya. Tanpa keredhaan-Nya, tidak
mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun. Saya mengucapkan sepenuh
penghargaan kepada;

En Mahadzir Bin Ismail,


Jurulatih Kesatria Negara (HBU 121) bagi kelas 2B, di atas kepercayaan beliau memberi tugasan
ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya. Dimana beliau banyak membantu saya
sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Semoga jasa baik beliau akan diganti dan diganjari
dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha serta sentiasa menitipkan doa-
doa untuk keberkatan saya dalam menimba ilmu. Mereka juga banyak menyokong saya dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk meghasilkan tugasan ini. Dan saya juga ingin
menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu
dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. Dalam
menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini
dilakukan. Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini.
Syukur Alhamdulillah.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau

sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3|Page
TEMPUR TANPA SENJATA (TTS)
Tempur Tanpa Senjata (TTS) merupakan salah satu seni bela diri yang dipraktikkan atau

menggunakan tangan kosong sebagai penangkis serangan dari pihak musuh. Secara teknikalnya,

Tempur Tanpa Senjata (TTS) ada menerapkan beberapa elemen tentang mempertahankan diri

seperti tangkisan, tumbukan, kuncian dan beberapa gerakan lagi. Seni bela diri ini biasanya

diajar kepada pasukan pengaman, angkatan tentera dan polis hutan serta komander.

Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau

Hand to Hand Combat adalah salah satu cabang pertempuran jarak dekat iaitu (close combat)

yang diguna pakai oleh pasukan tentera dan pasukan khas diseluruh dunia. 'Jarak Dekat'

bermaksud jarak yang membolehkan sentuhan fizikal.

PELAJARAN (1): ASAS TUMBUKAN


ASAS TUMBUKAN

Dalam asas tumbukan ini terdapat 3 jenis tumbukan iaitu:

1. Satu kali tumbukan


2. Dua kali tumbukan
3. Tiga kali tumbukan

PELAJARAN (2): ASAS TANGKISAN


4|Page
Terdapat empat asas tangkisan yang kita perlu tahu iaitu:
1. Menangkis ke bawah
2. Menangkis ke atas
3. Menangkis dari luar ke dalam
4. Menangkis dari dalam ke luar

PELAJARAN (3): ASAS TENDANGAN

Tujuan gerak menangkis adalah sebagai usaha pertahanan dan untuk membendung serangan
dari lawan.
1. Tendangan ke Hadapan (Front Kick)
2. Tendangan Merusuk (Turning Kick)
3. Tendangan Mengiring (Side Kick) Menunjukkan 4 asas tendangan
4. Tendangan ke Belakang (Back Trus Kick)

PELAJARAN (4): ENAM PERGERAKAN ASAS


5|Page
(Pergerakan 1) (Pergerakan 2)
1. Menangkis ke bawah dengan keadaan back stand dan menumbuk ke hadapan kiri dan
kanan dalam posisi langkah panjang.

2. Menangkis di tengah dan menumbuk ke hadapan kiri dan kanan.

(Pergerakan 1)
(Pergerakan 2)

3. Dalam kedudukan back stand menangkis ke atas dan menumbuk ke hadapan kiri dan
kanan dalam posisi langkah panjang.

6|Page
(Pergerakan 1) (Pergerakan 2)

(Pergerakan 3)

4. Dalam kedudukan back stand menangkis pisau tangan berganda, menendang ke


hadapan dengan kaki kanan. Selepas kaki kanan jatuh ke hadapan akan disusuli dengan
tumbukan berganda dalam kedudukan langkah panjang.

(Pergerakan 1) (Pergerakan 2)

5. Langkah ini juga akan bermula dengan kedudukan dalam kedudukan back stand menangkis
pisau tangan berganda terdahulu. Selepas itu, baru akan melakukan tendangan menusuk
dengan kaki kanan seperti di gambar pergerakan 1 lalu akan jatuhkannya ke hadapan
serta disusuli dengan tetakan ke hadapan.

7|Page
(Pergerakan 1) (Pergerakan 2)

6. Langkah ini juga akan bermula dengan kedudukan dalam kedudukan back stand menangkis
pisau tangan berganda terdahulu. Seterusnya, akan melakukan tendangan mengiring
seperti gambar pergerakan 1. Selepas menendang dengan kaki kanan, pastikan kaki
kanan jatuh ke hadapan dan disusuli dengan menangkis hadapan dalam posisi kuda-
kuda berganda.

Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan tertib mengikut secara bergilir-gilir disebelah kanan
dan kiri.

PELAJARAN (5):
TIGA LANGKAH BERTARUNG

1. Tangan kanan menangkis satu pisau tangan dari luar ke dalam dan pada masa yang sama
badan akan berpusing disusuli dengan tangan kiri yang terus menyiku ke sudut hati pihak
lawan dan kembali ke posisi asal.

8|Page
2. Tangan kanan akan menangkis satu pisau tangan dan akan diikuti dengan tumbukan
berganda ke rusuk pihak lawan dalam kedudukan kuda-kuda dan kembali ke posisi asal.

3. Melakukan tendangan hadapan ke dada pihak lawan. Apabila kaki telah memijak lantai
tumbukan berganda akan dilakukan ke sudut hati dan kembali ke posisi asal.

4. Tendangan merusuk dilakukan ke kepala pihak lawan. Apabila kaki telah memijak lantai
langkah tetakan ke hadapan pihak lawan akan diakukan. Selepas itu, kembali semula ke
posisi asal.

9|Page
PENUTUP

Tuntasnya, latihan atau ilmu asas yang telah dipelajari tentang Tempur Tanpa Senjata
(TTS) adalah sangat penting untuk seseorang mempunyai pengetahuan asas dalam seni
mempertahankan diri. Hal ini kerana dengan mempelajari dan menambah ilmu tentang asas-
asas dalam seni mempertahankan diri, seseorang yang lemah boleh menjadi kuat untuk
menyelamatkan diri sendiri ataupun membantu seseorang yang dalam keadaan bahaya atau
dalam apa jua keadaan.
Antara asas-asas yang telah dipelajari dalam Tempur Tanpa Senjata adalah asas
tumbukan, asas tangkisan dan asas tendangan. Di dalam Tempur Tanpa Senjata juga, setiap
pelatih juga perlu mengetahui dan menguasai enam pergerakan asas serta tiga langkah
bertarung. Semua pergerakan ini wajib dikuasai oleh pelatih supaya dapat menyiapkan diri
mereka dengan ilmu asas seni mepertahankan diri tempur tanpa senjata.
Tambahan pula, semua pelajaran pergerakan asas ini bukanlah saja-saja dipelajari,
malah ianya sangat membantu dalam mendisiplinkan setiap diri pelatih. Sebagai contoh,
mereka perlu berdisiplin dengan berlatih setiap hari supaya dapat menghafal, memahami dan
menguasai setiap pergerakan.
Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata (TTS) ini sangat
memberi kesan yang positif kepada setiap diri pelatih dan seterusnya membantu mereka
menghadapi cabaran dan rintangan dalam menjalani kehidupan seharian di masa akan dating.

10 | P a g e
LAMPIRAN RUJUKAN
Admin, T. (2019, August 11). Tempur Tanpa Senjata. Retrieved 2020, from
http://www.mymartialarts.nas.my/index.php?route=news/article&news_id=86
https://www.thepatriots.asia/seni-silat-gayung-dalam-tempur-tanpa-senjata-atm-dan-polis/
https://www.youtube.com/watch?v=O1spl9gjZ6U

https://www.youtube.com/watch?v=cIS7IR-fExQ

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai