Anda di halaman 1dari 9

CTU 101

( ALLAH TEMPAT MEMINTA )

DISEDIAKAN OLEH : NUR FATIHAH BINTI JAMAL

DISEDIAKAN UNTUK : DR.MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI

SEMESTER : MAC – SEPTEMBER 2019


TAJUK : ALLAH TEMPAT MEMINTA

Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: ‫ )اس((ماء هللا الحس((نى‬adalah sembilan puluh


sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak
membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang
jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka,
yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang
beriman.Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan
agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan
suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan
pemelihara alam semesta beserta segala isinya.Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah
ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah
menulis “Allah adalah …” kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah.
Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat
terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan
penggunaan wajar kata-kata itu.Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan
penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan
bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat.
Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan
dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik. Berikut adalah beberapa dalil yang
terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadis tentang Asmaul Husna:

 “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai
Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
 Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja
kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah
kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan
carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)
 Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh
sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan
masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang
ganjil.” – Sahih Bukhari

Kita sebagai seorang muslim yang memang dari kita dilahirkan sebagai seorang muslim sudah
tentu kita mengetahui sedikit sebanyak tentang islam.Dari kita kecil kia telah didedahkan dengan
cerita - cerita perjuangan para nabi untuk perjuangkan islam.Ketika di sekolah tadika kita telah
diperluaskan ilmu pengetahuan islam seperti contoh nama – nama allah s.w.t.kita juga tahu
bahawa nama allah s.w.t mempunyai 99 nama yang cukup indah dan membawa maksud yang
mendalam tentang allah s.w.t.sesungguhnya tiada yang lagi mulia dari allah s.w.t .Kita sebagai
soeorang muslim sudah tentu banyak perkara serta rintanggan yang kita lalui dalam setiap
kehidupan kita ada pahit manis.Perkara tersebut lah yang melengkap kan kehidupan kita supaya
kita mempelajari sesuatu daripada rintangan yang kita hadapi selain itu,kita akan sentiasa
meningati allah s.w.t dalam kita susah mahu pun senang.Setiap kehidupan tentu ada jatuh bangun
bayangkan diri kita ini ibarat sebuah roda yang sentiasa berpusing ada kalanya kita megah berada
di atas,kita berasa bangga apa yang kita ada tetapi jangan sesekali kita riak,takbur,dan kedekut
setiap yang kita dapat apa yang kita Berjaya ketika di atas semuanya dengan izin allah s.w.t
sentiasa berkongsi rezeki dengan semua orang supaya rezeki kita semakin berkat.Jika kita berada
di bawah atau erti kata lain menghadapi sesuatu musibah jangan lah kita merungut dan
mempersalah kan allah s.w.t setiap yang kita terima adalah bersesuain dengan diri kita,sujudlah
kepada allah s.w.t minta lah kepadanya jalan petunjuk.sesungguhnya allah s.w.t sangat suka
dengan habanya yang meminta jangan lah kita malu atau segan untuk kita meminta
sesungguhnya allah s.w.t maha mendengar (. As-Samii’ ).Setiap kejatuhan yang kita hadapi pasti
akan ada manisnya di setiap jalan keluar dari masalah yang kita hadapi.Dalam 99 nama allah
yang kita tahu ataupun yang kita telah pelajari sudah pasti akan ada yang pernah kita lalui atau
kata pencerahananya kisah hidup kita yang berkaitan dengan nama – nama allah tersebut.Saya
sendiri mempunyai beberapa pengalaman yang bersangkut paut dengan 99 nama nama
allah.dalam coretan ini saya akan kongsikan beberapa peristiwa yang berkaitan kisah hidup saya
dengan 99 nama allah.Tujuan saya menulis coretan ini hanya mahu mengkongsi pengalaman
cerita saya berkaitan dengan 99 nama – nama allah sambil pembaca boleh mengambil iktibar
sedikit sebanyak daripada coretan saya.Apa yang saya coretkan ini hanya lah berdasarkan
pengalaman saya dan tidak berkaitan atau mengaib kan siapa siapa pun.Saya berharap dengan
sedikit nukilan saya ini dapat lah membantu para pembaca sedikit sebanyak kesedaran yang
mulai dari allah dan yang kurang baik daripada diri saya sendir.selamat membaca.
Al-Mumiit yang bermaksud Maha mematikan,iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-
apa yang hidup.Nama – nama allah yang ke-61 ini banyak memberi saya pengajaran dan
menjadikan saya seorang yang lebih kuat sekarang berbanding dengan suatu ketika dahulu.Pada
tahun 2016 saya telah diuji dengan 4 pemergian orang yang saya saying dalam setahun itu saya
tak tahu nak gambarkan diri saya bagai mana.Pada awal tahun saya telah kehilangan pak itam
saya.Dia mula jatuh sakit apabila selepas melakukan sembelih korban pada hari raya
korban.selepas beberapa minggu dia mula berubah sikit sikit penyakit yang dia tidak pernah ada
tetiba muncul paling meyayat hati walaupon dah beberapa kali jatuh ( seperti pitam ) dia tetap
gagah nak solat asar tapi malangnya sewaktu hendak mengakat takbir dia jatuh tak sedarkan diri
apa bila dia bawa ke hospital bermacam penyakit yang ada pada diri dia membuat kami pelik
dari mana semua penyakit tu datang.1 minggu arwah pak itam bertarung nyawa dan
menghembuskn nafasnya yang terakhir selepas 1 minggu di hospital pada azan subuh.selepas
beberapa hari arwah dikebumikan baru kami sekeluarga tahu bahawa sepanjang dia bertugas
menyembelih lembu pada hari raya korban itu ada satu lembu yang telah dijaga oleh mahluk lain
jadi apabila lembu itu dijadikan haiwan korban benda itu menyifatkan arwah membunuh haiwan
tersebut perkara tersebut yang menjadikan perkara tesebut perlaku atau lebih spesifiknya
( badi ).Pada mulanya kami marah tapi bila di fikirkan balik tak akan berlaku sesuatu perkara
dengan izin allah.pada 3 bulan seterusnya saya diberi lagi ujian dengan pemergian sepupu rapat
saya permergian dia buat saya sngat terkesan atas sebab dia yang menjaga saya ketika ibu dan
ayah sibuk bekerja.Pemergian dia mengakibatkan saya seperti lupa tuhan,1 bulan saya tidak
mendirikan solat.saya hanya menagis dan pada waktu itu peperiksaan pt3 semakin hampir
alhamdulilah perkara tersebut tidak melarat.saya mula istifar dan menjadi normal selepas saya
dapat mimpi yang arwah sepupu saya datang dan ketika itu dia terseyum.saya menjadi semakin
kuat untuk menepuh dugaan yang diberikan.Arwah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan
di highway machap,johor.Arwah pergi mengikuti konvoi pemotoran yang di adakan di
putrajaya,arwah pergi kesana selam 3 hari dan pulang bersama kawan – kawanya yang
lain.mereka balik dengan 50 buah motor dan berhenti rehat pada jam 9:30 malam kerana nak
cepat pulang ke rumah jadi arwah ambik keputusan untuk jalan dulu bersama 2 orang
rakanya.Semasa perjalanan ada sebuh kereta vios hitam tayarnya pecah dihadapan mereka lalu
kereta tersebut melanggar divider belah kanan dan berpusing melanggar divider kiri dan
menghalang laluan mereka.Denan kelajuan motor mereka,mereka tidak dapat mengawal kelajuan
motor mereka dan terpaksa merempuh kereta tersebut kejadian itu mengakibatkan salah seorang
dari pada mereka meninggal di tempat kejadian.manakala kawan arwah di bawa ke hospital batu
pahat dan meninggal keesokan harinya.Arwah abang mengalami kecederaan yang teruk organ
dalman yang hancur sehinggakan pada waktu melawat perutnya hanya ditutup dengan elimut
tanpa berjahit.Waktu arwah di wad icu ramai kawan kawanya yang hadir untuk melawat
sehingga ka nada sedikit pergaduhan.Arwah menghembuskan nafasnya pada jaml 10:30
malam.pada mulanya doctor mahu minta kebenaran untuk mencabut bantuan pernafasan arwah
tetapi dengan kuasa allah arwah mengangkat tangaanya dan memegang tangan ibunya dan
menghembuskan nafasnya.Proses pengebumian yang sangat luar biasa terlalu senang dan sangat
ramai tetamunya segla tahlil dibuat tanpa mempunyai masaalah.Pada akhir bulan syawal lagi
sekali pemergian bapa saudara saya.Dia telah strok selama 6 tahun.Dia tidak berkahwin dan
hidupnya hanyalah untuk menjaga atok dan kerja sahaja waktu pak cik saya sihat,Pak cik sorang
yang penyayang dan disukai oleh semua anak sedara beliau kerana sikap pemurahnya.waktu
petang sahaja pak cik akan bawak kami kemana kami mahukan dan membelanja kami apa yang
kami mahukan tanpa risau tentang kewangan.pak cik saya seorang tukang kebun di sebuah
sekolah cina.pada tahun pertama strok pak cik saya langsung tidak boleh bercakap,bila bercakap
kami tidak akan faham satu apa pon yang dioerkatakan.Pak cik saya masih bleh menulis Cuma
tulisanya buruk dan agak susah di faham.Lama kelamaan pak cik semakin boleh bercakap tapi
setakat boleh dipaham perkara ini berterysan hingga ke tahun yang ke enam.pada tahun itu kami
menyambut syawal dengan gembira sekali.waktu kami balik sekolah saya melihat ibu ayah yang
mengambil saya,Saya hairan kerana bukan sepatutnya ayah pergi kerja rupanaya arwah telah
tiada proses pengebumian diiringan dengan suasana yang tenang.Dekat sini saya dapat ikhtbar
bahawa allah itu maham mematikan tidak kira umur atau pon waktu.
Ar-Razzaq : ( ‫) الرزاق‬ Maha Pemberi rezeki. Menentukan bekalan rezeki serta menyediakan
asbab-asabab (sumber-sumber) ianya akan diperolehi oleh makhluk-makhlukNya.kisah yang
seterusnya bukan tentang diri saya tetapi tentang jalan kehidupan ibu saya.setiap kali kami
berjalan berdua ibu selalu cerita dengan saya tentang kehidupanya yang dahulu.kehidupan yang
serba kekurangan tetapi penuh dengan rasa kesyukuran.Dahulu ibu bukan lah dari keluarga yang
senang tambahan lagi ibu anak perempuan yang sulung kakak ibu seorang kurang upaya yang
menjadikan ibu perempuan yang sulung di atas ibu ada 4 orang abang dan di bawah ibu ada 7
orang adik.Sebagai perempuan yang sulung sudah tenntu perlu membantu keluarga untuk
menguruskan hal kerja rumah.atok dan nenek dahulu seorang pengusaha kantin jadi 4 orang
abang akan keluar untuk menguruskan kebun dan menorah getah,tugas ibu pula sediakan
masakan yang boleh dijaja sebelum pergi ke kantin dan mengurus adik adik yang lain.Ibu telah
dididik berniaga dan berjaja dari kecil lagi.Ibu hanya bersekolah sehingga tingkatan dua atas
sebab keluarga tidak mampu dan tiada siapa yang mahu tolong di kantin.Ketika ibu sekolah pun
ibuakan pergi menjaja dahulu dan basuh pakain baru boleh ke sekolah.Ibu akan dating lewat ke
sekolah setiap hari,ibu juga akan tidur di dalam kelas dan sering didenda tetapi ibu sering
mendapat tempat yang pertama dalam kelas sehinggakan ibu di bawa berjumpa dengan pengetua
kerana disyaki meniru.selepas ibu berhenti sekolah ibu mengambil alih kantinwalaupon pada
usia yang mudaa bukan penghalang bagi ibu untuk masak untuk cikgu – cikgu makan sambil itu
ibu juga akan menguruskan adik beradik.Bertapa susahnya kehidupan ibu dahulu. Kehidupan
yang kurang senang menyebabkan makan mempunyai had dengan bilangan adik beradik yang
ramai makanan di hadkan untuk setiap orang.ibu tidak sanggup untuk membiarkan keluarga
hidup dalam kesusahan ibu bertekad untuk lari dari rumah ketika usia ibu 18 tahun.ibu lari dari
rumah bertujuan untuk mencari kerja Ibu lari ke Melaka untuk mencari kerja tidak semudah yang
di sangka pada tempoh mencari kerja ibu pernah tidur ditepi jalan dalam keadaan yang sejuk dan
bercampur takut.kemudian ibu dapat bantuan dari sepasang suami isteri yang menyewakan bilik
yang terdapat di rumahnya ibu duduk berdua dengan seorang lagi kawan.Ibu disayang di sana
dan di beri kasih sayang yang cukup seperti kasih sayang seorang Ibu bapa.Tetapi disebabkan
perselisihan faham antara ibu dan rakan sebiliknya ibu keluar dari rumah tersebut dan pindah ke
tempat baharu.Ibu tidak memutuskan hubungan dengan kedua suami isteri tersebut malahan
kedua suami isteri tersebut mengambil ibu sebagai anak angkat mereka.ia kerana mereka tidak
mempunyai cahaya mata.tidak lama kemudian ibu diterima bekerja di sebuah kilang di pusat
Bandar.Dengan gaji pertama ibu menghantar separuh dari gaji yang ibu terima.ibu mengambil
masa setengahan tahun untuk pulang bertemua dengan atok dan nenek.nenek menglami demam
sepanjang ibu pergi dan terus sihat apabila inu pulang.Kemudian ibu mengambil keputusan
untuk mencari kerja di kawasan johor.dengan bantuan rakan ibu,ibu telahditerima bekerja di
pasir gudang.kehidupan ibu semkakin baik,dahulu ibu bercita – cita menjadi seorang tukang cuci
rumah kerana kepayahan hidup yang dihadapi.ibu tidak termimpi untuk dapat pakai kereta
seperti sekarang,Dengan kuasa allah semua perkara yang luar jangkaaan kita menjadi nyata.Dari
seorang yang susah ibu bangkit menjadi seorang yang Berjaya sekarang.Ibu selalu mengingatkan
saya supaya sentiasa bersyukur demgam apa yang saya miliki sekarang dan hidup tidak sesusah
yang dilalui oleh ibu dahulu.
Al-Muqit : ( ‫) المقيت‬ Maha Mencukupkan. Maksudnya mencukupkan segala rupa makanan
tubuh dan makanan rohani.Nama allah yang satu ini pon member erti dalam kehidupan
saya.mengapa saya berkata begitu ?.Setiap pernigaan yang kita jalankan pasti ada pasang surut
unung dan rugi,Pada ketika ini perniagaan keluarga saya merosot dan mengalami masaalah
kewanggan.Dulu tak kisah nak makan apa belanja di mana semua boleh ialah perniagaan tengah
maju.perniagaan kami mula merosot pada tahun lepas target jualan semakin menurun.duit
simpan dah hampir separuh digunakan.Hutang perniagaan semakian bertambah.Pada setiap
bulan pasti ada chaque untuk dilunaskan tetapi baki akaun tidak mencukupi ada keajaipan yang
berlaku setiap kali.keajaipan berlaku ialah wang sentiasa cukup untuk melunaskan hutang hutang
tersebut.Ada sahaja bantuan kewagan yang kami terima dari simpanan kami sendiri tanpa kami
sedar.sehingga kini kami telah hilang mata pencarian kami.Kedua kedai kami telah ditutup atas
seba sebab tertentu.Pada mulanya kami risau ialah dengan duit hasil jualan itulah kami membatar
hutang dan kegunaan kami.Tapi kami percaya setiap yang berlaku pasti akan ada hikmanya dan
allah mahu member rezeki yang lebih besar.Sampai disini sahajalah nukilan ringkas dari pada
saya,saya berharap sedikit sebanyak dapat member impak kepada para pembaca.

Anda mungkin juga menyukai