Anda di halaman 1dari 4

Kaedah Percambahan Cili Padi

Proses 1
Penyediaan Tapak.

Sediakan tapak untuk percambahan benih cili padi yang telah dirawat.
Tapak mengandugi pasir,baja tahi ayam dan tanah gambut dengan
nisbah: 1:1:2 iaitu 1 baldi pasir, 1 kg baja organic (baja tahi ayam)
dan 2 baldi tanah gambut.

Gaulkan ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati. Bagi tujuan


penyamarataan baja. Pasir boleh didapati di tepi sungai atau dibeli
melalui syarikat yang menyediakan pasir.

Pasir + Tanah gambut: bertujuan untuk memudahkan pengaliran


udara dalam tanah serta air yang disiram akan mengalir secara
perlahan-lahan agar akar tunjang tidak rosak ditumbuhi kulat atau
spora.
Baja Organik (Baja tahi ayam): bahan yang diperlukan untuk
proses pertumbuhan.
Setelah proses mengaul telah selesai, siram dengan sedikit air dan
biarkan selama 2 hari dibawah cahaya matahari, bagi tujuan
pembebasan gas berasid yang terhasil melalui baja organik.
Gas berasid terjadi disebabkan uraian bacteria didalam baja organic.

Dalam masa menunggu untuk penyemaian, sediakan biji cili api untuk
proses rawatan sila baca ruangan :
http://www.scribd.com/doc/13214545/Penyediaan-Benih-Cili-Padi untuk kaedah
penyediaan benih cili padi.
Proses Penyemaian.
Taburkan benih cili padi kedalam tapak semaian, pastikan benih cili
ditutup semula menggunakan tanah semaian dan siram dengan sedikit
air hanya sekadar melembabkan tapak semaian. Tapak semaian
haruslah dalam keadaan redup dan tidak terdedah 100% cahaya
matahari terik, kerana tunas pertama yang tumbuh akan cepat
terhidrat dan menyebabkan tunas pertama akan layu dan anak pokok
cili akan mati.
Tutup dengan mengunakan plastik jaring berwarna hitam, atau untuk
menjimatkan kos tutuplah dengan menggunakan daun kelapa.

Biarkan selama beberapa hari, kadang kala mengambil masa sehingga


4-7 hari. Kadar pertunasan dipengaruhi oleh kematangan benih cili
padi.

Siram setiap hari dengan kadaran 1 siraman setiap hari bertujuan bagi
melembabkan tapak semaian. Jangan siram sekiranya tapak semaian
masih berkeadaan lembab.

Mengapa tapak semaian berlumut?

 Disebabkan kuantiti air yang digunakan terlalu banyak, kadar


sejatan air terlalu lambat.

Selang beberapa waktu: tunas pertama akan muncul, kadangkala


ianya muncul serentak ,kadangkala ianya muncul secara rawak.

Adalah dinasihatkan agar memindahkan terlebih dahulu anak cili padi


ke polibag kecil sebelum dipindahkan ke ladang atau kebun. Ianya
bertujuan bagi proses penapisan. Kerana tidak semua anak pokok cili
akan hidup dalam proses fasa pertama, 5-10% pokok cili akan mati.

Proses pemindahan anak cili padi dari tapak semaian ke polibag kecil
perlu dilakukan dalam 2 keadaan:
a) cuaca yang tidak terlalu panas
b) Dilakukan seawal waktu pagi jam 6pagi-10pag. Dan waktu
petang jam 5.00-8.00mlm.
Cuaca yang terlalu panas menyebabkan anak cili padi yang dipindah
pasti akan layu dan akhirnya mati.

Sediakan polibag kecil sebanyak yang diperlukan. intipati tanah yang


diperlukan adalah sama dengan proses penyediaan tapak, tidak ada
perbezaan sebenarnya kerana prinsip ini tetap sama ,sungguh pun
pokok cili ditanam ke kawasan perladangan, namun berbeza dengan
kaedah fertigasi.

Siram tapak semaian dan polibag kecil untuk melembabkan tanah


,biarkan selama 10 minit. Kemudian pindahkan tunas pokok cili padi
bersama-sama dengan akarnya sekali ke polibag kecil. Proses
pemindahan ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana akar
tunjang yang terputus boleh menyebabkan pokok cili padi akan mati.

Selesai sahaja proses ini, anda dilarang sama sekali menyiram pokok-
pokok cili ini selepas jam 10.00 atau berkeadaan panas terik. Siraman
mengejut keatas pokok-pokok ini akan menyebabkan pokok anda akan
…….( perkataan mati sudah melebihi 5 kali) saya gantikan pula dengan
perkataan “gagal”.
Siram setiap hari sehingga pokok-pokok cili telah matang dengan
memastikan daun-daun telah keras.

Pindahkan ke pasu lebih besar atau polibag lebih besar sekiranya anda
tidak menanam ke kawasan ladang. Proses pemindahan polibag/pasu/
ladang adalah sama dengan kaedah pemindahan pokok cili dari tapak
semaian ke polibag kecil. Proses penyediaan ladang adalah lebih rumit
dan tidak akan diterangkan dalam ruangan ini buat sementara waktu.

Pokok cili boleh membesar sehingga setinggi 1.5 meter atau lebih
sekiranya ditanam ke kawasan ladang dan hasilnya lebih banyak
berbanding ditanam kedalam polibag, ketinggian yang pernah saya
rekodkan ialah 0.8 meter sahaja, dan hasil adalah sedikit berbanding
kawasan perladangan. Ini dipengaruhi oleh pertumbuhan akar. Jangka
hayat pula lebih pendek jika dibandingkan penanaman di kawasan
perladangan. Sekian.
Sila klik disini (tak perlu bayar sesen pun):
http://jutawanklik.com/#information

Anda mungkin juga menyukai