Anda di halaman 1dari 1

Dalil Wahdaniah Allah Jalla wa Azza. Nafi berbilang-bilang. Iaitu nafi Allah itu terdiri dari juzuk-juzuk.

Jadi
perkara ini sudah ada dalam aqidah kita. Tidak timbulah orang duk bahas bersangkutan, TANGAN Allah
ke? MUKA Allah ke? Walaupun bertemu dalam Al-Quran ‫ وجه هللا‬tetapi bagi aqidah orang islam dia dah
ada asas iaitu TIDAK BERJUZUK! Sebarang yang menunjukkan makna berjuzuk dalam kepala kita bagi
Allah itu mustahil! Jadi kita tidak boleh menggunakan perkataan yang menimbulkan makna berjuzuk,
kecuali yang ada dalam al-Quran. Faham? Boleh sebab kalamullah, kita yakin itu kalamullah. Apa yang
ada dalam al-Quran itu pun kita mesti memberikan makna yang layak bagi Allah. Maka ada “muka” ini
tidak layak bagi Allah. Sebab berjuzuk!

Dia kata tidak, muka ini bukan juzuk.

Kita kata kalau bukan juzuk bukan muka lah! Bukan muka! Kenapa reka sebut muka? Itu namanya salah
pada meletakkan lafaz!

I’tiqad dia tidak salah sebab dia kata makna bukan berjuzuk. Tidak salah.

Tetapi yang beri nama muka tu, itu salah menggunakan lafaz namanya.

Habis dalam al-Quran kata ‫?الوجه‬

“Al-Wajhu” yang mengikut Bahasa Arab, yang mana dalam Bahasa Arab “al-Wajhu” bukan makna muka.
Bahkan ada orang arab menggunakan perkataan “al-wajhu” langsung tidak tasawwur makna muka. Itu
Bahasa Arab. Faham dak? Bahasa melayu pun banyak.

KERAS KEPALA AWAK! Walhal tiada dalam kepala kita makna kepala itu ada keras kat mana-mana. Tiada
pun. Kalau terjemah, memang kita akan bingung. Cuba terjemah ikut Bahasa Inggeris. Apa orang putih
kata? HARD HEAD ataupun HEAD ROCK. Kepala batu. Jadi orang putih pun tak boleh faham kalau dia
terjemah. Sebab itu perkara yang sudah diguna pakai dalam Bahasa Melayu.

Itu maknanya I’tiqad dengan zahir makna yang digunakan oleh orang arab. Tetapi zahir terjemah? Itu
salah! Nampak tak? Itu salah! Jadi balik kita cerita tentang Wahdaniah, untuk berdalil kita kena bawa
dalil menafikan Allah itu berjuzuk.

Anda mungkin juga menyukai