Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
CIKGU ANAND
NAMA : _______________________________________________
KELAS : _______________________________________________
NAMA SEKOLAH : _______________________________________

Startutor.my Startutor.my 0148489941

1
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

SENARAI KATA – KATA BUNGA


1) Laknat = Keji, hina, terkutuk.

2) Kepincangan = Kelemahan, kekurangan.

3) Hambatan = Halangan, kekangan, rintangan.

4) Kondusif = Sesuai, baik, selesa

5) Mengalpakan = mengabaikan, melalaikan, mencuaikan.

6) Duniawi = Berkaitan dengan kehidupan di dunia , kebendaan dan material.

7) Ukhrawi = Berkaitan dengan akhirat ( cth :- ilmu ukhrawi )

8) Ukhuwah = Hubungan Persaudaraan ( Tali atau semangat ukhuwah )

9) Suri hidup = Pasangan hidup ( Suami atau isteri )

10) Urbanisasi = Proses pembandaran

11) Uslub = Kaedah atau cara

12) Manhaj = Kaedah / Cara

13) Seantero = Seluruh (seantero dunia)

14) Uswah = Teladan , pengajaran

15) Misali = Contoh

16) Bobrok = Rosak

17) Sinergi ( bersinergi ) = Kerjasama

18) Hedonisme = Budaya hidup yang mengutamakan keseronokan dan kehidupan yang senang.

19) Nostalgia = Kenangan manis

20) Kebejatan = Kerosakan

21) Musibah / Musibat = Kesan / Akibat (boleh dikaitkan dengan kesan negatif)

22) Prakarsa = Inisiatif

23) Maslahat = Faedah (Kemaslahatan = Kepentingan )

24) Kekhilafan = Kesalahan kerana kurang teliti

25) Izhar / Izharnya = Jelasnya

2
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

26) Tamsilnya = Misalnya , Contohnya

27) Ironinya = Kesannya

28) Mengimplementasikan = Melaksanakan

29) Senario = Keadaan / Situasi

30) Sarwajagat = Seluruh dunia / Alam semesta

31) Masyarakat madani = Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan

32) Terjerumus = Terjebak, terlibat

34) Tohmahan – tohmahan = Tuduhan, Fitnah

35) Etnik = Bangsa, kaum, ras, keturunan

36) Era = Zaman

37) Insiden – insiden = Kejadian, peristiwa

38) Saban hari = Setiap, Tiap – tiap hari

39) Relevan = Ada kaitan atau hubungan

40) Apresiasi = Penghargaan, Penghayatan, Pengiktirafan

41) Kesinambungan = Kelanjutan, Keterusan, Persambungan

42) Interaksi = Komunikasi

43) Integrasi nasional = Perpaduan kaum

43) Menudingkan jari = Menuduh, menyalahkan orang lain

44) Sensitif = Mudah menyinggung perasaan orang

45) Sinonim = Maksud yang sama atau hampir sama

46) Polarisasi = Permusuhan kaum, situasi wujudnya pihak – pihak yang bertentangan

47) Aspirasi = Matlamat, misi, cita-cita, impian.

48) Berkat = Hasil daripada

49) Prasarana = Kemudahan asas

50) Yakni = Iaitu

51) Potensi = Keupayaan, kebolehan

52) Melonjakkan = Meningkatkan, menaikkan

53) Keunggulan = Keunikan, Keistimewaan

3
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

54) Membuli = Perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang

55) Dosa = Perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama

56) Pahala = Ganjaran daripada Tuhan jika berbuat baik

57) Tergamak = Sanggup

58) Sindiket = Kumpulan orang yang menjalankan aktiviti – aktiviti haram

59) Kerapuhan = Kelonggaran, Kelemahan, Kegoyahan.

60) Dibendung = Dikawal, Dikurangkan (membendung = mengawal)

61) Menggerunkan = Menakutkan.

62) Dipikul = dilaksanakan, dihadapi.

63) Status = Tahap, kedudukan.

64) Memberangsangkan = Menggalakkan/ Membangkitkan

65) Keprihatinan = Memberi perhatian, mengambil berat.

66) Persepsi = Tanggapan, Anggapan, Andaian.

67) Membanteras = Membasmi / Mencegah

68) Ketara = Jelas, menonjol

69) Spontan = Muncul dengan sendiri, tanpa paksaan

70) Modal insan = Manusia yang berkualiti

71) Dinamik = Kuat, bertenaga

72) Globalisasi = Proses yang membolehkan sesuatu aktiviti disebarkan ke seluruh dunia

73) Mencengkam = Menguasai, Mengawal

74) Menggapai = Mencapai, Merealisasikan

75) Menzahirkan = Melahirkan

76) Tekad = Azam, kemahuan yang sungguh – sungguh

77) Menyelinap = Meresap masuk, bergerak dengan pantas

78) Bermegah = Berbangga

79) Produktiviti = Daya pengeluaran

80) Iktibar = Pengajaran, contoh, teladan

4
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

81) Mentaliti = Pemikiran

82) Memartabatkan = Meningkatkan imej.

83) Memejamkan mata = Berdiam diri, tidak mempedulikan sesuatu

84) Memekakkan telinga = Berdiam diri, tidak mempedulikan sesuatu

86) Membisukan mulut = Berdiam diri, tidak mempedulikan sesuatu

87) Sahsiah = Peribadi, Karakter

89) Lumrah = Lazim, biasa, normal

90) Tanggungjawab sosial = Tanggungjawab terhadap masyarakat

91) Kemantapan = Kemapanan, kestabilan, keutuhan, kekuatan

92) Meminggirkan = Mengalpakan, mengetepikan

93) Sikap acuh tak acuh = Sikap tidak bersungguh – sungguh

94) Meranapkan = Menghancurkan, memusnahkan

95) Cemerlang, Gemilang dan Terbilang = maju, unggul, terkenal

96) Dirombak = Diubah suai

97)Menara gading = Universiti, IPTA, IPTS

99) Ikon = Orang yang dianggap sebagai simbol atau model

100) Belanjawan = Rancangan perbelanjaan kerajaan untuk satu tahun

101) Inisiatif = Usaha, ikhtiar, langkah

102) Remeh = Tidak penting

103) Pemantauan = pengawasan (dipantau = diawasi / memantau / mengawasi )

104) Dihumban = Dibuang, dijatuhkan

105) Komitmen = Tanggungjawab

106) Realiti = Hakikat, kenyataan, keadaan sebenar

107) Objektif = Matlamat, tujuan

108) Teruja = Gembira, ‘ excited ’

109) Dana= Kewangan

110) Kolektif = Secara bersama, bekerjasama

5
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

111) Menyalurkan = Menghulurkan, memberikan

112) Membudayakan = Menjadikan sebahagian daripada amalan atau cara hidup

113) Menyarankan = Mencadangkan, mengesyorkan

114) Publisiti = Liputan media seperti suratkhabar, majalah, televisyen, radio, dan televisyen

115) Keterampilan = Kecekapan, kemampuan yang tinggi

116) Model = Contoh yang boleh diteladani

117) Implikasi = Kesan (baik atau buruk )

118) Rutin = Aktiviti biasa

119) Terbengkalai = Terabai, terlantar, sia – sia.

121) Berwibawa = Berkebolehan.

122) Rakus = Tamak (inginkan sesuatu banyak - banyak )

124) Pergolakan = Kekacauan, kekecohan

125) Menggulung tikar = Bankrap, muflis, tutup perniagaan

126) Menyayat hati = Menyedihkan.

127) Klimaks = Bahagian yang paling hebat, puncak ( cerita )

128) Ketandusan = Kehabisan, ketiadaan sama sekali

129) Bergelora = Bermasalah, berkonflik

130) Mekanisme = Cara atau kaedah sesuatu dilakukan

131) Merintis = Memulakan (perintis = orang yang memulakan sesuatu )

132) Menyemarakkan = Memperhebat, menjadikan lebih ceria

133) Kritikal = Penting, mustahak, serius.

134) Dipandang enteng = Dianggap ringan , remeh atau rendah

135) Negara model = Negara yang istimewa dan boleh dicontohi

136) Formula Malaysia = Cara Malaysia yang terdiri dalam memajukan Negara /

mengikut acuan Malaysia / tidak meniru cara barat bulat –bulat.

137) Falsafah hidup = Pegangan atau pendoman hidup / prinsip hidup.

6
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

138) Menelaah = Membaca, membelek buku

139) Merestui = Menyetujui, bersetuju dengan.

140) Impian = Cita – cita, kemahuan, wawasan, aspirasi

141) Kebejatan sosial = Masalah, kepincangan, atau gejala sosial sepert lepak, pembuangan bayi, sumbang mahram,
dadah dan HIV

142) Fenomena = Kejadian

143) Menular = Meluas, Merebak

144) Impak sosial = Kesan atau akibat sesuatu projek terhadap masyarakat

145) Dibelenggu = Dikongkong, dilanda, ditimpa

146) Meruncing = Teruk, buruk, memuncak

147) Temasya = Majlis, acara (secara besar – besaran )

148) Direalisasikan = Dicapai

149) Arena = Medan, lapangan gelanggang, kancah

150) Infrastruktur = Kemudahan, prasarana

151) Status = Taraf

152) Mega = Besar, hebat, luar biasa

153) Mendadak = secara tiba – tiba.

154)Mengundang = Membawa, menjemput, mengakibatkan

155) Berprestij = Berstatus, bertaraf tinggi

156) Menonjol = Jelas kelihatan, menyeriah, ketara

157) Menyerlah = Jelas kelihatan, menonjol

158) Karenah = Kelakuan, tabiat, perangai

159) Berfoya – foya = Bersuka – suka sambil membelanjakan masa dan wang yang banyak.

160) Kejutan budaya = Perbezaan cara hidup yang dialami buat kali pertama

161) Naluri = Desakan hati untuk melakukan sesuatu

162) Akrab = Erat, rapat, karib, intim.

163) Intim = Erat, rapat, karib, akrab

7
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

164) Anjakan paradigma = Perubatan dasar atau sikap dalam kepercayaan atau cara kita melihat sesuatu. (perubahan

ketara )

165) Kepupusan (pupus ) = Lenyap

166) Kerakusan = Ketamakan

167) Khazanah = Sumber

168) Khuatir = Perasaan takut , gelisah dan cemas

170) Khazanah alam = Simpanan alam semula jadi

171) Sewenang – wenang = Sesuka hati

172) Berleluasa = Meluas, kian banyak

173) Beretika = Bermoral, berakhlak

174) Suri teladan = Contoh, model, ikutan

175) Pertumbuhan pesat = Kemajuan, pembangunan

176) Instrumen = Kaedah, cara

177) Kemelut sosial = Masalah, kebejatan sosial.

178) Hipokrit = Berpura – pura baik, mementingkan diri

179) Polemik = Perbahasan (debat ) dalam bentuk tulisan seperti surat khabar

179) Sakinat = Tempat yang aman dan damai

180) Sinergi (bersinergi ) = Bekerjasama

181) Sanubari = Hati, jiwa

182) Benak = Hati, jiwa

183) Kalbu = Hati, jiwa

184) Khabar - khabar angin = Berita - berita palsu

185) Suri hidup = Pasangan hidup ( suami/isteri)

186) Manhaj = Kaedah, cara

187) Uslub = Kaedah, cara

189) Taufik = Panduan dan pertolongan tuhan

190) Hidayat = Bimbingan daripada tuhan.

191) Menghantui = Menimbulkan perasaan ketakutan dan gelisah/ menganggui fikiran.

8
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

192) Izharnya = Jelasnya

193) Diuar -uarkan / diwara – warakan = Diberitahu secara besar - besaran

195) Prospek terang = Kemungkinan untuk berjaya yang baik

195) Kemaslahatan = Kepentingan / faedah

196) Marhaen = Rakyat jelata ( marhaen Malaysia)

197) Pragmatik = Lebih praktikal

198) Dinamik = Bertenaga dan kuat serta mampu melakukan invosi demi kemajuan secara berterusan.

199) Menyemarakkan = Membangkitkan

200) Nafsu halwa = Keinginan yang kuat

201) Berfikiran radikal = Berhaluan kiri ( pemikiran yang berbeza daripada yang sepatutnya, ke arah unsur negatif )

202) Beromong kosong / omong kosong = Bercakap kosong

203) Dianalogikan = disamakan

204) Diduksinya = Kesimpulannya

205) Ombak modenisasi = Zaman yang moden

206) Prakarsa = Inisiatif

207) Sirna = Hilang

208) Jagatraya = Seluruh dunia

209) Seantero = Seluruh

210) Mayapada / Marcapada = Dunia sekarang ini

211) Seyogianya = Sepatutnya

212) Sifat mahmudah = Sifat terpuji

213) Kendatipun = Meskipun, Walaupun

214) Prognosis = Ramalan

215)Tragedi = Perkara yang menyedihkan

216) Kulawarga = Keluarga

217) Nihilisme = Fahaman yang menolak semua nilai

218) Cakna = Ambil peduli / Ambil berat

219) Afdal = Lebih utama

9
BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4) CIKGU ANAND

220) Jerayawara = Pameran , ceramah dan persembahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

221) Rekayasa = Penerapan unsur - unsur ilmu dan budaya

222) Adiwangsa = Bangsa yang mulia

223) Egalitarianisme = Fahaman bahawa semua orang ialah sama

224) Atma = Jiwa

225)Bobrok / Membobrokkan = Rosak / Merosakkan

226) Itlakan = Rumusan secara umum

227) Pidana = Kejahatan

228) Ningrat = Orang mulia

229) Jembel = Miskin

230) Proletar = Pihak yang suka membuat kekacauan.

10

Anda mungkin juga menyukai