Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENGURUSAN STRESS UNTUK JANA SUKSES


PASCA COVID-19

Anjuran

PERTUBUHAN INSPIRASI WANITA SELANGOR


(INSPIRANITA)
PPM-034-10-09082018

Dengan Kerjasama

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

1. RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM


Program Pengurusan Stress : Pasca COVID-19 merupakan program yang direka
khas bagi menangani masalah suasana kerja dan kehidupan semasa yang menekan
serta cara hidup seseorang pekerja. Kursus ini merangkumi definisi stres, faktor-
faktor penyumbang, kesan fisiologi, dan strategi menanganinya. Mekanisma
pengelak stres adalah sebenarnya keberkesanan pengurusan stres yang baik, dan
setiap peserta akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stress pekerja yang
terjejas akibat COVID-19. Pertubuhan Absolute Malaysia (AMAL) mempunyai
pengalaman yang luas dalam mengenalpasti masalah emosi keluarga, memberi
nasihat dan kaedah tentang bagaimana mengurus serta menyelesaikan
permasalahan tersebut. Masalah psikologi dan tekanan emosi merupakan faktor
utama pekerja kurang berdaya saing dan gagal memberikan perkhidmatan
cemerlang kepada majikan. Pandemik COVID-19 mengakibatkan ribuan pekerja
diberhentikan telah memberi impak yang ketara terhadap tekanan psikologi pekerja
yang akan menjejaskan prestasi di tempat kerja baru serta keharmonian keluarga.
Melalui kertas cadangan ini INSPIRANITA bercadang untuk membantu pekerja dan
keluarga yang terjejas akibat pemberhentian kerja dan permasalah lain akibat
pandemic COVID-19 secara keseluruhan dan membantu mereka menjalankan
kehidupan seharian yang lebih sejahtera untuk keharmonian di rumah dan juga
ditempat kerja.

2. JUSTIFIKASI KEPERLUAN PROGRAM

2.1. Penyataan Masalah

2.1.1. Impak yang cukup besar akibat pandemik COVID-19 adalah daripada
sudut ekonomi apabila ramai pekerja hilang pekerjaan akibat
diberhentikan, diberikan cuti tanpa gaji manakala majikan terpaksa
menangguh sementara operasi malah ramai yang ‘gulung tikar’ dan
menutup operasi perniagaan mereka akibat bebanan kewangan.

2.1.2. Kehilangan pekerjaan akibat dari penutupan dan pengecilan beberapa


sektor seperti perniagaan, pelancongan, perhotelan dan sector - sektor
lain di Malaysia. Sehingga Jun, lebih dari 600 ribu rakyat Malaysia telah
hilang pekerjaan akibat dari kesan COVID-19. Manakala sebanyak 79 %
kehilangan pekerjaan berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala
Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

2.1.3. Ekoran dari kehilangan pekerjaan akibat COVID-19, peningkatan kes


keganasan rumah tangga turut dicatat peningkatannya sebanyak 44%
hingga 57% seperti yang telah diadukan kepada Talian Kasih
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berikutan
mangsa dan pelaku mempunyai lebih banyak masa berada di rumah
susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2.2. Data Sokongan

2.2.1. Hampir separuh atau sebanyak 46.6% daripada 168,182 responden


yang menyertai ‘Kajian Khas Kesan Coronavirus (COVID-19) Terhadap
Ekonomi Dan Individu’ mengakui kehilangan pekerjaan kesan daripada
wabak berkenaan.

2.2.2. Dari segi simpanan kewangan, lebih daripada dua per tiga atau 71.4%
responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya
mencukupi bagi tempoh kurang daripada satu bulan.

2.2.3. Hanya 6.2% responden menyatakan kurang terkesan berbanding 52.6%


responden yang menyatakan sangat terkesan dari segi kewangan.

2.2.4. Sebanyak 69.7% yang bekerja dalam tempoh kurang daripada setahun
menyatakan simpanan kewangannya bertahan kurang daripada 1 bulan.

2.2.5. 11.4% yang bekerja bagi tempoh 21 hingga 30 tahun dan 11.7% yang
bekerja lebih daripada 30 tahun mempunyai simpanan kewangan yang
mencukupi sehingga empat bulan.

2.2.6. Sektor pertanian dan perkhidmatan mencatat peratusan kehilangan


pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain kesan daripada
COVID-19 iaitu masing-masing sebanyak 21.9% dan 15.0%.

2.3. Cadangan Intervensi

Isu kesihatan mental perlu dibincangkan secara terbuka dan menjadi isu yang
sama pentingnya dengan penjagaan kesihatan fizikal seperti sakit jantung dan
diabetes. Sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat
berhubung penjagaan kesihatan mental, INSPIRANITA mengambil inisiatif untuk
mengadakan Program Pengurusan Stress, Kesejahteraan Keluarga, Sokongan
Sosial dan Resilien Pekerja : Pasca COVID-19 dengan mengumpulkan
kepakaran pengamal profesional seperti kaunselor, pakar psikiatri dan psikologi
klinikal, pakar motivasi, pakar perniagaan dan pakar kemahiran untuk membantu
pekerja mengurus kebimbangan, memberikan sokongan dan membina
ketahanan psikologi bagi menghadapi pasca COVID-19.
3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Menyiapkan peserta untuk perubahan psikologi terutamanya


pertumbuhan dan perkembangan peribadi. Sifat dan sikap keterbukaan
kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu, mudah menerima
perubahan dan sedia untuk berubah.

3.2 Mengesan awal permasalah emosi dan kemurungan, peka secara


psikologi akan persekitaran dan kelebihan menguasainya. Jika dahulu,
persekitaran dikatakan mempengaruhi kehidupan manusia, namun
minda warga perlu diubah supaya percaya bahawa mereka mampu
mempengaruhi persekitaran.

3.3 Meningkatkan kekuatan dalaman iaitu melalui daya tahan (resilien).


Resilien adalah bagaimana seseorang individu yang mengalami
kesulitan dan kesusahan dapat menghadapi segala bentuk risiko,
cabaran dan kekangan dengan lebih tabah dan yakin, kompeten dan
berdaya juang yang tinggi dalam kehidupannya.

3.4 Menyedia dan memperkasa kesihatan mental pekerja bagi menghadapi


sebarang andaian psikologi pasca COVID-19 dengan memberi
penekanan melalui cara pengurusan dan menangani stress

3.5 Memberi bantuan sokongan psikososial dari profesional seperti


kaunselor, klinikal psikologis dan psikiatris kepada pekerja dan ahli
keluarga.

3.6 Meningkatkan kemahiran supaya pekerja bersedia untuk bertukar ke


bidang lain agar mereka dapat meneruskan kehidupan dan merancang
bagaimana untuk mengendalikan permasalahan yang dihadapi.

3.7 Memberi pendedahan dan membantu ahli keluarga terdekat (isteri)


untuk membantu tambah pendapatan sampingan keluarga.

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Pekerja yang terjejas (dipotong gaji/elaun, diberhentikan)


4.2 Keluarga pekerja terjejas

5. PERINCIAN PROGRAM
5.1 Cadangan Modul : Butiran seperti perkara dalam perenggan 8

5.2 Pendekatan Pelaksanaan

5.2.1. Bengkel Kesedaran


Memberi maklumat mengenai kesihatan mental dan cara menangani
stress, bengkel ini turut melibatkan ahli keluarga pekerja terjejas agar
mereka bersama-sama memahami situasi dan membantu antara satu
sama lain untuk menghadapi situasi getir ini.

5.2.2. Khidmat Nasihat Undang –Undang


Kebanyakkan pekerja yang telah diberhentikan atau dipotong gaji /
elaun tidak peka mengenai hak masing-masing. Khidmat ini disediakan
bagi membantu pekerja yang menghadapi kesulitan mendapatkan
pampasan atau telah diberhentikan secara tidak adil untuk membuat
tuntutan dan menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang betul
serta berlandaskan undang-undang sedia ada.

5.2.3. Khidmat Nasihat Pakar / Pengamal Professional


Perkerja yang terjejas akibat COVID-19 berkemungkinan menghadapi
masalah keluarga, khidmat kaunseling disediakan untuk perkongsian
masalah agar dapat membantu pekerja dan keluarga bagi
mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan
keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga
boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

5.2.4. Latihan Kemahiran


Peserta akan dilatih dan diberikan kemahiran sebagai penyediaan
menjadi usahawan mikro, pengenalan dunia perniagaan, cara
mendaftar perniagaan dan pemasaran perniagaan.

 Pengurusan perniagaan secara intensif


 Pengenalan perniagaan online
 Pemasaran perniagaan online
 Kemahiran lain mengikut kesesuaian kumpulan peserta

6. GARIS MASA PELAKSANAAN PROGRAM


PERKARA / AKTIVITI DEC JAN FEB MAC
PEMBANGUNAN BAHAN                          
PENGHEBAHAN KURSUS                          
PENDAFTARAN PESERTA                          
PELAKSANAAN PROGRAM                          
PELAKSANAAN PENILAIAN                          
LAPORAN BERKALA                          
LAPORAN AKHIR                          

7. LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM

TEMPAT ALAMAT NEGERI


Ibu Pejabat LPPKN Jalan Raja Laut,
Ibu Pejabat LPPKN
No.12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Kuala Lumpur
Jalan Raja Laut
Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Pejabat LPPKN Jalan Sempadan 16/7, Sekyen 16/7,
Selangor / Pusat Peti Surat 7080, Selangor, Selangor
Keluarga 40720 Shah Alam
Kuala Lumpur
Pusat Perubatan Jalan Universiti,
(bersempadan dengan
Univeriti Malaya 59100 Kuala Lumpur
Selangor)

8. MODUL PROGRAM

8.1 Bengkel Kesedaran

8.1.1. Kemurungan : Apa anda perlu tahu?


 Apa itu kemurungan?
 Penyebab / Punca Kemurungan
 Tanda-tanda dan gejala kemurungan
 Siapa yang berisiko
 Kesan sampingan
 Pencegahan
 Rawatan
 Apa yang perlu dibuat jika mengalami kemurungan
 Salah faham tentang kemurungan

8.1.2. Tangani Stress Anda


 Panduan Menangani Stress
 Peringkat 1 : Persediaan
 Peringkat 2 : Membuat Keputusan
 Peringkat 3 : Tindakan

8.1.3. Kesejahteraan Keluarga


 Kekeluargaan
 Nilai dan Tanggungjawab
 Definasi dan Konsep Keganasan
 Hidup Tanpa Keganasan

8.2 Khidmat Nasihat Undang –Undang

8.2.1. Nasihat Undang –Undang - Akta Kerja 1955

8.3 Khidmat Nasihat Pakar / Pengamal Professional


8.3.1. Sokongan psikososial dari profesional seperti
 Kaunselor
 Klinikal psikologis
 Psikiatris
 Agensi Pembangunan Usahawan / Perniagaan

8.3.2. Kaunseling Pengurusan Keluarga

8.3.3. Kaunseling Hubungan Ibubapa Dengan Anak - Anak

8.3.4. Kaunseling Kemahiran

8.3.5. Kaunseling Peningkatkan Pendapatan Sendiri / Keluarga

8.4 Latihan Kemahiran


8.4.1. Modul Asas Keusahawanan
8.4.2. Pengurusan Perniagaan
8.4.3. Pemasaran Digital Perniagaan

9. AKREDITASI PROGRAM

9.1 Sijil tamat kursus akan disediakan oleh Pertubuhan


9.2 Sijil kemahiran disediakan oleh Agensi Pembangunan Usahawan

10. TENAGA PENGAJAR

NO NAMA PENGALAMAN PEKERJAAN SEMASA


Perunding NGO
Pengurusan, Pemerkasaan
1 Puan Nor Farizan Bt Yahaya Absolute Malaysia, INSPIRANITA,
Wanita & Remaja
KLSCWO
Kaunseling Keluarga & Kanak-
2 Puan Siti Zauyah Bt Hashim Pesara LPPKN
Kanak
Mohd Azwan Bin Mohd
3 Pembangunan Usahawan Digital SITEC, Pengurus Projek
Maasom
Komunikasi Keluarga dan
4 Ummu Hani Bt Yahaya Quest International, Pensyarah
Komuniti,
Pembangunan Eksport & MATRADE, Timbalan Ketua
5 Sharimahton Mat Saleh
Perdagangan Digital Pengarah Eksekutif
Pembangunan Manusia,
Kajian Gender,
Dr. Sharifah Syahirah Syed KUPTM, Pensyarah Kanan Jabatan
6 Politik Perbandingan,
Sheikh Pengajian Umum
Hubungan Antarabangsa,
Tadbir Urus Dan Dasar

7 Haziq Othman @ Guru Teddy Pembangunan Usahawan Penceramah Motivasi Usahawan

11. OUTPUT PROGRAM

11.1 Seramai 150 orang atau keluarga akan diberikan kesedaran mengenai
bagaimana cara mengurus stress dan motivasi kesejahteraan keluarga.
11.2 Seramai 50 dijangka akan mendapat pekerjaan baru.
11.3 Seramai 50 dijangka akan menerima bantuan khidmat undang-undang.
11.4 Seramai 50 orang atau keluarga akan diberikan khidmat kaunseling.
11.5 Seramai 50 wanita akan dilatih dan dijadikan usahawan mikro.

12. OUTPUT PROGRAM

12.1 Menghasilkan pekerja yang lebih bermotivasi, berdaya saing serta


mempunyai daya tahan (resilien), lebih tabah, yakin, kompeten serta
berdaya juang yang tinggi dalam karier dan juga kehidupan.
12.2 Membantu untuk memberi penempatan pekerjaan baru untuk pekerja
yang terjejas.
12.3 Menghasilkan satu kumpulan usahawan wanita dari program yang
dilaksanakan akan dapat membantu keluarga menambah pendapatan.

13. PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Pertubuhan Inspirasi Wanita Selangor beraspirasi menjadualkan perkara-perkara


berikut sebagai KPI kami :-
13.1 Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada peserta akan berjaya
mengurus masalah emosi yang dihadapi dalam persediaan menceburi
bidang pekerjaan yang baru dan kesejahteraan keluarga yang lebih baik.
13.2 Membantu peserta yang menghadapi masalah ketidak adilan dalam hak
sebagai pekerja untuk mendapat keadilan yang sewajarnya.
13.3 Memastikan isteri / keluarga yang tebabit membantu menjana pendapatan
untuk keluarga.

14. KAEDAH PENILAIAN PROGRAM

14.1 Penilaian Semasa Program


Setiap individu akan dipastikan untuk menghadiri kelas atau sesi
kaunseling.

14.2 Penilaian Selepas Program


Setiap individu akan dinilai atas kejayaan mengurus emosi dan mendapat
bantuan kerajaan, tempat untuk melanjutkan pelajaran, mendapat jalan
penyelesain melalui proses undang-undang dan menjadi usahawan
mikro.

15. PELAKSANA PROGRAM

15.1 Latar Belakang Penubuhan


15.1.1. Bertindak sebagai pertubuhan yang mampu menyumbang ke arah
pemantapan pelbagai aspek melalui program-program
pembangunan insan.
15.1.2. Berfungsi sebagai pertubuhan yang berusaha dan berperanan
menjaga kebajikan dan kepentingan golongan wanita di negara ini.
15.1.3. Membantu untuk meningkatkan penyertaan dan peranan aktif
wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan
penerima faedah pembangunan negara.
15.1.4. Memelihara hak-hak kepentingan semua golongan termasuk wanita,
keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur
diskriminasi.

16. IMPLIKASI KEWANGAN


NUM PAX NUM
NO ITEMS KOS PER UNIT (RM) TOTAL (RM)
/ UNIT SESSION
A MAKANAN
1 MAKAN PAGI 3.00 150.00 56.00 25,200.00
2 TENGAH HARI 6.00 150.00 56.00 50,400.00
3 PETANG 3.00 150.00 56.00 25,200.00
4 MAKAN MALAM 6.00 150.00 56.00 50,400.00
JUMLAH KOS MAKANAN 151,200.00
B SEWAAN BILIK SEMINAR

SEWAAN BILIK SEMINAR YANG LENGKAP


DENGAN FASILITI :
1. PROJEKTOR
2. SLIDE PROJEKTOR
3. UTILITI DEWAN BOARD MARKER
4. KERUSI & MEJA
1 1,500.00 1.00 56.00 84,000.00
5. PENGHAWA DINGIN
6. TOILET
7. ACCESS WIFI
8. PA SYSTEMS
9. PLUGS FOR EXTENSIONS
10. PENCAHAYAAN YANG TERANG

GROUNDING WORKS + BRAINSTROM +


2 TRAINER + PAKAR PROFESIONAL + 2,500.00 2.00 1.00 5,000.00
PENGURUSAN / COORDINATOR PROGRAM

JUMLAH KOS SEWA BILIK SEMINAR 89,000.00


C BAHAN BAHAN PEMBELAJARAN ( SOFTSKILLS )
1 NOTA, ALAT TULIS 60.00   175.00 1.00 10,500.00
JUMLAH KOS BAHAN BAHAN PEMBELAJARAN 10,500.00
D ELAUN TENAGA PENGAJAR , FASILITATOR DAN VOLUNTEERS
1 SPEAKER 100.00 16.90 10.00 56.00 56,000.00
2 FASILITATOR 30.00 46.90 10.00 56.00 16,800.00
3 VOLUNTEERS 10.00 46.90 10.00 56.00 5,600.00
KOS ELAUN TENAGA PENGAJAR , FASILITATOR DAN VOLUNTEERS 78,400.00
E HARI PENGANUGERAHAN SIJIL
1 SEWAAN DEWAN + MAKANAN 65.00 16.90 250.00 1.00 16,250.00
2 PENGERUSI MAJLIS 800.00 46.90 1.00 1.00 800.00
3 BACKDROP 1,000.00 46.90 1.00 1.00 1,000.00
4 PHOTOGRAPHY 2,500.00 1.00 1.00 1.00 2,500.00
5 VIDEOGRAPHY 2,500.00 1.00 1.00 1.00 2,500.00
PRINT SIJIL + COVER SIJIL + HOT
6 15.00 46.90 175.00 1.00 2,625.00
STAMPING
JUMLAH KOS PENGANUGERAHAN SIJIL 25,675.00

JUMLAH KOS KESELURUHAN PROGRAM 354,775.00

Anda mungkin juga menyukai