Anda di halaman 1dari 2

CERPEN :TALIA DAN RAKSASA QADQAD

Baca petikan dan jawab soalan di bawah

“Katak bertaring dan bertanduk?’ Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan
kepadanya. Ayahnya Dodo, menerima kisah itu sebagai khayalan Talia sahaja.
Namun, tanggapan mereka berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih
dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh
diperkatakan.
“Gempal macam disumbat air”, kata salah seorang daripada mereka.
“Besar macam mana?”, Tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka.
“Dua kali kepala kita!”
Maka tahulah Talia haiwan yang dirawatnya itu masih anak lagi.
Mereka menambah , empat kakinya berjalur kuning, bercakar panjang. Sempena bunyi istimewa
yang dihasilkan oleh makhluk itu, mereka menggelarkannya “Raksasa Qadqad.”
Buat seketika, perkampungan Talia heboh. Adakah Raksasa Qadqad ini suatu ancaman ?
Perlukah mereka berhijrah lagi?
Memang resmi mereka berpindah-randah apabila tanah lereng bukit yang dikerjakan
merosot kesuburannya. Namun mereka baru berpindah ke Bukit Ungu beberapa bulan. Rata-rata
ahli suku berasa sayang untuk meninggalkan huma yang sedang dikerjakan.

1 Apakah reaksi Dodo apabila mendengar kisah mengenai Raksasa Qadqad?

A dianggap bahan lucu


B membuat laporan polis
C dianggap kisah khayalan semata-mata
D menghebohkan kepada seluruh penduduk kampung Bukit Ungu

2 Yang berikut merupakan ciri-ciri Raksasa Qadqad, kecuali

A ekornya panjang
B kaki berjalur kuning
C kaki bercakar panjang
D saiz kepala yang besar

3 Berdasarkan petikan cerpen, latar tempat yang digunakan ialah

A hutan rimba
B tebing sungai
C lereng Bukit Ungu
D rumah Tuan Binjah

4 Mengapakah penduduk di perkampungan Talia hidup berpindah-randah ?

A menjaga keselamatan diri


B ditimpa bencana alam yang sukar diduga
C kehidupan diganggu oleh makhluk yang berbahaya
D tanah lereng bukit yang dikerjakan merosot kesuburannya
5 Pada pendapat anda, apakah perasaan penduduk kampung apabila mendengar kisah kewujudan
Raksasa Qadqad? (KBAT)

A bersikap tenang
B takut dan risau akan keselamatan diri mereka
C tidak mengendahkan kewujudan makhluk tersebut
D bersikap optomistik terhadap ancaman makhluk tersebut.

Anda mungkin juga menyukai