Anda di halaman 1dari 3

Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Kerja

“Sila perkenalkan diri anda.”

99% temuduga biasanya akan dimulakan dengan soalan ini. Ramai penemuduga memilih soalan
memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain.

Kesilapan Yang Sering Berlaku Semasa Memperkenalkan diri

Antara kesilapan graduan fresh graduate semasa menjawab soalan ini adalah mereka menjawab
dengan meleret-leret. Tetapi jawapan yang diberikan itu tidak berisi dan tidak berkaitan dengan
jawatan yang dipohon.

Jangan ambil masa terlalu lama memperkenalkan diri kerana penemuduga ada soalan lain yang
mahu ditanya lagi. Ambil masa sekitar 3-4 minit sahaja untuk memperkenalkan diri.

Dan pastikan jawapan anda itu ringkas dan padat.

Tips Dan Cara Memperkenalkan Semasa Temuduga kerja

Jawab dengan jujur semasa menjawab soalan. Jangan terlalu gementar. Soalan ini antara tujuannya
adalah untuk membantu anda menghilangkan rasa gementar.

Apa Yang Boleh Diceritakan?

Ketika menjawab soalan memperkenalkan diri, ini adalah antara poin-poin yang anda boleh
gunakan:

Nama

Umur

Asal

Status berkahwinan

Kelayakan akademik

Tahun bergraduasi

Minat berkaitan jawatan

Pengalaman kerja

Jika Tidak Pernah Bekerja


Bagi graduan fresh graduate, sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh
ceritakan pengalaman latihan industri anda.

Atau cerita tentang pengalaman kerja part-time yang pernah anda buat.

Dan jika anda memang tidak pernah bekerja langsung, anda boleh cerita tentang hobi dan minat
anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Pendek kata, ceritakan sesuatu yang menampakkan anda berusaha untuk buat sesuatu.

Contoh Jawapan Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Saya (nama anda) berasal dari (tempat asal/tempat tinggal).

Saya mempunyai kelulusan (kelayakan akademik anda) dari (tempat anda belajar).

Saya (pernah/sedang) bekerja (nama syarikat) selama (tempoh bekerja).

Semasa belajar, saya pernah terlibat dengan (aktiviti/kelab/persatuan).

Saya mahir menggunakan (skil yang anda miliki).

Saya pernah mengikuti bengkel/kurus (nama kursus).

Boleh cuba susun dan ubah ayat ikut kesesuaian. Sebaiknya anda susun letak perkara positif tentang
diri anda di bahagian depan.

Selamat pagi tuan. Nama saya Khairul Anuar berasal dari Kajang, Selangor.

Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Kuala
Lumpur. Saya baru bergraduasi pada bulan Oktober tahun lepas.

Ketika belajar saya telah membuat latihan industri di RTM Kuala Lumpur. Saya bekerja di bahagian
Servis yang mana bantu selesaikan isu-isu teknikal yang timbul.
Saya sekarang ini sedang buat freelance membuat website. Saya ada membantu saudara dan kawan-
kawan yang ini membuat website. Apabila ada masa lapang saya akan menulis artikel untuk blog
peribadi saya.

Saya belum pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lagi. Saya ke sini bagi memohon jawatan
website designer.

Anda mungkin juga menyukai