Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN MURID

MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM


PELAKSANAAN SECARA ATAS TALIAN

SUKAN DAN PERMAINAN


SEKOLAH KEBANGSAAN GURU KALGIDHAR

MODUL 1 : CERGAS TAK SAYA?

1.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini adalah bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid


mengenai kecergasan dalam sukan dan permainan serta mengekalkan
kecergasan semasa di rumah dengan melaksanakan gaya hidup sihat yang
berfaedah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah mengekalkan dan


mengamalkan gaya hidup sihat serta kecergasan diri di rumah.

2.2 Mengembangkan keupayaan intelek murid dalam menyelesaikan


sesuatu permasalahan berpandukan sumber-sumber yang ada.

3.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


3.1 Setiap murid perlu menonton Video Panduan dan Video Rangsangan
Kecergasan yang telah disediakan.
3.2 Selepas menonton contoh video tersebut, murid seterusnya boleh
membuat pelaksanaan rakaman video kecergasan masing-masing.
3.3 Murid perlu membuat rakaman video kecergasan tersebut tidak
melebihi durasi masa 3 minit.
3.4 Murid perlu berpakaian sukan lengkap. (Digalakkan memakai pakaian
sukan sekolah).
3.5 Para murid boleh menghantar video asal iaitu tanpa diubahsuai
ataupun boleh menyelitkan lagu, perkataan atau aplikasi yang
bersesuaian tanpa mengganggu keaslian video asal.
3.6 Guru-guru penasihat boleh mencadangkan sumber-sumber rujukan
seperti buku, nota, modul atau laman sesawang yang sesuai SEPERTI
‘YOUTUBE’ sebagai panduan murid-murid mendapatkan maklumat
tentang VIDEO KECERGASAN ini. Boleh layari Youtube Channel
‘Cikgu Zul Bunga Bangsa’ sebagai rujukan. Pautan alamat akan
diberikan di bawah
3.7 Cara penghantaran video tersebut bergantung kepada kreativiti dan
kemudahan Guru Penasihat masing-masing. (Mungkin boleh membuat
penghantaran menggunakan aplikasi ‘whatsup’ atau ‘telegram’ atau
yang bersesuaian).
3.8 Setiap murid diberi tempoh untuk membuat rakaman video kecergasan
masing-masing. Tugasan ini perlu diselesaikan dalam tempoh yang
telah ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.
3.9 Murid yang melaksanakan video kecergasan ini akan diberi markah
kehadiran untuk SATU KALI perjumpaan sukan dan permainan dalam
sistem PAJSK.
3.10 Pihak sekolah boleh menilai tugasan ini sebagai satu pertandingan
berdasarkan peruntukan kewangan sekolah masing-masing.

4.0 PENUTUP
4.1 Adalah diharapkan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada murid
terutama sekali dalam meningkatkan pengetahuan murid mengenai
sukan dan permainan yang mereka ceburi dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat .
4.2 Tugasan ini juga sebagai salah satu alternatif menggantikan
perjumpaan kokurikulum bersemuka dan ke arah “Project Based
Learning”.
PAPARAN VIDEO:
1. Video Garis Panduan untuk Guru Penasihat Dan Murid:
https://www.youtube.com/watch?v=YMpilnMqtJQ

2. Video Rangsangan Kecergasan:


i) Daripada Murid:
https://www.youtube.com/watch?v=tqkYSbK--iI

ii) Daripada Guru:


https://www.youtube.com/watch?v=qWi9TDl6pYI

Anda mungkin juga menyukai