Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN GURU

MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM


PELAKSANAAN SECARA ATAS TALIAN

SUKAN DAN PERMAINAN


SEKOLAH KEBANGSAAN GURU KALGIDHAR

MODUL 1 : CERGAS TAK SAYA?

1.0 GARIS PANDUAN GURU PENASIHAT


1.1 Setiap guru penasihat dan murid perlu menonton Video Panduan dan
Video Rangsangan Kecergasan yang telah disediakan..
1.2 Video Panduan yang diberikan akan menerangkan mengenai tindakan
yang perlu dilaksanakan oleh para Guru Penasihat dan murid.
1.3 Video rangsangan kecergasan pula menunjukkan contoh video-video
kecergasan, senaman dan pemanasan badan daripada para murid dan
guru.
1.4 Guru-guru penasihat boleh mencadangkan sumber-sumber rujukan
seperti buku, nota, modul atau laman sesawang yang sesuai SEPERTI
‘YOUTUBE’ sebagai panduan murid-murid mendapatkan maklumat
tentang VIDEO KECERGASAN ini. Boleh layari Youtube Channel
‘Cikgu Zul Bunga Bangsa’ sebagai rujukan. Pautan alamat akan
diberikan di bawah
1.5 Selepas menonton contoh video tersebut, murid boleh membuat
pelaksanaan rakaman video kecergasan masing-masing.
1.6 Murid perlu membuat rakaman video kecergasan tersebut tidak
melebihi durasi masa 3 minit.
1.7 Murid perlu berpakaian sukan lengkap. (Digalakkan memakai pakaian
sukan sekolah).
1.8 Para murid boleh menghantar video asal iaitu tanpa diubahsuai
ataupun boleh menyelitkan lagu, perkataan atau aplikasi yang
bersesuaian tanpa mengganggu keaslian video asal.
1.9 Cara penghantaran video tersebut bergantung kepada kreativiti dan
kemudahan Guru Penasihat masing-masing. (Mungkin boleh membuat
penghantaran menggunakan aplikasi ‘whatsup’ atau ‘telegram’ atau
yang bersesuaian).
1.10 Setiap murid diberi tempoh untuk membuat rakaman video kecergasan
masing-masing. Tugasan ini perlu diselesaikan dalam tempoh yang
telah ditetapkan kepada guru penasihat masing-masing.
1.11 Murid yang melaksanakan video kecergasan ini akan diberi markah
kehadiran untuk SATU KALI perjumpaan sukan dan permainan dalam
sistem PAJSK.
1.12 Pihak sekolah boleh menilai tugasan ini sebagai satu satu
pertandingan berdasarkan peruntukan kewangan sekolah masing-
masing.
1.13 Pihak sekolah boleh menyediakan seberapa banyak hadiah kepada
murid yang menyertai dan menghantar video ini mengikut kemampuan
kewangan sekolah masing-masing.
1.14 Setiap sekolah diberi kebebasan dan mandat untuk menentukan
kaedah yang terbaik untuk menentukan pemenang.
1.15 Kebebasan ini mengambil kira pelbagai faktor fizikal, masa, tenaga dan
kewangan bagi setiap sekolah.

2.0 PENUTUP
2.1 Adalah diharapkan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada murid
terutama sekali dalam meningkatkan pengetahuan murid dalam sukan
dan permainan yang mereka ceburi dan mengamalkan gaya hidup
sihat.
2.2 Tugasan ini juga sebagai salah satu alternatif menggantikan
perjumpaan kokurikulum bersemuka dan ke arah “Project Based
Learning”.

PAPARAN VIDEO:
1. Video Garis Panduan untuk Guru Penasihat Dan Murid:
https://www.youtube.com/watch?v=YMpilnMqtJQ

2. Video Rangsangan Kecergasan:


i) Daripada Murid:
https://www.youtube.com/watch?v=tqkYSbK--iI

ii) Daripada Guru:


https://www.youtube.com/watch?v=qWi9TDl6pYI

Anda mungkin juga menyukai