Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
BUKU JAWAPAN (For Examiners Purpose Only)
Answer Booklet MARKAH
(Marks)
PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2020 3

(Total) Jumlah
(1st Examiner) Pemeriksa 1

(2nd Examiner) Pemeriksa 2


SEM
(Programme) (Intake)
ANGKA 2 0 2 0 0 6 2 3 4 0 1 2 3

(Question No. Soalan


GILIRAN
(Index Number)
NO. 0 1 0 7 1 6 - 1 2 - 0 2 8 6
K/PENGENALA
N
(Identity Card

Number)
No.)
KOD KURSUS SJHK3073
(Course Code)
TAJUK SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH 1
KURSUS
(Course Title) A
TARIKH
PEPERIKSAAN SESI PAGI (Morning) /
18.10.2021
(Examination (Session) PETANG (Afternoon)
Date)

BAHAGIAN (Section)
IPGK KAMPUS 1
(Teacher Education IPGK KENT
Institute)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.
(Fill in the details required clearly and legibly.) B 2

2. Tuliskan angka giliran dan kod peperiksaan pada header


kertas jawapan. Pastikan angka giliran dan kod peperiksaan
pada setiap muka surat buku jawapan.
(Write the index number and examination code on the answer
sheet header. Make sure the turn number and exam code
are on each page of the answer book.)

3. Mulakan jawapan anda bagi setiap soalan pada muka surat


baharu. JUMLAH
(Begin your answer for each question a new page.) (Total)

4. Tuliskan nombor soalan pada ruang atas setiap muka surat


jawapan.
(Write the question number on the space provide at the top of
each answer page.)

5. Sila muat-naik jawapan anda dalam bentuk format pdf.


(Please upload your answer in pdf format.)

potong di sini

(cut here)
Angka Giliran: 2020062340123 Kod Kertas: SJHK3073

JAWAPAN SOALAN 1 BAHAGIAN A

peng
Sumber Pengajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu peranan pentingnya adalah meningkatkan meningkatkan daya ingatan
terhadap fakta sejarah. Dengan adanya maklumat baru yang dikemukakan oleh guru dengan
menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, murid akan dapat
meningkatkan daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang diajar oleh guru dengan
mudah dan berpanjangan. Umum kita mengetahui bahawa mata pelajaran sejarah sering
dikaitkan dengan menghafal fakta yang terdapat dalam buku. Oleh hal ini yang demikian boleh
direalisasikan dengan kebijaksanaan guru dalam menggunakan sumber pengajaran dan
pembelajaran dalam menyampaikan maklumat di mana guru boleh menghubungkan maklumat
baru dengan maklumat lama dalam memudahkan murid memahami sekaligus memantapkan daya
ingatan terhadap sesuatu bahan pembelajaran. Memandangkan hanya menghafal, mudah untuk
murid bosan. Maka guru boleh menggunakan pelbagai bahan sumber pengajaran yang menarik.
Contohnya, guru menggunakan radio, kaset dan CD semasa mengajar murid berkaitan tajuk
identiti Malaysia. Guru boleh memasang lagu dan dinyanyikan bersama dengan murid.
Selain itu, sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah juga mampu merangsang
pemikiran murid di samping meningkatkan kreativiti dan keseronokan murid terhadap
pembelajaran. Signifikannya, penggunaan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilihat kerana ia mampu merangsang perkembangan murid merangkumi kognitif, bahasa, fizikal
serta sosial atau kemahiran komunikasi murid. Sebagai contohnya, guru boleh menggambarkan
kehidupan orang Zaman Air Batu dengan membina bahan maujud seperti diorama. Diorama ini
bukan sahaja memberikan gambaran kehidupan pada zaman itu, bahkan juga membolehkan
murid menyentuh sumber pengajaran ini yang sekaligus dapat menarik minat mereka untuk
mempelajari mata pelajaran Sejarah di samping mencetuskan sifat inkuiri dalam diri. Sifat inkuiri
ini membantu murid dalam mendalamkan pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara
termasuklah mata pelajaran Sejarah ini sendiri.
Seterusnya, sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah juga adalah dapat menarik
minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Dalam usaha menarik minat murid terhadap mata
pelajaran Sejarah yang sering kali diberi jolokan sebagai mata pelajaran yang membosankan ini,
guru perlu menggunakan kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran yang terdiri
daripada tiga jenis iaitu bahan bercetak, bahan elektronik dan bahan maujud. Kekreatifan guru
dalam memilih sumber yang bersesuaian ini dapat memastikan minat murid dapat dipupuk serta
terus diperkukuh terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini membolehkan murid untuk memahami
konsep yang diutarakan dalam sukatan serta menghayati kisah dan nilai yang terkandung dalam
Angka Giliran: 2020062340123 Kod Kertas: SJHK3073

sesuatu pembelajaran. Sebagai contohnya, guru dapat membawa bahan maujud seperti baju
Melayu, tengkolok, dan pakaian tradisional dalam mengajarkan tajuk berkaitan Kesultanan Melayu
Melaka atau budaya masyarakat di Malaysia.
Tambahan lagi, sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini juga sangat memainkan
peranan yang penting bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran Sejarah. Setiap bahan
mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Hal ini memberikan kesan terhadap kaedah dan
teknik pengajaran. Dengan menggunakan kepelbagaian bahan yang ada, kaedah dan teknik
pengajaran dapat juga dipelbagaikan. Kemahiran yang sama dapat dikuasai mengikut cara dan
teknik berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Contohnya, murid dapat
melakonkan sesuatu watak dengan menggunakan artifk yang ada. Penggunaan sumber perlu
dirancang dari segi kesesuaian , tujuan, masa dan cara menggunakannya. Perkara ini melibatkan
perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Oleh itu, guru akan dapat
merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna dan berkesan.
Di samping itu, dengan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran, guru dapat
memudahkan murid untuk menginterpretasi maklumat daripada peristiwa sejarah yang berlaku.
Interpretasi dalam konteks ini bermaksud membuat tafsiran atau menganalisis maklumat daripada
sumber sejarah. Tafsiran yang dilakukan ini dapat membantu murid dalam meneroka bukti serta
menghayati sesuatu peristiwa bersejarah yang dipelajari oleh mereka. Guru boleh menggunakan
bahan bersumberkan elektronik seperti penggunaan video untuk menunjukkan atau memberi
gambaran terhadap sesuatu situasi seperti video animasi yang berkaitan dengan Zaman Air Batu.
Aktiviti ini dapat merangsang minda murid untuk berfikir dan pada masa yang sama
menggalakkan mereka untuk berimaginasi dalam membina gambaran mereka sendiri terhadap
keadaan pada zaman itu. Hal ini memudahkan penyerapan maklumat berlaku di samping
merangsang minda murid untuk terus berfikir secara kreatif dan kritis.
Akhir sekali, sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah memainkan peranan penting
dalam pelaksanaan pembelajaran sejarah di Sekolah Rendah kerana ia merupakan sumber
komunikasi dalam PdP. Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses
PdP merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan
penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat tersebut boleh disalurkan menggunakan media
tertentu seperti media cetak ataupun tayangan video. Melalui tayangan video, tayangan peristiwa
dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa tersebut
dengan lebih dekat dan jelas secara menyeluruh. Contohnya, tayangan video berkaitan peristiwa
pembukaan Melaka.
Kesimpulannya, tahap kesediaan murid terhadap pembelajaran berasaskan bahan dalam
mata pelajaran sejarah berada pada tahap tinggi yang memberikan implikasi kepada para guru
untuk menggunakan kepelbagaian bahan-bahan pembelajaran dalam proses pengajaran dan
Angka Giliran: 2020062340123 Kod Kertas: SJHK3073

pembelajaran dengan lebih meluas lagi. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan secara bersepadu dan
bersistematik dengan menekankan aplikasi pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, strategi
pembelajaran abad ke-21 dan menggalakkan penglibatan aktif murid bagi membentuk suasana
persekitaran pembelajaran yang bermakna yang dapat menarik minat belajar sejarah yang
berkesan.
Angka Giliran: 2020062340123 Kod Kertas: SJHK3073

JAWAPAN SOALAN 2 BAHAGIAN A

Berdasarkan perkembangan teknologi semasa, memang tidak dinafikan bahawa teknologi


multimedia mempu memberikan kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan
kerana teknologi tersebut mampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio, dan video.
Penggunaan perisian multimedia ini telah menggembangkan proses pengajaran dan
pembelajaran kea rah yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai