Anda di halaman 1dari 2

Metodologi kajian

Pengenalan

Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Metodologi kajian
merupakan pengumpulan maklumat serta data terbaharu yang berkaitan tinjauan yang
dilakukan. Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian,
teori pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis
data. Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan menghuraikan tentang metodologi,
kaedah pengumpulan data, serta kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini. Hal
ini dilakukan untuk membentuk metodologi yang baik bagi menghasilkan kajian
yang berkualiti.

Pemilihan Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik secara online
bagi mendapatkan data tentang tahap pengetahuan belia mengenai Neo-imperialisme
melalui media massa yang berlaku di Malaysia. Target kumpulan sasaran pengkaji
adalah terdiri daripada belia yang merupakan pelajar-pelajar yang sedang belajar di
Hab Pendidikan Pagoh. Soal selidik ini telah dibuat menggunakan ‘Google form’
daripada laman web Google untuk membolehkan responden melengkapkan soal
selidik secara atas talian (online). Pengkaji memilih kaedah ini adalah kerana ia lebih
mudah untuk dikendalikan dan dapat menjimatkan masa memandangkan golongan
belia pada masa kini kerap berhubung dan berkomunikasi secara atas talian (online).
Disamping itu, pengkaji juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu untuk
mencetak helaian-helaian kertas untuk ditulis oleh responden.

Prosedur Pengumpulan Data

Soal Selidik

i. Satu set soal selidik dibuat menggunakan aplikasi laman web Google iaitu ‘Google
form’ dan disebarkan melalui aplikasi ‘Whatsapp’ ke setiap kumpulan (Group
Whatsapp) yang terdapat pelajar-pelajar Hab Pendidikan Pagoh seperti UTHM, IIUM,
Politeknik Tun Syed Nasir dan UTM.

ii. Soalan tersebut berkisarkan kenyataan secara terperinci berkenaan maklumat


responden dan sejauh mana tahap pengetahuan responden tentang neo-imperialisme
melalui media massa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, soalan-soalan yang
berbentuk pendapat dan perkongsian idea-idea bernas turut ditanyakan di dalam
‘Google form’ tersebut.

iii. Setelah selesai, jawapan kepada soalan tersebut akan dianalisis untuk
mengumpulkan data bagi memudahkan kajian.  

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kaedah yang dipilih oleh pengkaji bagi mendapatkan data
berkenaan tahap pengetahuan dan pendedahan belia yang berumur lingkungan 15
tahun hingga 25 tahun dan keatas tentang bentuk-bentuk penjajahan baharu atau lebih
tepat neo-imperialisme yang kini berlaku di Malaysia merupakan kaedah yang paling
bersesuaian dengan kajian yang dibuat. Dalam kajian ini, penggunaan kaedah yang
tepat dan bersesuaian adalah penting agar hasil yang diperolehi tidak dapat
dipertikaikan. Selain itu, responden yang dipilih memudahkan kajian dijalankan dan
selaras dengan apa yang ingin dikaji. Pemilihan metodologi kajian dan responden
yang terlibat adalah sangat penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama
dalam menentukan keberhasilan kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai