Anda di halaman 1dari 3

Istilah Kesusasteraan dalam Komponen Sastera (KOMSAS)

TEMA

Idea utama atau isu paling penting yang mahu disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

PERSOALAN

Idea-idea atau isu-isu yang hendak disampaikan oleh pengarang. Isu-isu ini akan membentuk tema
sesebuah cerita.

PLOT

Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat.
Plot kronologi disampaikan mengikut urutan masa.
Plot tidak kronologi disampaikan tidak mengikut urutan masa.
Peringkat plot ialah:-

 Permulaaan/pengenalan/eksposisi
 Perkembangan
 Klimaks
 Peleraian

Antara teknik plot ialah:-

 Teknik pemerian/deskriptif/huraian/bercerita
 Imbas kembali
 Saspens
 Kejutan
 Monolog
 Monolog dalaman
 Dialog

WATAK dan PERWATAKAN

 Watak ialah pelakon


 Perwatakan pula ialah sifat dari segi luaran dan dalamam pelakon
 Antara jenis watak:-
 Protagonis atau watak utama
 Antagonis penentang kepada watak utama (jahat)
 Watak sampingan

LATAR

Menjelaskan masa, era, tempat, ruang, masyarakat dan budaya dalam cerita
Terbahagi kepada 3 iaitu:-

 Latar masa
 Latar tempat
 Latar masyarakat
GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa untuk menulis sesebuah cerita.
Pengarang karya kreatif lebih cenderung menggunakan bahasa yang indah, berkesan dan puitis.
Antara gaya bahasa tersebut ialah:-

 Diksi - pemilihan atau penggunaan kata oleh pengarang


 Metafora - unsur perbandingan yang terdiri daripada 2 patah kata (lautan darah)
 Personifikasi - memberikan sifat manusia kepada benda ataupun haiwan
 Hiperbola - membandingkan sesuatu secara berlebihan (tajam pisau membelah bulan)
 Simile - Perbandingan yang menggunakan kata seperti, bagai, umpama, laksana, ibarat
 Paradoks - Penyataan yang bertentanga dengan fakta (itik mati kehausan di kolam)
 Repitisi - Kata yang diulang dalam baris yang sama 
 Anafora - Pengulangan kata pada awal baris
 Epifora - Pengulangan kata terakhir dalam baris 
 Responsif - Pengulangan kata di tengah-tengah
 Simplok - Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama (Sayang seribu kali
sayang)
 Imejan - Penggunaan unsur alam semula jadi (sungai, air, bukit, tasik)
 Alusi - Bahasa perbandingan (Kalau kau bunga, aku jadi kumbangnya)
 Ironi - Kata-kata yang bermaksud lain daripada yang sebenar atau kesan sebalik (Walaupun
nada suaranya lembut namun kata-katanya cukup keras)

UNSUR BUNYI

 Asonansi - pengulangan huruf vokal dalam satu baris


 Aliterasi - pengulangan huruf konsonan dalam satu baris
 Rima - bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam rangkap
 Jeda - hentian di tengah-tengah baris apabila melafazkan puisi
 Inversi - keterbalikan ayat (ke sungai aku pergi)

NADA

Nada ialah alunan lembut atau keras, tinggi atau rendah bunyi yang terhasil daripada pengucapan
sajak
Jenis-jenis nada:-

 Patriotik - pengucapan puisi yang bersemangat


 Melankolik - gambaran kesedihan, hiba dalam puisi
 Romantik - gambaran perasaan tenang, gembira, ceria dalam puisi
 Sinis - gambaran perasaan tidak suka, tidak senang dan sindiran
 Protes - gambaran perasaan marah, pemberontakan dan tidak puas hati dalam puisi

NILAI

 Nilai merupakan sisi baik yang ditonjolkan oleh watak atau gambaran sikap watak yang
ditonjolkan dalam sesuatu peristiwa.
 Biasanya nilai ditulis antara satu hingga dua patah perkataan sahaja dan disusuli oleh ayat
penjelasan yang berperanan untuk mengukuhkan lagi isi nilai tersebut. Contoh: Baik hati. Hal
ini ditonjolkan oleh (nama watak)

PENGAJARAN
 Pengajaran ialah peringatan atau nasihat yang telah diperoleh selepas membaca teks
KOMSAS terhadap diri kita.
 Pengajaran juga secara tidak langsung memberikan peringatan kepada diri KITA supaya
terus mengamalkan atau meghindarkan diri kita daripada mengulangi kesilapan yang telah
dilakukan khususnya di dalam peristiwa; ditonjolkan dalam bahan-bahan KOMSAS
tersebut. Biasanya akan disusuli oleh penjelasan untuk mengukuhkan lagi unsur pengajaran
itu.
Cara penulisannya ialah seperti berikut :-
a. Kita hendaklah selalu berbaik sangka terhadap satu sama lain. Hal ini ditonjolkan
oleh (nama watak)...
 Pengajaran bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kita dan ayat pengajaran mestilah
dibina dalam ayat yang berunsur positif atau nasihat. Contoh ayat permulaan:- Kita
hendaklah, Kita haruslah, Kita janganlah, Kita mestilah dan lain-lain yang relevan.

Anda mungkin juga menyukai