Anda di halaman 1dari 8

Department of Mechanical Engineering

DIPLOMA MECHANICAL ENGINEERING

WORKSHOP REPORT

DJJ 30082 –MECHANICAL WORKSHOP


PRACTICE 3

REPORT KIMPALAN ARKA LOGAM GAS LENGAI (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding)

NAMA : NURUL FARAHHANNA BINTI MOHD SALANI


NO PENDAFTARAN : 04DKM19F1009

NAMA PENSYARAH : EN OMAR BIN MAMAT


PENDAHULUAN

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam proses
tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam induk
untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus
yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan
elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh
dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan
yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperti
yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara
automatik atau separuh automatik. Walau bagaimanapun, alat kelengkapan
MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran elektrod yang
berterusan yang seraga.

OBJEKTIF
i. Untuk meningkatkan kualiti asas dan kemahiran dalam mengimpal.

ii. Untuk memahami cara penggunaan kimpalan MIG dengan betul untuk
mendapatkan sambungan yang kuat dan kemas.

iii. Untuk mendapatkan proses kimpalan MIG secara berterusan dan


seragam.

iv. Untuk belajar mengendalikan mesin MIG dengan mudah dan dilakukan
secara insani.

v. Dapat membezakan kaedah pengendalian atau penggunaan antara


mesin kimpal MIG dan kimpal TIG.

vi. Untuk membiasakan diri dalam bidang kimpalan untuk kegunaan ketika
Latihan Industri dan sewaktu menceburi bidang kimpalam didalam
bidang pekerjaan.
LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN

Para pelajar mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya


tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan tersebut ialah:

1) Dapatkan kebenaran pensyarah sebelum masuk atau keluar dari


bengkel.

2) Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja supaya dapat


mengelakkan sebarang kecederaan.

3) Memakai pakaian pelindung seperti baju bengkel dan pelindung muka


supaya serpihan alat yang dimesin tidak terkena pada bahagian mata dan
anggota badan.

4) Memakai kasut yang tertutup dan tapak bergetah semasa bekerja di


dalam bengkel.

5) Elakkan dari memakai perhiasan diri.

6) Jangan bermain atau bergurau semasa berada didalam bengkel.

7) Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.

8) Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam
keadaan sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan
elektrik.

9) Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan suasana pengudaraan yang baik


dan selesa.

10) Pastikan kerja kimpalan dilakukan jauh dari bahan mudah terbakar.

11) Mesti tahu suis utama bengkel kerana sekiranya berlaku kamalangan
seperti kejutan elektrik tutup suis utama.

12) Pastikan tahu cara pengendalian mesin sebelum menggunakannya.

13) Tutup suis mesin dan matikan pengaliran gas selepas digunakan.
FUNGSI KIMPALAN MIG

BIL ALATAN NAMA FUNGSI

1
Mesin MIG Membekalkan
arus

2 Penembak Mengeluarkan
MIG dawai elektrod

3
Dawai
elektrot Meleburkan
logam

4
Pelindung Melindungi muka
muka dan dan mata
mata

5
Sarung Melindungi
tangan tangan
6
Kasut Melindungi kaki
keselamatan

7
Apron Melindungi
badan

8
Berus besi Membersihkan
permukaan
logam

9
Pengapit Memegang plat
logam

10
Minyak Menyejukkan
muncung
penembak
LANGKAH-LANGKAH LARIAN KUMAI

1. Bersikan tempat yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus besi.

2. Sambungkan pengkebumi pada meja kimpalan yang hendak dikimpal.

3. Letakkan bahan kerja di atas meja dan laraskan arus serta tekanan
mengikut kesesuaian plat serta laraskan arus pada mesin MIG.

4. Lakukan kimpalan MIG dengan menekan picu penembak dari hujung ke


hujung dengan sudut dan jarak dari bahan kerja dengan betul sehingga
selesai.

5. Matikan suis mesin kimpalan MIG dan tutup tekanan gas apabila selesai
kerja mengimpal larian kumai dan sejukkan bahan kerja.

6. Bersihkan bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih seperti


berus dawai untuk mendapatkan hasil kerja yang kemas.
LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN TEMU

I. Bersikan tempat yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus besi.

II. Sambungkan pengkebumi pada meja kimpalan yang hendak dikimpal.

III. Letakkan bahan kerja di atas meja dan laraskan arus serta tekanan
mengikut kesesuaian plat serta laraskan arus pada mesin MIG.

IV. Letakkan kedua-dua bahan kerja untuk ditemukan hujung-hujung plat


dengan betul.

V. Lakukan kimpalan paku dengan menekan picu penembak pada hujung


sambungan plat bagi menentukan kedudukan yang betul dan
memudahkan proses kimpalan

VI. Lakukan kimpalan MIG dari hujung dengan sudut dan jarak dari bahan
kerja dengan betul sehingga selesai.

VII. Matikan suis mesin kimpalan MIG dan tutup tekanan gas apabila selesai
kerja mengimpal larian kumai dan sejukkan bahan kerja.

VIII. Bersihkan bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih seperti


berus dawai untuk mendapatkan hasil kerja yang kemas.
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah saya dapat


memahami prosedur-prosedur kerja MIG untuk saya membuat projek
kemahiran yang ada. Selain itu, walaupun kerjanya agak rumit tetapi pejalar
dapat menghasilkan kerja yang baik dan seragam. Walau bagaimanapun
pelajar dapat memahami teknik-teknik penggunaan MIG lebih mendalam lagi.
Ini dapat mencapai objektif yang dicapai.

Anda mungkin juga menyukai