Anda di halaman 1dari 16

Laporan

Amali Semester 2
Sesi 2022/2023
SHPE2122
Disediakan oleh:

1. MOHD SHAFIQ KHALEED BIN KAMARULZAMAN, Amali/Projek:


A19HP3031, 2/SHPJ
Perpaipan
kuprum
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL Nombor Laporan:
DAN KEJURUTERAAN SHPE1142-01
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN Tarikh Perlaksanaan Amali:
KEMANUSIAAN 26 Okt 2021 - 16 Nov 2022
Tarikh Laporan Disediakan:
23 Nov 2022
Tajuk Latihan/Projek Amali:
Perpaipan Kuprum

1.0 HASIL PEMBELAJARAN


Diakhir kursus ini, pelajar akan dapat
a) Membincangkan prinsip perpaipan kuprum dalam sistem penyaman udara dan penyejuk
bekuan.
b) Memilih dan menggunakan peralatan tangan dengan betul dalam kerja-kerja perpaipan kuprum.
c) Merancang tanda, memotong, membengkok dan menyambung logam dengan betul secara
individu.
d) Mematuhi peraturan keselamatan bengkel penyaman dan penyejuk bekuan dan mengamalkan
langkah keselamatan dengan betul khususnya semasa melaksanakan kerja perpaipan kuprum.
2.0 PENGENALAN

Penyaman udara atau pendingin hawa (sering tersilap tulis sebagai penghawa dingin) atau alat hawa
dingin ialah suatu sistem atau mesin yang mengekalkan suhu dan kelembapan udara sesuatu
persekitaran secara penyejukan dan pemanasan udara yang diserap kemudian dilepaskan setelah
berubah sifat. Dalam kitaran ini, haba dipindahkan dari suatu lokasi bersuhu sejuk kepada suatu
kawasan yang lebih panas menggunakan suatu bahan cecair penyejuk (refrigerant) agar ia bergerak ke
arah yang berlawanan. Bahan penyejuk ini dialirkan masuk ke dalam pemampat di mana suhu dan
tekanan bahan tersebut dinaikkan sebelum ia dialirkan ke penyejat; di sini udara panas dilalukan dan
haba diserap mengubah sifat cecair penyejuk tersejat menjadi bentuk gas. Udara yang disingkirkan haba
ni ditiupkan semula dengan suhu yang direndahkan.

Bahan penyejuk yang masih panas ini dialirkan melalui injap pengembangan yang sangat kecil lalu
mengalami pengurangan tekanan yang mendadak. Sifat gas penyejuk berubah kembali menjadi cecair
sambil haba tersejat berkurangan dan disingkirkan dari sistem oleh kipas dipasangkan pada penyejat
keluar sekitaran. Cecair penyejuk disalurkan kembali ke dalam pemampat untuk melengkapkan kitaran
penyejukan yang berulang kali. Bahagian penyejukan dan penyejatan dalam sistem tergabung ini
dipisahkan berasingan agar kedua-dua proses ini berada dalam keadaan cekap dengan sistem pengaliran
udara yang tersendiri (sama ada udara yang panas mahupun sejuk). Kecekapan yang mampu dicapai
penjalanan sistem penyamanan ini dalam sesebuah ruang tertutup menjulat sekitar 30% hingga 60%
kelembapan ruang
3.0 OBJEKTIF AMALI/ PROJEK

Secara spesifik, objektif amali projek fabrikasi logam –toolbox ini adalah;
3.1 Membina kemahiran mengukur dan merancang tanda pada paip kuprum.
3.2 Membangunkan kemahiran memotong paip kuprum menggunakan peralatan tangan
dengan betul.
3.3 Membangunkan kemahiran membengkok paip kuprum menggunakan alatan tangan dan
mesin yang bersesuaian
3.4 Membangunkan kemahiran mengapit dan mencantum bahagian-bahagian paip kuprum
dengan kemas.
3.5 Membina kemahiran menyambungkan setiap bahagian paip kuprum dengan menggunakan
kaedah silfos.
4.0 PERALATAN

BIL ALATAN FUNGSI


1.
Pembaris keluli digunakan untuk mengukur
jarak pada bahagian keja sebelum ditanda
dan membuat garisan yang lurus.

PEMBARIS KELULI
2.
Digunakan untuk kerja menanda dan
membuat garisan pada permukaan logam.
Alat ini mempunyai dua hujung mata yang
tajam bagi memudahkan kerja menanda pada
permukaan logam. Digunakan bagi menanda
dan melakar bahan logam sebelum kerja kerja
pemotongan dilakukan.
PENGGARIT

3.
Berfungsi untuk membuat pemotongan yang
kemas dan selamat pada paip kuprum.

PEMOTONG TIUB KUPRUM


4.
Berfungsi untuk membengkokkan paip
kuprum dengan kemas pada sudut yang
ditetapkan.

PEMBENGKOK TUB JENIS TUIL


5.
Mengemaskan bahagian hujung paip kuprum
selepas dipotong menggunakan pemotong
paip kuprum.

PELULAS (REAMER)
6. Digunakan untuk mengapit bahagian-
bahagian penyambungan paip kuprum
dengan ketat dan kemas sebelum proses
silfos.

ALAT KAPIT (PINCH)


7.
Berfungsi sebagai medium pemanasan utama
dalam proses silfos. Memanaskan permukaan
paip kuprum dengan efisen dan selamat.

MAPP GAS TORCH


8.
Digunakan untuk mengetatkan nat dan
penjodoh pada paip kuprum.

SPANAR BOLEH LARAS


9.
Ia digunakan untuk proses flaring pada
bahagian hujung paip kuprum dengan kemas.

FLARING TOOL
5.0 ALAT PELINDUNG DIRI

BIL ALAT PELINDUNG DIRI FUNGSI


1.
Melindungi tangan daripada
berlakunya kecederaan kerana
paip kuprum selepas dipotong
akan mempunyai hujung yang
tajam. Oleh itu utamakan
keselamatan dan pastikan untuk
memakai sarung tangan mengikut
jenis dan kesesuaian.
SARUNG TANGAN KULIT
2.
Melindungi mata daripada terkena
percikan api semasa menggunakan
mapp gas.

GOGGLE
3.
Kebiasaan kasut keselamatan
dibuat dengan kulit dan bahagian
hadapannya terdapat satu besi
untuk menghalang kaki dari
tersepit apabila terjatuh sesuatu
beban. Melindungi kaki dari
SAFETY SHOES terkena percikan api semasa
mengimpal.

6.0 BAHAN

1. Paip kuprum bersaiz ¼ dan 3/8.


2. Rod silfos.
3. Nat kembang
4. Penjodoh
7.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL PENYAMAN UDARA

Dalam mengikuti bengkel fabrikasi logam, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan yang
perlu dipatuhi. Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting. Kemalangan perlulah
disingkirkan dan dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu bertanggungjawab terhadap keselamatan diri
sendiri serta orang yang berada di sekelilingnya. Dengan itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat
dikurangkan serta dapat dicegah. Walaubagaimanapun, penambahan alat perlindungan semasa
melakukan kerja atau menggunakan mesin sentiasa berubah mengikut keadaan dan kesesuaian. Berikut
adalah peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam:
a. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari pengajar
b. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan tangan
sebelum melakukan sebarang kerja.
c. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta dapatkan
tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.
d. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja – kerja didalam
bengkel.
e. Pemakaian selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut bertutup yang
bergetah.
f. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.
g. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.
h. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat asalnya.
Jangan biarkan ianya bersepah diatas mesin dan diatas Kawasan persekitaran bengkel.
i. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan, dikemas dan mencukupi bilangannya. Sekiranya
berlaku kehilangan, pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.
8.0 PROSEDUR ATAU LANGKAH KERJA

BIL GAMBAR LANGKAH KERJA


1.
• Proses mengukur dan menanda
• Membengkokkan menggunakan alat
pembengkok tub jenis tuil
• Seterusnya menandakan bahagian
seterusnya lalu ulang langkah kedua
(bengkokkan 90 darjah dan
• 180 darjah.
• Dengan menggunakan pen marker, tiub
kuprum dililitkan dengan berhati-hati
dan perlahan bagi
• mendapatkan 5 kali lilitan yang kemas
dan seragam.
2.
• Menyambung semula kerja pada minggu
lepas.
• Menggunakan pembaris keluli dan
penggarik, tiub kuprum ditanda dan
diukur.
• Dengan menggunakan pembengkok tiub
jenis tuil, tiub kuprum 3/8 mengikut
diagram yang diberikan.
• Antara sudut yang perlu dibengkokkan
adalah sudut 90 dan 180 darjah.
• Proses flaring
• Sebelum proses flaring, pastikan nut dan
penjodoh dimasukkan dahulu kepada
tiub kuprum.
• Dengan menggunakan alat flaring, tiub
kuprum jenis 3/8 dan 1/4 dimasukkan
dengan berhati- hati.
• Lebihkan 2mm hujung tiub kuprum
sebelum diikat. Lalu tuil alat flaring di
puding dengan perlahanlahan.
• Proses mengapit tiub kuprum.
• Masukkan tiub rerambut kedalam tiub
1/4 lalu apitkan menggunakan alat
pengapit(pinch) dengan berhati-hati
supaya tidak merosakkan tiub yang lebih
kecil.
• Masukkan tiub 1/4 kedalam tiub 3/8
dan langkah kerja di atas diulang
sebelum proses silfos dibuat.
3.
• Dengan menggunakan alat kapit (pinch)
semua bahagian yang perlu diapit
diketatkan semula.
• Proses ini dibuat bagi mengurangkan
ruang diantara cantuman dua paip
kuprum sebelum proses silfos
dijalankan.
• Proses silfosing
• Sebelum proses silfos dijalankan, bahan
kerja diikat pada ragum supaya tidak
bergerak dan senang dikendalikan
kerana suhu yang panas.
• Laraskan api torch tersebut pada
nyalaan neutral
• Lalu panaskan rod kuprum sehingga
menjadi kemerah-merahan.
• Setelah rod kuprum sudah menjadi
panas, letakkan silfos copper rode pada
bahagian cantuman bagi meleburkan
silfos copper rode tersebut.
• Langkah-langkah tersebut diulang pada
setiap bahagian cantuman.

4. • Isikan air paip ke dalam baldi yang


besar sehingga hampir penuh.
• Lalu ambil tangki Refrigerant R22 dan
sambungkan kepada hasil kerja dengan
menggunakan tolok pancarongga.
• Pastikan sambungan ke hasil kerja
diketatkan agar tidak berlakunya
bocoran gas.
• Setelah disambungkan dengan kemas
dan ketat, gas R22 dilalukan kedalam
hasil kerja.
• Dengan berhati-hati, bahan kerja
direndam ke dalam baldi yang berisi air.
• Buih yang keluar daripada baagian
sambungan kerja di perhatikan.
• Jika tidak ada buih yang keluar maka
bahan kerja adalah berjaya.
9.0 PEMERHATIAN DAN HASIL KERJA

Hasil dari pemerhatian saya, pelbagai kaedah dan teknik yang kami pelajari sepanjang projek
menghasilkan projek amali perpaipan kuprum ini. Kemahiran dalam mengendali mesin dan alatan
tangan dengan betul akan mempengaruhi kekemasan dan kualiti hasil kerja saya. Pada awalanya,
saya telah melakukan kesilapan dalam penandaan yang menyebabkan paip kuprum saya terlebih
panjang. Namun saya berjaya membetulkan semula dengan membuat pemotongan pada hujung
paip kuprum tersebut. Penghasilan perpaipan kuprum ini melalui pelbagai proses yang memerlukan
penelitian bermulalah dengan kefahaman reka bentuk paip kuprum, memotong, membengkok,
membuat tandaan, melulas dan silfos. Tandaan dan ukuran yang betul akan memudahkan proses
penyambungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Pemotongan paip kuprum
menggunakan alat pemotong paip kuprum. Seterusnya, alat pembenggkok paip kuprum jenis tuil
digunakan untuk membengkokkan paip kuprum yang tertentu kepada 90°dan 180° diikuti dengan
proses menmengapit menggunakan alat apit pinch.

Proses membengkok paip kuprum memerlukan ketelitian bagi memastikan bentuknya itu
tidak senget dan mendapat ukuran yang diinginkan. Seterusnya, sambungan menggunakan kaedah
silfos memerlukan kami melakukannya dengan berhati-hati kerana tidak mahu paip kuprum
tersebut bocor akibat haba berlebihan. Penggunaan mapp gas torch ini memerlukan saya
menggunakan goggle bagi mengelakkan percikan api daripada terkena mata. Kerjasama antara
rakan sekelas juga merupakan antara elemen yang penting dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir
sekali, banyak teknik dan kemahiran yang betul telah saya pelajari dalam penghasilan projek
perpaipan kuprum ini.
10.0 KESIMPULAN

Kesimpulan keseluruhan perpaipan kuprum merupakan kerja yang memerlukan ketelitian dan
kesabaran yang tinggi. Ini kerana kerja perpaipan kuprum yang dilakukan dengan tiada sifat sabar ini
pasti akan mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan mendapat hasil projek yang tidak elok. Disinilah
kepentingan peraturan keselamatan patut diamalkan. Ketika melakukan kerja untuk projek ini, dapat
memberikan pendedahan mengenai penggunaan beberapa jenis alat yang digunakan untuk membantu
memudahkan kerja serta menjimatkan masa. Di samping itu juga alat yang digunakan akan dapat
menghasilkan hasil kerja yang kemas. Disini juga penting setiap individu mengamalkan peraturan
keselamatan untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Secara keseluruhannya, kerja perpaipan kuprum
merupakan kerja yang mudah jika dilakukan dengan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Jika tidak pasti kerja yang dilakukan akan susah disamping akan mengakibatkan kemalangan kepada diri
serta persikitaran. Seterusnya pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan
menggunakan peralatan bengkel untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar
sebelum mengajar di sekolah. Oleh hal yang demikian segala objektif kajian adalah tercapai dan berjaya.

11.0 REFLEKSI

Apa yang saya boleh tekankan di sini, belajar tentang topik atau subjek perpaipan kuprum ini
agak sukar difahami jika belajar daripada slide dan nota sahaja. Tetapi apa yang disampaikan oleh
pensyarah kursus ini iaitu Dr. Mohamad Rasidi Bin Pairan amatlah membantu saya untuk memahami
dengan lebih dalam dan teliti tentang cara meggunakan dan mengendalikan alat pembengkok paip
kuprum jenis tuil dan mapp gas torch ini. Berlainan dengan dapatan saya di internet yang kurang jelas
dan tidak cukup teliti. Saya beranggapan belajar di kelas lebih faham berbanding meneliti bahan ilmiah
lain di internet. Selain itu juga, pengajar kursus ini iaitu En. Mohd Rafiz Bin Abu Bakar menerangkan
dengan jelas setiap faktor keselamatan yang perlu diambil ketika berada di dalam bengkel penyaman
udara. Oleh itu saya amat selesa untuk belajar memotong, membengkok dan mencantum paip kuprum.
Saya memandang kehadapan untuk mempraktikkan setiap pengalaman yang diperolehi didalam bengkel
ini pada masa hadapan. Terima kasih atas pertolongan pensyarah dan pengajar kursus yang membantu
saya dalam menyiapkan projek ini.
12.0 RUJUKAN

- Slide dan video asas kimpalan di buat oleh Dr. Mohamad Rasidi bin Pairan dan En.
Mohd Rafiz Bin Abu Bakar

Disemak oleh: Dinilai oleh:

............................................................... ................................................................
En. Mohd Rafiz Bin Abu Bakar Dr. Mohamad Rasidi bin Pairan
Pengajar Kursus SHPE2122 Pensyarah Kursus SHPE2122
Tarikh: _______________________________ Tarikh:_________________________

Anda mungkin juga menyukai