Anda di halaman 1dari 1

Yang Dihormati YB ______________, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG Kelvins

Kong, barisan penolong kanan, guru-guru serta Ibu-bapa yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita kerana dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini
sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020. Rasanya belum terlambat untuk saya
mengucapkan gong xi fa cai kepada semua yang hadir pada hari ini khususnya yang
berbangsa cina. Tahun baru cina merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat
cina pada setiap tahun dengan begitu meriah sekali. Menurut sejarah, perayaan ini
pada asalnya disambut untuk meraikan musim bunga dan ketibaan hasil tanaman yang
lumayan. Untuk itu bagi meraikannya masyarakat cina akan berkumpul dan bersukaria
bersama-sama.

Tradisi ini diteruskan dari generasi ke generasi pada setiap kali tibanya
sambutan tahun baru cina. Ia telah menjadi satu tradisi yang murni kerana ia telah
berjaya mewujudkan perasaan dan budaya menghormati antara golongan muda
kepada golongan yang lebih tua. Hubungan kekeluargaan telah dapat dipereratkan
tidak sahaja di dalam keluarga itu sendiri tetapi juga kepada sanak saudara, jiran
tetangga dan rakan-rakan.

Sebelum saya berucap lebih lanjut lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada YB __________ kerana telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah
untuk membaik pulih atap dewan St Rose Of Lima. Seperti semua maklum dewan St
Rose Of Lima mempunyai masalah bocor dan memberi masalah kepada pihak sekolah
untuk menggunakan dewan apabila hujan. Jadi, sekarang hujan bukan lagi memberi
masalah kepada pihak sekolah. Terima kasih sekali lagi kepada kepada YB_________
kerana prihatin terhadap infrastruktur sekolah.

Walaubagaimanapun, kami ingin menyampaikan hasrat untuk meminta


sumbangan membina pentas kecil di dewan St Anne. Pentas di dewan St Anne sangat
diperlukan agar dapat melaksanakan apa jua aktiviti dan program dengan sempurna.
Sekiranya YB __________ bersetuju, Lembaga sekolah akan berbincang dengan YB
untuk mengeluarkan surat. Diharap YB __________ bersetuju dengan hasrat SMC agar
dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid yang lebih optimum.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang
hadir pada hari ini. Diharap, semua program yang dilaksanakan oleh sekolah pada
masa akan datang dapat memberi sambutan yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai