Anda di halaman 1dari 5

Cara-Cara Membiak Pokok Kucai

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang cara-cara untuk
membiak pokok kucai.Kita boleh membiak pokok kucai setelah batang kucai ini telah
matang dan kalau rumpun pokok kucai telah memenuhi pasu atau plastik beg.Macam
kucai dalam beg plastik hitam tu sebenarnya ia telah pun padat dengan batang kucai
dan untuk membolehkan batang kucai itu membiak dengan elok maka kita perlulah
mengubahnya.Seperti yang telah saya cerita pada posting yang lepas kucai ini
membiak melalui belahan dedua iaitu daripada satu batang induk yang telah matang
kemudian membelah menjadi 2 batang anak benih.Proses ini akan terus berlaku
sehinggalah pasu kita menjadi padat dengan batang kucai.Untuk membolehkannya
membelah dan membiak maka kita terpaksa mengubahnya supaya proses pembelahan
batang kucai tidak terbantut.
Proses Pertama

Langkah pertama adalah dengan menyediakan medium pembiakan kucai ataupun


tanah campuran untuk kita isi dalam pasu sebagai tempat pembiakan kucai.Apa yang
kita perlukan adalah

1-1 beg plastik tanah kompos  (RM2.00/pc)


2-1 beg baja organik tulen (RM5.00/pc)
3-pasir sungai 

Tanah kompos dan baja organik boleh kita beli daripada nurseri ataupun kedai yang
menjual baja/racun untuk pertanian.Nisbah campuran adalah 3:2:1 iaitu tanah
kompos:pasir:baja organik.Macam kes saya mula-mula saya sukat dulu 1 kg baja
organik dalam pasu kecil.Bila sukat dapat la 2 pasu kecil.Jadi saya tau la saya perlukan
6 pasu kecil untuk tanah kompos dan 4 pasu kecil untuk pasir.Sahabat semua boleh
membeli pasir sungai daripada kedai hardware yang ada jual alatan pembinaan.Macam
kes saya, untuk menjimatkan kos saya menggunakan pasir yang ada dalam longkang di
depan rumah saya sahaja.Jadi campur sahaja semua ketiga-tiga campuran ni
kemudian gaul sama rata.Pastikan tanah campuran tidak berketul-ketul.Kalau nak lagi
bagus tambahkan lagi tanah campuran tu dengan habuk sabut ataupun hampas kelapa
dengan nisbah campuran 1:1.
Proses Kedua

Langkah kedua adalah kita mula mengembur tanah kucai yang dalam plastik beg yang
nak kita ubah tu supaya lembut dan mudah untuk kita mencerai-ceraikan batang kucai
tu.Saya telah mencerai-ceraikan batang kucai tu menjadi seperti gambar yang kat atas
ni.Saya asingkan batang kucai yang telah matang dengan anak kucai yang masih muda
supaya saya boleh tanam yang dah matang serumpun dan yang masih muda
serumpun.Proses nak ceraikan batang kucai kena buat dengan cermat pasal kita tak
mahu akar kucai yang berserabut tu putus dan akhirnya akan membantutkan
pembesaran pokok kucai kita.
Proses Ketiga

Langkah ketiga adalah kita memasukkan tanah campuran ke dalam pasu/beg plastik
hitam/apa sahaja bekas yang kita suka cukup setakat setengah daripada bekas
tu.Lepas tu kita susun la batang kucai tu dalam bekas tu.Macam kes saya, saya guna
pasu yang kecil sahaja.Jadi saya selerakkan menjadi 5 batang pokok kucai dalam
setiap pasu.Ada orang jenis suka tanam 1 rumpun terus dalam satu pasu dan
sebenarnya cara itu adalah salah.Bila kita tanam 1 rumpun terus kita membantutkan
pokok kucai kita untuk membiak.Cara yang betul adalah dengan menanam jarang-
jarang supaya nanti kucai tu akan memenuhi seluruh kawasan pasu kita.Bukannya
tertunpu di bahagian tengah sahaja.Lepas kita dah susun batang kucai tu maka kita pun
kambuslah tanah campuran sehingga ke leher pasu.

Proses Keempat

Langkah yang akhir sekali adalah kita susun pokok kucai yang telah kita ubah
kemudian jirus dengan air.Kucai yang telah diubah sepatutnya tidak dibiarkan
menerima terus cahaya matahari.Ini akan membuatnya layu.Kena letak kat tempat
teduh dahulu kemudian barulah kita ubah kepada tempat yang menerima cahaya
matahari secara terus.Jadi kita tunggulah selama 3-4 bulan untuk melihat kucai kita
membiak dan memenuhi seluruh pasu kita tu.Selamat mencuba.Saya masih ada lagi 3
induk kucai yang masih belum diubah.Setakat sekrang saya telah ubah 2 beg
plastik.Dengan cara ini tanaman kucai kita akan menjadi banyak dan hasilnya juga akan
turut berkembang sehinggalah kita berkata cukuplah setakat ni sahaja pokok kucai
yang kita mampu jaga.

Anda mungkin juga menyukai