Anda di halaman 1dari 34

ISI-KANDUNGAN

ISI-KANDUNGAN............................................................................................................ i

SENARAI JADUAL.........................................................................................................ii

SENARAI RAJAH.......................................................................................................... iii

SENARAI SINGKATAN.................................................................................................iv

SENARAI LAMPIRAN....................................................................................................v

BAB 1.0 PENDAHULUAN..........................................................................................1

1.1 Pengenalan......................................................................................................1

1.2 Latar Belakang Masalah..................................................................................2

1.3 Penyataan Masalah.........................................................................................3

1.4 Tujuan Kajian...................................................................................................4

1.4.1 Objektif Kajian...........................................................................................4

1.4.2 Persoalan Kajian.......................................................................................4

1.4.3 Hipotesis Kajian........................................................................................4

1.5 Skop Dan Batasan Kajian................................................................................5

1.6 Kepentingan Kajian..........................................................................................6

1.6.1 Guru Pelatih..............................................................................................6

1.6.2 Pensyarah.................................................................................................6

1.6.3 IPGKTI......................................................................................................6

1.7 Definisi Operasional.........................................................................................7

1.7.1 Penggunaan.............................................................................................7

1.7.2 Kad Gambar.............................................................................................7

1.7.3 Ingatan......................................................................................................7

1.7.4 Komponen................................................................................................7

1.7.5 Elektronik..................................................................................................7

i
1.8 Penutup...........................................................................................................8

BAB 2.0 TINJAUAN LITERATUR...............................................................................9

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian................................................................9

2.2 Teori/Model Yang Terlibat Dalam Kajian..........................................................9

2.2.1 Teori Kognitivisme....................................................................................9

2.2.2 Teori Behaviorisme.................................................................................10

2.3 Dapatan Kajian Lalu.......................................................................................11

2.4 Penutup......................................................................................................... 12

BAB 3.0 Metodologi Kajian.......................................................................................13

3.1 Pengenalan....................................................................................................13

3.2 Reka Bentuk Kajian........................................................................................13

3.3 Persampelan..................................................................................................13

3.4 Instrumen Kajian............................................................................................14

3.5 Kerangka Konseptual Kajian..........................................................................15

3.6 Prosedur Rawatan / Intervensi.......................................................................16

3.7 Kajian Rintis...................................................................................................17

3.8 Prosedur Pengumpulan Data.........................................................................18

3.9 Prosedur Penganalisis Data...........................................................................19

3.10 Penutup......................................................................................................... 19

Lampiran...................................................................................................................... 20

Lampiran A : Surat Kebenaran...........................................................................20

Lampiran B : Carta Gantt....................................................................................21

Lampiran C : Instrumen Kajian...........................................................................22

SENARAI JADUAL

ii
SENARAI RAJAH
Rajah 3. 1 : Kerangka Konseptual Kajian.....................................................................15
Rajah 3. 2 : Carta Alir Prosedur Rawatan.....................................................................16
Rajah 3. 3 : Carta Prosedur Pengumpulan Data..........................................................18

iii
SENARAI SINGKATAN

iv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A : Surat Kebenaran

Lampiran B : Carta Gantt

Lampiran C : Instrumen Kajian

v
BAB 1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan kepada masalah mengingat komponen
elektronik dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim (IPGKTI), Johor iaitu Opsyen 1 PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan) Reka Bentuk Dan Teknologi. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji dan memilih
satu pendekatan yang sesuai untuk menangani masalah dalam mengingat komponen-
komponen elektronik. Pendekatan yang dipilih untuk kajian ini adalah dengan cara ‘Kad
Gambar’ bagi meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik.

Strategi pembelajaran digunakan untuk mengatasi masalah kajian ini adalah


kaedah pembelajaran secara visual yang berpusatkan bahan. Cara penggunaan kad
gambar untuk mengingatkan komponen elektronik adalah cara penggunaan visual
yang merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan
meningkatkan proses pembelajaran iaitu mengingat. Cara ini adalah dijalankan dengan
berpandukan pelbagai jenis bahan-bahan visual yang bergerak ataupun tidak bergerak.
(Ahmad Nazir Muhammad Ali,2006). Dan pengkaji telah memilih kad gambar sebagai
bahan visual.

Rancangan pembelajaran ini adalah untuk memudahkan pensyarah dalam


melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan daya ingatan
guru pelatih dalam mengingatkan komponen-komponen elektronik yang akan
digunakan semasa amali Reka Bentuk Teknologi. Definisi komponen adalah bahagian
dari suatu sistem yang mempunyai peranan penting dalam keseluruhan aspek
berlangsungnya suatu proses dalam pencapaian suatu tujuan di dalam sistem (Tataart
study : 2012).

RBT merupakan mata pelajaran bercorak amali yang memerlukan penglibatan


pelajar ataupun guru pelatih secara individu. Objektif utama mata pelajaran ini digubal
adalah untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi.
Murid ataupun guru pelatih dapat menguasai bidang ini melalui penguasaan kemahiran
praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan
keusahawan.

1
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional sememangnya
menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan, namun pendekatan ini membawa
kepada pelbagai kekangan dan masalah. Antaranya adalah guru pelatih mudah bosan,
hilang tumpuan, tiada pemikiran kritis yang berlaku dan guru pelatih menjadi pasif.
Guru pelatih hanya duduk, mendengar, melihat dan menerima maklumat yang
diberikan oleh pensyarah. Sistem pembelajaran konvensional dilihat telah menghalang
guru pelatih untuk mengembangkan potensi masing-masing dengan cara, teknik, serta
gaya pembelajaran mereka yang tersendiri (Ramlah, 2003). Hal ini memyebabkan guru
pelatih hilang minat untuk mempelajari mata pelajaran RBT.

Setiap pensyarah mempunyai usaha dan insiatif dalam mencari pendekatan


baru bagi pengajaran yang mampu untuk memberikan motivasi kepada guru pelatih.
Namun, pendekatan menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan tahap ingatan
guru pelatih terhadap komponen-komponen elektronik. Menurut Glen Doman, kaedah
ini lebih mudah diajarkan kepada murid dengan menggunakan kad imbasan. Setiap
komponen akan dtulis di atas ‘Kad Gambar’ dan kad tersebut diimbaskan dihadapan
guru pelatih dengan cepat. Rasionalnya, dengan menggunakan kaedah ini guru pelatih
dikatakan mempunyai ingatan foto atau “photographic memory”. Oleh itu, jelaslah
dengan penggunaan kad gambar tersebut akan membuatkan guru pelatih mengingati
dan menyimpan ingatan tersebut di dalam ingatan minda mereka dan akan dikeluarkan
apabila tiba masa yang sepatutnya.

Penggunaan kad gambar merupakan satu langkah dalam memperbaiki dan


meningkatkan tahap ingatan guru pelatih kepada komponen elektronik. Konsep ini
menggantikan penggunaan kaedah pengajaran konvensional kepada penggunaan kad
gambar yang lebih menarik.

Penggunaan objek yang menarik seperti kad gambar dan kaedah pengajaran
yang sesuai dapat memudahkan guru pelatih untuk mengingat pelajaran yang mereka
pelajari. Oleh itu kajian akan dilakukan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan
penggunaan kad imbasan dalam meningkatkan penguasaan mengingat komponen
elektronik dalam kalangan guru pelatih. Penggunaan kad gambar merupakan salah

2
satu cara yang mudah dan berkesan untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) sekiranya ia sentiasa diguna pakai.

1.3 Penyataan Masalah


Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan “Kad
Gambar’ dalam mengingatkan komponen elektronik kepada guru pelatih 1 PISMP RBT
di IPGKTI. Pengkaji mendapati bahawa guru pelatih sukar menguasai pengetahuan
tentang komponen elektronik berpunca daripada kaedah PdP yang kurang menarik
minat guru pelatih iaitu secara konvensional yang masih lagi digunakan pada masa
kini.

Dapatan ini mempunyai persamaan dengan kenyataan Johnson (2006) yang


menyatakan proses PdP secara konvensional merupakan pengajaran yang pasif dan
mewujudkan implikasi negatif kerana pensyarah tidak dapat merangsang pemikiran
guru pelatih dengan berkesan. Shacar dan Newman (2010) turut menyokong
kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa murid boleh lulus dalam ujian melalui
proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional ini namun kadah tersebut
menyebabkan kebosanan dan kurang menarik minat murid.

Permasalahan yang telah dinyatakan sangat berkait rapat dengan


permasalahan guru pelatih 1 PISMP RBT di IPGKTI. Justeru, penghasilan ‘Kad
Gambar’ bertujuan untuk meningkatkan tahap peringatan kepada komponen elektronik
serta mewujudkan PdPc yang lebih menarik dan menyeronokan dalam kursus
Teknologi Elektrik Dan Elektronik. Pengajaran berbantu kad gambar mampu
menangani masalah guru pelatih untuk mengingat komponen-komponen elektronik
dalam kursus Teknologi Elektrik Dan Elektronik. Kajian ini dijalankan bertujuan menilai
kesesuaian kad gambar yang akan dibangunkan bagi mengukur keberkesanan kad
gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran RBT.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya
tajuk ini (Penghasilan Projek) memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan
aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti menghadapi
kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama nanti yang
memperkenalkan nama dan fungsi alatan tangan yang lain. Akhrinya, sudah tentu
murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan nama dan fungsi alatan tangan
dalam peperiksaan nanti.

3
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian dilakukan bagi menentukan keberkesanan ’Kad Gambar’ dalam
membantu meningkatkan tahap ingatan komponen elektronik dalam tajuk Teknologi
Elektrik Dan Elektronik bagi guru pelatih 1 PISMP RBT IPGKTI.

1.4.1 Objektif Kajian


Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan objektif kajian iaitu :

I. Mengenalpasti tahap ingatan nama komponen elektronik.


II. Mengenalpasti tahap ingatan fungsi komponen elektronik.
III. Mengenalpasti tahap ingatan simbol komponen elektronik.

1.4.2 Persoalan Kajian


Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut :

I. Apakah tahap ingatan nama komponen elektronik?


II. Bagaimanakah tahap ingatan fungsi komponen elektronik?
III. Apakah tahap ingatan simbol komponen elektronik?

1.4.3 Hipotesis Kajian


Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa hipotesis yang ingin dikaji iaitu :

a) Hipotesis Null :

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pra bagi tahap ingatan nama komponen
elektronik.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pra bagi tahap ingatan fungsi komponen
elektronik.

4
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pra bagi tahap ingatan simbol komponen
elektronik.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pasca bagi tahap ingatan nama komponen
elektronik.

Ho5 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pasca bagi tahap ingatan fungsi komponen
elektronik.

Ho6 : Tidak terdapat perbezaan terhadap skor pencapaian kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pasca bagi tahap ingatan simbol komponen
elektronik.

1.5 Skop Dan Batasan Kajian


Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji mengambil kira beberapa batasan
kajian tertentu khususnya daripada segi tumpuan kajian, instrumen kajian,
persampelan kajian dan tempat kajian dilaksanakan. Kajian ini terhad kepada beberapa
skop seperti skop kursus, kelas yang terlibat, responden kajian, reka bentuk ujian yang
akan dilakukan dan waktu yang sesuai dilakukan oleh guru pelatih.

Skop kursus ini tertumpu kepada kursus mata pelajaran RBTS3183 dalam topik
Pengenalan Kepada Teknologi Elektrik Dan Elektronik iaitu mengenalpasti nama
komponen, fungsi komponen dan simbol komponen.

Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim


yang melibatkan 20 orang guru pelatih kelas 1 PISMP RBT. Reka bentuk ujian yang
akan digunakan ialah menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca yang
melibatkan dua kali pengukuran ke atas pemboleh ubah bersandar, iaitu sebelum dan
selepas pemboleh ubah bebas dimanipulasi. Kajian ini dijalankan dalam waktu kuliah
sahaja oleh sebab kesuntukan masa.

Batasan kajian dalam kajian ini adalah wujudnya kesukaran untuk mengawal
pemboleh ubah bebas dimanipulasikan selain pemboleh ubah bebas yang telah
ditetapkan iaitu penggunaan ’Kad Gambar’, kerana pemboleh ubah bebas yang lain

5
boleh memesongkan objektif kajian yang hendak dicapai. Reka bentuk ujian pra dan
ujian pasca ini mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu apabila dua kali pengukuran
dilakukan terhadap responden akan membolehkan responden mampu untuk meneka
atau mengingatkan jawapan soalan. Responden juga sedar bahawa segala perlakuan
yang mereka lakukan ini adalah di bawah pengawasan pengkaji. Walau bagaimana
pun, kesahihan kajian ini juga bergantung kepada kejujuran responden semasa
menjawab soalan ujian dalam ujian pra dan ujian pasca yang akan dilaksanakan pada
masa akan datang.

1.6 Kepentingan Kajian


Kepentingan kajian ini dibahagikan kepada tiga pihak iaitu guru pelatih, pensyarah dan
IPGKTI.

1.6.1 Guru Pelatih


Kepentingan kajian bagi guru pelatih ialah penggunaan ’Kad Gambar’ dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mereka memahami tajuk yang
diajar oleh pensyarah dengan lebih mudah dan juga dapat meningkatkan tahap ingatan
mereka terhadap komponen-komponen elektronik.

1.6.2 Pensyarah
Kepentingan kajian terhadap pensyarah adalah proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan kad gambar dapat meningkatkan prestasi guru pelatih serta
ingatan terhadap komponen elektronik dan memberikan pendedahan kepada
pensyarah kepada penggunaan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

1.6.3 IPGKTI
Di samping itu, kepentingan kajian ini terhadap pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) adalah dapat melahirkan guru-guru pelatih

6
yang mahir dalam pengajaran berbantu bahan maujud pada masa yang akan datang.
Secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan imej IPGKTI

1.7 Definisi Operasional


Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah dan perkataan yang perlu dijelaskan
maksudnya bagi menepati persoalan kajian untuk mengelakkan salah tafsiran.

1.7.1 Penggunaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, penggunaan bermaksud perbuatan (usaha,
kegiatan dan sebagainya) dengan menggunakan sesuatu benda. Dalam konteks kajian
ini, penggunaan merujuk kepada menggunakan kad gambar untuk membantu
meningkatkan ingatan komponen-komponen elektronik.

1.7.2 Kad Gambar


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kad gambar bermaksud tiruan sesuatu benda
yang dibuat dengan kamera, foto. Dalam kajian ini kad gambar digunakan untuk tujuan
meningkatkan ingatan komponen elektronik.

1.7.3 Ingatan
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ingatan membawa maksud kepada sesuatu yang
diingat atau yang teringat ; apa-apa yang terbayang dalam fikiran. Dalam kajian ini, kad
gambar telah digunakan untuk meningkatkan ingatan komponen elektronik.

1.7.4 Komponen
Munurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, komponen bermaksud isi satu bahagian yang
dapat melengkapi atau mencukupkan sesuatu. Dalam kajian ini, guru pelatih perlu
mengingatkan komponen elektronik yang berbagai.

7
1.7.5 Elektronik
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, elektronik bermaksud cabang fizik dan
teknologi yang berkaitan dengan gerak laku pembangunan, aplikasi dan sebagai litar
serta peranti elektronik. Dalam kajian ini, komponen elektronik juga dikenali sebagai
peranti elektronik.

1.8 Penutup
Penerangan terperinci berkenaan pengenalan, refleksi, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan definisi
operasi teleh dinyatakan secara menyeruluh pada bab ini. Dapat dirumuskan bahawa
’Kad Gambar’ dapat mempengaruhi prestasi guru pelatih.

Menurut Esah (2003), pengurusan pengajaran ialah merancang


pengajaran dengan teliti, menetapkan objektif pengajaran yang sesuai, memilih isi
pelajaran yang menepati tajuk dan objektif, merancang aktiviti dan kaedah
penyampaian yang berkesan dan penggunaaan masa untuk mengajar. Strategi
pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah perlulah dikaji dengan teliti supaya dapat
meningkatkan ingatan guru pelatih terhadap komponen elektronik, meningkatkan
keyakinan diri serta meningkatkan motivasi guru pelatih dan secara tidak langsung
akan meningkatkan pencapaian mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh sebab itu kajian ini adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi mendapatkan
jawapan terhadap penggunaan Kad Gambar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran RBT.

8
BAB 2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian


Bab ini membincangkan persoalan kajian dengan lebih terperinci. Perbincangan
merangkumi prinsip dan teori pembelajaran kepada penggunaan Kad Gambar yang
akan digunakan.

2.2 Teori/Model Yang Terlibat Dalam Kajian


Teori atau model merupakan satu set konsep yang saling berkait supaya
digunakan untuk menjelaskan sesuatu data dan untuk meramal keputusan kajian-
kajian akan datang (Wong Kien, 2013). Selain itu, teori juga boleh dimaksudkan
sebagai andaian ataupun hipotesis tentang sesuatu yang mampu menyokong
pernyataan kajian tersebut.

2.2.1 Teori Kognitivisme


Jean Piaget merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Teori yang didokong oleh Jean
Piaget menjelaskan bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi
di mana dengan menggunakannya manusia mampu untuk mempelajari pelbagai
perkara (Wong Kiet et. Al, 2013). Teori ini merujuk kepada proses mental individu
dalam pembelajaran dan proses pembelajaran akan berlaku apabila seseorang individu
menyesuaikan pengetahuan sedia ada di dalam otaknya. Maklumat yang diproses
secara teratur ketika proses pembelajaran berlaku akan meninggalkan kesan terhadap
ingatan jangka panjang dan mudah diingati semula apabila hendak digunakan.

Berdasarkan teori kognitivisme ini, guru pelatih hanya boleh memahami isi
pembelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi melalui pengalaman yang konkrit. Oleh
sebab itu, alat bantu mengajar telah memainkan peranan yang amat penting untuk
menyampaikan isi pembelajaran RBT dengan lancar. Proses pembelajaran dan
pengajaran mestilah mempunyai penglibatan guru pelatih yang aktif. Dalam
pendekatan Kad Gambar ini perlu mempunyai maklumat seperti teks dan gambar.
Pemilihan gambar dan teks perlulah sesuai dari segi saiz, bentuk, warna dan kesan

9
visual yang hendak digunakan. Hal ini disebabkan ia dapat menjadikan kad gambar
yang dihasilkan lebih sesuai untuk menarik perhatian guru pelatih.

2.2.2 Teori Behaviorisme


Menurut E.L Thorndike, teori pelaziman operan iaitu hukum kesediaan
merupakan hukum yang memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi
kognitif, afektif dan psikomotor. Tingkah laku manusia dilihat sebagai objek yang
mempunyai gerak balas yang boleh dipengaruhi oleh tingkah laku manusia (Khoo
Bee,2014). Ketika proses pengajaran dan pempelajaran dijalankan, guru pelatih akan
diberi rangsangan melalui aktiviti pembelajaran yang telah dirancangkan. Walau
bagaimana pun, teori ini terdapat juga kelemahannya kerana ia kurang memberikan
kebebasan kepada guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan
pengajaran yang hendak dikuasai oleh guru pelatih telah distruktur mengikut tahap
yang sesuai. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, ujian akan
diberikan kepada guru pelatih supaya untuk menilai tahap penguasaan mereka pada
peringkat tersebut. Seterusnya guru pelatih akan diberikan pemulihan atau
meneruskan ke tahap yang seterusnya. Akhirnya peringkat penguasaan yang benar
akan dicapai apabila pengetahuan baru diintergrasikan dengan pegetahuan sedia ada.

Walaubagaimanapun, Teori Behaviorisme ini juga mempunyai kelemahannya,


namun teori ini didapati berkesan untuk memperoleh maklumat pembelajaran dengan
cepat terutamanya dalam proses seperti penguasaan konsep asas, kemahiran asas
dan pemerolehan maklumat dalam bentuk fakta (Khoo Bee, 2014). Bedasarkan teori
ini, penggunaan ’kad Gambar’ perlu menilai pengetahuan sedia ada murid untuk
menentukan perkara yang perlu diajar dalam Kad Gambar. Kad Gambar yang
dihasilkan oleh pengkaji perlulah menekankan penghasilan output yang boleh diukur
oleh guru pelatih kerana dengan adanya peneguhan positif, konsep baru yang
diperkenalkan dalam peringkat pembelajaran dapat menjadi bentuk yang sama kepada
guru pelatih.

10
2.3 Dapatan Kajian Lalu

Bab ini membincangkan dapatan kajian lalu dijadikan sebagai sokongan kajian yang
hendak dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, dapatan kajian lalu telah membuktikan
bahawa penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan skor pencapaian guru pelatih.

Terdapat 4 dapatan kajian lalu :

i. Menurut kajian yang dilakukan oleh Noraini Ishak et al, (2009) mendapati
bahawa penggunaan objek yang menarik seperti kad imbasan dan kaedah
pengajaran yang sesuai dapat memudahkan kanak-kanak untuk mengingat
pelajaran yang mereka pelajari. Oleh itu kajian akan dilakukan untuk mengkaji
sejauh mana keberkesanan penggunaan kad imbasan dalam meningkatkan
penguasaan mengenal dan mengecam abjad dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah Orang Asli. Penggunaan kad imbasan merupakan salah satu cara
yang mudah dan berkesan untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sekiranya ia sentiasa diguna pakai.

ii. Menurut Ikhsan & Norila (2005) dan Sang & Mee (1986), keberkesanan
penerimaan P&P yang dijana oleh deria pandang adalah sebanyak 75%, deria
dengar 13%, deria sentuh 6%, deria rasa 3% dan deria bau 3%. Manakala dari
sudut bertentangan, kegagalan mengaplikasikan BBM ketika proses P&P akan
menyebabkan pelajar menjadi jemu serta bosan terhadap pembelajaran
akibat daripada cara penyampaian yang sama setiap hari (Abdul Rasid, 2011)

iii. Menurut Azlan Shah (2012) masalah utama murid adalah mereka tidak mampu
untuk mengenal dan menyebut huruf Jawi yang hampir sama bentuk dengan
betul. Permainan kad huruf bergrafik memerlukan murid untuk memberi
tumpuan yang sepenuhnya terhadap gambar, bentuk huruf dan sebutan huruf.
Permainan ini mencabar minda murid dalam mengenal dan mengingat setiap
bentuk dan sebutan huruf dengan tepat. Responden adalah terdiri daripada lima
orang murid tahun 4 yang sangat lemah dalam mengenal dan menyebut huruf
Jawi yang hampir sama bentuk. Analisis data menunjukkan bahawa kelima-lima
murid menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak 28% dalam

11
mengenal dan menyebut huruf Jawi yang hampir sama bentuk setelah Kad
Permainan Bergrafik diperkenalkan.

iv. Hasnurfarisha (2008) membuktikan keberkesanan PdP berbantukan kad


imbasan bergambar di dalam kajian beliau. Kajian tersebut merupakan kajian
tindakan yang telah dijalankan di sebuah prasekolah di Kuala Lumpur yang
bertujuan untuk melihat sejauh manakah penggunaan kad imbasan bergambar
dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Kajian ini
melibatkan seramai lima orang murid yang terdiri daripada tiga orang murid
lelaki dan dua orang murid perempuan yang berumur lima hingga enam tahun.
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut
dan membunyikan suku kata KVKK dengan betul serta meningkatkan
keupayaan murid dalam kemahiran membaca dengan menggunakan kad
imbasan bergambar.

2.4 Penutup

Bab ini telah menerangkan tentang teori yang hendak digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ‘Kad Gambar’ serta telah menerangkan
secara terperinci berkaitan dapatan kajian lalu yang dapat menyokong kajian ini.
Pelaksanaan ‘Kad Gambar’ yang berlandaskan teori kognitivisme sangat penting untuk
menjalankan setiap prosedur seperti prosedur pengumpulan data dan analisis data
dengan sistematik.

12
BAB 3.0 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan tentang kaedah pelaksanaan ujian bagi mengkaji
penggunaan ’Kad Gambar’ dalam kursus Teknologi Elektrik Dan Elektronik yang
bertopik pengenalan komponen elektronik

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini bertujuan untuk mencarikan jawapan persoalan kajian
yang telah ditetapkan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk
eksperimental benar terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Menurut Rohana yusof (2003) pendekatan kuantitatif ialah satu usaha
membentuk prinsip dan peraturan umum yang mengandaikan realiti sosial sebagai
objektif dan terpisah atau tidak berkaitan dengan individu. Reka bentuk ujian adalah
terbahagi kepada ujian pra dan ujian pasca melibatkan dua kali pengukuran ke atas
pemboleh ubah bersandar iaitu sebelum dan selepas pemboleh ubah bebas
dimanipulasikan. Pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini adalah pencapaian tahap
guru pelatih manakala pemboleh ubah bebas dimanipulasikan adalah penggunaan
’Kad Gambar’.

3.3 Persampelan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan eksperimental benar terhadap guru


pelatih 1 PISMP RBT di IPGKTI. Responden yang diperlukan adalah seramai 20 orang
iaitu satu kelas. Seramai 10 orang guru pelatih dalam kumpulan kawalan dan 10 orang
guru pelatih dalam kumpulan rawatan. Kaedah pengagihan secara rawak telah
digunakan oleh pengkaji untuk memilih responden.

Selepas mengenal pasti ciri-ciri yang sama bagi setiap responden, prosedur
pemilihan secara rawak dilakukan dengan sebutan nombor. Jika responden menyebut

13
nombor ganjil, responden tersebut akan diletakkan di kumpulan kawalan. Manakala
responden yang menyebut nombor genap akan diletakkan di kumpulan rawatan.
Dengan menggunakan kaedah ini, pemboleh ubah kawalan dan pemboleh ubah yang
tidak disengajakan akan dapat dikawal secara tidak langsung (Chua, 2014), Oleh itu,
ujian pra-pasca yang akan dijalankan perlu dilaksanakan dalam jangka masa pendek
supaya peningkatan skor pencapaian guru pelatih tidak dipengaruhi.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat pengukuran yang direka oleh pengkaji untuk
mengumpul data berdasarkan objektif kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian dilaksanakan mengikut fasa-fasa berikut :

I. Ujian Pra
Tujuan ujian pra dijalankan bagi mengenal pasti peningkatan tahap pencapaian
guru-guru pelatih terhadap kursus Teknologi Elektrik Dan Elektronik yang
bertajuk pengenalan komponen Ujian Pasca

II. Ujian pasca


Tujuan ujian pasca dijalankan adalah untuk mengenal pasti peningkatan tahap
pencapaian guru-guru pelatih terhadap kursus Teknologi Elektrik Dan Elektronik
yang bertajuk pengenalan komponen elektronik dengan menggunakan
pendekatan Kad Gambar dan menentukan keberkesanan penggunaan Kad
Gambar dalam mencapai tahap pencapaian guru pelatih.

III. Rubrik pemarkahan ujian pra dan ujian pasca

Rubrik pemarkahan merupakan satu panduan pemberiaan markah yang


spesifik dan standard bagi penilai. Menurut Lawrence Aloysius et al. (2017), rubrik
adalah satu set kriteria yang ditetapkan oleh penilai untuk pemberian markah bagi hasil
kerja atau prestasi guru pelatih. Penyediaan rubrik ini adalah untuk memudahkan
penilai untuk membaut semakan dengan lebih mudah.

14
3.5 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka konsep kajian di bawah. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pastikan keberkesanan penggunaan Kad Gambar yang
diberikan kepada kumpulan rawatan.

Pendekatan
'Kad Gambar'

Pelaksanaan
'Kad Gambar'

Skor
pencapaian
guru pelatih
Rajah 3.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Merujuk kepada Rajah 3.1, pemboleh ubah bersandar ialah peningkatan tahap
pencapaian guru pelatih iaitu perbezaan antara skor ujian pra dan skor ujian pasca
guru pelatih tajuk pengenalan komponen elektronik. Manakala pemboleh ubah bebas
yang digunakan adalah pendekatan ’Kad Gambar’. Tujuan pemboleh ubah bebas
digunakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Kad Gambar untuk
meningkatkan tahap pencapaian guru pelatih.

15
3.6 Prosedur Rawatan / Intervensi

Pernyataan Masalah

OBJEKTIF KAJIAN :

i. Mengenal pasti tahap ingatan nama komponen.


ii. Mengenal pasti tahap ingatan fungsi komponen.
iii. Mengenal pasti tahap ingatan simbol komponen.

Pelaksanaan PdP dengan penggunaan Kad Gambar

Kajian Rintis
 Instrumen ujian pra dan ujian pasca.

Pengumpulan Data
 Kaedah eksperimental benar.
 Instrumen ujian pra dan ujian
pasca.

Analsisi Data
 Min
 Peratus
 Ujian kenormalan
 Ujian T

Rajah 3. 1 : Carta Alir Prosedur Rawatan

16
3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data


bermula. Kajian ujian penilaian dan rubrik pemarkahan yang disediakan oleh pengkaji
telah disemak oleh pakar sebelum menjalankan kajian rintis bagi mendapatkan
kesahan. Kajian rintis ini telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim. Untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kefahaman guru
pelatih terhadap soalan ujian pra dan pasca serta Kad Gambar yang diberikan
kumpulan rawatan. Seramai 20 orang guru pelatih 1 PISMP RBT 2 yang terlibat dalam
kajian rintis ini. Namun, hanya soalan yang berkaitan dengan Reka Bentuk Dan
Teknologi topik Teknologi Elektrik Dan Elektronik bertajuk komponen elektronik yang
akan dibuat kajian rintis.

Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk :

i. Menguji tempoh yang diperlukan untuk menjawab.


ii. Menyemak semua item dan arahan agar jelas.
iii. Menggugurkan item-item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan.

17
3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Rajah 3. 2 :Carta Prosedur Pengumpulan Data

18
3.9 Prosedur Penganalisis Data

Analisis data akan dilakukan untuk mengetahui keberkesanan Kad Gambar


dalam peningkatan skor ujian pencapaian guru pelatih yang dijalankan. Markah ujian
pra dan markah ujian pasca akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Min
markah ujian pra dan min markah ujian pasca yang terhasil akan dibandingkan untuk
dinilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara dua min.

3.10 Penutup

Bab ini telah menerangkan tentang metadologi kajian secara menyeluruh dan
langkah-langkah yang perlu dilakukan juga telah dibincang secara teratur. Pelaksanaan
kajian secara bersistematik adalah sangat penting untuk memastikan proses
penyelidikan yang sempurna dilaksanakan bagi menghasilkan dapatan yang benar.

19
Lampiran
Lampiran A : Surat Kebenaran

20
Lampiran B : Carta Gantt

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Jun Julai Ogos Sep Okt Nov


. 2020 2020 2020 2020 2020 2020

1 Mengenal pasti masalah dan


pengumpulan data awal
2 Menulis kertas cadangan
penyelidikan
3 Merancang tinjauan
4 Melaksanakan tinjauan
5 Pengumpulan data

6 Menganalisis data

7 Menulis kajian tinjauan

8 Pembentangan

Lampiran C : Instrumen Kajian


UJIAN PENILAIAN PRA

21
Nama : Opsyen : Ambilan :
Jantina : Program : Tarikh :

Bahagian A : Isi nama komponen yang betul di ruangan yang disediakan.

Kapasitor LED Buzer Suis


Induktor Perintang Speaker Litar bersepadu (IC)

Bil. Komponen Nama


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

22
Bahagian B : Isikan simbol untuk setiap komponen di ruangan yang disediakan.

Bil. Komponen Simbol


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Bahagian C : Isikan fungsi setiap komponen di ruangan yang disediakan.

23
Bil. Komponen Fungsi
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

24
UJIAN PENILAIAN PASCA

Nama : Opsyen : Ambilan :


Jantina : Program : Tarikh :

Bahagian A : Isikan nama komponen yang betul di ruangan yang disediakan.

Bil. Komponen Nama


1.

2.

3.

4.

5.

25
6.

7.

8.

Bahagian B : Isikan simbol yang betul di ruang yang disediakan.

Bil. Komponen Simbol


1.

2.

3.

4.

5.

6.

26
7.

8.

Bahagian C : Isikan fungsi setiap komponen di ruangan yang disediakan.

Bil. Komponen Fungsi


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

27
8.

28
29

Anda mungkin juga menyukai