Anda di halaman 1dari 2

NAMA: NUR IZZATI BINTI SHAMSU BAHROOM

NO.METRIK: B1920053
KOS: SMPI4
NAMA/KOD SUBJEK: PENGURUSAN INSTITUSI DAKWAH (PPI 3073)
PENSYARAH: FATIMAH NADIRAH BT MOHD NOOR

Soalan:

1) jelaskan kepentingan pengurusan dakwah (5m)

Pengurusan dakwah sangat penting bagi setiap institusi bagi melahirkan sifat takwa
kepada Allah s.w.t. , serta melahirkan jati diri yang yang baik agar sentiasa
memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang melakukan segala suruhannya dan
meninggalkan segala larangannya. Rasulullah s.a.w adalah satu-satunya contoh
terbaik untuk diikuti, perkara ini dapat dibuktikan semasa pemerintahan baginda
walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi semakin bertakwa kepada allah
dan betul-betul berserah kepada Allah sepenuhnya. Malah Islam tersebar luas hingga
ke tiga per dua dunia. Dengan mengikut syariat Islam dalam mengurus secara
sistematik, adil, amanah dan bertanggungjawab maka sesuatu institusi akan
berkembang maju malah menjadikan diri kita sebagai hambanya.

2) Nyatakan keutamaan dalam pengurusan 5m organisasi dakwah

a) kewangan

Pengurusan organisasi kewangan amatlah penting badi sesebuah institusi untuk


memperoleh modal dan perlengkapan yang diperlukan. Dengan wang yang cukup
dapat mempercepat urusan untuk membeli segala peralatan dan perlengkapan yang
diperlukan malah dapat memberi sumber kewangan kepada pekerja. Kewangan yang
mencukupi juga dapat melancarkan lagi suatu proses pengurusan dan menghasilkan
produk yang lebih berkualiti dan memuaskan mengikut kehendak pengurus.

b) pekerja

Pengurusan sesebuah institusi juga sangat memerlukan tenaga pekerja yang berkualiti,
berkebolehan, serta cekap dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.
Kebiasaannya pekerja yang menggerakkan sebuah proses yang dijalankan, Jika
sebuah institusi kekurangan pekerja segala bahan proses akan lambat berjalan kerana
kurangnya tenaga pekerja. Sebagai contoh, sebuah kantin di sekolah kekurangan
pekerja, secara tidak langsung bahan makanan yang akan dijual kepada pelajar seperti
makanan atau minuman akan lambat dihasilkan, bahagian penjaga jualan dan
bahagian pembayaran makanan akan bergerak lambat. Selain itu, dengan adanya
pekerja dapat memperoleh wang gaji (sumber pendapatan), malah dapat memenuhi
matlamat dan objektif pengurusan, dapat meningkatkan taraf hidup seseorang, dapat
mengurangkan kadar pengangguran dan melahirkan individu yang bertakwa dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja serta hambanya.
3) jelaskan bagaimana organisasi dakwah dapat memperolehi dana kewangan yang
baik. 5m

Antara cara yang boleh dilakukan oleh sebuah organisasi dakwah bagi memperoleh
kewangan adalah dengan membuat promosi di semua platform media seperti meminta
bantuan sumbangan di internet, Instagram, Facebook, Tweeter, TikTok, dan lain-lain
lagi. Selain itu, bantuan kewangan boleh dilakukan melalui kunjung mengunjung dari
rumah kerumah atau dari satu kawasan ke satu kawasan. Meletakkan tabung di kedai-
kedai, sekolah dan tempat-tempat umum yang selalu ramai dikunjungi.

4) Jelasnkan peranan teknologi dalam berdakwah 5m

Antara peranan teknologi dalam berdakwah adalah untuk menyebarkan Manfaat dan
maklumat ilmiah seperti manfaat bersedekah, manfaat bantu orang-orang yang kurang
bermanfaat, dan kelebihan-kelebihan atau ilmu-ilmu agama dan sebagainya.
Memandangkan zaman semakin maju maklumat lebih mudah dicari dari hujung jari
kerana dari platform ini dapat membuat soal jawab mahupun menerima penerangan
orang-orang yang lebih arif dan sumber-sumber yang sahih. Oleh itu, dengan
penggunaan teknologi yang betul dapat menjadikan seseorang individu untuk sentiasa
belajar dan memperoleh ilmu dimana-mana sahaja dan pada waktu bila-bila sahaja.

Anda mungkin juga menyukai