Anda di halaman 1dari 1

CAT EMULSI/SIMEN @ 'Emulsion Paint'

Maklumat Produk : Tin (7 Liter, 18 Liter)

Kegunaan : Digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran bagi permukaan dinding bersimen
plaster, bumbung (siling), asbestos, papan kertas dan lembut serta pelbagai permukaan
bersimen. Memberi kemasan yang menarik dan tahan serangan kulat.

Cara Mengecat :

1. Permukaan dinding yang hendak dicat mestilah bersih, kering dan bebas dari sebarang
kekotoran.
2. Bersihkan segala kulat atau permukaan yang rapuh mengunakan berus serabut kasar
dan air mengalir.
3. Sapukan cat alas simen untuk permukaan yang belum bercat/baharu. Cat alas simen
adalah cat emulsi yang berwarna putih yang digunakan sebagai lapisan asas.
4. Larutkan sebanyak 20-25% dengan air mengikut keporosan permukaan.
5. Kacau kandungan cat dengan rata sebelum mengecat menggunakan berus, penggolek
atau penyembur.
6. Sapukan 2 lapisan cat untuk hasil yang terbaik. Pengeringan cat mengambil masa
selama 2 jam.

Nota : Keluasan permukaan bagi setiap 1 Liter cat adalah meliputi 11 meter persegi. Formula
pengiraan untuk keluasan ialah Luas (meter persegi) = Lebar (meter ) X Panjang (meter).
Hanya air digunakan untuk pembersihan dari sisa-sisa cat.

Anda mungkin juga menyukai