Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya,
saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana latihan ini
bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurna. Ia telah berjalan lancar seperti mana yang telah
diharapkan. Latihan Industri ini merupakan perkara wajib ke atas setiap pelajar semester akhir Kolej
Eastern dan perlu lulus sebelum layak untuk begraduasi. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula
latihan industri dan tidak layak untuk bergraduasi. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak kolej dan juga syarikat di mana pelajar di tempatkan. Antara objektif &
utama latihan industri di wujudkan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dengan suasana
pekerjaan yang sebenar. Ia juga bertujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan
perhubungan baik semasa bekerja. Selain itu, ia membolehkan pelajar melihat persepsi di antarateori
yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan dialam pekerjaan yang sebenar. Di
samping itu, pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan serta pengalaman yang
ditimba juga boleh di jadikan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. Untuk menanam
semangat kerja berpasukan dan hubungan baik semasa pekerjaan. Membolehkan
pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari dikelas dengan kerja-kerja
praktikal. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab. Untuk
mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak. Untuk menyediakan satu
laporan latihan industri setelah tamat latihan.
1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri dengan
lebih efisen dengan mendukumentasikan aktiviti aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan
latihan yang dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui
penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan
untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Laporan yang terperinci disediakan adalah
sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa
lebih kurang tiga bulan bermula pada ( 1 Mac ) hingga (31 Mei ) seperti yang ditetapkan oleh
pihak kolej. Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh
pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah. Ia juga untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab
dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan kolej.
Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik dan
berkesan
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Para pelajar akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari
sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan
kuliah di kolej. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan
lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak. Pentingnya
latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam
hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,
ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan,menerima dan menjalankan
arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang
dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan
diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan
pengalaman dan sebagainya. Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori
kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina
keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan
sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat
memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat

Pintu Masuk Pejabat Daerah Kunak


Bermula pada tahun 1981 sehingga kini, Pegawai Daerah telah berkhidmat di
Daerah Kunak. Encik Salleh bin Ajak merupakan Pegawai Daerah yang pertama
dan kini jawatan itu disandang oleh tuan Majaran bin Osman selaku Pegawai
Daerah Kunak. Kemudahan-kemudahan asas serta peralatan yang serba lengkap
dapat dinikmati secara menyeluruh oleh kakitangan pejabat dan orang awam yang
berurusan dengan pejabat ini. Keadaan ruang pejabat yang luas disediakan untuk
pembahagian ruang-ruang tertentu di masa hadapan. Bilik bilik berasingan untuk
Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai daerah juga diperuntukkan untuk
memudahkan bagi mengawasi agar kegiatan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Sebuah Bilik Gerakan yang ditempatkan di tingkat bawah telah dilengkapkan
dengan alat-alat seperti “sliding board” dan meja perundingan bagi memudahkan
pengendalian mesyuarat dan taklimat dari semasa ke semasa. Di bahagian luar
kawasan pejabat telah disediakan tempat-tempat letak kereta dan motosikal khas
untuk memudahkan kakitangan serta orang awam yang berurusan
Tempat-tempat Letak Kereta Dan Motosikal
Lokasi Pejabat Daerah Kunak

Bilik Gerakan PDKNK


SEJARAH PDKNK

1.0 LATAR BELAKANG PDKNK

Pejabat Daerah Kunak, yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil, mula
beroperasi pada Januari, 1965. Pembinaan bangunan pejabat ini siap dibina dalam
pertengahan tahun 1964. Pada awal operasinya, pejabat ini diketuai seorang Ketua
Kerani. Hanya pada Januari 1965 barulah seorang pegawai dari daerah Lahad Datu
dihantar untuk mentadbirnya.
Pada ketika itu, Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seramai empat orang
kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Kerani, seorang Kerani Am, seorang Peon
dan seorang pemandu. Pejabat ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu.
Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas selaku Ketua Pejabat di pejabat ini
ialah Encik Thomas Koroh. Beliau bertugas dari Jan 1965 hingga November 1966.
Pejabat Daerah Kecil, Kunak dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah pada 01 Julai 1981.
Encik Salleh Bin Ajak merupakan orang yang pertama menyandang jawatan sebagai
Pegawai Daerah Kunak. Pada 05 Oktober, 1983, bangunan pejabat ini diubahsuai untuk
memenuhi keperluan sesuai dengan pertambahan anggota dan peralatan.
Kini, Pejabat Daerah adalah dianggap sebagai penyelaras utama (chief coordinator) ke
atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan
yakni perantara di antara rakyat dengan Urusetia Negeri (State Secreteriat) dan
Kerajaan Persekutuan.
Pegawai Daerah adalah selaku Ketua Jabatan dan Ketua Pentadbir kepada empat
bahagian yang terdapat di dalam pentadbiran pejabat ini. Bahagian-bahagian tersebut
dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Luar
Bandar, Bahagian Mahkamah Anak Negeri, dan Bahagian Tanah. Bahagian-bahagian
berkenaan masing-masing ditadbir oleh seorang ketua.

Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan - Diketua oleh Penolong Pegawai Daerah


(Pentadbiran).
Bahagian Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar - Diketuai oleh Penolong Pegawai
Daerah (Pembangunan).
Bahagian Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri - Diketuai oleh Ketua Daerah.
Bahagian Pentadbiran Tanah - Diketuai oleh Penyelia Tanah.
Kawasan dan Kampung di bawah Pentadbiran Daerah Kunak

Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 20
buah kampung, manakala mukim Madai 15 buah kampung.

Senarai kampung
Mukim Pangi Mukim Madai
Kampung Airport Bt. 10 Kampung Asli Baru
Kampung Bagiang Kampung Buang Sayang
Kampung Cenderawasih Kampung Cina
Kampung Getah Kampung Dasar Baru
Kampung Giram Kampung Dasar Lama
Kampung Hampilan Kampung Kabog
Kampung Jaya Baru Kampung Kunak Darat
Kampung Kadazan Kampung Kunak Jaya
Kampung Kansuri Kampung Kunak Kecil
Kampung Lama Baru Mostyn Kampung Kunak Tiga
Kampung Mostyn Kampung Lormalong
Kampung Pangi Kampung Madai
Kampung Pangi Hujung Kampung Pangkalan Madai
Kampung Pengkalan Kampung Simpang Empat
Kampung Sapang Air Kampung Ulu Madai
Kampung Selamat
Kampung Skim Kokos
Kampung Sungai Atas
Kampung Sungai Langgas
Kampung Telaga Tujuh
Direktori Jabatan-Jabatan Kerajaan Dan Badan Berkanun di Daerah Kunak

Nama Pegawai/Jawatan Nama Jabatan/Alamat No. Tel / Faks


Bil
ENCIK AZRI SAFLIE Jabatan Kerja Raya 089-851700
1 Jurutera Daerah Peti Surat 22, 089-851670
91207 Kunak 089-851707 (Faks)
CIK MASYATIE JAMIN Pejabat Bendahari Daerah 089-851570
2 Bendahari Daerah W.D.T  150
91209 Kunak
ENCIK LAURINE BIN SANI Jabatan Pertanian 089-851213 & Faks
3 Pegawai Penguasa Pertanian Peti Surat No.3
91207 Kunak
ENCIK HALID BIN HARUN Pejabat Pembangunan Luar 089-853649
Pemimpin Kemajuan Rakyat Bandar (UPKR) 089-853777 (Faks)
4
W.D.T  95
91209 Kunak
ENCIK SOFIAN BIN MOHD. SAIBI Pejabat Perhutanan 089-851859
5 Pegawai Perhutanan Daerah Peti Surat No.2 089-851863
91207 Kunak 089-851862 (Faks)
ENCIK DATU MOHAMMAD BIN DATU Jabatan Perkhidmatan Haiwan 089-851236
PARAEL dan Perusahaan Ternak
6
Pegawai Penguasa Veteriner Peti Surat No.4
91207 Kunak
ENCIK MOHD. NAZRI BIN HAJI PINTAL Majlis Daerah Kunak 089-851201
7 Pegawai Eksekutif Peti Surat No.15 089-851206 (Faks)
91207 Kunak
ENCIK JEFRI BIN EKI Jabatan Air 089-851113
8 Juruteknik Air Daerah Peti Surat No.67
91207 Kunak
ENCIK ARMAN SHAH BIN AMBO DALI Jabatan Perikanan 089-851041
9 Pegawai Penguasa Perikanan Peti Surat No. 68 089-851042 (Faks)
91207 Kunak
ENCIK NORDIN BIN MADATING Pejabat kebajikan Daerah 089-851208
10 Pegawai Kebajikan Daerah Peti Surat No.92
91207 Kunak
ENCIK DARMIJI BIN BUSTAN Pejabat Belia dan Sukan 089-851766
11 Penolong Pegawai Belia dan Sukan W.D.T 63
91209 Kunak
TUAN HJ.TALIB BIN HJ. ABD. RASHID Perpustakaan Negeri Sabah 089-851248
Pustakawan Cawangan Kunak
12
Peti Surat No.102
91207 Kunak
TUAN HJ. MOHD. RANI TAWIT Jabatan Hal Ehwal Agama Islam 089-851746 & Faks
Pen. Pegawai Tadbir Agama Negeri sabah
13
Peti Surat No.131
91207 Kunak
ENCIK ABD. RADJI BIN JAMBUAN Pejabat Tanah dan Ukur 089-851207
14 Penyelia Tanah dan Ukur d/a. Peti Surat No.1 089-852258 (Faks)
91207 Kunak
PUAN HIVILIN BINIJIN Pejabat KO-Nelayan 089-852766
15 Penolong Penguasa Pejabat d/a. Peti Surat No.1
91207 Kunak
DSP M. RADZALI BIN MAHMUD Ibu Pejabat Polis Daerah 089-851669
16 Ketua Polis Daerah Peti Surat 50 089-851670
91207 Kunak 089-851707 (Faks)
17 DR. ASBULLAH BIN SUDIN Hospital Kunak 089-853326
Pengarah Hospital W.D.T 150 089-894100
91209 Kunak 089-851854 (Faks)
ENCIK ZAMRI PEHAKAN Pejabat Pelajaran Daerah 089-851276
18 Pegawai Pelajaran Daerah Peti Surat 52 089-851003
91207 Kunak 089-851930 (Faks)
Ketua Pejabat Pendaftaran Negara Pejabat Pendaftaran Negara 089-851941
19 Peti Surat 69
91207 Kunak
Pejabat Tenaga Kerja Pejabat Tenaga Kerja 089-851675
20 W.D.T 6 089-851702 (Faks)
91209 Kunak
LT. KOL (RELA) ROSMI SAAD Pejabat Rela Daerah 089-851229 & Faks
21 Pegawai Rela Daerah d/a. Peti Surat 1
91207 Kunak
ENCIK MOHD SYAH BIN HJ. KISUN Pejabat Penerangan Daerah 089-851500
22 Pegawai Perkhidmatan Penerangan Peti Surat 107 089-852251
91207 Kunak 089-852500 (Faks)
ENCIK KB JEIM @ JAMES BIN Jabatan Bomba dan Penyelamat 089-853444
23 JALIMBUN 91207 Kunak 089-853145 (Faks)
Pegawai Penjaga
Penyelia Kawasan Sabah Electricity Sdn Bhd 089-851254
24 Peti Surat 5 089-851255
91207 Kunak 089-851388 (Faks)
ENCIK MOHD DAUD BIN ALUEH Lembaga Kemajuan Ikan 017-8613815
Pengurus Besar Malaysia 013-8765005
25 (Persatuan Nelayan Kawasan)
d/a. Peti Surat 1
91207 Kunak
ENCIK YUNUS LAUPE Pertubuhan Peladang Kawasan 089-851812
26 Pengurus Besar W.D.T 34 089-859101 (Faks)
91209 Kunak
ENCIK MOHAMAD BIN BARAHANG Telekom Malaysia Berhad 089-851292
27 Pegawai Pemasaran Peti Surat 40 089-851113
91207 Kunak 089-851600 (Faks)
ENCIK ASRI BIN MASAL Pos Malaysia Berhad 089-851293
28
Ketua Pos 91207 Kunak
ENCIK LADJA RASA KEMAS Daerah Kunak  
29
Penyelia Kanan Kunak
 
CARTA ORGANISASI PDKNK

..
CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH KUNAK

MAJARAN BIN OSMAN

PEGAWAI DAERAH N52


BAHAGIAN KHIDMAT
PENGURUSAN

BAHAGIAN BAHAGIAN KEWANGAN BAHAGIAN PENTADBIRAN


PEMBANGUNAN

ABD MANAF BIN RUHIM

PEN. PEG. DAERAH N44/N48

KENAL BINTI DSP SALIM

PEN. PEG.DAERAH N41/N44 PEN. PEG.DAERAH N41

KOSONG MOHD ZARRIN JAFRI MOHD RISYAM


PEN. JURUTERA JA29
PEN. PEG. PEM. DAERAH N29 KEWANGAN W.29 PEN. PEG. TADBIR N29

YUSOF BIN HJ. MATNOR

KETUA KERANI N22

PEMBANGUNAN KEWANGAN & HASIL PENTADBIRAN

HAYATI LATIFAH MAGNIFY MOHD ZULINDA SALAMAH


FLORENAH
KOSONG
PEG.
LOASI AZWANSYAH KOSONG
PEM. PEM. PEM. PEM. PEM. PEM. PEMBANTU
PEM.
PEM. PEM. KOSONG KEWANGAN PEM. PEM.
PEM.
PEM.
KHIDMAT
JURUTEKNIKPEM.TADBIR W.19
TADBIR TADBIR TADBIR TADBIR TADBIR TADBIR SETIAUSAHA
TADBIR
LAUT
TADBIR
TADBIR TADBIR JA19 (P/O)N19 (KEWANGAN) TADBIR TADBIR
TADBIR(S)
PELANGGAN
(P/O) N19 (P/O) N19
SANI GANI
NORHAYATI MUHD SAIN
MOHD FAUZI
PEMBANTU PEMBANTU SUKKAPA
OPERASI N11 OPERASI N11 PEMBANTU
PT (D2) PEMBANTU
(AMAH RUMAH REHAT) OPERASI
OPERASI N11 N11

ROSMAN MOHD
ABD. MANJA
SAFIQ
PEMANDU
PEMANDU PEMANDU PEMANDU
KENDERAAN PEMANDU
KENDERAAN KENDERAAN KENDERAAN
KENDERAAN
H11 H11 H11

ADAM BIN JAANG BIN DULLAH AJAK


W.RAHMAN
RASMAH
MUTAHAR JALATHU MUSLIMEN
GANI
PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU PENGAWAL
AWAM H11 AWAM H11 AWAM H11 AWAM H11 PEMBANTU AWAM H11 KESELAMATA
PEMBANTU
MISI

Untuk menjadikan Pejabat daerah Kunak sebagai sebuah agensi kerajaan yang mampu memberikan
sumbangan secara maksimum Dan total ke arah mencapai matlamat dasar pertanian Dan pembangunan
negara.
VISI

Ke arah menjadikan Daerah Kunak sebagai sebuah daerah pertanian Dan perikanan yang proaktif
menjelang wawasan 2020.

OBJEKTIF

Objektif jangka panjang Pejabat Daerah adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu
membasmi kemiskinan Dan menyusun semula masyarakat seperti:

 Memastikan agar matlamat serta dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna
dan berkesan
 Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar Bandar
 Menyediakan kemudahan-kemudahan asas kepada masyarakat setempat
 Menyelaras program Dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan
Di peringkat Daerah
 Mewujudkan peluang pekerjaan

Piagam Pelanggan

Antara Piagam Pelanggan PDKNK ialah:

Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bijak, cekap dan berkesan. Berusaha meningkat prestasi
kerja dengan kesungguhan agar dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Membuat
keputusan dengan adil dan saksama tanpa sebarang keraguan dan ketidakadilan. Memberikan
perkhidmatan pembayaran yang adil dan cekap. Memberikan perkhidmatan yang mesra.

3.0 PERANAN DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH KUNAK

3.1, Peranan Pejabat Daerah Kunak


 Sebagai agensi pelaksana program-program pembangunan selaras dengan dasar-dasar
pembangunan negara.
 Sebagai perancang utama pembangunan daerah.

Sebagai penghubung/wakil Kerajaan dengan rakyat setempat (peringkat akar umbi).

3.2, Fungsi Utama Pejabat Daerah

 Merancang, menyelaras dan melaksanakan projek-projek kecil pembangunan dan kemudahan


asas yang dibiayai daripada pelbagai sumber peruntukan seperti:

 Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri


 Peruntukan Ahli Parlimen
 Peruntukan Projek Kecil Kerajaan Negeri
 Peruntukan Projek Kecil Persekutuan
 Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi
kerajaan di peringkat daerah.
 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/projek peningkatan taraf dan sosio-
ekonomi masyarakat luar bandar selaras dengan Program Pembangunan Rakyat Termiskin
(PPRT).
 Merancang, menyelaras dan mengendalikan urusan-urusan Hal Ehwal Tanah selaras dengan
peruntukan Ordinan Tanah. Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran)
bertindak sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah.
 Merancang, menyelaras dan mempastikan agar Pengurusan Majlis Daerah dikendalikan secara
teratur dan berkesan. Pegawai Daerah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Daerah.
 Merancang, menyelaras dan memastikan Pengurusan dan Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri
dikendalikan secara teratur dan berkesan.
 Memberikan perkhidmatan Mahkamah Majistret Kelas Dua kepada masyarakat setempat.
Pegawai Daerah dan kedua-dua penolongnya adalah diwartakan sebagai Majistret Kelas Dua.
 Sebagai Pihak Berkuasa mengeluarkan lesen-lesen perniagaan.
 Sebagai Pihak Berkuasa mengutip hasil dan Cukai Setem.

4.0 Pegawai Daerah berperanan Sebagai perancang, penyelaras, pemantau Dan pelaksana projek Dan
program di peringkat Daerah.
5.0 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN PDKNK

5.1, Bahagian Khidmat Pengurusan

5.1.1 Unit Pentadbiran Am & kewangan

 Pemungutan Hasil
 Perakaunan
 Pengurusan Pejabat
 Hal-hal Perjawatan
 Urusan Protokol
 Keselamatan
 Tawaran dan Sebutharga
 Urusan Setor

5.1.2 Pentadbiran Pembangunan

 Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK).


 Perancangan projek-projek pembangunan.
 Integrasi aktiiiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
 Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.

5.1.3. Pentadbiran Tanah

Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bertindak sebagai Penolong Pemungut
Hasil Tanah dan urusan pentadbiran tanah di peringkat daerah untuk menguatkuasakan Undang-undang
Tanah seperti berikut:

 Undang-undang Tanah Cap.68


 Undang-undang Pengambilan Tanah Cap.69

5.1.4. Pentadbiran Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah)

Pegawai Daerah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Daerah dalam urusan pentadbiran bagi
menguatkuasakan undang-undang seperti berikut:

 Pelbagai Undang-undang Kecil (By-Laws) Majlis Daerah


 Standing Orders Majlis Daerah
 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
 Ordinan Perancangan Bandar & Wilayah Cap. 141

5.1.5 Pentadbiran Kehakiman (Mahkamah Majistret)


Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
dilantik sebagai Ex Officio "Second Class Majsitrate" untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Pembicaraan kes-kes kesalahan minor (minor offences)


 Menandatangani Waran Penjara (Commit to Prison)
 Menandatangani Waran Reman (Remand Warrant)
 Menandatangani waran masuk "Mental Asylum"
 Mengendos atau mengesahkan surat-surat akuan/sumpah/perjanjian dan sebagainya

5.1.6 Pentadbiran Luar Bandar

Pegawai Daerah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
dilantik sebagai Setiausha Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar Daerah untuk menguruskan
pemilihan/ perlantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat Cina / Wakil Ketua
Anak Negeri, dan Ketua Kampung.

5.1.7 Mahkamah Anak Negeri

Pejabat Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Mahkamah Anak Negeri. Pegawai Daerah mendengar
apil daripada Mahkamah Anak Negeri serta memeriksa semula (review) kes-kes dan keputusan-
keputusan Mahkamah Anak Negeri menurut kehendak "Native Court Ordinance Cap. 86".

5.1.8 Perlesenan

Pejabat Daerah bertindak sebagai pihak berkuasa perlesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen seperti
berikut:

 Lesen berniaga (setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan Daerah).


 Lesen Minuman Keras yang boleh memabukkan (Liqour) (setelah diluluskan oleh Lembaga.
 Perlesanan Eksais) menurut Akta Eksais 1976.

5.1.9 Urusan Pilihan Raya

Pegawai Daerah bertindak sebagai Pendaftar Pemilih dan juga sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya
apabila pilihanraya diadakan.

6.0 FUNGSI – FUNGSI BERKANUN YANG LAIN

Pegawai Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Undang-undang seperti:

 Maintenance Ordinance 1959


 Statutory Declaration Ordinanace Cap. 138
 Road Vehicle Ordinanace
 Defination Of Native Ordinance Cap.68
 Administration Of Native and Small Estates Ordinanace Cap.1
 Auctioneer Ordinanace Cap.9
 Agricultural Pest Ordinance Cap.4
 Cattle, Grazing an Pounds Ordinance Cap.31
 Akta Kawalan Bekalan 1961
 Burial Ordinanace Cap.19
 Adoption Ordinance
 Law Reform (marriage and Divorce) Act,

6.1, Urusan Protokol Dan Istiadat

 Protokol - Pegawai Daerah bertindak sebagai Pegawai Protokol untuk menerima tetamu-tetamu
kenamaan (VIP) bagi lawatan-lawatan di daerah.

 Perayaan dan Majlis-majlis Rasmi - Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk mengurus dan
mentadbir perayaan dan majlis-majlis rasmi Kerajaan di daerah.

6.2, Pengerusi/Ketua Pelbagai Agensi Dan Badan Sukarela

Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi persatuan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:

 Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di peringkat daerah


 Jawatankuasa Keselamatan Daerah
 Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan
 Jawatankuasa Perayaan Pesta Menuai
 Jawatankuasa Perayaan Maulidur Rasul (bagi Pegawai Daerah beragama Islam)
 Jawatankuasa Kecil Gerakan Membaca
 Jawatankuasa-jawatankuasa 'Adhoc' lain yang ditubuhkan dari masa ke semasa

7.0 TANGGUNGJAWAB DAN AKTIVITI BAHAGIAN-BAHAGIAN

7.1, Bahagian Pentadbiran Am Dan Kewangan


Bahagian ini bertanggungjawab mengurus:

 Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan.


 Pemungutan Hasil.
 Perlesenan.
 Perakaunan (memproses baucer-baucer pembayaran pembelian tempatan, tuntutan elaun-elaun
perjalanan, elaun Ketua Kampung, gaji kakitangan dan sebagainya).
 Urusan Fail.
 Pengurusan Pejabat (kebersihan pejabat dan sebagainya).
 Pentadbiran pelbagai Undang-undang.
 Hal-hal Perjawatan.
 Urusan Tawaran dan Sebutharga.
 Perlantikan Ketua Daerah/Ketua Anak Ngeri/Wakil-wakil Ketua Anak Negeri/Ketua Masyarakat
Cina dan Ketua Kampung.
 Keselamatan.
 Urusan Kehakiman.
 Urusan Pilihanraya.

7.2,. Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk mengurus:

 Perancangan projek-projek pembangunan.


 Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
 Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
 Pentadbiran JKKK.
 Mengemaskini data-data dalam Bilik Gerakan.
 Mengemaskini PMS on-line.

7.3, Bahagian Mahkamah Anak Negeri

Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan
Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:

 Tuntutan Waris
 Perkahwinan
 Penceraian
 Pemberian Sijil Anak Negeri
 Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
 Pembicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam
 Memproses permohonan mengangkat anak (adoption)

7.4, Bahagian Tanah


Bahagian ini diketuai oleh seorang Penyelia Tanah. Kakitangan di bahagian ini adalah dibawah kawalan
Jabatan Tanah & Ukur. Pegawai Daerah terlibat dalam pentadbiran tanah di peringkat daerah sebagai
Penolong Pemungut Hasil Tanah. Tugas-tugas dan tanggungjawab bahagian ini adalah seperti berikut:

 Memproses Permohonan Tanah


 Memproses Pengambilan Tanah
 Memproses Pindahmilik, Penggadaian dan Penyerahan Tanah
 Membuka Doket serta Memproses "Land Enquiries"
 Memproses Pendaftaran Geran Tanah
 Memproses Permohonan Tuntut Waris
 Memproses Permohonan dan Pendaftaran TOL (Lesen Duduk Sementara)
 Memungut Cukai Tanah
 Memproses Penggazetan Tanah Simpanan Kerajaan

2.4.4 PENCAPAIAN PEJABAT DAERAH KUNAK


BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
3.2 PROGRAM SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI

Antara program yang saya jalankan sepanjang saya menjalani latihan industri untuk 3 bulan ini adalah
salah satunya ialah program imunasi Daerah Kunak. PDKNK telah berkesempatan merealisasikan
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan daerah Kunak. Program ini bertujuan bagi memberikan
suntikan dos kepada masyarakat Kunak sekaligus mempercepatkan proses membentuk
#ImunitiKelompok di daerah Kunak. Program ini diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kunak dan
disokong penuh oleh Pejabat Daerah Kunak dan Direktori Jabatan Dan Badan Berkanun di daerah Kunak .
Seramai kira-kira 70 orang petugas dari pelbagai agensi telah diamanahkan untuk membantu proses
pemberian vaksin ini. Program ini melibatkan Kg. Bagiang, Kg. Pangi, Kg. Kunak 3, Kg Kunak Darat dan Kg
Buang Sayang. Sebanyak kira-kira 500 orang penduduk pulau telah berjaya menerima vaksin dos kedua
pada 05 Mei 2021 (Jumaat).

MKN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus
bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Daerah Kunak.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19
Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasar sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan segera.
Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin.
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

Laporan teknikal merupakan kepakaran dan kepandaian seseorang. Dalam penggunaan dan
pengendalian alatan-alatan elektronik, dokumen-dokumen dan sebagainya dengan mengikut prosedur
penggunaan yang betul. Antara kegiatan teknikal yang dapat dikongsi sepanjang Latihan Industri di
PDKNK adalah seperti penggunaan yang betul dalam mengendalikan mesin Photostat, penggunaan
mesin faks, penyusunan dokumen-dokumen mengikut prosedur 5S dan banyak lagi.

Sekiranya sudah menekan suis itu tetapi mesin fotostat tidak menyala atau berfungsi lagi, ia
menunjukkan ada tiga sebab. Pertama, kerana suis utama tidak dihidupkan, kedua kerana mesin fotostat
rosak dan yang ketiga adalah kerana butang dalam gambar di bawah ini tidak dihidupkan.
LANGKAH 2

Letakkan kertas yang ingin disalin di bawah penutup mesin tersebut. Cara meletakkannya, adalah dengan
mengikut ukuran yang dikehendaki. Kebiasaannya setiap mesin fotostat telah disediakan ukuran yang
bersesuaian di bahagian tepi skrin. Rapatkan kertas ke penjuru yang betul dan tutup penutupnya.
LANGKAH 3 Pilih ‘track’ yang ada simpanan kertas.

LANGKAH 4

Mesin juga boleh dikendalikan secara automatik. Kebiasaannya setiap tetapan ukuran kertas yang disalin
tidak sama. Untuk kesenangan adalah dengan memilih secara terus kepada nombor laluan kertas yang
sesuai dengan tetapan yang perlu disalin. Proses tetapan akan dipaparkan di skrin dan jenis kertas yang
dipilih seperti (A3, A4, A5).

LANGKAH 5 Pilih bilangan yang hendak disalin dan tekan butang warna hijau. Jika salinan tersalah, perlu
segera menekan butang berwarna merah yang kecil seperti di bawah. Butang merah kecil itu berfungsi
untuk membatalkan nombor salinan atau membatalkan salinan.
LANGKAH 6

Tunggu sehingga kertas habis disalin. Setelah selesai, tekan butang ‘off’ untuk mematikan mesin fotostat
itu. Panduan yang dinyatakan di atas adalah bagi menyalin kertas yang biasa. Bermaksud penggunaan
asas mesin fotostat. Jika ingin fotostat salinan kad pengenalan, kecilkan saiz tulisan, buat dua bahagian
salinan atau sebagainya ia memerlukan tetapan yang berbeza. Perlu tetapkan tetapan diskrin seperti di
bawah.

4.3 PANDUAN PENGGUNAAN MESIN FAKS


Mengirim data melalui faks adalah cara yang efisien dan cepat untuk mengirim dokumen jika anda tidak
mempunyai banyak masa untuk mengirim email dan tiada mesin scanner. Kaedah ini masih dipakai untuk
pengiriman dokumen yang memerlukan tanda tangan. Penggunaan mesin faks mungkin membingungkan
pada awalnya, tapi disini akan dijelaskan bagaimana cara menggunakan mesin faks.

LANGKAH 1 Membuat surat pengantar untuk memastikan kepada siapa dan kemana dokumen itu akan
dikirimkan dan adakah nombor yang dituju benar atau salah. Masukkan surat pengantar terlebih dahulu
sebelum dokumen anda ke dalam mesin faks yang menghadap ke arah mesin.

LANGKAH 2 Masukkan nombor yang hendak difaks ke dalam mesin. Terdapat kekunci angka seperti
telefon pada mesin faks. Hati-hati menekan nombor supaya anda tidak membuat kesalahan, kerana
surat-surat mungkin sulit untuk diketahui bila anda telah menghubungi nombor faks yang salah.

LANGKAH 3 Tekan kekunci kirim jika anda telah benar memasukkan semua angka ke dalam mesin. Ini
akan memulai pengiriman dokumen. Kekunci kirim biasanya lebih besar dari yang kekunci yang lain dan
mudah untuk dicari. Biasanya, kekunci ini ditempatkan di samping atau di bawah papan kekunci.

LANGKAH 4

Tunggu sehinggai dokumen anda melalui mesin dan kumpulkan jika sudah selesai. Apa pun yang anda
kirimkan ia akan melalui serangkaian rol dan dirakam secara digital.

LANGKAH 5

Tunggu sehingga mendapat pengesahan yang akan memberitahu anda sama ada faks anda berjaya
dikirimkan atau tidak.

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN


5.1 DAPATAN

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya
banyak mempelajari tentang:

5.1.1 Dapat merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar. 5.1.2 Dapat mengaplikasikan
segala ilmu yang dipelajari sepanjang saya belajar di Cybernetics.

5.1.3 Dapat meningkatkan lagi daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu
cara berinteraksi dengan betul.

5.1.4 Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama seluruh warga Pejabat Daerah Batu
Pahat dengan baik.

5.1.5 Dapat menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dengan baik dan jayanya.

5.2 KOMEN DAN CADANGAN

Latihan Industri yang telah saya jalani di sini amatlah di hargai. Daripada latihan ini saya ingin memberi
cadangan serta saranan iaitu:

5.2.1 Pelajar harus didedahkan dengan dunia luar atau kerja di luar pejabat, tidak hanya di dalam pejabat
untuk lebih menambahkan ilmu pengalaman.

5.2.2 Pihak jabatan perlu melantik seorang pegawai atau kakitangan untuk memantau segala urusan
kerja yang melibatkan pembelajaran kepada pelajar.

5.2.3 Pihak kakitangan Pejabat Daerah perlulah menunjukkan sikap bekerja yang baik untuk dijadikan
sebagai contoh kepada pelajar industri.5.2.4 PDBP perlu mewujudkan suasana kerja yang lebih cergas
seperti mengadakan sukan pada setiap hari atau minggu agar kakitangan pejabat dan pelajar praktikal
sentiasa cergas dari segi fizikal dan mental.

BAB 6 KESIMPULANSetelah selesai menjalani Latihan Industri selama tiga bulan setengah,

banyak perkara yang saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan bidang
kerjaya terutamanya ketepatan waktu, disiplin diri, dan cara berkomunikasi

dengan pihak atasan dan pihak-pihak yang berkaitan. Dengan bertugas di

Pejabat Daerah Batu Pahat, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana

pengurusan pejabat dijalankan, pengurusan pekerja, pengurusan dokumen

sebut harga, pembelian tender dan terutamanya dalam bidang yang saya

pelajari iaitu Pengurusan Sumber Manusia.

Secara amnya Latihan Industri perlu diteruskan kerana berfungsi

memberikan manfaat serta faedah yang berguna kepada pelatih dari segi

ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang

sebenar. Ini dapat dijelaskan bahawa apabila seseorang penuntut menjalani

latihan industri, mereka akan dapat melihat gambaran serta merasai suasana

sebenar dunia pekerjaan di samping menjalankan segala amanah-amanah yang

diberikan. Praktikal ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang

dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-

apa kesan.Oleh itu, latihan industri banyak mendatangkan kebaikan kepada

pelajar sebelum memperluaskan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari di

IPTA atau IPTS untuk kegunaan sewaktu di alam pekerjaan.

Kesimpulan setelah berjaya menjalani latihan industri ini, pelatih dapat

melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit

manis semasa latihan industri. Juga dapat menimba pengalaman, pengetahuan

dan pendedahan yang berguna sama ada secara langsung atau pun secara tidak

langsung. Di sini saya memohon maaf kepada pihak Pejabat Daerah Batu

Pahat serta Unit Latihan Industri Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetis

atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia

menerima sebarang teguran yang membina. Dengan menjalani latihan ini,

diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila saya menceburi

bidang kerjaya nanti.BIBLIOGRAFI /

RUJUKAN1. www.wikipedia.org
References
1-2, 2007. Program tahunan PDKNK. (3), p.3.
Sabah.gov.my. 2021. Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak. [online] Available
at: <https://www.sabah.gov.my/pd.knk/> [Accessed 22 November 2012].
Salim, K., 2021. Peranan & Tanggungjawab Semua Bilik Di Bang

Anda mungkin juga menyukai