Anda di halaman 1dari 4

PENTAKSIRAN BERTULIS

LECTURER: KHAIRAH BINTI ISMAIL

NAMA: ANNIS RADHIAH AZZARINA BINTI AZHARI

STUDENT ID: 2020817718

GROUP: K18

SOALAN 1

Ahmad mendakw bahawa dia telah diliwat oleh Atan, namun dakwaan tersebut telah dinafikan
leh Atan. Kes tersebut dibawa ke mahkamah. Oleh kerana Ahmad orang yang mendakwa,
mudda’i, maka beban pembuktian terletak pada Ahmad.

Berdasarkan kes tersebut, sebagai pendakwa raya, apakah nasihat anda kepada Ahmad?

Sebagai seorang pendakwa raya, saya akan menasihati Ahmad dengan menerangkan kepadanya
kaedah-kaedah pembuktian dalam Islam. Hal ini kerana bagi memenangi suatu kes atau dakwaan,
setiap fakta mestilah disokong oleh bukti. Namun begitu, bukti yang dikemukan mestilah melalui cara
yang betul dan sekiranya tidak, bukti tersebut akan ditolak dan dianggap tidak sah. Maka, amat
penting bagi Ahmad untuk mengetahui cara pembuktian yang benar. Cara pembuktian yang boleh
digunakan oleh Ahmad adalah:

Penyaksian (al-Syahadah)

Kaedah ini bermaksud seseorang itu memberitahu sesuatu yang diketahuinya dalam majlis
penghakiman di bawah lafaz asyhadu seperti “aku bersaksi”. Cara pembuktian ini berdasarkan al-
Quran dan al-Sunnah serta turut dipersetujui para ulama. Namun, terdapat syarat yang perlu dipenuhi
oleh saksi iaitu beragama Islam, mukallaf, merdeka , dewasa dan berakal. Dalam kes ini, Ahmad
boleh menjadi saksi dan menceritakan apa yang terjadi di bawah lafaz asyhadu.

Pandangan Pakar

Pandangan pakar dianggap sebagai salah satu kaedah pembuktian dalam agama Islam. Hal ini
kerana dengan adanya pandangan pakar, dapat menghilangkan keraguan sekiranya terdapat isu
yang timbul tetapi di luar bidang ilmu pengetahuan hakim. Keterangan pakar ini biasanya dikeluarkan
oleh individu yang telah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang. Dalam kes Ahmad, Ahmad boleh
mengemukakan pandangan daripada pakar seperti doktor. Hal ini kerana doktor dapat menjalankan
pemeriksaan terhadap Ahmad sama ada ada atau tidak kesan diliwat seperti kkesan kesan penetrasi.

Keterangan Keadaan

Kaedah ini adalah kaedah menghubungkan satu perkara dengan perkara yang lain. Impak kaedah ini
berbeza mengikut kes kerana bergantung kepada betapa rapat isu yang dibangkitkan dengan kes. Ia
boleh memberi petunjuk yang sangat meyakinkan atau hanya menimbulkan kemusykilan kecil sahaja.
SOALAN 2

Berdasarkan gambar A dan B, bagaimanakah peranan anda dalam menghuraikan kemukjizatan


al-Quran berkaitan gaya bahasa dalam menerangkan hukum

Gambar A:

Gambar A menunjukkan arak. Dalam al-Quran, gaya bahasa yang digunakan semasa menerangkan
tentang hukum arak adalah lafaz yang menunjukkan haram atau kebencian. Sekiranya lafaz ini
digunakan, ia menunjukkan bahawa perbuatan minum arak itu adalah tercela di sisi Allah dan kita
sebagai penganut agama Islam mestilah menjauhi amalan mungkar ini. Jika kita tidak taat, maka kita
akan mendapat balasan dosa dan azab api neraka yang tidak terperi sakitnya. Contoh ayat yang turut
menunjukkan haram atau kebencian adalah ayat al-Quran yang menerangkan hukum membunuh.

Kedua, gaya bahasa yang digunakan adalah lafaz tegahan yang menunjukkan bahawa Allah
melarang kita daripada melakukan sesuatu tindakan dan contohnya adalah meminum arak. Terdapat
dua jenis lafaz tegahan iaitu tegahan yang jelas dan juga perintah untuk meninggalkan. Contoh bagi
lafaz tegahan yang jelas adalah ayat al-Quran yang melarang umat Islam daripada makan daging
babi.

Gambar B:

Gambar B menunjukkan gambar zakat. Dalam al-Quran, gaya bahasa yang digunakan untuk
menerangkan tentang zakat adalah lafaz suruhan iaitu ayat yang berbentuk perintah. Dalam al-
Quran, Allah berfirman bahawa kita mestilah membayar zakat. Lafaz suruhan ada dalam pelbagai
bentuk seperti lafaz amar sorih dan lafaz fe’el amar. Contoh suruhan lain adalah ayat al-Quran
mengenai tuntutan bertakwa kepada Allah.

Kedua, gaya bahasa yang digunakan adalah lafaz yang menunjukkan hukum wajib atau sunat. Dalam
konteks zakat, amalan zakat adalah difardukan dan hukumnya wajib. Zakat juga adalah sebahagian
daripada rukun Islam dan ini menunjukkan kepentingannya kepada umat Islam sama ada individu,
keluarga, masyarakat atau negara.
SOALAN 3

Perundangan Islam telah terbina berdasarkan sumber-sumber dan dalil-dalil perundangan


yang telah diistinbatkan para fuqaha. Untuk mengistinbatkan hukum syarak, fuqaha
memerlukan dua bidang ilmu iaitu ilmu usul fiqh dan ilmu qawaid fiqh. Bincangkan hujah
anda.

Ilmu Usul Fiqh

Terdapat beberapa kaedah dalam bidang usul fiqh yang digunakan oleh para fuqaha untuk
mengistinbat hukum. Pertama sekali adalah kaedah Kullu Amri Lil Wujub yang bermaksud setiap
perintah adalah wajib. Ayat perintah seperti “dirikanlah” dan “jagalah” menunjukkan kewajipan berbuat
sedemikian. Contohnya, tuntutan umat Islam untuk mendirikan solat dan berpuasa di bulan
Ramadhan.

Kaedah kedua dalam bidang usul fiqh adalah Kullu Nahri Lil Tahrim yang bermaksud setiap larangan
adalah haram. Contohnya ayat seperti “janganlah” dalam larangan Allah terhadap perbuatan berzina,
minum arak dan liwat. Kaedah yang terakhir bererti tidak sempurna perkara wajib tanpanya, maka ia
juga wajib. Contohnya hukum berwudhu adalah wajib kerana ianya merupakan salah satu syarat sah
solat dan solat itu hukumnya wajib.

Qawaid Fiqh

Dalam mengistinbat hukum, para fuqaha turut menggunakan kaedah dalam Qawaid Fiqh seperti al-
Darur Yuzal yang bermakna perkara yang mendatangkan mudarat mestilah dihilangkan. Contohnya,
sesorang itu menghadapi penyakit kulit yang tidak boleh terkena air. Sekiranya mengambil wudhu
menggunakan air maka mendatangkan mudarat kepada orang tersebut. Oleh itu, orang tersebut
boleh melakukan tayamum bagi menggantikan wudhu.

Kaedah seterusnya adalah Adah Muhkamah iaitu adat setempat yang sudah menjadi kebiasaan
asalkan tidak melanggar hukum syarak. Contohnya, adat memberi wang hantaran dalam masyarakat
Melayu. Berdasarkan kaedah ini, para fuqaha mengistibatkan hukumnya sebagai harus kerana tidak
bercanggah dengan syariah Islam.
SOALAN 4

Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah anda mengaitkan perintah perkahwinan dengan


matlamat perundangan Islam?

Perintah perkahwinan dapat memenuhi asas-asas matlamat perundangan Islam (Maqasid Syariah).
Hal ini kerana asas Maqasid Syariah adalah:

Mencegah perbuatan keji dan mungkar

Apabila seseorang individu itu berkahwin sebagaimana diperintahkan oleh agama, individu tersebut
akan terhindar daripada melakukan perbuatan keji seperti berzina atau perkara-perkara yang
mendekati zina dan kemungkaran seperti liwat dan musahaqah. Hal ini kerana sekiranya amalan
seperti zina terus berleluasa, maka keturunan seseorang itu tidak dapat dipelihara dan ini adalah
bertentangan dengan Maqasid Syariah Darurriyat. Pasangan yang sudah berkahwin akan dapat
mengelak zina kerana sudah ada ikatan yang sah dan halal antara mereka. Justeru, mereka dapat
melindungi keturunan mereka daripada tercemar.

Mempunyai akhlak yang mulia

Perkahwinan turut dapat memastikan seseorang itu memelihara akhlak dan mempunyai tingkah laku
yang mulia. Sebagaimana di dalam hadis yang meriwayatkan sekiranya seseorang itu sudah mampu
untuk menikah, maka nikahlah kerana lebih menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.
Berdasarkan hadis ini, jelaslah bahawa perintah perkahwinan itu penting bagi memenuhi matlamat
perundangan Islam yang ingin memastikan manusia tidak terjebak dengan perkara berakhlak buruk.

Sentiasa adil dan membuat kebajikan

Perkahwinan dapat melatih seseorang itu untuk bersikap adil dalam perbuatannya dan sentiasa
membuat kebajikan dan tidak menzalimi orang lain. Sebagai contohnya, dalam perkahwinan suami
mestilah berlaku adil terhadap isteri dengan memastikan memberi nafkah setiap bulan dan
menyediakan keperluan bagi isteri. Sekiranya seseorang itu mengamalkan poligami dalam
perkahwinan, maka perlulah adil terhadap isteri-isteri dari segi nafkah zahir mahupun nafkah batin.

Anda mungkin juga menyukai