Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

HSR3023 PENYELIDIKAN & PENULISAN SEJARAH

PROPOSAL PENYELIDIKAN

KUMPULAN:

NAMA PENSYARAH:

DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

NAMA PELAJAR: ROLLAND ANDREAS

MATRIKS: D20181083916

NO. TELEFON: 019-8414745


Penghormatan Bambarayon oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah 1960-1990.

1.0 PENDAHULUAN

Tajuk kajian yang dipilih ialah Penghormatan Bambarayon oleh masyarakat Kadazandusun

di Sabah 1960-1990. Sebagai salah seorang daripada etnik Kadazandusun yang berasal

dari Sabah, pengkaji berasa terpanggil untuk memilih tajuk ini sebagai kajian kerana ia

berkait rapat dengan tradisi pengkaji. Sudah menjadi tanggungjawab bagi semua

masyarakat khususnya masyarakat Kadazandusun untuk mengambil tahu dengan lebih

mendalam berkaitan dengan upacara yang sudah dirayakan sejak sekian lama ini.

Pengetahuan tentang upacara ini perlu dikembangkan bagi menunjukkan kita sebagai

masyarakat Kadazandusun yang sejati. Pengkaji juga memilih tajuk ini kerana pengkaji

mempunyai pengetahuan sedia ada yang boleh dikembangkan dan disokong sepanjang

proses menyiapkan kajian.

Pemilihan tajuk kajian ini dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa upacara

penghormatan Bambarayon ini masih relevan untuk dirayakan walaupun adanya anutan

agama. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetengahkan kembali upacara ini

kepada generasi muda supaya dapat dikekalkan. Pengkaji melihat perkara ini sangat

penting untuk dititikberatkan kerana ia merupakan salah satu daripada identiti masyarakat

Kadazandusun itu sendiri. Di samping itu, kajian juga dilakukan untuk mengenal pasti

cabaran yang dihadapi dalam memastikan tradisi ini dapat diteruskan. Banyak cabaran yang

harus ditempuhi intuk mengekalkan tradisi ini seiring dengan perubahan zaman.

Kajian berkaitan dengan penghormatan Bambarayon ini merupakan satu kajian yang

sangat menarik. Hal ini demikian kerana upacara ini sangat unik dengan pelbagai pengisian

di dalam upacara ini. Penghormatan ini penting sebagai tanda terima kasih kepada

semangat padi yang telah memberikan hasil tuaian yang baik pada musim tersebut. Selain

itu, penghormatan ini juga untuk menjaga dan mengekalkan semangat padi yang baik untuk
terus menjaga padi yang ditanam oleh seseorang petani. Dalam kajian ini juga kita akan

dapat melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Kadazandusun yang

menyebabkan upacara penghormatan Bambarayon ini semakin jarang dirayakan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini adalah mengenai upacara penghormatan semangat padi dalam kalangan

masyarakat Kadazandusun di Sabah. Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan

ekonomi yang utama bagi bagi masyarakat di Sabah. Oleh itu, upacara penghormatan

semangat padi ini sering dikaitkan dengan kepentingan penghormatannya demi penghasilan

padi. Kegiatan penanaman padi ini sudah dijalankan sejak awal lagi bagi memenuhi

keperluan harian memandangkan nasi merupakan makanan ruji bukan sahaja untuk

masyarakat di Sabah malah di seluruh Asia.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa padi ini bukan sahaja menjadi sumber

makanan utama, malah menjadi sumber mata pencarian. Corak pemikiran tradisional

masyarakat Kadazandusun di Sabah mempercayai bahawa hubungan mereka dengan

semua makhluk, kegiatan pertanian dan perburuan adalah kudus. Begitu juga dengan

kegiatan penanaman padi ini, terdapat banyak ritual dan pantang larang sememangnya

harus dirayakan dan dipatuhi oleh masyarakat. Kepercayaan ini telah mendorong

masyarakat Kadazandusun untuk mengadakan upacara memuja semangat padi.

Masyarakat Kadazandusun ini mempercayai bahawa padi ini mempunyai semangat

atau roh yang perlu dihormati. Perkara ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan

amalan dalam kehidupan seharian dan juga kosmologi mereka. Kepercayaan terhadap

kuasa yang ada pada semangat padi untuk mendatangkan hasil pada yang lumayan telah

meresap ke dalam jiwa masyarakat Kadazandusun di Sabah. Dalam sistem kepercayaan

tradisi masyarakat Kadazandusun, mereka mempercayai bahawa semangat atau roh ini
disebut sebagai bambarayon.1 Bambarayon biasanya digunakan dalam bahasa Dusun.

Masyarakat Kadazan pula menggelar semangat padi ini sebagai bambaazon. Walaupun

sebutan bagi semangat padi ini berbeza namun maksudnya tetap sama. Hal ini demikian

kerna ia dipengaruhi oleh kawasan petempatan masyarakat dan bahasa pertuturan yang

ada di Sabah.

Melalui penanaman padi ini kita akan dapat melihat banyak ritual yang akan

diadakan bagi menghormati dan mengagungkan semangat padi tersebut. Menurut

kepercayaan masyarakat Kadazandusun, bagi mendapatkan hasil padi yang lumayan

mereka hendaklah menjalankan upacara ritual untuk memuja semangat padi ini. Tambahan

pula, setiap fasa dalam proses penanaman padi bermula daripada fasa menanam,

merumput, menuai dan menyimpan padi sejak turun-temurun lagi telah disertai dengan

upacara ritual.2 Penghormatan terhadap semangat padi ini akan membawa keuntungan

kepada petani. Balasan kepada penghormatan ini penanaman padi akan berjalan dengan

lancar, tanah sawah akan berada dalam keadaan yang baik, pokok padi yang ditanam

tumbuh dengan subur, hasil padi lumayan dan kesejahteraan keluarga petani turut terjamin.

Menyedari hakikat bahawa pentingnya adat kepada masyarakat maka kajian ini

dijalankan bagi meneliti perkembangan, cabaran dan kelangsungan upacara penghormatan

semangat padi ini dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Selain itu, sebagai

seorang generasi muda yang tergolong dalam etnik Kadazandusun, pengkaji turut

menyedari bahawa sudah menjadi tanggungjawab untuk mempelajari dengan lebih lanjut

berkaitan dengan upacara penghormatan semangat padi ini seiring dengan tujuan penulisan

kajian ini iaitu untuk mengetengahkan kembali upacara ini kepada generasi muda. Pemilihan

tajuk kajian iaitu penghormatan bambarayon oleh masyarakat Kadazandusun adalah

1
Low Kok On, “Belief in Bambarayon (Paddy Spirits) Among the Kadazandusun of North Borneo,” Borneo
Research Journal 6 (December 2012): 78, diakses pada 20 April 2021,
https://borneojournal.um.edu.my/article/view/9845.

2
Constant Vianney Cyril Chin, “Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi dalam Proses Penanaman Padi SAWAH
Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou di Kg. Liau Darat, Bingkor, Sabah,” Journal of Borneo Social
Transformation Studies 6, no. 1 (2020): 89, diakses pada 10 April 2021,
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2795.
disebabkan adat ini merupakan elemen yang penting dan mempunyai signifikan kepada

masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Sejarah menunjukkan bahawa upacara penghormatan semangat padi atau

bambarayon ini sudah menjadi satu kemestian yang diamalkan oleh semua penanam padi

kaum Kadazandusun. Perkara ini seiring dengan sistem kepercayaan tradisi masyarakat

Kadazandusun bahawa padi mempunyai semangat yang perlu dihormati bagi memastikan

kesuburan dan hasil tanaman padi mereka sentiasa dijaga. Masyarakat Kadazandusun juga

mempercayai bahawa semangat padi ini boleh berpindah ke tempat lain sekiranya tidak

dihormati dan dijaga serta menerima layanan buruk atau tidak memuaskan hatinya.

Semangat padi ini akan sentiasa bersama-sama dan menjaga padi yang ditanam sekiranya

padi mendatangkan hasil yang lumayan. Tetapi apabila sebaliknya yang berlaku iaitu hasil

padi yang diperolehi oleh penanam padi tidak lumayan, maka masyarakat Kadazandusun

mempercayai bahawa semangat padi ini telah lari.

Selain itu, ketiadaan semangat padi ini juga akan menyebabkan padi yang ditanam

oleh petani akan mengalami kerosakan dan pertumbuhan juga tidak subur. Kerosakan pada

padi adalah disebabkan oleh serangan serangga perosak dan penyakit. Terdapat juga

masyarakat Kadazandusun yang mempercayai bahawa air tidak akan tinggal di sawah padi

mereka sekiranya semangat padi ini tidak dijaga. Hal ini demikian kerana terdapat juga

semangat yang bertanggungjawab untuk menjaga pengairan pada sawah padi. Oleh itu bagi

komuniti Kadazandusun semangat padi adalah sebagai kawan yang seharusnya dilayan

dengan baik sepanjang masa dalam ritual yang dilakukan dengan penuh tertib dan sabra

mengikut peraturan-peraturannya yang diamalkan secara turun-temurun. Ritual ini dilakukan

bertujuan untuk menolak bala, menyejukkan keadaan di antara dunia nyata dan alam roh

ataupun untuk menolak penyakit padi dan keluarga pemilik sawah padi.3

3
Hanafi Hussin, “Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah,” Jati no. 10 (Disember 2005): 172,
diakses pada 12 April 2021, https://jati.um.edu.my/article/view/6446.
Pengamalan upacara penghormatan semangat padi dipercayai akan dapat

mengekalkan semangat padi agar sentiasa bersama-sama dengan pokok padi dan

seterusnya dapat meningkatkan hasil padi yang diperolehi oleh petani. Upacara

penghormatan semangat padi ini juga dianggap sangat penting bagi masyarakat

Kadazandusun kerana upacara ini berkesinambungan dan berkait rapat dengan perayaan

Kaamatan atau Pesta Menuai. Perayaan Kaamatan ini merupakan perayaan yang ditunggu-

tunggu dan dirayakan setiap bulan Mei di Sabah.

Perayaan ini menandakan para petani telah selesai menuai padi. Perayaan pesta

Kaamatan akan diadakan untuk memanjatkan kesyukuran kepada semangat padi di atas

hasil tuaian mereka. Pada lingkungan waktu inilah penghormatan terhadap Bambarayon

akan diadakan. Tambahan pula, melalui pengamalan kepada adat ini, ia akan menunjukkan

penghormatan terhadap semangat padi yang memelihara, menjaga dan meningkatkan hasil

tuaian padi. Kita sedia maklum bahawa padi bukan sahaja merupakan sumber makanan

utama mahupun sebagai mata pencarian tetapi ia juga merupakan tanaman yang dianggap

suci kerana turut menjadi makanan para semangat.

Bagi sesetengah masyarakat Kadazandusun di Sabah khususnya di daerah Papar,

Penampang, Putatan, Kota Belud, Tambunan dan Ranau terdapat tiga peringkat ritual

memuja semangat padi yang dilakukan. Peringkat pertama semasa peringkat awal

penanaman padi, diikuti dengan peringkat semasa menuai padi dan akhirnya peringkat

selepas menuai padi. Bagi mendapat hasil tuaian yang baik, upaca ritual akan diadakan

untuk menghormati semangat padi ini bermula dengan proses menyemai benih, menanam,

menuai dan meraikan hasil tuaian yang telah diperolehi.

Upacara ritual ini akan diadakan dengan penuh adat dan tertib. Ritual yang dilakukan

selepas menuai padi juga bertujuan untuk meyambut kepulangan semangat padi ke tempat

menyimpan padi yang dikenali sebagi tangkob.4 Upacara ini diadakan bertujuan untuk

menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Bambarayon. Kesemua proses ritual ini

4
Hanafi Hussin, “Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran penampang, Sabah,” hlm 172.
dapat dilihat sebagai memenuhi fungsi atau maksud yang tersurat iaitu melibatkan

persembahan kepada semangat dalam bentuk sajian makanan, minuman, paluan muzik

gendang dan gong serta tarian sumazau.

Kita dapat melihat pada masa kini banyak perubahan yang telah berlaku seiring

dengan perubahan zaman. Kini zaman telah berubah kepada zaman yang mementingkan

sains dan teknologi. Apa yang dititikberatkan ialah semua benda yang bepijak di bumi nyata.

Begitu juga dengan masyarakat Kadazandusun, komuniti ini juga tidak dapat lepas daripada

fenomena ini. Hubungan di antara alam spiritual dan alam nyata adalah tidak penting dan

tidak lagi diberikan keutamaan. Tambahan pula anutan agama dalam kalangan masyarakat

bukan sahaja masyarakat Kadazandusun tetpi seluruh lapisan masyarakat semakin kuat.

Ritual-ritual padi yang pada suatu masa dahulu sangat giat dirayakan dan memenuhi

calendar kehidupan masyarakat pada zaman dahulu telah ditukar dan beralih kepada

aktiviti-aktiviti pertanian yang dijalankan secara moden. Amalan-amalan tradisi penanaman

padi tidak dlakukan sepenuhnya oleh sebilangan kecil anggota masyarakat yang masih

mempercayai dan mempraktikkan amalan kepercayaan animisme.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kehidupan manusia yang semakin moden pada ketika ini, kita tidak dapat menafikan

bahawa banyak perubahan yang telah mengubah corak kehidupan masyarakat pada masa

kini. Begitu juga dengan upacara penghormatan bambarayon ini, peredaran zaman telah

membawa banyak perubahan yang telah menyebabkan upacara ini semakin jarang

dilaksanakan. Tambahan pula dengan anutan agama dalam kalangan masyarakat

Kadazandusun yang semakin kuat membuatkan terdapat segelintir masyarakat

meninggalkan amalan penghormatan bambarayon ini. Hal ini demikian kerana mereka

merasakan kepercayaan terhadap unsur alam dan ritual ini bercanggah dengan anutan

agama mereka masing-masing.


Tindakan masyarakat ini membuatkan upacara ini semakin dilupakan dan tidak

diketengahkan khususnya kepada generasi muda sedangkan penghormatan bambarayon ini

merupakan satu identiti dan tradisi turun-temurun bagi masyarakat Kadazandusun.

Sedangkan pada beberapa waktu dahulu, perayaan ini disambut dengan begitu meriah dan

dikunjungi seluruh lapisan masyarakat dan orang luar sehingga menjadi pemangkin kepada

kekuatan perpaduan masyarakat di Sabah. Perkembangan pesat sains dan teknologi

dengan pelbagai penemuan terbaru yang nyata membuatkan kepercayaan masyarakat

terhadap semangat padi ini kian terhakis.

Oleh itu, melalui kajian ini pengkaji akan menunjukkan bahawa upacara

penghormatan bambarayon ini masih lagi relevan untuk terus dirayakan walaupun adanya

anutan agama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Selain itu, upacara ini

perlu diketengahkan khususnya kepada generasi muda supaya tradisi ini terus hidup dan

dapat dikekalkan. Pengkaji sangat menekankan aspek ini kerana dengan adanya upacara

ini, ia telah dianggap sebagai identiti kaum Kadazandusun. Tradisi ini telah menjadi

keunikan masyarakat Kadazandusun yang sekaligus membuatkan komuniti ini tampil

berbeza dengan kaum yang lain. Perkara ini penting sebagai satu usaha menghormati

kepelbagaian dan corak masyarakat majmuk bukan sahaja di Sabah malah di seluruh

Malaysia.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

1. Menjelaskan latar belakang penghormatan bambarayon di Sabah 1960-1990.

2. Menghuraikan perkembangan penghormatan bambarayon 1960-1990.

3. Menganalisis cabaran yang dihadapi dalam memastikan tradisi penghormatan

bambarayon ini dapat diteruskan 1960-1990.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan membuktikan bahawa sambutan upacara

penghormatan bambarayon ini masih relevan untuk dirayakan dan disambut dalam kalangan

masyarakat Kadazandusun di Sabah walaupun sudah banyak perubahan yang telah berlaku

seiring dengan arus pemodenan di seluruh dunia. Tambahan pula dengan peningkatan

tahap penguasaan sains dan teknologi yang membuatkan manusia lebih memilih untuk

mempercayai benda nyata yang boleh dibuktikan dengan kaedah moden.

Di atas kesedaran itu, pengkaji merasakan bahawa pengkajian secara menyeluruh

haruslah dilakukan dengan tujuan ingin melihat upacara penghormatan bambarayon ini

kembali dilakukan dengan lebih rancak dan menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat

Kadazandusun yang menjalankan kegiatan penanaman padi. Kajian yang dilakukan ini juga

akan dapat membuka minda masyarakat Kadazandusun khususnya tentang keunikan dan

kepentingan upacara ini sebagai identiti yang melambangkan dan mewakili komuniti

Kadazandusun. Dapatan kajian juga diharapkan dapat memperkayakan penulisan yang

dihasilkan demi kebaikan kita bersama seiring denga napa yang hendak dibuktikan oleh

pengkaji.

6.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian merangkumi empat dekad bermula dari tahun 1960 hingga tahun 1990.

Sepanjang tempoh tersebut upacara penghormatan semangat padi di Sabah telah

mengalami perubahan yang begitu ketara. Perkara ini dapat dilihat melalui perkembangan,

kerancakan, kemerosotan dan akhirnya semakin jarang disambut dalam kalangan

masyarakat Kadazandusun ini sendiri. Pemilihan tahun 1960 sebagai permulaan tahun

kajian adalah disebabkan pada tahun 1960 perayaan Kaamatan ini telah menjadi hari pesta

kelepasan umum.5 Perkara ini bermaskud perayaan Kaamatan ini walaupun sudah sekian

lama dilaksanakan dan disambut oleh masyarakat Kadazandusun pada setiap tahun tetapi

pada tahun 1960 ia telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai salah satu pesta adat tahunan bagi
5
Kadazandusun Cultural Association, hlm. 22.
sesuatu kaum di Malaysia. Sejak tahun itu, perayaan pesta Kaamatan ini diadakan dengan

rancak pada tahun-tahun berikutnya. Sekitar tahun 1990, amalan kepada adat ini mengalami

kemerosotan kerana menghadapi pelbagai cabaran.

Kajian ini membincangkan tentang pengamalan penghormatan upacara ini sehingga

tahun 1990 untuk menggambarkan sambutan yang diberikan oleh masyarakat

Kadazandusun terhadap upacara ini. Perayaan Kaamatan ini dianggap penting dan pengkaji

kaitkan dengan upacara penghormatan Bambarayon kerana semasa perayaan Kaamatan

inilah penghormatan terhadap Bambarayon akan diadakan. Kajian ini juga menumpukan

kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah kerana sambutan pesta Kaamatan ini sangat

sinonim dengan komuniti ini. Masyarakat Kadazandusun di Sabah akan merayakan upacara

penghormatan kepada semangat padi ini sebagai tanda kesyukuran kepada hasil padi yang

mereka perolehi.

7.0 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Bahagian ini akan membincangkan berkaitan dengan kajian-kajian dan penulisan terdahulu

yang telah dijalankan. Bahagian ini penting untuk melihat hasil kajian dan penulisan lepas

yang berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji oleh pengkaji iaitu Penghormatan

Bambarayon oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah 1960-1990.

Hanafi Hussin (2005) menyatakan bahawa sudah terdapat ritual padi komuniti

Kadazan Dataran Penampang, Sabah, sebelum kedatangan kuasa penjajahan ke Sabah.

Kegiatan penanaman padi merupakan aktiviti pertanian utama komuniti Kadazan. Kaedah

penanaman yang dijalankan adalah bersifat tradisional dan petani perlu melakukannya

dengan pelbagai ritual yang tersusun untuk membolehkan padi tumbuh dengan subur dan

mendatangkan hasil yang lumayan serta menjamin kesejahteraan hidup petani sekeluarga.

Ritual yang dilakukan ini melibatkan persembahan kepada pelbagai jenis semangat dalam

bentuk sajian makanan, minuman, paluan alat muzik seperti gendang dan gong serta tarian
sumazau. Kenyataan ini memang mempunyai persamaan dengan kenyataan dan idea

daripada pengkaji disebabkan perkara ini sememangnya sudah diketahui dan dipraktikkan

dalam sesetengah lapisan masyarakat Kadazandusun.

Berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji perkara yang difokuskan oleh

penulisan Hanafi Hussin ini lebih kepada langkah-langkah permulaan penanaman padi

sehingga selepas menuai padi. Bermula dengan ritual buka tanah dan ritual babas, semai

benih, membajak, pemindahan anak benih, melarikan penyakit padi, monogit, menuai padi,

pemilihan benih padi, ritual kesyukuran padi, ritual magavau dan ritual humabot Di dalam

setiap peringkat ini diselitkan ritual yang berkaitan dengan penghormatan semangat padi

bagi komuniti Kadazandusun. Turut disentuh mengenai penglibatan Bobohizan

membacakan rinait semasa upacara ritual. Elemen-elemen ini sangat berpengaruh terhadap

budaya Kadazan di mana kesemua elemen ini menjadi lambang identiti Kadazan

Penampang. Dijelaskan lagi berkaitan dengan zaman telah berubah kepada zaman yang

lebih mementingkan sains dan teknologi. Oleh itu, hubungan di antara alam spiritual dan

alam nyata tidak lagi diberikan keutamaan dalam kehidupan.

Constant Vianney Cyril Chin (2020) dalam penulisannya menyatakan berkaitan

dengan faktor perubahan amalan adat tradisi dalam proses penanaman padi sawah

tradisional masyarakat Dusun Kuruyou di Kampung Liau Darat, Bingkor Sabah. Dalam

penulisannya ini dijelaskan bahawa masyarakat Kuruyou di Kampung Liau Darat juga sma

dengan masyarakat yang lain, dimana mereka juga mempunyai adat dan kepercayaan

tradisinya yang unik dan tersendiri. Selain mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat,

adat tradisi masyarakat Kuruyou juga berfungsi sebagai simbol kepada identiti masyarakat

mereka. Namun begitu, adat tradisi mereka juga tidak terlepas daripada mengalami

ancaman perubahan sama ada disebabkan oleh faktor dalaman mahupun faktor luaran

yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti faktor-

faktor yang telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam amalan adat tradisi dalam
proses penanaman padi sawah tradisional di kawasan ini. Dalam kajian ini, fokus juga

diberikan kepada perubahan dalam amalan tradisi penanaman padi sawah yang telah

berlaku kesan daripada anutan agama dalam kalangan masyarakat Kuruyou. Penulis juga

hanya memfokuskan kepada penanaman padi sawah tradisional dan tidak menyentuh

dengan lebih mendalam berkaitan dengan upacara penghormatan terhadap bambarayon.

Oleh itu penulisan berkaitan penghormatan bambarayon itu sendiri perlu dilakukan.

Seterusnya terdapat juga penulisan yang telah dilakukan oleh Noviatin Syarifuddin &

Mimi Hanida Abdul Mutalib (2017), penulisan ini berkaitan dengan analisis sosiologikal

terhadap makna lagenda Monsopiad dari perspektif etnik Kadazandusun. Di dalam

penulisan ini, disentuh berkaitan dengan sejarah asal usul etnik Kadazandusun. Walaupun

fokus kajian ini adalah berkaitan dengan legenda kepahlawanan Monsopiad yang

mencorakkan identiti ‘head-hunting’ masyarakat Kadazandusun, tetapi terdapat juga sedikit

perkara yang berkaitan dengan simbol kesuburan alam semesta. Maklumat ini diperolehi

menerusi temubual bersama informan. Informan menyifatkan latar belakang kehidupan

lagenda Monsopiad ini sangat terkait dengan persekitaran tempat tinggalnya yang memiliki

bidang-bidang tanah pertanian. Semangat padi atau dikenali sebagai bambarayon yang

mempunyai perasaan sama seperti manusia yang perlu dijaga dan dipelihara agar tanaman

subur. Perbincangan ringkas berkaitan dengan peranan Bobolian dalam memuja semangat

padi.

Penulisan Donney Fred Desmond & Norjietta Julita Taisin (2018) menyatakan

mengenai pengetahuan local dalam pertanian masyarakat Kadazandusun di Sabah. Kajian

ini menerangkan tentang budaya masyarakat Kadazandusun di Sabah dalam konteks

pengetahuan lokal dalam kegiatan pertanian. Kajian ini juga lebih kepada menerangkan

peranan, amalan, pantang larang dan adat istiadat pengetahuan lokal sebagai menjaga

alam sekitar melalui pertanian tradisional sebelum, semasa dan selepas mereka membuka

tanah untuk pertanian. Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak menumpukan terhadap

penanaman padi mahupun penghormatan kepada bambarayon, tetapi membincangkan


secara umum berkaitan pantang larang dalam pertanian tradisional. Walaupun pertanian

masa kini banyak menggunakan teknologi namun kegiatan pertanian melalui budaya

masyarakat petani itu sendiri perlu diambil kira sebagai satu cara untuk terus menjaga alam

sekitar.

Suraya Sintang (2003) melakukan penulisan berkaitan penganutan agama Islam dan

Kristian di kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Keunikan negeri Sabah bukan

sahaja dicirikan dengan kepelbagaian etnik, dialek, budaya dan adat resamnya, malah

diserikan lagi dengan kepelbagaian anutan agama masyarakat pribuminya. Masyarakat

Kadazandusun memperlihatkan satu keunikan dalam penganutan agama. Penulisan ini turut

menyentuh kepercayaan tradisional masyarakat Kadazandusun. Sebelum kedatangan

agama monoteisme iaitu agama Islam dan Kristian, orang Dusun dianggap Pagan iaitu

orang yang menganut kepercayaan animisme. Malah sehingga kini, masih lagi terdapat

orang Dusun Pagan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Penganutan agama selepas

kedatangan agama monoteisme menyebabkan perubahan kepada kehidupan masyarakat

Kadazandusun.

Penganutan agama Islam dan Kristian dalam kalangan masyarakat Kadazandusun

jelas dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, iklim politik, metode

penyebaran agama dan budaya kahwin campur. Penulisan ini sememangnya menyentuh

secara keseluruhannya berkaitan dengan perubahan kehidupan masyarakat Kadazandusun,

tetapi hanya sedikit perbincangan yang dilakukan berkaitan dengan penghormatan

bambarayon.

Selain itu, penulisan Hanafi Hussin (2007) membincangkan mengenai ritual, identiti

dan perubahan di pantai barat Sabah iaitu mengenai pengamalan komuniti Kadazan

Penampang. Padi merupakan tanaman yang paling penting dalam kehidupan komuniti

Kadazan iaitu sebagai makanan asas, sumber ekonomi serta mempengaruhi pembentukan

identiti Kadazan. Komuniti Kadazan Penampang sangat dominan dalam kalangan etnik

Kadazandusun lain dalam pelbagai aspek kehidupan di negeri Sabah. Peralihan dan evolusi
budaya yang mempengaruhi aspek ritual dan juga usaha penerusan tradisi lama serta

pembentukan identiti melalui pementasan Kaamatan menyerlahkan dominasi mereka.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan ilmu tentang cara menghasilkan penyelidikan. Ia merupakan satu

masalah yang penting dalam penelitian ilmiah kerana ia merujuk kepada cara kerja untuk

memahami objek yang menjadi sasaran kajian. Apabila metodologi yang digunakan betul

dan sesuai dengan objek serta tujuan, sesuatu kajian itu menjadi lebih baik dan bermutu.

Dengan menggunakna kaedah ini, data-data dan fakta-fakta dapat dihuraikan dengan baik

serta bertepatan dengan tajuk kajian.

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan

kualitatif. Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri dan sememangnya

berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temu bual,

pemerhatian dan analisis dokumen. melalui analisis dokumen dan manuskrip. Analisis

dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daipada analisis

kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunikasi yang telah dicetak,

disiarkan atau digambarkan.

Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang

tingkah laku manusia yang dapat diamati. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan sumber

primer dan sekunder. Penggunaan data yang telah dianalisis adalah bertujuan untuk

menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji.

Berdasarkan kaedah ini juga, pengumpulan data dapat dianalisis melalui penulisan diari,

artikel, laporan tahunan, surat, minit mesyuarat, manuskrip dan dokumen perjanjian.

Melalui sumber yang telah dikumpul pengkaji memperoleh maklumat berkaitan latar

belakang penghormatan bambarayon di Sabah. Maklumat yang mengandungi fakta-fakta

berkaitan dengan upacara penghormatan bambarayon akan dapat membantu pengkaji


untuk melihat perkembangan bagi upacara ini sendiri di negeri Sabah. Bagi sumber

sekunder pula, pengkajimendapatkan maklumat dari perpustakaan. Sumber kedua atau

sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan

bahan bertulis, iaitu maklumat yang telah dicatatkan di tempat yang lain. 6 Pengkaji merujuk

buku-buku dan juga bahan bacaan lain-lain yang dapat memberikan maklumat dan

gambaran berkaitan tajuk yang dipilih oleh pengkaji iaitu penghormatan bambarayon oleh

masyarakat Kadazandusun di Sabah 1960-1990. Perpustakaan juga banyak membekalkan

dan menyediakan sumber sekunder kepada pengkaji dalam membantu memahami dan

menginterpretasikan sumber yang sedia ada dengan lebih mudah.

Penulisan dalam kajian ini turut menggunakan kaedah penulisan naratif yang dapat

dibahagikan kepada dua kategori iaitu naratif kronologikal dan naratif imaginati. Penulisan

naratif merujuk kepada penggunaan persoalan “bagaimana” “bila” dan “mengapa” dalam

mentafsir sumber atau bahan mentah yang sedia ada. Walau bagaimanapun, dalam kajian

ini, pengkaji hanya menggunakan naratif kronologikal untuk menceritakan semula segala

peristiwa yang telah berlaku mengikut urutan kronologi. Hal ini bertujuan, bagi menerangkan

berkaitan dengan latar belakang penghormatan bambarayon di Sabah.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah penulisan yang berbentuk deskriptif dalam

memberikan gambaran peristiwa yang berlaku secara terperinci. Ianya juga digunakan

dalam membuat laporan berkaitan peristiwa yang menjadi pemangkin kepada upacara

penghormatan bambarayon ini. Dalam menjalankan kajian ini juga, pengkaji menggunakan

kaedah penulisan secara analisis. Kaedah penulisan jenis ini bertujuan untuk memberikan

penjelasan secara kritis tentang perkembangan penghormatan bambarayon ini. Di samping

itu, penulisan ini juga turut mendedahkan secara lansung berkaitan maklumat yang

terkandung dalam dokumen surat, manuskrip, laporan, minit mesyuarat dan surat khabar.

Seterusnya pengkaji juga menggunakan gaya penulisan yang berbentuk ekposisi bagi

menginterpretasikan idea berhubung dengan upacara penghormatan bambarayon oleh

6
Ishak Saat. (2010). Penulisan Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
masyarakat Kadazandusun di Sabah. Tambahan pula, ianya turut memberikan maklumat

atau informasi yang diperoleh daripada idea utama secara komprehensif dan terperinci.

9.0 PEMBAHAGIAN BAB

Dalam penulisan ini akan membahaskan tentang penghormatan Bambarayon masyarakat

Kadazandusun di Sabah 1960-1990. Secara umunya penulisan ini mengandungi beberapa

bab dan penulis membahagikannya kepada lima bab. Di dalam bab yang pertama

perbincangan berkaitan dengan cadangan bagi kajian iaitu pendahuluan, latar belakang

kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian,

metodologi kajian tinjauan kajian lepas yang dapat membantu dan memperlengkapkan

kajian ini serta pembahagian bab.

Di dalam bab yang kedua akan membincangkan tentang latar belakang

penghormatan bambarayon di Sabah 1960-1990. Antara perkara-perkara yang akan

menjadi topik perbincangan ialah definisi serta sejarah di sebalik penghormatan

bambarayon ini. Bab ketiga akan menghuraikan perkembangan penghormatan bambarayon

ini dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Perkara yang bakal dibincangkan ialah

perjalanan sambutan upacara ini bermula dari zaman di mana ia disambut dengan begitu

rancak sekali sehingga kepada waktu di mana upacara ini kian jarang disambut. Selain itu,

perbincangan juga meliputi perkaitan penghormatan bambarayon ini dengan pesta

Kaamatan dan kepentingannya.

Bab keempat pula akan membahaskan berkaitan dengan cabaran yang dihadapi

dalam memastikan tradisi ini dapat diteruskan. Perbincangan ini juga akan menyentuh

mengenai sambutan upacara ini masih relevan untuk diadakan pada masa kini. Seterusnya,

perbincangan di dalam bab ini turut menyentuh berkaitan kedatangan pengaruh agama

yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sambutan perayaan ini. Dalam bab kelima,

pengkaji akan membuat penutup dan kesimpulan daripada kajian yang telah dijalankan serta
saranan kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

bidang ini.

10.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini sememangnya perlu dilakukan bagi membantu

menambahkan lagi pengetahuan masyarakat berkaitan dengan upacara penghormatan

bambarayon ini. Selain itu, penulisan ini juga akan membuktikan bahawa upacar ini masih

relevan untuk disambut pada zaman moden ini. Secara umumnya, upacara sambutan

penghormatan bambarayon yang diadakan di Sabah ini banyak memberi impak positif

kepada masyarakat Kadazandusun itu sendiri selain menjadi identiti dan keunikan kepada

mereka.
RUJUKAN

A. S. Hardy Shafii, Solehah Ishak, Hazman Hassan, Mohamed Ghouse Nasruddin, and
Anthony Reid, “Endangered Identity: Kadazan or Dusun in Sabah (East Malaysia),”
Journal of Southeast Asian Studies 28, no. 1 (March 1997): 120-136. Diakses pada
10 April 2021.
Constant Vianney Cyril Chin, “Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi dalam Proses
Penanaman Padi Sawah Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou di Kg. Liau Darat,
Bingkor, Sabah,” Journal of Borneo Social Transformation Studies 6, no. 1 (2020):
89. Diakses pada 10 April 2021.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2795.
E Nuar & G J Lunkapis, “Customary Land and the Indigenous People of Sabah: A Case
Study
of Sinumagang-Tinuman Toki,” IOP Conference Series: Earth and Environmental
Science 286 (2019): 1-7. Diakses pada 15 April 2021.
https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1755-1315/286/1/012039.
Elizabeth Koepping, “Contested Light: Integrity and Power in Eastern Sabah Kadazan
Villages,” Missiology: An International Review 35, no. 4 (October 2007): 417-430.
Diakses pada 11 April 2021.
https://www.researchgate.net/publication/258172069_Contested_Light_Integrity_and
_Power_in_Eastern_Sabah_Kadazan_Villages.
Hanafi Hussin, “Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah,” Jati no. 10
(Disember 2005). Diakses pada 12 April 2021.
https://jati.um.edu.my/article/view/6446.
Hanafi Hussin, “Ritual, Identiti dan Perubahan di Pantai Barat Sabah: Pengalaman Komuniti
Kadazan Penampang,” Jati 12, (Disember 2007): 189-210. Diakses pada 09 April
2021. https://www.semanticscholar.org/paper/Ritual%2C-Identity-and-Changes-in-
the-West-Coast-of-Hussin/d678ad6896b33c3c1fb9cdb07ccbf4ef943bc26e.
http://www.jstor.org/stable/20071905.
Jacqueline Pugh-Kitingan, "Balancing the Human and Spiritual Worlds: Ritual, Music, and
Dance Among Dusunic Societies in Sabah." Yearbook for Traditional Music 46
(2014), 170-190. doi:10.5921/yeartradmusi.46.2014.0170.
Jacqueline Pugh-Kitingan, “Cultural and Religious Diversity in Sabah and Relationships with
Surrounding Areas,” Islam and Cultural Diversity in Southeast Asia (2015): 269-294.
Diakses pada 08 April 2021. http://repository.tufs.ac.jp/handle/10108/93080.
Low Kok On, “Belief in Bambarayon (Paddy Spirits) Among the Kadazandusun of North
Borneo,” Borneo Research Journal 6 (December 2012): 75-101. Diakses pada 20
April 2021. https://borneojournal.um.edu.my/article/view/9845.
Mumtaz Begum. "Babalian and Community Rituals of Dusun Tatana Ethnic in Sabah,
Malaysia: A Preliminary Study." In The European Proceedings of Social &
Behavioural Sciences, 104-112. Future Academy, 2016.
Noviatin Syarifuddin dan Mimi Hanida Abdul Mutalib, “Analisis sosiologikal terhadap makna
Lagenda Monsopiad: Perspektif etnik Kadazandusun,” Malaysia Journal of Society
and Space 13, no. 3 (2017): 42-52. Diakses pada 10 April 2021.
http://journalarticle.ukm.my/12534/1/20257-57852-1-PB.pdf.
Suraya Sintang, “Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat
Kadazandusun di Sabah,” Jurnal Usuluddin no. 18 (2003): 59-80. Diakses pada 11
April 2021. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4088
Yunci Cai, “Between Tradition and Modernity: The ritual Politics of Indigenous Cultural
Heritage in Urbanizing Sabah, East Malaysia,” Routledge Handbook of Urbanization
in Southeast Asia. Diakses pada 10 April 2021.
https://www.routledgehandbooks.com/doi/10.4324/9781315562889-17

Anda mungkin juga menyukai