Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

AKTIVITI TAHUNAN
SK KUALA BARAM
2021
KERTAS CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN
SK KUALA BARAM 2021

1. PENGENALAN

Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus
cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, idola mukmin sedunia. Di dalam usaha melestari generasi
Rabbani, menunjang agama jua menggilap potensi kini agar terus memiliki syakhsiah dan akhlak yang
murni, sesuatu perlu dilakukan.
Matlamat pembelajaran di sekolah antaranya membolehkan murid menguasai kemahiran
berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk mencapai matlamat tersebut tidak
memadai hanya dengan penyampaian ilmu di dalam kelas sahaja tanpa adanya sesi atau aktiviti sokongan
yang mencerna dan menjana ilmu yang diperolehi oleh pelajar.
Oleh itu, aktiviti sokongan atau kokurikulum yang membantu penguasaan pelajar perlu
dilaksanakan. Ini sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berusaha
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
SK Kuala Baram dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG), telah merancang beberapa
aktiviti bagi Tahun 2021. Aktiviti-aktiviti yang dirancang merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan
pencapaian murid dalam menguasai bahasa ini. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan murid yang lebih
aktif dan berminat mempelajari dan menguasai Bahasa Arab.

2. RASIONAL

1. Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.


2. Menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang
akademik dan kokurikulum.

03. MATLAMAT
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
2. Mempertingkatkan minat bersukan dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
04. PENUTUP
Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung adalah merupakan titik permulaan bagi menuju ke arah
kecemerlangan anak-anak didik kita yang mana suatu hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin
pada masa hadapan. Harapan kami, semoga program bagi kepentingan murid ini mendapat sokongan
yang tidak berbelah bahagi dari semua peringkat masyarakat samada secara langsung atau pun
sebaliknya. Semoga usaha kecil ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

“ ILMU ASAS KEMAJUAN ”


ANGGARAN KOS AKTIVITI TAHUNAN SK KUALA BARAM 2021

Bil. Aktiviti Tempat Anggaran Kos Catatan


SKKB
1. PERKHEMAHAN PERDANA UNIT RM 3000
BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH
SKKB
2 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN RM 5000
. SEKOLAH
SKKB
3 PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR RM 1000
.
SKKB
4 PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 RM 1000
. BERSAMA IBU BAPA

SKKB
5. PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN RM 3000

SM SAINS MIRI
6. LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID RM 2000
TAHUN 5 & 6 KE SEKOLAH
MENENGAH SAINS, MIRI
SKKB
7. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG RM 5000

TOTAL RM 20,000

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

.............................................. ……………………………….
( KAMARIAH BINTI JUSOH ) (MOHAMAD NAZIFF BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK KUALA BARAM , MIRI SK KUALA BARAM, MIRI

Anda mungkin juga menyukai