Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,

guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,
"Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid".     
    
Hadirin Sekalian,           

Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai usaha
telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada
dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas
terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria, usaha ini juga dapat
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid.     
     
Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah murid-
murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata. Sebagai
murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu
terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.           
Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah disediakan
di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala kotoran dan
sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.
      
Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran murid-
murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan pemandangan yang
kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan perhatian kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri ?

Hadirin sekalian,           

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnya menjaga kebersihan merupakan
ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan.         

Sekian, terima kasih.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, “
Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”.     

Hadirin Sekalian,           


Sekolah yang bersih menjadi ____________ para guru dan murid-murid.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan ____________
sekolah berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah
pertandingan kelas terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang
________, usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-
murid.     
      Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah murid-
murid tidak wajar meletakkan ____________ ini kepada mereka semata-mata.
Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja
itu terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.           
Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah disediakan
di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala ____________
dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang
disediakan.     
       Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi ____________ kepada
pembelajaran murid-murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan
menzahirkan pemandangan yang kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal
____________ perhatian kepada proses _________________ dan pembelajaran di
dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri ?        

Hadirin sekalian,           


Akhir sekali saya ingin ____________ kepada rakan-rakan, marilah kita
bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnya menjaga
kebersihan merupakan ibadah yang mulia dan harus ____________ oleh setiap insan.

Sekian, terima kasih.

dimanfaatkan impak menyeru kotoran tanggungjawab impian

persekitaran ceria menumpukan pengajaran

Anda mungkin juga menyukai