Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Pada era modenisasi ini, penekanan manusia terhadap usaha pencarian ilmu
pengetahuan telah menyebabkan berlakunya perkembangan pengetahuan terhadap
manusia. Pengetahuan ini boleh dibahagikan kepada dua bidang utama iaitu bidang
ilmu sains sosial dan juga ilmu sains tabi’i. Pada umumnya, pengetahuan dapat
didefinisikan sebagai suatu kesedaran mengenai bentuk realiti dan kebenaran yang
tinggi yang menanamkan rasa baik dan buruk, betul dan salah dalam kalangan
manusia supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang baik di dunia. 1 Menurut
Murtada Mutahhari (2012) pula, pengetahuan bermakna kesedaran dan kesedaran
itu tidak memerlukan definisi.2 Secara amnya, setiap manusia dikurniakan kehidupan
dan juga pengetahuan tidak kira sama ada sumber pengetahuan tersebut diperolehi
secara formal mahupun tidak formal. Lantaran itu, pengetahuan ini menjadikan
manusia mudah memahami realiti serta kerumitan hidup di dunia. Menurut Kamus
Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2015), pengetahuan juga bermaksud segala
yang diketahui atau yang dipelajari tentang sesuatu ilmu. 3

Bidang sains sosial pula merupakan satu disiplin ilmu atau akademik yang
mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari
kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada
kelompok-kelompok manusia.4 Sains sosial juga adalah bidang pengetahuan manusia
yang menyentuh setiap aspek kehidupan kelompok-kelompok manusia di atas muka
bumi ini.5 Pada dasarnya, meskipun ilmu sains sosial dikatakan agak terkebelakang
dari segi perkembangannya berbanding dengan ilmu-ilmu lain, namun yang demikian
ia masih lagi dianggap sebagai antara disiplin ilmu yang terpenting kerana berfungsi
sebagai ilmu yang menyusun kehidupan manusia. 6 Dalam pada itu, bidang sains
sosial ini juga dikatakan merupakan bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan
kompleks. Hal ini demikian kerana bidang sains sosial ini mengkaji tentang segenap
penjuru aspek kemanusiaan iaitu manusia sebagai komponen utama.

1
Jamil Farooqui. (2017). Knowledge Within The Intellectual Tradition Of Islam . International Journal Of Islam
Thoughts, 6 (1), 2017: 05-18.
2
Murtada Mutahhari. (2012). The Theory of Knowledge: An Islamic Perspective , Kuala Lumpur: Amin Research
and Cultural Centre (ARCC).
3
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4
Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan sains sosial. Bentong: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.
5
Dr Soleha binti Hj Yaacob dan Hairunnaja bin Hj Najmuddin. (2010). Memahami asal usul bidang sains sosial
dan perbezaannya dengan sains Tabi’I, Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
6
Ismail Yusoff. (2018). Pengenalan Sains Sosial Edisi Kedua. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

1
Dalam konteks kehidupan seharian, setiap individu ataupun manusia itu sendiri
sentiasa memperolehi ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber secara langsung
mahupun secara tidak langsung. Sumber pengetahuan yang diperolehi tersebut akan
digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar seseorang manusia itu
mampu menjalani kehidupan dengan baik di muka bumi ini. Secara umumnya,
terdapat sumber pengetahuan lain kepada penyelidikan sosial iaitu sumber alternatif.
Penyelidikan sosial ataupun “Social Research” ini merupakan kumpulan kaedah yang
digunakan oleh manusia secara sistematik bagi menghasilkan atau memperolehi ilmu
pengetahuan.7 Lazimnya, sumber pengetahuan yang berasaskan kaedah
penyelidikan sosial adalah lebih tepat berbanding dengan sumber alternatif. Hal ini
demikian kerana ianya dikatakan lebih tersusun, berstruktur dan sistematik
berbanding sumber alternatif.

Manusia seringkali memperolehi pengetahuan berdasarkan sumber alternatif


kerana sumber ini mudah diperolehi dalam kehidupan seharian berbanding dengan
ilmu pengetahuan daripada penyelidikan sosial. Misalnya, segala ilmu pengetahuan
mampu diperolehi daripada kehidupan seharian seperti ibu bapa, guru-guru,
pengalaman peribadi, media elektronik seperti televisyen dan juga media cetak
seperti akhbar mahupun majalah. Lantaran itu, pengetahuan yang diperolehi
berdasarkan sumber alternatif ini acapkali diaplikasikan secara langsung dalam
kehidupan harian tanpa diselidiki kesahihannya meskipun sumber yang diperolehi itu
sebenarnya adalah tidak tepat. Meskipun sumber pengetahuan daripada alternatif ini
ada kalanya benar, namun yang demikian sumber pengetahuan melalui kaedah
penyelidikan sosial Justeru itu, sumber alternatif ini dikatakan mempunyai
kelemahan-kelemahan tersendiri sehingga menyebabkan tercetusnya kekeliruan
dalam kalangan masyarakat.

7
W. Lawrence Neuman (1994). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches Second
Edition. Boston: Allyn and Bacon.

2
2.0 SUMBER ALTERNATIF KEPADA SAINS SOSIAL

2.1 Autoriti (Authority)

Sumber pengetahuan alternatif kepada sains sosial yang pertama ialah autoriti.
Autoriti boleh didefinisikan sebagai suatu kuasa atau hak untuk mengeluarkan
perintah dan membuat keputusan.8 Setiap manusia memperolehi pengetahuan atau
ilmu melalui sumber autoriti seperti ibu bapa, guru, buku, televisyen serta pelbagai
bahan atau media lain. Dalam konteks ini, individu lazimnya akan mudah menerima
serta mempercayai ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada sumber autoriti ini.
Hal ini demikian kerana pengetahuan daripada sumber autoriti ini adalah cara paling
cepat dan mudah bagi seseorang memperolehi ilmu tanpa perlu mengeluarkan
sebarang wang ringgit. Ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada autoriti itu juga
dikatakan berdasarkan atas pengalaman seseorang autoriti itu sendiri.

Pada umumnya, apabila seseorang individu itu menerima sesuatu maklumat


mahupun ilmu itu secara utuh atau dalam erti kata lain menganggap bahawa
maklumat itu benar hanya kerana wujudnya autoriti atau kuasa, individu tersebut
akan menggunakan sumber autoriti sebagai asas pengetahuan. Di samping itu,
sumber pengetahuan berasaskan autoriti ini bukan sekadar hanya tertakluk terhadap
sumber seperti ibu bapa malahan pihak kerajaan juga mempunyai pengaruh yang
besar terhadap kebergantungaan seseorang dalam mempercayai sesuatu maklumat
yang disampaikan. Lazimnya, golongan seperti masyarakat atau seseorang individu
itu sendiri akan mudah menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan
oleh pihak seperti kerajaan ini meskipun maklumat atau fakta yang disampaikan itu
adalah tidak tepat dan tidak benar.

Misalnya, dalam konteks agama pula para tokoh agamawan dikatakan


memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan ilmu yang bersifat hakiki.
Namun yang demikian, ilmu yang disampaikan kepada masyarakat itu juga boleh
bertentangan dengan hakikat sebenar sekiranya berlaku penyelewengan atau
pemesongan kesahihan fakta mengenai agama tersebut. Kebergantungan terhadap

8
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3
sumber autoriti ini juga dikatakan mempunyai had atau batasan. 9 Justeru itu, autoriti
ini merupakan antara salah satu sumber alternatif dalam sains sosial.

2.2 Tradisi (Tradition)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tradisi membawa maksud sesuatu


kebiasaan seperti adat, kepercayaan dan sebagainya yang kekal secara turun-
temurun ataupun sesuatu amalan yang sudah sebati dengan sesebuah masyarakat. 10
Secara umunya, pengetahuan tradisi ini digunakan oleh suatu generasi dan
diteruskan oleh generasi berikutnya. Tradisi juga boleh dikatakan sebagai satu
amalan yang diturunkan secara warisan dari satu generasi ke generasi yang baharu.
Amalan tradisi ini boleh meliputi adat, budaya serta kepercayaan sesuatu kelompok
masyarakat. Ilmu pengetahuan yang disampaikan selalunya berasaskan konsep
kepercayaan sesebuah kaum atau masyarakat bermula daripada generasi pertama
iaitu nenek moyang hingga ke generasi seterusnya. Sebagai contoh, wujud
kepercayaan daripada golongan ibu dan bapa kita yang mengatakan bahawa “Madu
itu mampu menyembuhkan batuk” atau “Honey cures a cold”.

Dari segi hakikat faktanya, adakah kenyataan tersebut adalah sahih dan benar?
Hal ini bergantung terhadap diri seseorang individu itu sendiri sama ada ingin
menerima mahupun menolak kepercayaan yang diturunkan tersebut. Secara amnya,
pernyataan tersebut dikatakan diperolehi melalui nenek moyang secara warisan
ataupun turun temurun. Dalam erti kata lain, manusia akan mudah menerima dan
mempercayai sesuatu perkara tersebut yang diperolehi secara tradisi dalam sesuatu
generasi kerana ianya dianggap sebagai sebuah perkara yang benar. Jika diteliti
dengan lebih mendalam, wujud juga kemungkinan yang besar bahawa segala
kepercayaan atau fahaman yang telah disampaikan oleh sesebuah susur galur
generasi melalui konsep tradisi ini berkemungkinan telah diselewengkan atau ditokok
tambah faktanya sehingga menimbulkan prasangka ataupun prejudis dalam
kalangan generasi seterusnya. Justeru itu, sama ada fakta itu adalah salah mahupun

9
W. Lawrence Neuman (1994). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches Second
Edition. Boston: Allyn and Bacon.

10
Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4
benar, manusia masih akan mempercayai sumber pengetahuan berdasarkan
alternatif tradisional ini.

2.3 Akal (Common Sense)

“Common Sense” menurut Plato dalam buku yang berjudul “ The Allegory of the
Cave” adalah pendapat umum iaitu suatu pengetahuan yang merupakan hasil
persepsi orang kebanyakan. Sesungguhnya, setiap manusia dianugerahkan akal bagi
memahami, menyedari dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang
kebiasaannya dipersetujui oleh ramai orang, malahan mungkin hampir semua orang,
sehingga seseorang itu tidak mempunyai alasan lain untuk menidakkannya. Secara
umumnya, “common sense”” juga merupakan suatu pemikiran biasa atau umum
yang lazimnya mempengaruhi kehidupan dan pemikiran seseorang individu. Dalam
aspek kehidupan, “common sense” ini kadangkala berguna serta boleh dipercayai
kebenaran dan kesahihannya. Namun yang demikian, ia juga berkemungkinan
mengandungi maklumat atau fakta yang salah mahupun tidak tepat, unsur
prasangka dan sebagainya. Misalnya, apabila kita dipukul, kita akan rasa sakit. Bila
kita bersukan, kita akan berasa penat dan dahaga. Bila tiba waktu malam,
semestinya langit akan menjadi gelap. Justeru itu, “common sense” atau akal
merupakan antara salah satu sumber pengetahuan alternatif dalam sains sosial.

5
Social research relies on data (numerical and non-numerical information) that has
been carefully gathered according to rules or established procedures. Empirical
evidence or observations grounded in human sensory experience: tough, sight,
hearing, smell, and taste. Scientists cannot use their senses to observe directly some
aspects of the world however they have developed tools and techniques to observe
and measure such aspects indirectly. Using the research process and the scientific
method, social research can overcome the limitations of these alternative sources of
knowledge.

Anda mungkin juga menyukai