Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Kereta Inovasi

Aku sebuah kereta inovasi. Namaku Solami. Aku di lahirkan disebuah kilang

yang terdapat di Selangor. Aku bukan kereta biasa, aku adalah kereta inovasi dan

canggih yang mengandungi teknologi yang tinggi.

Aku tidak memerlukan petrol untuk bergerak malah badanku di lengkapi

dengan sisitem solar. Solar di badan aku dapat mengurangkan pencemaran udara

kerana tidak melepaskan gas karbon. Kaedah ini dapat membantu dalam

mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Justeru itu, aku mempunya kamera parkir. Malah aku juga boleh membuat

parkir dengan sendiri tanpa pengendalian oleh pemandu. Kelebihan ini memudahkan

pemandu untuk membuat parkir. Melalui empat kamera yang terletak disekeliling

badan aku memberikan pemandangan persekitaran dan panduan kepada pemandu

untuk masuk ke ruang parkir. Sensor yang ada di badan aku digunakan untuk

mengesan pergerakan kenderaan lain dan sekiranya ada, system amaran akan

berupaya untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak pelanggaran.

Aku merupakan model dinamik yang baik dengan sokongan rizab kuasa yang

baik dengan enjin 310 kuat. Tambahan pula aku dilengkapi dengan system

komprehensif yang merangkumi enam beg udara dengan system teknologi .

Aku mampu mengharumkan nama negara kita di pesada dunia dengan

kelebihan dan kecanggihan yang aku miliki.

Anda mungkin juga menyukai