Anda di halaman 1dari 5

Beliau daripada Bani Makhzum, sebuah keluarga dari kerabat Quraisy.

Seorang yang
pintar akalnya dan perkasa badannya. Rupa dan bentuk tubuhnya iras Saidina Umar
al-Khattab. Orang sering tertukar antara kedua mereka.

Bapa Khalid bernama al-Walid bin al-Mughirah, orang paling kaya di Mekah pada
zamannya. Memiliki bermacam bentuk harta, emas dan perak, perniagaan dan
perdagangan, hamba dan khadam mahupun tanah dan ladang.

Dengan kekayaan dimiliki, al-Walid sendirian bergilir dengan seluruh Quraisy yang
lain dalam menanggung kos menukar kelambu kaabah, yang ditukar setiap tahun.
Setahun bagi seluruh Quraisy berpakat menukarnya, dan setahun khusus untuk al-
Walid seorang.

Oleh sebab itu beliau digelar sebagai al-Wahid. Disebut dalam al-Quran.

Biarkanlah Aku sahaja urus orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia
sebagai al-Wahid.
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan
semudah-mudahnya.
[Al-Mudaththir:11-14]

Beliau juga menanggung penuh makan minum jemaah haji. Oleh kerana itu, beliau
mendakwa diri sebagai orang paling berhak untuk menjadi Nabi. Disebut juga di
dalam al-Quran:

Dan mereka berkata: “Kenapa tidak Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar
(yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang hebat?”
[Az-Zukhruf:31]

Atas faktor inilah, apabila dibangkitkan Nabi akhir zaman bernama Muhammad,
anak beliau Khalid bin al-Walid antara yang membenci baginda, atas dasar asobiyah
dan kepentingan keluarga. Walaubagaimanapun, tuhan mentakdirkan anak-anak al-
Walid iaitu Khalid, Ummarah dan al-Walid semuanya memeluk Islam.

Kisah keislaman Khalid adalah sangat menarik. Ini kerana beliau awalnya adalah
panglima perang musyrikin Quraisy. Dengan kelicikannya, beliau berjaya
mengalahkan umat Islam dalam perang Uhud. Beliau juga hampir-hampir
membunuh Rasulullah SAW dalam perang Khandaq, tetapi dihalang oleh seorang
sahabat agung bernama Usaid bin Hudhair.

Dalam peristiwa Sulh Hudaibiah, musyrikin telah menghantar Khalid bersama


pasukan perisik untuk pergi ke kem tentera Islam di Hudaibiah dan menyiasat
gerak-geri mereka. Ketika Khalid dan pasukannya menghampiri kem Islam,
kebetulan waktu itu orang Islam sedang menunaikan solat Zohor. Khalid
memikirkan itulah peluang terbaik bagi beliau untuk menyerang.

Tetapi ketenangan orang Islam yang bersolat di depan matanya telah menyebabkan
beliau kaku. Beliau mula berfikir tentang Nabi Muhammad dan risalah baginda.

Beliau patah balik ke Mekah dengan hati yang mulai berkecamuk, antara asobiah
dan kebenaran. Beliau sedar, selepas setiap perang menghadapi orang Islam, tak
ada apa-apa kepuasan dirasa. Kosong. Sedangkan umat Islam sentiasa positif dan
optimis.

Dalam keadaan itu, sampai pula surat dari saudaranya al-Walid yang mengajak
Khalid kepada Islam. Antara isi suratnya adalah menukilkan sabdaan baginda SAW.
Baginda bertanya al-Walid tentang Khalid, dan bersabda:
“Sangat tidak patut orang seperti Khalid tidak ambil tahu tentang Islam. Kalaulah
dia jadikan kepakaran perangnya untuk Islam, itu adalah lebih baik bagi dirinya.
Dan aku akan dahulukan dia daripada yang lain.”

Isi surat tersebut sangat berbekas di hatinya. Akhirnya beliau mengambil keputusan
untuk ke Madinah memeluk Islam. Dalam perjalanan beliau berjumpa Uthman bin
Abi Talhah dan Amru bin As. Rupa-rupanya pada waktu yang sama Allah gerakan
hati kedua mereka untuk menuju ke Madinah juga.

Sampai di pintu Madinah, al-Walid menyambut mereka. Ujar beliau:


“Cepat! Rasulullah sekarang sedang menunggu. Baginda dah diberitahu tentang
kedatangan kalian.”

Beliau terus mempercepatkan langkah. Tatkala melihat kelibat Khalid, baginda


tersenyum lebar dari jauh. Terus tersenyum hingga Khalid sampai di hadapannya.

Khalid memberi salam, dan baginda menjawabnya penuh penghormatan.


Tiada kata lain dari mulut Khalid selepas itu, melainkan ucapan dua kalimah
syahadah di depan baginda Rasulullah SAW.

“Alhamdulillah atas hidayahNya. Sungguh aku melihat kamu seorang yang sangat
bijak. Aku sangat mengharap Allah tidak meletakkan kamu melainkan dalam
kebaikan.”

Sejak hari itu, Khalid menjadi orang kepercayaan baginda SAW mengepalai
peperangan. Misi pertama beliau adalah memimpin satu dari empat pasukan tentera
Islam membuka Kota Mekah. Pada waktu itu, beliau baru memeluk Islam beberapa
bulan sahaja.

Tetapi Khalid dihantui perasaan sesal, dengan sejarah lampaunya yang kuat
memerangi Islam. Sehingga suatu hari beliau memohon pada Rasulullah supaya
berdoa agar Allah mengampun dosanya. Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Islam menghapuskan segala dosa lampau.”

Jawapan itu masih tidak memuaskan Khalid. Beliau terus meminta supaya baginda
berdoa. Akhirnya baginda pun berdoa:
“Ya Allah. Ampunilah Khalid bin al-Walid atas segala yang dilakukan ketika
memerangi Islam dahulu.”

Itulah doa yang Khalid mahukan. Selepas itu barulah tenang jiwa beliau.

Bintang Khalid terus menyinar sebagai panglima ulung Islam. Dalam perang Mu’tah,
baginda memberi jolokan kepada Khalid sebagai Saifullah, bererti pedang Allah.

Selepas baginda wafat, Abu Bakar memerintahkan Khalid untuk memimpin orang
Islam berhadapan serangan golongan murtad. Kemudian beliau ditugaskan
membuka kota Parsi pula. Satu persatu wilayah Parsi jatuh ke tangan Islam,
sebelum tentera Khalid dipanggil ke Yarmouk untuk membantu tentera Islam di
sana menghadapi Rom pula.

Ketika Khalid di puncak kegemilangan, Umar al-Khattab yang baru menjawat


khilafah selepas Abu Bakar mengambil keputusan tidak popular, dengan memecat
Khalid. Umat Islam sangat terkejut, tetapi Khalid tidak sesekali makan hati. Beliau
tetap meneruskan jihad menegakkan agama Allah, walaupun sebagai perajurit
biasa.
Itu kerana beliau berjuang dengan hati ikhlas mengharap redha tuhan, bukan
mengejar takhta dan kemasyhuran. Dia berjuang untuk mati syahid, bukan untuk
mengecap hasil kemenangan dunia. Buktinya ketika beliau jatuh sakit dan hampir
meninggal dunia, beliau menangis teresak-esak. Orang hairan kenapa seorang yang
begitu berani menghadap maut dalam setiap peperangan, boleh menangis seperti
budak kecil bila tiba ajal di pembaringan.

Lalubeliauberkata:
“Aku telah berperang lebih daripada 100 kali. Tiada di badanku ini sedikitpun ruang
kecuali padanya penuh dengan pukulan pedang, tusukan panah dan tikaman
tombak. Tapi hari ini, aku, akhirnya mati di atas katil. Nyawaku bakal keluar melalui
hidung, bukan melalui pukulan senjata musuh. Mati ibarat binatang. Mati sebagai
pengecut.”

Sebagai pejuang, muhasabahlah diri kita kembali. Apakah kita di jalan ini benar-
benar memburu redha Ilahi, atau juga punya matlamat peribadi dan kepentingan
tersendiri? Apakah kita sentiasa berdoa agar mati dalam berjuang, atau berdoa
supaya terus panjang umur untuk mengecap ghanimah?

Niat yang tidak ikhlas akan menghalang pertolongan dari tuhan. Di medan perang
tempat menempah maut itu pun ada yang sanggaup berjuang untuk kemasyhuran.
Di medan politik yang berorientasikan populariti, sokongan serta menjanjikan takhta
dan kesenangan ini, lagilah besar ancamannya terhadap keikhlasan seorang
pejuang.

Semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, Sahabat ini telah jatuh sakit.
Justeru itu, beliau tidak dapat turut serta untuk berperang. Sungguhpun begitu,
beliau amat menginginkan untuk mati syahid di medan perang kerana hampir
seluruh masa hidupnya telah dihabiskan di medan peperangan.

Seorang sahabat menziarah Khalid Al-Walid ketika sakit berkata,

“Wahai Khalid, kamu harus mengetahui bahawa pada ketika Rasullullah


menggelarmu pedang Allah, sesungguhnya itu menjadi ketetapan bagimu untuk
tidak gugur di medan perang. Seandainya engkau gugur di tangan orang kafir
maka itu bermaksud pedang Allah telah dipatahkan oleh musuh”.

Hati Khalid menjadi tenang setelah mendengar kata-kata sahabatnya. Beliau


akhirnya wafat pada tahun 21 Hijrah di Himsh, Syria semasa berusia 58 tahun.
Ketika wafat, beliau tidak meninggalkan apa pun kecuali seekor kuda, senjata dan
hamba yang dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai