Anda di halaman 1dari 31

SAIDINA KHALID BIN AL-WALID PERWIRA PERKASA BIODATA SAIDINA KHALID BIN AL- WALID NAMA : Khalid bin

al-Walid banal-Mughirah. NAMA BAPA : Al-Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. NAMA IBU : Lababah binti al-Harith (saudara perempuan kepada Maimunah binti al-Harith (isteri Nabi SAW). TEMPAT LAHIR : Makkah al-Mukaramah TARIKH LAHIR : 592M TARIKH MASUK ISLAM : Bulan Safar tahun 8H. TARIKH WAFAT : Tahun 21H ( 60 tahun ) MAKAM GELARAN KERJAYA KETURUNAN : Hamas,Syria. : Saifullah (Pedang Allah) : Panglima Tentera. : Bani Makhzum.

SIFAT MULIA KHALID AL-WALID 1.BERWAWASAN Bercita-cita tinggi ingin mati syahid di jalan Allah SWT. 2.TEGAS Semasa perang Yarmuk, Panglima Rom merendah-rendahkan islam tetapi Khalid tegas malawan dan menolaknya. 3.BERTANGGUNGJAWAB Sempat mengislamkan seorang tentera Rom (George) dalam perang Yarmuk. 4.BERANI Sikap beraninya membuatkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq memimpin tentera islam dalam perang Yammah. SUMBANGAN KHALID AL-WALID RA Menjadi panglima tentera Islam menentang tentera Yarmuk(Jordan). Memimpin tentera islam Yamamah(Yaman). memerangi orang murtad Rom dalam perang memilihnya moral tentera

Menjadi panglima perang tentera islam semasa pembukaan Mekkah. dalam perang

Berjaya menggunakan strategi berkesan menewaskan orang dalam perang Mutah walhal tentera islam hanya 3,000 orang. TELADAN BERDAYA SAING BERSEMANGAT JIHAD BERSEMANGAT PATRIOTIK BERWAWASAN DAN CEMERLANG

musuh seramai 200 000

**************************************************************************** Khalid bin al-Walid Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

nama sebenar=khalid bin al-walid bin al-mughirah Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) (Bahasa Arab: ; Khlid ibn al-Wald) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab.[1] Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibni al-Walid 592 - 642 pada umur 50 tahun Gelaran Pedang Allah Makkah, Arab Saudi Hims, Syria Khulafa alRasyidin Ketua Panglima Tentera Islam tarikh peluk islam=bulan safar 8 hijrah

Tempat lahir

Tempat wafat Kesetiaan

Pangkat

Unit

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom TOKOH ISLAM KHALID BIN AL-WALID DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN ABSTRAK Khalid bin Walid bin Al- Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al- Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan

banyak sumbangan kepada penyebaran Islam . Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya dengan keturunan Nabi Muhammad S. A. W dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq . Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad S. A. W, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid bin Al-walid berasal daripada keturunan yang sama. Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya itu masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy. Dia menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy Berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah. Khalid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meniggal dunia. Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Al- Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Al- Walid. BIODATA TOKOH Khalid bin Al- Walid bin Al- Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al- Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikanbanyak sumbangan kepada penyebaran Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya dengan keturunan Nabi Muhammad S. A. W dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad S. A. W, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalid bin Al-Walid berasal daripada keturunan yang sama. Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin AlMughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu. Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihorati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad S. A. W. Sejak kecil lagi Khalid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya itu masih muda, dia sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy. Khalid bin Al- Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda

Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy Berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah. Khalid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar AsSiddiq meninggal dunia. Apabila Umar Al- Khattab menjadi Khalifah, jawatan Khalid dilucutkan dan tempatnya dig anti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah. Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Al- Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Al- Walid MENENTANG ISLAM Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol diantara temantemannya. Dia telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orangorang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang-orang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri digaris paling depan dalam penggempuran terhadap kepercayaan baru ini. Hal ini sudah wajar dan seirama dengan kehendak alam. Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehnya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecakapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya tentang kualiti yamg di milikinya sebagai pekelahi. PERISTIWA UHUD Kekalahan kaum Quraisy di dalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, kerana penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar. Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan

membelakangi bukit Uhud. Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Di bukit Uhud masih ada suatu tanah genting, di mana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan posisi masing-masing. Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahankekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam. Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orangorang Islam mulai mengasak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka kuasa. Kekuatannya menjadi berpecah-pecah. Mereka lari bertempiaran. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan. Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa berfikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan. Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang. Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa minit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi kucar kacir. Khalid bin Walid telah merubah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi kerana gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah ditukarnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan kelemahan pertahanan orang Islam. Hanya pahlawan Khalid lah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan

dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy. KHALID BIN AL-WALID MEMELUK ISLAM Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, kerana Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya. Pada masa pemerintahan Abu Bakar, Khalid diamanahkan unruk memperluas wilayah Islam dan membuat kalang kabut pasukan Romawi dan Persia. Pada tahun 636, pasukan Arab yang dipimpin Khalid berhasil menguasai Suriah dan Palestina dalam Pertempuran Yarmuk, menandai dimulainya penyebaran Islam yang cepat di luar Arab. Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu. Betapapun hebatnya Khalid bin Walid di dalam medan pertempuran, dengan berbagai luka yang menyayat badannya, namun ternyata kematianya di atas tempat tidur. Betapa menyesalnya Khalid harapan untuk mati syahid di medan perang ternyata tidak tercapai dan Allah menghendakinya mati di atas tempat tidur, sesudah perjuangan membela Islam yang luar biasa itu. Demikianlah kekuasaan Allah. Manusia berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuanNya. SUMBANGAN KHALID BIN AL- WALID Antara sumbangan-sumbangan Khalid ialah dia memerangi orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan banyak memberikan kemenangan kepada orang Islam dalam peperangan. Setelah kewafatan Nabi Muhammad S. A. W, orang-orang kafir mengambil kesempatan untuk mempengaruhi orang ramai untuk murtad dan menyembah berhala. Hal ini telah menyebabkan semangat penduduk Islam menjadi rapuh dan hampir-hampir menggoncangkan kekuatan Islam. Khalifah Abu Bakar dengan segera mengambil tindakan untuk menyerang kaum yang murtad itu dengan melantik Khalid sebagai pemimpin penyerangan itu. Setalah selesai menyerang suku kaum yang murtad, pasukan Khalid di arahkan oleh Khalifah Abu Bakar untuk pergi ke daerah pinggiran Iraq. Pasukannya Berjaya menundukkan suku-suku Arab yang mendiami bahagian selatan Sungai al-Furat, dan pasukannya juga turut berjaya menundukkan Parsi dan merebut Ibu Kota Hira dan Anbar.

Di bawah pimpinan Khalid bin Al-walid, Islam telah banyak memperoleh kemenangan di dalam setiap peperangan. Hal ini semua kerana kebijaksanaan Khalid dalam mengatur strategi dan memimpin pasukan perangnya. Kemenangan yang dimiliki oleh orang Islam juga disebabkan oleh kepandaian Khalid dalam membangkitkan semangat juang dan cintakan agama Islam di dalam diri anak-anak buahnya. KESIMPULAN Khalid adalah seorang tentera yang paling serba boleh yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Beliau mempunyai pandangan yang strategik , kebijaksanaannya seperti timur ddan Frederick the Great, dan kekuatan dan keberaniannya seperti Rustam asal Parsi. Kita tidak pernah melihat dalam mana-mana sejarah seorang yang mempunyai nilai-nilai ketenteraan yang sehabat itu terangkum dalam tubuh yang satu. Khalid adalah salah seorang dari hanya dua orang panglima dalam sejarah yang tidak dapat dikalahkan. Khalid bin Al- Walid satu-satunya manusia yang pernah mengalahkan pasukan tentera Nabi Muhammad S. A. W secara taktikal semasa di Bukit Uhud. Beliau adalah panglima Islam pertama yang meninggalkan Tanah Arab untuk menawan negara asing; dimana beliau berjaya menundukkan keangkuhan dua empayar besar secara berturut-turut. Khalid pada dasarnya adalah seorang pejuang. Dia juga pernah mentadbir kawasankawasan yang telah ditundukkannya, tetapi itu dilakukan sebagai tanggungjawab rutin seorang panglima berpangkat tinggi yang ditugaskan bukan hanya untuk menawan sesuatu kawasan tetapi juga untuk mentadbirnya sebagai gabenor militeri. Khalid adalah seorang pejuang tulen, tidak tercemar, pati serta murni. Dia sudah ditakdirkan untuk menempuhi pertempuran-pertempuran yang hebat dan mengalahkan lawan yang handal untuk menyerang, membunuh dan menakluk. Riwayat Hidup Khalid Al-Walid "Saifullah" Nama Khalid Bin Walid r.a sudah tepahat dalam sejarah sebagai seorang panglima yang luar biasa dalam bidang peperanagn terutama dalam strategi perang, Khalid mendapatkan gelaran "Saifullah" iaitu pedang Allah . Khalid berasal daripada kaum Quraisy, sejak kecil Khalid di didik ilmu ketangkasan peperangan yang lazim pada zaman itu; berkuda, menggunakan berbagai jenis senjata. 1. Awal masuk Islam Pada awalnya Khalid al-Walid ialah penetang Rasulullah.Tetapi setelah peperangan menentangislam, beliau tergerak hatinya (hidayah) untuk masuk islam. Jika melihat sejarah memang aneh, saat Rasulullah SAW menyampaikan awal dakwah di Mekah Khalid belum tergerak untuk memasuki Islam. Khalid merupakan

musuh Kaum Muslimin saat itu, musuh yang paling digeruni kerana kemampuan bertempurnya yang hebat. Bahkan disaat Perang Uhud (perang lanjutan setelah Perang Badar), perang antara kaum Muslimin dengan Musyrikin Quraisy, Khalid sendiri yang memimpin pasukan berkuda kaum Quraisy dan memberikan tentangan sengit kepada kaum muslimin, dengan menyerang hendap secara tiba-tiba setelah berudur dari medan pertempuran disaat pasukan pemanah kaum muslimin meninggalkan kawasan atas bukit. Akhirnya hidayah pun datang kepadanya, selepas seketika Perang Uhud, Khalid datang ke Kota Madinah untuk menyatakan ikrarnya masuk Islam di hadapan Rasulullah s.a.w. Subhanallah,Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa pun yang Dia kehendaki. Khalid telah menjadi mukmin dan ada dialog yang menarik dalam proses awal keislamannya. Khalid : Ya Rasulullah mohon ku minta ampunkan untukku terhadap semua tindakan masa lalu ku yang menghalang perjuangan di jalan Allah. Rasulullah menjawab Sesungguhnya keislaman itu telah menghapus segala perbuatan yang telah lampau. Khalid : Sekalipun demikian ya Rasulullah. Maka Rasulullah SAW berdoa :Ya Allah aku mohon engkau ampuni dosa Khalid ibnul Walid terhadap tindakannya yang menghalangi jalan-Mu di masa lalu. Keislaman Khalid saat itu diikuti juga oleh Amr bin Ash dan Utsman bin Thalhah. Selepas kemasukan Islam Khalid, maka Khalid bergabung menjadi pendukung perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah SAW. Semasa Khalid dalam perjuangan Islam terutama di medan jihad, pertempuran untuk menjaga keagungan panji Islam, sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Dalam Perang Mukta'ah melawan Romawi Timur, Khalid bin Walid berhasil memimpin pasukan Muslimin dari kehancuran melawan pasukan Romawi yang berjumlah puluhan kali ganda. Dengan strateginya Khalid berhasil membawa pasukan Muslimin yang telah dikepung rapat untuk berundur dari medan peperangan setelah sebelumnya membuat kekacaun kepada pasukan Romawi. Dalam peristiwa Kota Mekah Khalid termasuk salah seorang sahabat yang ditunjuk Rasulullah untuk memimpin pasukan Muslimin.Dengan izin Allah SWT pasukan Muslimin dapat membebaskan Mekah dari Kaum Musyrikin Quraisy tanpa pertumpahan darah. 2. Khalid panglima perang Unggul Sepeninggal Rasulullah SAW, kepemimpinan umat Islam diserahkan kepada sahabat Abu Bakar Assidiq r.a. Kemurtadan dan nabi palsu merajalela, pemberontakan yang paling kuat dipimpin oleh Musailamah yang juga mengaku dirinya Nabi di negeri Yamamah. Pertempuran pun berlaku antara pemberontak kaum murtad di pihak Yamamah dengan pasukan Muslimin di pimpin oleh Khalid Bin Walid. Awalnya pasukan Muslimin dikejutkan oleh pasukan Musailamah yang berjumlah besar, dengan ketegasan dan kebijaksanaan Khalid memerangi musuh islam atas izin Allah SWT, Khalid mampu membalikkan keadaan menjadi kemenangan di pihak Kaum

Muslimin. Khalifah Abu Bakar Assidiq di Madinah terus melakukan sujud syukur atas nikmat kemenangan yang Allah SWT berikan ditengah perpecahan umat Islam. Tugas dan amanah yang diberikan kepadanya senantiasa dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan kedisiplinan tinggi. Karakter kepemimpinan yang tegas tapi jauh dari kezaliman merupakan karakter dari Khalid bin Walid. Dalam setiap pertempuran beliau selalu ingat pesan Rasulullah SAW untuk tidak menyakiti penduduk atau orang awam yang tiada kaitan, hanya memerangi orang-orang yang memerangi kaum muslimin. Peperangan yang di lakukan sentiasa berpegang dengan keagungan nilai-nilai islam. Peperangan untuk menjaga dan mengagungkan panji Islam bukan untuk kepentingan diri.Khalid bin Walid dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan kejayaan yang besar. Atas izin Allah SWT melalui tangan Khalid kemenangan demi kemenangan dapat dicapai pasukan Kaum Muslimin dalam peperangan melawan musuh Islam. Melalui dirinya sebagai ketua panji islam,Parsi dapat ditaklukan. Kunci kejayaan Khalid bin Walid dalam setiap peperangan adalah ketegasan dan pegangan yang kuat dengan ajaran Rasulullah serta disiplin yang tinggi. Pandangannya ketiadaan disiplin satu atau dua orang yang lari dari peperangan akan meruntuhkan kekuatan pasukan. Sikapnya terhadap hal ini sangat tegas, hukumannya adalah hukuman mati. Setelah Parsi ditakluk, perangan dengan Romawi pun tidak terus terjadi. Perang Yarmuk berkecamuk. Khalid kembali menjadi Panglima pasukan muslimin bersama Abu Ubaidah dan Ikramah. Pasukan Muslimin dengan startegi Khalid bin Walid berhasil menguasai pertempuran walaupun dengan jumlah yang lebih sedikit. Hidup mulia dan mati syahid menjadi semboyan masing-masing perajurit muslim. Kekuatan apa yang dapat mengalahkan orang-orang yang bertempur mencari kematian atas dasar keimanan kepada Allah SWT?. 3. Dari panglima tinggi menjadi tentera biasa Saat pertempuran disaat akhir, sampailah seorang utusan kepada Khalid Bin Walid. Utusan tersebut dating dari Khalifah yang baru, Umar Bin Khattab r.a yang menggantikan Abu Bakar r.a yang telah wafat. Surat itu isinya pemberhentian Khalid dari jawatannya sebagai panglima perang dengan Abu Ubaidah sebagai pengganti. Dengan tenang Khalid bin Walid membaca surat dan meminta kepada sahabatnya untuk tidak memberitahukan isi surat kepada siapapun sampai peperangan berakhir. Pertimbangan Khalid saat itu adalah penting kerana khawatir, keputusan Khalifah ini dapat memecah belahkan pasukan muslimin. Pertempuran terus berlanjut sampai akhirnya pasukan muslimin dapat mencapai kemenangan. Setelah perang tamat. Khalid menjumpai Abu Ubaidah untuk menyampaikan pesan pengangkatannya sebagai panglima pengganti Khalid. Adapun pemecatan Khalid oleh Umar Al-Khattab bukan sama sekali berlandaskan perasaan benci atau tidak suka terhadap Khalid atau iri. Tapi lebih

didasarkan atas pandangan Umar untuk menyelamatkan aqidah umat dan Khalid. Kemenangan demi kemenangan yang dicapai Khalid dalam pertempuran menjadikannya namanya harum semerbak. Bahkan ada kecenderungan ketaksuban kehebatan khalid oleh beberapa orang. Khalifah Umar khawatir umat islam terlalu taksub dengan kehebatan Khalid dan ada kemungkinan akan mendapatkan fitnah yang besar. Selanjutnya Khalid kembali berjuang sebagai mujahid tanpa memperdulikan statusnya diturunkan pangkat. Ketika ditanya beliau menjawab : Aku berperang bukan untuk Umar tapi kerana Allah SWT. Khalid bin Walid wafat dengan hanya meninggalkan kuda perang dan pedang. Keinginan beliau ini mati syahid tidak tercapai.Mungkin hikmah disebalik kehebatan serta gelaran Saifullah kepadanya menyebabkan Allah SWT tidak memakbulakan doanya untuk syahid di medan peperangan.
Nama: Khalid al-Walid b alMughirah

Tarikh memeluk Islam: Bulan safar tahun 8 hijrah

Tarikh Lahir: 592 masehi Tempat lahir: Mekkah alMukarramah

Gelaran: Saifullah [pedang Allah]

BIODAT A

Kerjaya: Panglima tentera

Nama Bapa: Al-Walid b alMughirah b Abdullah b Umar b Makhzum Nama Ibu: Lubabah bte al-Harith, saudara perempuan Maimunan bte al-Harith, isteri nabi

Keturunan: Bani Makhzum

SIFAT MULIA KHALID AL-WALID

Umur Wafat: 60 tahun Tempat diMaqamkan: Hims, Syria

Tarikh wafat: tahun 21 hijrah

BERWAWASAN

-Berwawasan dan bercita-cita tinggi ingin syahid di jalan Allah


-Menyertai setiap peperangan, tetapi terselamat -Dalam perang Yarmuk, Panglima dgn angkuhnya -KatanyaAku telah menyertai 100Rom peperangan, setiap inci merendah-rendahkan moral tentera aku Islam dgn berkata, Jika tubuhku penuh dgn tikaman,namun mati di tempat tidur. kamu berundur akan ku berikan setiap seorang pakaian, makanan dan wang 10 dinar .

TEGAS

kelaparan, tetapi kami kesini kerana dahagakan darah

BERTANGGUNG JAWAB

-Dlm perang Yarmuk. , beliau sempat berdailog dgn


George[panglima Rom]. Mengajak George peluk Islam. -George peluk Islam di hadapan beliau. George sempat belajar solat dgn Khalid & mati syahid selepas sempat menunaikan solat dua rakaat

BERANI

-Sifat berani menyebabkan Saidina Abu Bakar memilihnya


memimpin tentera dlm perang Yamamah -Ditugaskan membunuh Musailamatul Kazzab yg mendakwa dirinya nabi

Menjadi panglima tentera menentang Rome dalam peperangan Yarmuk di Jordan

Memimpin tentera Islam memerangi oarng Murtad dalam peperangan

SUMBANGA N KHALID AL-WALID

Menjadi panglima perang tentera Islam ketika Fathu Makkah

Berjaya menggunakan strategi berkesan menewaskan tentera musuh seramai 2000,000 org dlm peperangan Mutah di Jordon. Tentera Islam 3,000 orang.

Kisah Khalid Al Walid ra. - Pedang ALLAH KHALID AL-WALID ra. Pedang Allah Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru.Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah' Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu. Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW. Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu. Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid alWalidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi. Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik" Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau

berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing" Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendahrendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah". Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari" Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan. Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)" Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya. George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah" Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak" George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah" George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia" Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam" George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?" Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama" George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?" Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu" Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang. Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW Kisah Khalid bin Al-Walid Masuk Islam Diriwayatkan oleh al-Waqidi dari Khalid bin al-Walid r.a., katanya:

Ketika Allah ingin memberiku kebaikan maka Dia memasukkan Islam ke dalam hatiku dan petunjuk-Nya hadir di dalam hatiku. Aku telah berperang melawan Muhammad dalam banyak pertempuran. Namun dalam setiap peperangan aku pasti kalah dan Muhammad pasti memperolehi kemenangan. Ketika Rasulullah saw. berangkat ke Hudaibiyyah, aku berangkat bersama pasukan berkuda kaum musyrik. Di Usfan, aku bertemu dengan Rasulullah saw. bersama para sahabatnya. Aku berdiri di hadapan jalur perjalanan beliau untuk menghalanginya. Beliau melakukan shalat Zhuhur dengan para sahabatnya di hadapan kami sementara kami berniat untuk menyerang mereka. Akan tetapi hal itu belum kami niatkan dengan kuat, kerana dalam masalah itu masih ada pilihan lainnya. Selanjutnya beliau mengetahui keinginan yang ada di hati kami, sehingga Rasulullah saw. melaksanakan shalat Ashar bersama para sahabatnya dengan shalat khauf. Hal itu telah menyebabkan timbul kesimpulan di dalam hati kami dengan kesimpulan yang sempurna, dan aku berkata, "Lelaki itu sedang dihalangi." Rasulullah saw. pun menghindar dari kami dan menyimpang dari arah perjalanan pasukan berkuda kami. Beliau mengambil jalan sebelah kanan. Ketika itu orangorang Quraisy mengadakan perdamaian dengan Rasulullah saw. dalam perjanjian Hudaibiyah, dan mereka telah memaksa beliau untuk meninggalkan Makkah dengan tangan kosong tanpa senjata. Aku berkata kepada diriku sendiri, "Apa lagi yang masih tersisa? Ke mana aku harus pergi? Kepada Najasyi! Sesungguhnya ia telah mengikuti Muhammad dan para sahabat beliau ada di sisinya dalam keadaan aman. Haruskah aku pergi menyertai Hiraqla dan keluar dari agamaku untuk memeluk Kristien atau Yahudi? Lalu aku tinggal di kalangan orang-orang Ajam?" Maka aku pun tetap tinggal di kampungku bersama orang-orang yang belum memeluk Islam. Ketika aku dalam keadaan demikian, Rasulullah saw. memasuki kota Makkah untuk mengerjakan umrah Qadhiyyah (umrah yang dikerjakan Rasulullah saw. dalam bulan Dzulqaidah tahun 7 H. Umrah ini adalah pengganti umrah yang dilarang orang-orang Quraisy pada tahun 6 H. Qadhiyyah artinya ganti/tebusan). Aku pun menyembunyikan diri dan tidak mahu menyaksikan kedatangan Rasulullah saw. di Makkah. Saudara lelakiku, al-Walid bin al-Walid telah masuk ke Makkah bersama Rasulullah saw. di dalam umrah itu. Dia berusaha mencariku tetapi tidak berhasil menemukanku. Oleh kerana itu, ia menulis surat kepadaku yang berbunyi: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku tidak melihat sesuatu yang membuatku hairan daripada hilangnya kemampuan berfikirmu terhadap agama Islam, sedang akalmu dalam keadaan sempurna, bisa membezakan antara yang hak dan batil. Agama seperti Islam itu, adakah seseorang yang tidak tahu. Pada hal Rasulullah saw. bertanya kepadaku mengenaimu."

Rasulullah saw. bersabda, "Di manakah Khalid? Aku menjawab, "Allah akan mendatangkannya." Beliau bertanya, "Orang seperti dia masih tidak tahu mengenai agama Islam? Jika ia berusaha dengan gigih dan menggunakan kemampuan perangnya untuk membantu orang Islam, nescaya hal itu lebih baik baginya. Dan kami akan mendahulukannya sebelum yang lainnya." Kerana itu, wahai saudaraku! Raihlah medan-medan perang kebaikan yang telah kau lewatkan!" Khalid berkata, "Telah sampai suratnya ke pangkuanku. Ini membuatku rasa ringan untuk keluar dari kampungku. Pada saat inilah keghairahanku untuk memeluk Islam semakin bertambah. Pertanyaan Rasulullah saw. terhadap diriku juga sangat menggembirakanku. Aku bermimpi seolah-olah aku berada di suatu negeri yang sangat sempit dan gersang, kemudian aku keluar menuju suatu negeri yang subur menghijau dan sangat luas. Aku mengatakan bahawa sesungguhnya mimpi ini benar." Ketika aku sampai di Madinah, aku berkata, "Aku akan menceritakan mimpiku itu kepada Abu Bakar r.a.." Kemudian Abu Bakar berkata, "Negeri yang luas itu adalah jalan keluarmu, yang dengannya Allah telah memberikan hidayah kepadamu untuk memeluk Islam. Sedang negeri yang sempit itu adalah tempat di mana sebelumnya kamu berada dalam kesyirikan." Kata Khalid: Sebelumnya, ketika aku berazam untuk berangkat menemui Rasulullah saw., aku bertanya, "Siapakah yang mahu kujadikan teman untuk berjumpa Rasulullah saw.?" Maka aku menemui Shafwan bin Umayyah dan berkata kepadanya, "Hai Abu Wahb, apakah engkau tidak melihat keadaan kita sekarang ini? Sesungguhnya kita hanyalah seperti hujan rintik-rintik (perumpamaan kerana jumlah yang sedikit). Muhammad telah memperolehi kemenangan di atas orang-orang Arab mahupun orang Ajam. Maka alangkah baiknya jika kita menemui Muhammad dan mengikutinya. Kerana sesungguhnya kemuliaan Muhammad adalah kemuliaan kita juga." Akan tetapi ia menolak dengan penolakan yang kuat, sampai ia berkata, "Jika tidak ada sesiapa pun yang tersisa kecuali aku saja, pasti aku tidak akan mengikutinya selama-lamanya." Kami pun berpisah. Ia adalah lelaki yang saudaranya dan bapanya terbunuh dalam Perang Badar, wajar jika ia menolak. Kemudian aku menemui 'Ikrimah bin Abu Jahal, aku pun mengatakan kepadanya seperti yang aku katakan kepada Shafwan tadi. 'Ikrimah pun memberi jawaban kepadaku seperti halnya Shafwan. Aku berkata, "Kalau begitu, rahsiakanlah azamku ini."

Kata 'Ikrimah, "Aku tidak akan menceritakannya kepada sesiapa pun." Kemudian aku kembali ke rumahku dan menyuruh seseorang menyiapkan tungganganku. Aku berangkat hingga aku berjumpa dengan Utsman bin Thalhah r.a.. Aku berkata dalam hati, "Sesungguhnya ia adalah sahabat baikku, sebaiknya aku memberitahu keinginanku padanya." Akan tetapi aku ingat akan para moyangnya yang terbunuh melawan Rasulullah saw., sehingga aku tidak suka untuk menceritakan niatku. Tetapi kemudian aku berkata lagi, "Apa salahnya bila kuceritakan? Lagi pula aku saat ini sudah dalam keadaan berangkat." Maka aku beritahu kepadanya peristiwa yang mungkin akan menimpanya. Aku berkata, "Sesungguhnya saat ini kita seperti musang di dalam lubangnya. Apabila ke dalam lubang-lubang itu dimasuki dengan air, pastilah musang-musang itu akan keluar dari lubangnya." Lalu aku berkata kepada Utsman bin Thalhah sebagaimana yang aku katakan kepada kedua orang sahabatku tadi, dan ia pun menyambutnya dengan baik. Aku berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku pada hari ini telah bersiap pagi sekali dan esok aku berniat berangkat pagi juga. Dan ini kenderaanku yang ku letakkan di Fajj dalam keadaan tertambat." Maka aku membuat janji dengannya untuk bertemu di Ya'juj (sekira-kira lapan batu dari Makkah). Apabila ia yang sampai lebih dahulu di sana, maka ia akan menungguku, dan begitu pula sebaliknya. Kemudian kami berangkat pada waktu sahur. Fajar pun belum muncul ketika kami sampai di Ya'juj. Kemudian kami berjalan sampai ke Haddah. Di sana kami menemui Amr bin Ash. Ia berkata, "Selamat datang, wahai kaumku." Kami menjawab, "Selamat datang juga bagimu." Dia bertanya, "Ke mana arah tujuanmu?" Kami pun bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau keluar dari Makkah?" Ia pun kembali bertanya, "Apa yang menyebabkan kalian keluar dari Makkah?" Kami menjawab, "Untuk memeluk Islam dan mengikuti Muhammad saw." Dia berkata, "Demikian juga yang menyebabkan aku sampai di sini." Maka kami pun pergi bersama hingga sampai ke Madinah. Kami tambatkan unta kami di luar Harrah. Kedatangan kami telah diberitahu kepada Rasulullah saw. dan beliau sangat gembira dengan kedatangan kami ini. Aku pun memakai pakaian yang terbaik kemudian menemui Rasulullah saw..

Di sana aku menemui adik lelakiku yang berkata, "Bersegeralah, kerana sesungguhnya Rasulullah saw. telah diberitahu mengenai kedatanganmu dan beliau sangat gembira, beliau sedang menunggu kalian." Kami pun mempercepat langkah menuju ke sana. Aku muncul dihadapan Rasulullah saw. yang terus tersenyum kepada kami sehingga aku berhenti di hadapannya dan memberikan salam kepadanya dengan ucapan kenabian, "Assalamualaikum, wahai Nabi Allah." Beliau saw. menjawab salamku dengan wajah yang berseri-seri. Aku berkata, "Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya engkau adalah pesuruh Allah." Rasulullah saw. bersabda, "Marilah." Kemudian beliau bersabda, "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan hidayah kepadamu, sesungguhnya aku telah melihat engkau sebagai orang yang berakal cerdik dan aku berharap akalmu tidak menghantar engkau melainkan menuju kebaikan," Aku berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melihat engkau dalam beberapa medan perang yang ku ikuti melawan engkau dengan penuh penentangan. Maka hendaknya engkau memohon kepada Allah untuk mengampuni semua itu untukku." Rasulullah saw. bersabda, "Islam telah menghapuskan semua dosa yang terjadi sebelumnya." Aku berkata, "Wahai Rasulullah, selain itu?" Rasulullah saw. berdoa, "Ya Allah, ampunilah Khalid bin al-Walid dari semua yang telah dilakukannya yang menghalang-halangi orang dari jalan Mu." Utsman dan Amr pun pergi ke hadapan Rasulullah dan berbaiat kepadanya. Kedatangan kami saat itu terjadi pada bulan Shafar tahun 8 H. (Hayatus Shahabah, Jilid 1)

Khalid bin Walid-Saifullah Al-Maslul

Nama sebenar Khalid bin al-walid bin al-mughirah, Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) ; Khlid ibn al-Wald juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah, adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah menentang Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Uhud. Beliau merupakan seorang tentera yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik sebagai penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.

BIODATA SAIDINA KHALID BIN AL-WALID

Nama Penuh : Khalid bin al-Walid bin Al-Mughirah. Keturunan : Bani Makhzum. Tarikh Lahir : 1 Julai 592 Masihi. Nama Bapa : Al- Walid bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Nama Ibu : Lubabah binti Al-Haris. Tempat Lahir: Mekah Al-Mukarramah. Tarikh Memeluk Islam: Bulan Safar tahun 8 Hijrah. Kerjaya : Panglima tentera.

Tarikh Wafat : Tahun 21 Hijrah. Umur Ketika Wafat : 60 tahun. Tempat Dimakamkan : Hims (Syria) Gelaran : Saifullah (Pedang Allah) SIFAT-SIFAT MULIA KHALID AL-WALID Sebelum memeluk Islam, Khalid telah menjadi tunggak kepada tentera-tentera musyrikin dalam menentang umat Islam seperti dalam peperangan Uhud. Namun, setelah memeluk Islam, beliau telah mempamerkan sifat-sifat terpuji yang dikenang sepanjang zaman. Antaranya: 1.Berwawasan Saidina Khalid berwawasan dan bercita-cita tinggi ingin syahid di jalan Allah. Oleh itu beliau menyertai setiap peperangan agar mencapai cita-citanya. Walau bagaimanapun, beliau terselamat dalam semua peperangan yang disertainya. Sebelum meninggal dunia, Saidina Khalid berkata: Aku telah menyertai 100 peperangan, setiap inci tubuhku ini dipenuhi dengan tikaman, namun sekarang aku akan mati di tempat tidur. 2.Tegas Dalam peperangan Yarmuk, panglima Rome dengan angkuhnya merendahrendahkan moral tentera Islam sambil berkata: Sekiranya kamu mahu berundur akan aku berikan setiap seorang makanan, pakaian, dan wang 10 dinar. Khalid menjawab dengan tegas: Kami tidak ke sini kerana kelaparan, tetapi kami datang ke sini kerana kami dahagakan darah kamu. 3.Bertanggung jawab Dalam peperangan Yarmuk, Saidina Khalid sempat berdialog dengan seorang panglima Rome yang bernama George. Saidina Khalid menjalankan tanggungjawab sebagai muslim dengan mengajak George memeluk Islam. Akhirnya George memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Khalid. Beliau sempat belajar dengan Khalid cara menunaikan solat. George gugur syahid selepas sempat menunaikan solat dua rekaat.

4.Berani Sifat berani yang ditunjukkan oleh Saidina Khalid menyebabkan Saidina Abu Bakar As-Siddik memilihnya memimpin tentera Islam dalam peperangan Yamamah. Beliau juga ditugaskan menghapuskan Musailamatul Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi. SUMBANGAN SAIDINA KHALID BIN AL-WALID Sejak memeluk Islam pada tahun 8 hijrah, Saidina Khalid tidak henti-henti memimpin tentera Islam menghadapi musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam. Antara sumbangan dan jasa Saidina Khalid ialah: Menjadi panglima tentera Islam menentang tentera Rome dalam peperangan Yarmuk di Jordan. Menjadi panglima perang tentera Islam dalam Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekah). Memimpin tentera Islam memerangi orang murtad dalam peperangan Yamamah di Yaman. Berjaya menggunakan strategi yang berkesan menewaskan tentera musuh yang berjumlah 200 000 orang dalam peperangan Mutah di Jordan, walaupun ketika itu tentera Islam hanya berjumlah 3000 orang sahaja. Maksud ayat 111 surah at-Taubah:

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. SEJARAH KHALID AL-WALID

Nama besar seperti Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khatab dikenali ramai namun siapa Khalid al-Walid? Para pembaca blog saya, beliau adalah seorang pahlawan Islam yang terunggul, beliau yang telah mengalahkan bala tentera Islam dalam perang Uhud disebabkan mereka iaitu tentera Islam leka dan engkar akan perintah Rasullulah s.a.w maka Khalid terus menawan bukit Uhud ketika itu.

Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam. Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaafar Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah (Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air). Tentera Rom ketika itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10,000 orang pun. Atas persetujuan ramai, Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan (3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak. Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur, beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya, dia berjaya menawan Rom. Tahukah anda bahawa beliau iaitu Khalid al-Walid juga dikenali sebagai "Khalid Saifullah" yang membawa maksud besar iaitu "PEDANG ALLAH". Kenapa ya? Kerana setiap kali Khalid al-Walid turun ke medan peperangan bersama-sama bala tentera Islam maka terbukti Islam memenangi setiap peperangan itu. Malah Rasullulah s.a.w. juga pernah berkata ketika itu bahawa "Khalid al-Walid tidak akan mati Syahid seperti mereka-mereka yang lain." Pelikan sekiranya kita memahami bahawa setiap sahabat Rasullulah sanggup mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam namun kenapa mesti Khalid al-Walid tidak? Khalid bin Walid Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas Belum Diperiksa Langsung ke: navigasi, cari Khlid bin Wald Julukan Pengabdian Pedang Allah yang terhunus Khulafaur Rasyidin

Khalid ibn al-Walid (bahasa Arab: 642 - 584) (642592 ;) , atau sering disingkat Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafaur Rasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya, terkenal sebagai panglima tertinggi untuk Nabi Muhammad dan peneruspenerusnya. [1] Dibawah kepemimpinan militernya lah Arabia untuk pertama kalinya dalam sejarah membentuk entitas politik yang bersatu, Kekhalifahan. Mengkomandani pasukan muslim yang baru, dia tak terkalahkan lebih dari seratus pertempuran termasuk melawan Kekaisaran Byzantium, Kekaisaran Sassanid, dan sekutu-sekutu mereka termasuk juga suku-suku Arab diluar kekuasaan Khalifah. Pencapaian strategis dia ialah penaklukan Arab, Persia Mesopotamia dan Suriah Romawi hanya dalam waktu empat tahun pada tahun 632 ke 636. Kemenangankemenangan yang terkenal darinya ialah kemenangan telak pada Pertempuran Yamama, Pertempuran Ullais dan Pertempuran Firaz, dan kesuksesan taktis pada Pertempuran Walaja dan Pertempuran Yarmuk.[2] Kelahiran[sunting] Khalid bin Walid ( Syaifullah Al - Maslul ) dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk di antara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, bibi dari Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main adu gulat. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik. Awalnya Khalid bin Walid adalah panglima perang kaum kafir Quraisy yang terkenal dengan pasukan kavalerinya. Pada saat Pertempuran Uhud, Khalidlah yang melihat celah kelemahan pasukan Muslimin yang menjadi lemah setelah bernafsu mengambil rampasan perang dan turun dari Bukit Uhud dan menghajar pasukan Muslim pada saat itu. Tetapi setelah perang itulah Khalid mulai masuk Islam. Ayah Khalid yang bernama Walid bin Mughirah dari Bani Makhzum, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan cuma-cuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina. Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka'bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju kedepan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, "O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu".

Nabi mengharap-harap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani dimata rakyat. Karena itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya. Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur-'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu. Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Banu Muhzum lah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi prajurit-prajurit. Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang bisa lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam dilembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu. download kisah umar bin khattab 30 episode lengkap http://omar.collectionfree.com gratis Latihan Pertama[sunting] Kita tidak banyak mengetahui mengenai Khalid pada masa kanak-kanaknya. Tetapi satu hal kita tahu dengan pasti, ayah Khalid orang berada. Dia mempunyai kebun buah-buahan yang membentang dari kota Mekah sampai ke Taif. Kekayaan ayahnya ini membuat Khalid bebas dari kewajiban-kewajibannya. Dia lebih leluasa dan tidak usah belajar berdagang. Dia tidak usah bekerja untuk menambah pencaharian orang tuanya. Kehidupan tanpa suatu ikatan memberi kesempatan kepada Khalid mengikuti kegemarannya. Kegemarannya ialah adu tinju dan berkelahi. Saat itu pekerjaan dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang Satria. Panglima perang berarti pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat. Ayah Khalid dan beberapa orang pamannya adalah orang-orang yang terpandang dimata rakyat. Hal ini memberikan dorongan keras kepada Khalid untuk mendapatkan kedudukan terhormat, seperti ayah dan paman-pamanya. Satusatunya permintaan Khalid ialah agar menjadi orang yang dapat mengatasi temantemannya di dalam hal adu tenaga. Sebab itulah dia menceburkan dirinya kedalam seni peperangan dan seni bela diri. Malah mempelajari keahlian mengendarai kuda, memainkan pedang dan memanah. Dia juga mencurahkan perhatiannya kedalam hal memimpin angkatan perang. Bakat-bakatnya yang asli, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid menjadi seorang yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang.

Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan gamblang orang dapat melihat, bahwa dia akan menjadi ahli dalam seni kemiliteran. Dari masa kanak-kanaknya dia memberikan harapan untuk menjadi ahli militer yang luar biasa jenialnya. Menentang Islam[sunting] Pada masa kanak-kanaknya Khalid telah kelihatan menonjol di antara temantemannya. Dia telah sanggup merebut tempat istimewa dalam hati rakyat. Lama kelamaan Khalid menanjak menjadi pemimpin suku Quraisy. Pada waktu itu orangorang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi agama Islam dan penganut-penganut Islam.Itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy sangat mencintai adat kebiasaannya. Sebab itu mereka mengangkat senjata untuk menggempur orangorang Islam. Tunas Islam harus dihancurkan sebelum tumbuh berurat-berakar. Khalid sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat berdiri di garis paling depan dalam penggempuran terhadap islam. Hal ini sudah wajar dan seirama dengan kehendak alam. Sejak kecil pemuda Khalid bertekad menjadi pahlawan Quraisy. Kesempatan ini diperolehnya dalam pertentangan-pertentangan dengan orang-orang Islam. Untuk membuktikan bakat dan kecakapannya ini, dia harus menonjolkan dirinya dalam segala pertempuran. Dia harus memperlihatkan kepada sukunya kwalitasnya sebagai pekelahi. Peristiwa Uhud[sunting] Kekalahan kaum Quraisy di dalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, karena penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan. Arang telah tercoreng dimuka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar. Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud. Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Dibukit Uhud masih ada suatu tanah genting, dimana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar

bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan pos masing-masing. Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahantkekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam. Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai mendobrak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak. Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari cerai-berai. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan. Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa pikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan. Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang. Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam dipusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa menit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi gawat. Khalid bin Walid telah merobah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi karena gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah disunglapnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan lobang-lobang kelemahan pertahanan orang Islam. Hanya pahlawan Khalidlah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

Memeluk Islam[sunting] Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, karena Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya. Pada masa pemerintahan Abu Bakar, Khalid diamanahkan untuk memperluas wilayah Islam dan membuat kalang kabut pasukan Romawi dan Persia. Pada tahun 636, pasukan Arab yang dipimpin Khalid berhasil menguasai Suriah dan Palestina dalam Pertempuran Yarmuk, menandai dimulainya penyebaran Islam yang cepat di luar Arab. Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu

KHALID AL-WALID PANGLIMA BERKUDA dan PEDANG ALLAH Posted in ISLAMIK Tags: khalid al-walid, khalid ibn Walid, Pahlawan - Pahlawan Islam, Pahlawan Berkuda, para pendekar, pedang ALLAH, Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum sekalian. Bertemu lagi kita kan? Dan kali ini sempena hari Jumaat yang mulia ini, Pendekar nak berkongsi sedikit mengenai Siapakah Khalid AlWalid ? Jika anda berjaya menjawab dengan tepat. Berbanggalah dengan diri anda. Tetapi jika tidak, MALULAH akan diri anda.

Apa yang pendekar nak kongsikan di sini adalah sedikit sejarah mengenai beliau yang belum anda tahu mahupun mungin juga pendekar masih belum tahu lagi. Mari kita baca. Khalid Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya

mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti, maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah. Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru.Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam. Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu. Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau berjuang menentang orangorang yang menentang Rasulullah SAW. Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat hingga nyaris kalah.Bendera Islam yg pada mulanya dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid.Bendera Islam kemidiannya diambil alih oleh Jaafar bin Abu Thalib, beliau turut syahid.Maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi. Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk menghapuskan golongan ,yg murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b AlWalid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Nabi Palsu Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid Al-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing

Mungkin saja petikan ini dialog di antara Khalid Al-Walid bersama Panglima Romawi bernama George ataupun mungkin saja bukan. Tetapi apa yang paling penting adalah isi dialog di bawah ini. George bertanya lagi : Apa yang kamu dakwahkan kepada umat manusia Khalid b Al-Walid menjelaskan :Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam George seterusnya berkata : Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ? Khalid b Al-Walid menjawab : Ya, itulah yang lebih utama George berkata : Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ? Khalid b Al-Walid menjawab : Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tandatanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu Saidina Khalid Al-Walid Saifullah bercita-cita untuk mati Syahid seperti kebanyakan pahlawan-pahlawan Islam yang lain. Namun hajatnya tidak pernah tertunai. Di manamana buku sejarah pahlawan Islam, pasti akan tertulis mengenai keluhan beliau ini. Namun jawapan sahabatnya amatlah menginsafkannya. Kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang. Dan kata-kata Rasulullah itu PASTI. Rasulullah pernah bersabda :

Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik Dan semestinya Pedang ALLAH tidak boleh patah di Medan Perang. Sesungguhnya Kegagahan, Keberanian, Keperkasaan, Kebijaksanaan beliaulah yang menjamin kemenangan berpihak kepada tentera ISLAM. Tiada perang yang tidak dimenanginya. Syahid yang di cari, tetapi kedudukan yang TINGGI menjadi miliknya di akhirat kelak. Tubuhnya telah penuh dengan parut akibat peperangan semasa kewafatan beliau. Al-Fatihah. KATA-KATA KHALID AL WALID SEBELUM WAFAT

AKU TELAH BERPERANG LEBIH DARI SERATUS KALI DAN TIADA DI BADANKU WALAU PUN SEINCI KECUALI PADANYA PARUT DARI PUKULAN PEDANG, TUSUKAN PANAH DAN TIKAMAN TOMBAK, DAN INI LAH AKU, MATI DIATAS KATILKU. TIDAK AKAN TIDAK TIDUR LENA ORANG-ORANG YANG PENGECUT! Kata-kata di atas tertulis dan terpampang di dalam gambar di bawah ini. Di makan Khalid Al-Walid , Pedang Allah dan Panglima Perang Paling Berjaya Dalam Sejarah. Yang tidak pernah menempuh kekalahan di Medan Perang. Wallahualam.

Kata-kata Khalid Al-Walid sebelum wafat.

Makam Saidina Khalid Al-Walid di Syria

Pedang yang pernah digunakan oleh Saidina Khalid RA. Pss~! : Ramai blogger yang sangat suka syok sendiri. Suka jadi famous amos, suka jadi popular, suka di puja puji, suka di pandang tinggi tapi bila bab budi dan jasa, KAU HARUS KU LEMPANG SAHAJA~! Mau?? Jadilah blogger yang tak pernah menjadikan POPULARITI sebagai satu CITA-CITA. Semuanya akan datang sendiri jika kita IKHLAS PADA DIRITak percaya?? Percayalah~! Sehingga itu Salam Perjuangan dari Pendekar Berkuda

Anda mungkin juga menyukai