Anda di halaman 1dari 40

PENAFIAN

•E-book ini adalah hasil karya kumpulan 5. Hak cipta adalah


terpelihara. Menyebarkan e-book ini secara percuma telah
merompak hak penulis. Begitu juga jika ia dijual tanpa izin penulis.

• Tiada bahagian E-book ini boleh dicipta semula atau diedarkan


dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran bertulis pihak
penulis.

•Tidak dibenarkan sama sekali untuk mana-mana bahagian artikel


ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
penulis e-book tersebut.
BIODATA PENULIS-PENULIS
AHMAD ADLI BIN MOHD AMIN
( NO.ID: 55221121142 )
MUHAMMAD HAZREEN DANISH BIN MOHD HASNOR
( NO.ID: 55221121122 )
MUHAMMAD IZANI DANIAL BIN MOHD YATIM
( NO.ID: 55221121034 )
MUHAMMAD IZZ ILHAM BIN ABD RAHIM
( NO.ID: 55221121181 )
NG YU MANG
( NO.ID: 55221121051 )
MUHAMMAD MUJIBUR IMAN BIN ISMAIL
( NO.ID: 55221121064 )
• Prakata,sinopsis dan pengenalan
• latar belakang tokoh Khalid bin Ibn Walid
• Pendidikan awal Tokoh
• Kelebihan Tokoh dan penguasaan Islam dalam
pelbagai peperangan
Isi • Sumbangan
Kandungan • Hasil Karya
• Kewafatan Tokoh dan keadaan kerajaaan Islam
selepas kematian Tokoh
• Penutup
• Rujukan
PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja khusus Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Kami enam orang bekerjasama dalam membuat sebuah E-book mengenai tokoh Islam yang terunggul iaitu
Khalid Bin Ibn-Walid. Kami berasa amat bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang kami
boleh pelajari daripada kisah tokoh tersebut.

Buku ini kami sediakan dengan tujuan untuk membangkitkan semangat berjihad dalam diri masyarakat, tidak
kira usia dewasa atau remaja. Terdapat pelbagai maklumat-maklumat yang boleh dipelajari oleh pembaca . Kami
berharap pembaca dapat memahami serta memupuk jati diri yang lebih kukuh setelah selesai membaca E-book ini .

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kami Berjaya meyiapkan tugasan yang diberikan.
SINOPSIS
Khalid bin Ibn-Walid adalah seorang yang tegas dan
berani di Mekkah. Beliau sangat terkenal dengan
kekuatannya di medan perang. Selain kehebatannya
dalam berduel satu lawan satu, Khalid bin Walid
juga memiliki kemampuan berpikir cepat dan tepat.
Beliau mampu melakukan modifikasi strategi
dengan cepat di tengah peperangan. Jumlah
pasukan yang sedikit tidak lantas membuatnya
gentar berhadapan dengan musuh. Dengan bekal
keimanan yang kuat dan kecerdasan di atas rata-
rata ,membuatnya tak pernah merasakan kekalahan
dalam peperangan. Dengan skill yang luar biasa
serta menakjubkan, ini tentu sahaja melayakkan
Khalid bin Ibn-Walid untuk mendapat julukan
gelaran nama yang terunggul iaitu Pedang Allah.
PENGENALAN Khalid bin Walid bin al-Mughirah bin
Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yagzah
bin Marrah al-Mahzumi adalah panglima
tentera Islam terulung yang memberikan
banyak sumbangan kepada penyebaran syiar
Islam.
Moyangnya bernama Marrah dan
bertemu nasabnya (keturunannya) dengan
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu
Bakar as-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi
Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar as-
Siddiq dan Khalid al-Walid berasal daripada
keluarga yang sama.
Beliau merupakan panglima yang
sangat handal dalam strategi dan
menyebabkan kekalahan tentera Islam
dalam Perang Uhud ketika beliau kafir .
Namun pada saat hidayah menyentuh
jiwanya, dia bertukar menjadi panglima yang
tidak terkalah.
Latar Belakang Khalid Bin
Ibn-Walid
• Khalid Bin Ibn-Walid dilahirkan dalam keluarga yang
dihormati kerana bapanya, Walid bin al-Mughirah
adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh
kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat
pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil
Wahid atau orang pemurah nombor satu.
• Beliau dilahirkan pada 592 Masihi di Makkah al-
Mukaramah dan berketurunan Bani Makhzum.
• Ibu Khalid bernama Lubabah al-Sughra. Lubabah
adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy
yang dihormati.
Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi
Muhammad SAW. Sejak kecil lagi Khalid bin Walid sudah dilatih
menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir
menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana
kemahirannya itu.

Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab


sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda
Quraisy. Khalid bin Walid menunjukkan kecekapannya
memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang
Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah.

Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy


berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid
terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.
• Pada suatu hari, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Ketika itu, Nabi Muhammad
SAW sedang membaca al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang
dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid lalu baginda sengaja menguatkan
bacaannya supaya didengar oleh Walid.

• Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai, "Demi Tuhan,
sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. la bukan perkataan
manusia ataupun jin. Demi Tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya."

• Peristiwa itu memberi kesan pada hati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya,
"Sudah jelas dan terang bagi mereka yang mempunyai akal yang sempurna, bahawa Muhammad
itu bukan ahli sihir ataupun tukang syair. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah
dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya.
Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima
perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan Pedang
Allah.

Menurut Abu Hurairah, "Pada suatu hari saya dan Rasulullah


SAW berhenti pada satu tempat dan orang ramai berjalan di
hadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama mereka
yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seorang lelaki lalu
Rasulullah SAW bertanya; "Siapakah itu?" Saya menjawab;
"Itulah Khalid bin Walid. Baginda berkata; “Hamba Allah itu
adalah pedang daripada pedang-pedang Allah.

Ini membuktikan lagi bahawa Nabi Muhammad mengakui


Khalid bin Ibn-Walid sebagai tentera terunggul bagi umat
islam Ketika itu. Maka lahirlah seorang pahlawan Islam yang
akan membawa kegemilangan kepada umat islam dalam
setiap peperangan yang disertai.
PENDIDIKAN AWAL TOKOH
KELEBIHAN TOKOH DAN
PENGUASAAN ISLAM DALAM
PELBAGAI PEPERANGAN
PENUTUP
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai