Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN 7

PERKEMBANGAN MUTAKHIR PENGARUH ATEISME


DI MALAYSIA DAN STRATEGI MEMERANGI
PENULARANNYA

MUQADDIMAH

• Status semasa memperlihatkan bahawa perbincangan mengenai ancaman


ateisme hampir tiada dibincangkan di Malaysia.
• Ia hanya mula mendapat perhatian dan polemik mengenainya bermula susulan
daripada perjumpaan golongan ateis di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.
• Terdapat pihak (khususnya yang beraliran liberal) yang membantah
pembanterasan ateisme dengan menggunakan alasan memperjuangkan
kebebasan beragama.
• Antara individu yang menyatakan penyanggahan terhadap usaha pembanterasan
pengaruh ateisme adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Farouk Musa dan Farouk
A. Peru.

STATUS PERKEMBANGAN ATEISME DI DUNIA

• Satu penyelidikan mengenai Global Index of Religiousity and Atheism 2012 oleh
WIN-Gallup International menggambarkan perkembangan membimbangkan.
Kajian membabitkan 50,000 peserta dari 57 negara mendapati rakyat di
beberapa negara Islam yang dianggap konservatif dan kuat beragama sudah
ramai dan berani mengakui yakin mereka memang ateis (convinced atheists).

• Data-data dalam penyelidikan tersebut seharusnya menjadi salah satu amaran


awal bagi kepada negara dan umat Islam segi membantu mengenali dan
menangani satu masalah penting yang berangkai. Dapatan penyelidikan ini
penting kerana memaparkan pengakuan peserta mengenai pegangan agama atau
sebaliknya dan bukan pandangan atau rumusan pengkaji terhadap peserta.

1
• Penyelidikan Global tersebut (sehingga 2012) melaporkan pengakuan berpegang
pada ateisme di kalangan rakyat (responden) beberapa negara:

NEGARA PERATUS (%)


China 47
Jepun 31
Republic Czech 30
Peranchis 29
Korea Selatan 15
Jerman 15
Belanda 14
Amerika Syarikat 5
Arab Saudi 5
India 3
Pakistan 3
Turki 2
Malaysia Tiada pengakuan
Iraq Tiada pengakuan
Ghana Tiada pengakuan

• Kajian tersebut mendapati bahawa sehingga 2012, tidak ada yang mengaku
berpegang pada fahaman ateisme di Malaysia. Besar kemungkinan individu
sebegini wujud tetapi tidak ramai dan tidak berani mengakui pegangannya
kepada pihak penyelidik.

• Penemuan kajian berkenaan juga mendapati bahawa antara semua agama,


penganut Islam dan Hindu yang tertinggi mengakui ateis, iaitu sebanyak tiga
peratus, sedangkan penganut agama Yahudi dua peratus, Katolik dan Protestan
masing-masing satu peratus sahaja.

• Kajian ini juga mendapati aliran ateisme ini meningkat dalam kalangan
berpendidikan dan yang berpendapatan tinggi. Kedua-dua faktor ini
menunjukkan kemungkinan besar mereka memiliki peranan penting dalam
kehidupan institusi awam dan swasta di negara masing-masing.

• Selain itu, WIN-Gallup International juga melantik TNS Malaysia sebagai wakil
mereka di Malaysia bagi melakukan kajian lanjutan pada tahun 2014.
Berdasarkan kajian tersebut ke atas 500 responden di Malaysia, didapati bahawa
tiga peratus mengaku sebagai ateis dan 20 peratus tidak beragama. Daripada

2
jumlah ateis tersebut, berikut adalah rumusan profil mereka yang terlibat
dengan ateisme berdasarkan dapatan kajian berkenaan iaitu:

PROFIL PERATUS (%)


Berumur 18-34 tahun 7
Berumur 35-54 tahun 6
Bekerja 3
Pelajar 5
Pendidikan tinggi 4
Sekolah menengah 3

• Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa tiga peratus rakyat Malaysia adalah
convinced atheists.

• Di samping itu, kajian tersebut melaporkan, 72 peratus responden di Malaysia


berpegang dengan agama dan enam peratus lagi tidak diketahui pegangan
mereka. Berdasarkan keputusan yang dipaparkan ini, walaupun peratusan ateis
di Malaysia masih berskala kecil, tetapi hal ini sangat membimbangkan dan
berpotensi untuk meningkat jika tidak diberikan perhatian yang serius oleh
semua pihak.

PERKEMBANGAN ATEISME PADA ZAMAN KINI BERDASARKAN KAJIAN PEJABAT


MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

3
LAMAN SOSIAL YANG MENYEBARKAN FAHAMAN ATEISME DI MALAYSIA

1. Warung Ateis

2. A Republic of Atheist

3. Malaysian Atheist, Freethinkers, Agnostics

4. Blog Melayu Ateis (2013)

5. Malaysian Humanist

IMBASAN MEDIA UNTUK BULAN OGOS 2017

Isu ateisme semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia kerana para


pendukungnya semakin berani membicarakannya malah mengisytiharkan pegangan
mereka secara terbuka dan ia turut melibatkan umat Melayu-Islam. Berikut adalah
imbasan media yang dilakukan (bagi bulan Ogos 2017) yang bersandarkan pada dua
sumber media alternatif dan dua sumber media perdana, iaitu:

4
Rumusan

Ancaman ateis banyak dipaparkan oleh media alternatif pada bulan Ogos 2017. Ini
berikutan daripada gambar sekumpulan anak muda yang tersebar di media sosial yang
menunjukkan perjumpaan golongan ateis yang didakwa turut disertai oleh belia
Melayu murtad. Foto tersebut dikongsi oleh Atheist Republic (sebuah NGO yang
berpangkalan di Kanada) yang aktif mendukung dan menggerakkan fahaman ateis dari
masa ke semasa. Atheist Republic aktif memperjuangkan hak golongan ateis dan
mempunyai konsulat di serata dunia termasuk di Malaysia. Selain itu, kemungkinan
berita ini memuncak adalah disebabkan mereka melihat peluang apabila seorang tokoh
liberal di Malaysia iaitu Marina Mahathir, telah mengeluarkan kenyataan dan
melaksanakan tindakan untuk mengalu-alukan sebuah badan peguam Islam untuk
melindungi hak asasi golongan ateis dalam menentang Rukun Negara untuk menjadi
asas pada Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Malay Mail
Online pada 6 Mac 2017. Ancaman tersebut perlu dipantau secara serius kerana
terdapat titik pertemuan dan korelasi yang kuat antaranya dengan ancaman-ancaman
lain seperti ancaman liberal.

Sumber:

1) http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/marina-glad-muslim-
lawyers-standing-up-for-atheists#xVQohhrMBFiZE1lt.97
2) https://www.menara.my/selepas-iftar-gay-himpunan-ateis-pula-di-kuala-
lumpur/

Imbasan Video Di Youtube

Hasil daripada imbasan menggunakan kata kunci “ateis Malaysia”, empat daripada 20
video yang dimuat naik melaporkan insiden sekumpulan belia yang telah disertai
sekumpulan Melayu murtad. Mereka mengadakan perjumpaan tahunan bersama ahli-
ahli lain dan berita ini mula menular di Facebook apabila sebuah NGO antarabangsa
yang aktif dan lantang mendukung gerakan ateisme iaitu, Atheist Republic dengan
bangganya telah berkongsi di laman sesawang dan akaun Facebook mereka tentang

5
perjumpaan di Malaysia itu. Baki 16 video lain tidak kerap melaporkan tentang gerakan
ateis di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pada ketika ini, Youtube bukan merupakan
media pilihan utama golongan ateis dan musuh Islam di Malaysia.

PEMIMPIN ISLAM YANG TELAH MENYATAKAN TENTANGAN TERHADAP


GOLONGAN ATEIS

1. Dipetik daripada Ismaweb.net

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan
kumpulan yang tidak percayakan Tuhan atau ateis adalah kerana kurang didikan agama
hingga menjadikan mereka mudah keliru.

“Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, sehingga tidak tahu memilih yang baik atau
buruk dalam kehidupan mereka.”.

“Golongan tidak percayakan Tuhan ini wujud kerana kurang pendidikan agama,
manakala keluarga atau ibu bapa pula tidak memainkan peranan mereka.

“Di sekolah, mereka celaru dengan ilmu diperoleh. Pendakwah pun bercelaru, macam-
macam ajaran dan pendapat sehingga timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam itu
sendiri,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu kemudiannya diburukkan dengan perselisihan pendapat


antara pendakwah terhadap isu tertentu sehingga mereka semakin celaru.

Justeru, tegasnya, di sinilah peranan ibu bapa dalam mendampingi anak-anak dan
memberi pendidikan serta menerapkan nilai-nilai akhlak.

“Jika ibu bapa tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa, tidak hairanlah anak-
anak mudah terdedah lalu terjebak dengan gejala rosak aqidah, hilang kemuliaan akhlak
serta maruah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sekumpulan anak Melayu beragama
Islam menyertai Kelab Atheis Republic Kuala Lumpur yang tidak mempercayai
kewujudan Tuhan.

6
Kumpulan itu dipercayai terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang menggelar diri
mereka sebagai ‘bekas Muslim’ serta didakwa mengadakan pertemuan secara tertutup
di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

2. Dipetik daripada http://www.astroawani.com

KUANTAN - Kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheis
Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini, kata Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata siasatan terperinci termasuk penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia (SKMM) adalah perlu kerana perkara itu melibatkan soal aqidah
umat Islam.

Katanya, bidang kuasa berkaitan aqidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen
Jenayah Syariah setiap negeri manakala bagi peringkat Wilayah Persekutuan pula, ia di
bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Jika ada bukti penglibatan umat Islam dan ternyata perbuatan itu menjejaskan aqidah,
tindakan boleh diambil Jabatan Agama Islam setiap negeri atau JAWI. Saya akan minta
JAWI untuk melihat perkara ini dengan lebih terperinci.”

"Sudah tentu kerajaan memandang serius dakwaan ini kerana ia membabitkan aqidah
umat Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan
Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid,
Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Indera Mahkta Muhammad Faiz Hashim.

Asyraf Wajdi berkata demikian semasa diminta mengulas kewujudan akaun media
sosial kumpulan tersebut di laman web Facebook, yang ateis merujuk kepada individu
yang tidak mempercayai Tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.

7
Beliau menambah kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program bagi
mengukuhkan pegangan aqidah umat Islam sejak dari bangku sekolah, selain jabatan
dan agensi agama juga saling berhubung bagi merancang program penerapan nilai
Islam.

"Jika ada umat Islam yang terpengaruh dengan kegiatan seperti ini, tindakan undang-
undang boleh diambil kepada mereka. Kita juga mempunyai program pendidikan,
pemulihan dan penerangan bagi mengembalikan semula akidah mereka yang
terpesong," katanya.

3. Dipetik daripada https://www.kosmo.com.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi amaran kepada kumpulan
ateis supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kegelisahan
dalam kalangan masyarakat Islam.

Katanya, Perlembagaan Negara hanya mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan


tanpa sebarang peruntukan kepada fahaman ateis.

Katanya, polis akan meneliti undang-undang yang ada untuk membolehkan tindakan
diambil terhadap kumpulan ateis jika mereka mencetuskan kegelisahan dalam kalangan
umat Islam.

Kenyataan Shahidan dan Khalid itu tidak disenangi oleh golongan yang
memperjuangkan kebebasan berasaskan hak asasi manusia.

4. Dipetik daripada www.muftiwp.gov.my

Kepada saudara-saudara kami golongan ateis,

Kami dapati terdapat unsur-unsur penghinaan dan provokasi kepada agama-agama di


dunia, khususnya agama-agama di Malaysia seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha
sama ada dalam media sosial, mahupun buku-buku tulisan golongan ateis. Apa yang
paling baik adalah menilai agama-agama ini dengan hujah intelektual dan ilmiah,

8
bukannya generalisasi, provokasi dan penghinaan yang melampau khususnya terhadap
agama Islam.

Kepada The Atheist Republic Consulate Group di Kuala Lumpur, kami selaku Mufti
Wilayah Persekutuan mewakili ketua-ketua bagi semua agama di Malaysia menyeru
anda semua untuk menghormati Rukun Negara kita yang pertama; Kepercayaan Kepada
Tuhan. Kami yakin masih ada ruang yang luas untuk kita bertukar pandangan dan
berdiskusi, seterusnya mencapai kata sepakat dalam isu ini. Bukalah minda untuk
menerima maklumat daripada sumber yang benar dan tepat kerana di situlah
menunjukkan sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima kebenaran.

Kepada saudara-saudara kami umat Islam,

Usah terlalu cepat menghukum, mengugut dan memberikan label yang negatif tanpa
memahami terlebih dahulu sesuatu hal dengan mendalam. Kejahilan golongan ateis
kemungkinan adalah daripada maklumat yang salah yang sampai kepada mereka
terhadap agama.

Usah jadikan sikap terburu-buru itu satu fitnah kepada agama. Seorang Muslim yang
baik akan berakhlak dengan akhlak yang baik dalam mendepani apa jua urusan
kehidupannya.

9
STRATEGI MEMERANGI PENULARAN ATEISME

10

Anda mungkin juga menyukai