Anda di halaman 1dari 2

5.

0 KAEDAH MENANGGANI FAHAMAN SAINTISME


Meskipun dengan semakin ramai golongan saintisme yang wujud terdapat juga beberapa kaedah
yang dapat dicadangkan untuk menanggani fahaman saintisme yang semakin hari semakin berleluasa
berikut adalah antara cadangan untuk menanggani fahaman saintisme dari pelbagai aspek yang terdiri
daripada:

5.1 INDIVIDU

Sebagai seorang manusia yang mempunyai pegangan agama mestilah mengimbangi pelbagai
bidang dalam kehidupan seperti bidang ilmu sains. Sebagai contoh, seorang umat islam perlulah
sentiasa merujuk Al-Quran sebagai panduan dan rujukan. Ini kerana, Al-Quran memiliki banyak
sumber serta pengetahuan yang tidak terbatas tentang sesuatu kejadian di dunia berkaitan
penciptaan Allah SWT dan alam semesta. Oleh itu, sekiranya terdapat kemusykilan tentang sesuatu
fahaman saintisme yang disebarkan melalui mana-mana platform seperti media sosial, individu
tersebut perlulah merujuk kepada mana-mana badan keagamaan untuk memastikan kebenarannya.

Selain itu, penghayatan ilmu agama seseorang individu itu haruslah diteguhkan sejak dari usia
dini agar pegangannya tidak mudah goyah serta mampu berfikir mana yang baik dan mana yang
buruk secara baik.

5.2 MASYARAKAT

Setiap lapisan masyarakat di negara ini haruslah bekerjasam dalam membendung fahaman
saintisme agar ianya tidak berleluasa. Masyarakat sentiasa melibatkan dalam aktiviti-aktiviti
kemanusian ataupun majlis-majlis yang melibatkan perbincangan mengenai isu-isu permasalahan
terutamanya sesuatu yang melibatkan saintisme

Masyarakat juga perlulah mengikuti garis panduan serta hukum yang telah ditetapkan oleh
jabatan keagamaan dalam mengaplikasikan sains dan islam dalam kehidupan seharian. Hal ini
dilakukan bertujuan mewujudkan lebih ramai yang sedar tentang perbezaan sains yang benar dan
mematuhi syarak serta tidak melanggar ajaran agama dengan fahaman saintisme yang berbeza dan
tidak menepati nilai-nilai islam.
5.3 PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Institusi juga memainkan peranan penting dalam memastikan fahaman saintisme tidak menular.
Bagi membendung fahaman ini ianya haruslah dilakukan sejak peringkat awal. Contohnya, dari aspek
pendidikan. Kementerian pendidikan perlulah mengambil peranan penting dalam memastikan
keseimbangan antara subjek agama dan sains di dalam sebuah sekolah ataupun universiti

Subjek agama perlulah diterapkan dan diambil serius sebagaimana subjek lain seperti sains
diajarkan kepada pelajar-pelajar. Ini bagi mengelakan pelajar cuma belajar hanya kerana kepentingan
diri sendiri semata-mata tanpa mengambil berat aspek dan nilai kemanusiaan. Bukan itu sahaja,
dengan usaha yang dilakukan dari peringkat awal ini juga akan mewujudkan lebih ramai individu yang
memahami apa itu saintisme dan kesan negatifnnya.

5.4 NEGARA

Usaha ini dapat dilakukan melalui kerjasama pihak yang bertanggungjawab seperti pemimpin
negara, dan para profesional yang terlibat serta dalam bidang sains dan teknologi. Mereka perlu
membincangkan lebih teliti berbanding sebarang perkara yang berkaitan dan pengkajian. Bukan itu
sahaja, ahli dalam bidang sains juga haruslah turut serta dalam membuat penelitian tentang sesuatu
penemuan baru agar ianya tidak bertentangan dengan syariat dan fahaman agama. Tuntasnya,
dengan adanya usaha seperti ini, dapat membantu profesional dalam kajian dn penyelidikan mereka.
Malahan, mereka juga dapat saling berkongsi maklumat yang lebih sahih agar masyarakat tidak perlu
terpengaruh dengan fahaman saintisme dan negara juga tidak perlu mengamalkan budaya saintisme.

5.

Anda mungkin juga menyukai