Anda di halaman 1dari 12

TAJUK : KAJIAN TERHADAP KEPUASAN

PELANCONG BELIA DI KELANTAN

BAB 1 PENGENALAN 
(PERNYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN)

1.1    PENGENALAN
Dalam bab ini saya akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan kajia ini
diadakan, objektif kajian, pernyataan masalah serta skop kajian yang akan dilakukan.

1.2    LATAR BELAKANG KAJIAN


Industri pelancongan kian pesat membangun di negara Malaysia sehingga menjadi salah satu
penjana pendapatan utama negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah
pelancong dan pendapatan dari aktiviti pelancongan setiap tahun. Pelbagai jenis pelancongan
seperti pelancongan berasaskan kebudayaan, alam semula jadi dan acara serta pelbagai
produk pelancongan yang sering dipromosikan oleh kerajaan kita berjaya menarik perhatian
pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11), 2016-
2020 telah menyenaraikan 21 strategi, dimana strategi yang ke-18 menyatakan sektor
perkhidmatan sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Ekopelancongan
diberi fokus utama sebagai salah satu penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan.

Kelantan merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar
negara. Di negeri ini terdapat pelbagai tempat menarik yang menjadi destinasi pelancongan
seperti tempat membeli belah, pantai, tempat bersejarah, air terjun dan kawasan semulajadi
serta yang paling utama ialah pelbagai aneka jenis makanan yang terdapat di seluruh negeri
kelantan, yang antaranya tersohor dalam kalangan pelancong. Sebanyak 5.8 juta pelancong
dari dalam dan luar negara
mengunjungi negeri ini sepanjang tahun 2016. Jumlah itu meningkat daripada 5.1 juta
pengunjung tahun 2016 biarpun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
  
1.3    TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian dilakukan adalah untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi
kepuasan pelancong belia di negeri Kelantan.
Definisi belia ialah mereka yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Tujuan
kajian ini ialah untuk mengetahui factor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong
belia ke Kelantan.

1.4    OBJEKTIF KAJIAN


Secara. umumnya kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi
kepuasan pelancong ke negeri Kelantan. Manakala secara khusus pula, kajian ini adalah
bertujuan :

a. Mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong belia di negeri Kelantan.
b. Mengenal pasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan,
pengangkutan, tempoh melancong dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
c.  Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar
melancong.
d. Mencadakangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia di
Kelantan.

1.5    PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji faktor faktor yang mempengaruhi kepuasan pelancong
belia di negeri Kelantan. Bagaimana perkara-perkara yang menarik pelancong belia untuk
datang melancong ke negeri Kelantan serta perkara yang menyebabkan berlakunya
penurunan kadar pelancongan ke negeri Kelantan serta perkara-perkara yang menjadi aduan
bagi para pelancong belia yang berkunjung ke Kelantan.

1.6    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini bertumpu kepada pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap
penglibatan belia dalam industri pelancongan melihat tahap penyertaan mereka dalam sector
pelancongan negeri Kelantan. Sampel yang diambil daripada kalangan belia yang berumur 15
hingga 40 tahun.
BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1  PENGENALAN
Berdasarkan kepada latar belakang skop kajian dan objektif yang telah dibincangkan dalam
Bab Satu, beberapa sorotan awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan
dengan pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut.

2.2. DEFINISI PELANCONGAN


Pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama individu berada atau tinggal di
destinasi tersebut seperti membeli belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta
menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai
keperluan mereka(Badaruddin et. al, 2007). Pelancongan ialah gabungan fenomena dan
hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain,
menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain.
(Macintosh dan Goeldner, 2003).

2.3 DEFINISI PELANCONGAN BELIA


Berkenaan dengan pelacong belia ini, terdapat beberapa definisi. Pelancong belia
didefinisikan sebagai pelancong yang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang membuat
perjalanan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah destinasi, menurut
Pertubuhan Pelancongan Sedunia. Aramberri pula memberi definisi pelancong belia sebagai
terdiri daripada golongan pelancong yang berdikar, berumur antara 15 hingga 24 tahun serta
sering keluar melancong sama ada secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.
Seterusnya menurut Sullivan(2004), beliau memberikan definisi pelancong belia sebagai
mempunyai identiti sebagai pelancong yang berdikari,tidak mempunyai pelan perjalanan
yang berstruktur, berumur antara 15 hingga 34 tahun, kerap mencari ruang untuk terlibat
dalam budaya setempat dan mempunyai motivasi untuk membaiki diri menerusi melancong.
Carr(2001) bersetuju tentang peringkat umur pelancong seperti yang dicadangkan dan
didefinisikan oleh Sullivan iaitu berumur 15 tahun sehingga 34 tahun sebagai pelancong
belia. Jika dilihat pada Persatuan Gerakan Belia 48 Malaysia, mereka membahagikan
kategori belia kepada dua, iaitu ahli biasa dan ahli muda. Beruur 12 hingga 15 tahun ialah
ahli muda manakal ahli biasa berumur dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun. Maka, dapat
kita perhatikan bahawa umur belia di Malaysia dapat kita jadikan sebagai suatu definisi iaitu
berusia daripada 12 hingga 40 tahun. Walau bagaimana pun definisi pelancong belia adalah
banyah dan masih belum berjaya mendapatkan kata sepakat daripada para pengkaji, menurut
apa yang dinyatakan oleh Seekings(1995). Kajian ini mencadangkan agar golongan belia
yang menjadi sasaran dalam soal selidik merupakan mereka yang terdiri daripada  pelancong
belia yang berumur 18 hingga 40 tahun. Selain itu responden yang terlibat terdiri daripada :

a.Pelancong belia yang melakukan perjalanan sama ada balk hari ataupun tinggal di Kelantan.
b.Membuat percutian domestik ke Kelantan.
c.Pelacong berkumpulan atau individu ke Kelantan.

2.4 SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN


Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman(2010) berkata, industri pelancongan merupakan
suatu industri yang memberi impak positif kerana berpotensi besar sebagai salah satu sumber
kepada pendapatan kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara.

2.5 FAKTOR TARIKAN TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN


Ahmad Azmi M. Ariffin(1999), menyatakan bahawa faktor tarikan pelancong merujuk
kepada aspek atau ciri-ciri suatu destinasi yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk
memilihnya sebagai destinasi pilihan mereka.

BAB 3 KERANGKA TEORI

3.1 TEORI EXPECTANCY DISCONFIRMATION


        Antara unsur yang paling penting yang dilihat dalam sektor pelancongan adalah
memastikan kepuasan pelancong tercapai dengan jayanya. Kita umumnya mengetahui
bahawa  sesuatu perkhidmatan yang digunakan oleh para pelancong adalah dikira sebagai
memuasakan apabila sesuatu perkhidmatan yang disediakan itu memenuhi keperluan dan
kehendak pelancong yang berkunjung dan menginap di sesuatu destinasi pilihan mereka.
       Menurut Truong dan Foster(2006), kepuasan pelancong adalah keadaan yang mana
keinginan, harapan dan keperluan pelancong dipenuhi. Manakala Augustyn dan Ho(1998)
menyatakan bahawa kebanyakan kajian berkaitan kepuasan pelancong menunjukkan bahawa
ramai pelancong tidak berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan di kawasan
pelancongan.
        Sharifah(2001), menyatakan bahawa pengukuran terhadap kepuasan pelancong
merupakan pengukur utama bagi menentukan keberkesanan kualiti perkhidmatan yang
disediakan secara keseluruhannya. John dan Damiannah(2003) menjalankan kajian tentang
pengukuran kualiti perkhidmatandi Tsavo West National Park, Kenya dan mendapati bahawa
faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan jumlah kedatangan pelancong adalah
kerana tahap kepuasan pelancong tidak tercapai. John et al.(2003) pula menyatakan bahawa
antara penyebab bilangan kemerosotan dalam bilangan kedatangan pelancong adalah kerana
kekurangan kualiti produk eko pelancongan di taman hidupan liar, pengawalan keselamatan
ke atas pengunjung yang lemah dan kelengkapan insfrastruktur yang tidak mencukupi. Bagi
memahami asas berlakunya ketidak puasan ini, Teori Expectancy Disconfirmation(EDT)
yang dimajukan oleh Oliver(1980), mampu mampu menjelaskan tentang perilaku dan
kepuasan pelancong.

         Oliver(1980) menyatakan bahawa pelancong menilai sesebuah produk dan kualiti
perkhidmatan berdasarkan prestasi kualiti keseluruhan, ciri-ciri kualiti yang memenuhi
jangkaan, kebolehpercayaan terhadap kualiti yang disediakan, ketahanan sesebuah
perkhidmatan yang ditawarkan, kecekapan layanan yang diberikan dan kualiti perkhidmatan
yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Teori Expectanc Disconfirmation menerangkan
empat peringkat yang menuju kepada kepuasan pelancong.

         Peringkat pertama menjelaskan bahawa setiap pelancong mempunyai tahap


pengetahuan yang berbeza mengenai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Ini merujuk
kepada anggaran terhadap penilaian prestasi kualiti perkhidmatan.

         Manakala peringkat kedua pula merujuk kepada bagaimana pelancong melihat prestasi
sesebuah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan atau pengusaha yang
dinilai berdasarkan jangkaan yang mereka harapkan. Peringkat ketiga ialah peringkat
disconfirmation.

         Pada peringkat ketiga, kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha
pelancongan yang dibandingkan dengan penilaian jangkaan pelancong. Seterusnya, pada
peringkat keempat, kepuasan dibentuk apabila penilaian kualiti perkhidmatan dijalankan oleh
pelancong terhadap pengalaman menggunakan perkhidmatan tersebut.Maka, pelancong akan
menentukan sama ada kepuasan yang diperolehi adalah seperti yang dijangkakan atau
sebaliknya(Ahmad Azmi, Atefeh dan Norzalita, 2011).

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENGENALAN
Dalam kajian penyelidikan, cara atau methodology merupakan antara faktor penting bagi
membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan keboleh percayaan yang
tinggi.  Maka, menurut Mohd Majid dan Maarof(1997), pendekatan secara persampelan dan
penganalisian data yang digunakan perlu dikenal pasti supaya bersesuaian dengan objektif
kajian yang digariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau
methodologi kajian yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat,
kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

Kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk mengumpul dan menganalis
data bagi mencapai objektif kajian akan diterangkan dalam bab ini. Kaedah persampelan,
kaedah pengumpulan data, instrumen kajian dan analisis data merupakan antara kaedan atau
pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini.

4.2 KAEDAH PERSAMPELAN


Respon yang dipilih merupakan golongan belia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga
40 tahun. Hasil daripada penemuan yang telah dianalisis secara sistematik, terdapat beberapa
kesimpulan yang dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal pasti demografi dan
latar belakang para pelancong belia di Kelantan, serta mengenal pasti karekter pelancong
belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempat melancong,
perbelanjaan, aktiviti serta mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada
tarikan dan memberi pengaruh pada pelancong belia untuk keluar melancong dan memberi
cadangan  strategi untuk membangunkan dan memajukan sektor pelancongan belia di negeri
Kelantan.

4.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah berfokus pada sumber data.
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer
dan matlamat sekunder.

a. DATA PRIMER (SOAL SELIDIK)

Menurut Uma Sekaran(2003), Borang soal selidik adalah satu set soalan yang dibangunkan
dan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan
data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa sebenarnya yang mereka
perlukan dan bagaimana untuk memastikan pemboleh ubah yang hendak dikaji. Dalam kajian
ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang
ditetapkan. Soal selidik ini mengandugi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk
dijawab oleh responden. Soal selidik merupakan satu instrumen yang penting bagi seseorang
pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai
penyelidikan secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik
itu kabur, maka jawapan yang diperolehi tidak akan memberi pengertian yang nyata dan ini
akan meroskan dapatan atau hasil sesebuah kajian.

b. DATA SEKUNDER

Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah
dinyatakan, maklumat sekuner juga perlu untuk menguatkan lagi sesebuah kajian. Data ini
merupakan sumber maklumat yang amat penting kerana ini diperlukan bagi menjelaskan
tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian yang
lampau. Sumber data sekunder diperoleh daripada jurnal, buku rujukan, majalah berbentuk
ilmiah, maklumat daripada laman webm akhbar tempatan serta daripada jabatan kerajaan
seperti Jabatan Pelancongan Negeri Kelantan, dan juga Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Tujuan data sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina
pendekatan kepad masalah, dan menjawab beberapa masalah. Data sekunder adalah dikira
sebagai data sokongan dan berperanan sebagai memahami dengan lebih terperinci kajian
yang dijalankan.
4.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual,  dan juga
penggunaan borang soal selidik. Penbangunan soal selidik yang digunakan dalam
penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada beberapa proses pengubahsuaian
termasuk ujian rintis ke atas beberapa responden.

a. Pemerhatian

Melalui kajian lapangan, penyelidik memerhatikan dan mencatat tingkah laku responden
kajian dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk mendalami tingkah
laku responden terhadap isu pelancongan di Kelantan. Pemerhatian ini perlu kerana
sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temu bual dan juga pengisian borang
soal selidik.

b. Temu Bual

Selain itu, temu bual juga digunakan dalam kaedah iniyang mana penyelidik menemu bual
responden secara spontan atau rawak dengan cara tidak mengikut soalan yang ada dalam
borang soal selidik. Namun begitu, meskipun soalan temu bual ini tidak mengikut skema
yang ada dalam borang soal selidik, soalan yang ditanya kepada responden tetap berhubung
kait dengan perkara yang hendak dikaji.

c. Borang Soal Selidik

Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa
penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang disediakan adalah
berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan dalam Bab Satu. Walau bagaimana
pun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji  dalam ujian rintis ke atas 50 orang
responden. Ini adalah sebagai satu proses bagi melestarikan soalan-soalan agar besesuaian
dengan kajian. Soal selidik kajian dibahagaikan kepada 3 bahagian seperti berikut.
1.Bahagian A : Profil Responden = 6 Item.
2.Bahagian B : Pengalaman Responden = 11 Item.
3.Bahagian C : Pandangan terhadap pernyataan berkaitan pelancongan = 3 Item.

Bahagian A
Bertujuan  untuk mengenal pasti profil responden seperti jantina, umur, status, bangsa,
pekerjaan dan juga pendapatan responden.

Bahagian B
Digunakan untuk mengenal pasti pengalaman responden dalam penglibatan responden
terhadap pelancongan yang lepas, daripada aspek pemilihan destinasi pelancongan, tujuan
utama melancong, tempat penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan
semasa melancong, waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh
semasa melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong.

Bahagian C
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkaitan sejauh mana  responden
mengetahui tentang kempen pelancongan yang ada di Kelantan, faktor halangan pelancong
untuk datang melancong ke Kelantan, serta pandangan dan cadangan responden mengenai
pembangunan pelancong belia di Kelantan.

4.5 KAEDAH ANALISIS DATA


Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh, dianalisis dengan
menggunakan kaedah kuantitatif.. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS, Statitiscal Package for Social Science.

Selepas itu, statistik deskriptif digunakan bagi menyusun  dan menginterpretasikan atau
menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik ini merupakan satu teknik yang
digunakan dengan mengambil satu bahan dan diringkaskan atau diproses dalam bentuk  lebih
ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut statistik
deskriptif ialah adalah nilai kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden
yang memberi maklumbalas dan ciri-ciri latar belakang responden yang diperoleh melalui
maklumat demografi responden.
4.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY TEST)
Kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam
mengikut pemboleh ubah kajian secara konsisten  setiap kali ianya digunakan pada masa dan
sampek yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah pengukuran untuk menentukan koefisien
kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Keboleh percayaan soal selidik diuji dengan
menggunakan prosedur Alpha Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan
dalaman. Keboleh percayaan keputusan soal selidik ditentukan berdasarkan semakin hampir
nilai Alpha kepada 1, ia menunjukkan tahap keboleh percayaan yang tinggi. Bagaimanapun,
nilai Alpha yang kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap instrumen yang digunakan
dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah. Nilai Alpha yang lebih
daripada 0.7, adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima(Uma
Sekaran, 1992).

Potensi terhadap pelancongan belia iaitu mengenai karekter pelancongan belia yang terdapat
19 kenyataan. Faktor tarikan yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7
kenyataan. Halangan serta faktor yang akan dipertimbangkan ialah sebelum melancong ialah
5 kenyataan. Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancongan belia ialah 6
kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan semua nilai Cronbach Alpha adalah
melebih 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan yang digunakan
boleh dipercayai.

BAB 5  JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN (CARTA


GANT)

BULAN 1 2 4 5 6 7 8 9 10
(2017)
AKTIVITI
Mengenal /////
pasti masalah
dan
pengumpulan
data awal
Memilih /////
masalah
Menyemak /////
soalan kaji
selidik
Pengumpulan /////
data
Analisa /////
masalah
Penilaian /////
penyelidikan
Penulisan /////
laporan
Semakan dan /////
pembetulan
Pembentangan /////

BAB 6 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Jumlah


Harga seunit Kos
1 KERTAS A4 5 RIM X RM 75.00
RM15.00
2 FAIL DAN BUKU 20 SET X RM 100.00
CATATAN RM 5.00
3 ALATULIS 2 SET X RM40
RM20
4 CETAK BAHAN RM 300
DAN LAPORAN
KAJIAN
JUMLAH RM 515.00
TOTAL

Anda mungkin juga menyukai