Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN INDIVIDU (15% Markah)

PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menyedarkan dan melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan tentang senario dan persekitaran keusahawanan di Malaysia pada masa kini.
Tambahan pula, tugasan ini akan meyakinkan pelajar keluar ke dunia nyata perniagaan dengan
pengumpulan maklumat melalui jaringan keusahawanan, pencarian maklumat dari Internet,
kemahiran temu duga dan sebagainya.

GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

1. Anda dikehendaki memilih SALAH SATU SOALAN yang diberikan.

2. Pelajar diminta untuk mendaftarkan soalan pilihan masing-masing dengan pensyarah melalui
email ataupun semasa pertemuan pertama.

a) Industri pelancongan merupakan antara aktiviti keusahawanan berdasarkan perkhidmatan


dapat menjana pendapatan negara dan juga meningkatkan imej negara. Tetapi, Industri
pelancongan mengalami masalah yang tidak dijangka pada tahun lepas disebabkan oleh tragedi-
tragedi tertentu. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah yang drastik untuk memulihkan
keadaan melalui beberapa agensi tetapi senario terkini tidak sepertimana dijangkakan.

Huraikan dengan terperinci tentang Industri pelancongan

di Malaysia Huraian, perbincangan dan cadangan perlu

mengandungi:
i. Apa itu industri pelancongan?
ii. Tahap pembangunan industri pelancongan.
iii. Kepentingan dan sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara.
iv. Halangan/cabaran industri pelancongan.
v. Sistem sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta yang ditawarkan untuk
pembangunan industri pelancongan.
vi. Langkah-langkah untuk mendorong dan membangunkan industri pelancongan.

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan anda perlulah yang TERBARU (keluaran 2015-2020).

2. Siri Modul Kendiri PJJ tidak boleh digunakan sebagai rujukan.

3. Bahan rujukan perlulah difotostat dan disertakan sebagai lampiran dan dijilidkan bersama
tugasan tersebut. Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL
ASSOCIATION (APA).

4. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam laporan tugasan:

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

http://sufianblogindustripelancongan.blogspot.com/2016/07/apa-itu-industri-pelancongan.html

APA ITU INDUSTRI PELANCONGAN

Pelancongan adalah merupakan gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat
tinggal dan tempat kerjanya yang biasa, kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
mereka dan kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut. Pelancongan
dianggap sebagai salah satu aspek kemewahan kerana tidak semua orang mampu untuk
melancong. Hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja yang dapat
melakukan aktiviti pelancongan ini    (Rahman H., 2013). Pelancongan merupakan sektor yang
melibatkan peranan yang saling berkaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang
awam (Wahab S. & Cooper, 2009).

Berdasarkan World Tourism Organization mendefinisikan perkataan ‘pelancongan’ sebagai


merangkumi semua perjalanan yang mengambil masa lebih dari 24 jam samada untuk tujuan
rekreasi, berniaga, belajar, kesihatan dan sebagainya    Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, para pengunjung mengunjungi negara Malaysia
kerana beberapa sebab seperti perniagaan, percutian, lawatan dan sebagainya (Ibrahim Y., 2001).
Pada masa ini, pelancongan menjadi satu bidang pelaburan yang dapat membawa kepada
pertumbuhan industri-industri lain yang menjadi penambah dalam pembangunan Malaysia untuk
menuju ke arah negara yang maju menjelang tahun 2020. Antara aspek yang perlu diberi
penekanan dalam sistem pelancongan adalah pembekal barangan, kewujudan pelancong,
kerajaan dan juga negara yang menjadi tuan rumah destinasi pelancongan. Terdapat dua bahagian
utama dalam sistem pelancongan yang memainkan peranan penting dalam menentukan
perkembangan dan kemajuannya iaitu bahagian pasaran dan pembekalan (Rahman H., 2013).

Pelancongan adalah satu agenda kerajaan kerana ia sangat berpotensi dalam bidang sosial, alam
sekitar dan ekonomi. Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam
memulakan undang-undang dan rangka kerja industri bagi membincangkan tentang peningkatan
pelancongan inisiatif dalam rancangan pembangunan Malaysia. Kajian yang telah dibuat oleh
Program Transformasi Ekonomi (ETP), Dasar Pelancongan Negara (NTP), Rancangan Fizikal
Negara (RFN) dan Local Agenda 21 (LA 21) membuktikan bahawa ketibaan pelancong asing ke
negara Malaysia telah meningkatkan pendapatan per kapita tahun demi tahun (Bhuiyan A.H.,
Siwar C. & Mohamad I.S., 2013).

Motivasi yang berbeza bagi setiap pelancong biasanya akan menentukan tujuan mereka
melancong seperti melancong untuk menambah minat dalam kehidupan, memenuhi keperlan
untuk berehat dan juga untuk mengenali budaya orang lain. Selain itu, pelancong biasanya
melancong ke sesuatu detinasi adalah untuk memenuhi beberapa aktiviti dalam tujuan
perniagaan, lawatan dan juga berhibur. Tujuan mereka melancong ini seterusnya mewujudkan
kategori dan jenis pelancong dalam industri pelancongan (Rahman H., 2013).

Pembangunan dalam industri pelancongan merupakan salah satu elemen utama bagi stiap
rancangan pembangunan di Malaysia. Kerajaan telah memberikan perhatian khas untuk
menekankan kepada sektor pelancongan dalam tempoh setiap pelan yang telah dirangka.
Kerajaan menerima pakai dan merumuskan pelbagai undang-undang dan peraturan bagi
memastikan pembangunan pelancongan adalah dalam keadaan yang baik serta melaksanakan
dasar yang perlu. Akhirnya, Malaysia menyasarkan untuk menguasai suatu tempat di dalam 10
negara teratas di dunia dari segi kemasukan pelancong asing (Bhuiyan A.H., Siwar C. &
Mohamad I.S., 2013).

Berdasarkan kepada pengalaman dari negara lain, pelancongan dapat dibuktikan sebagai
penyumbang yang berpotensi kepada sektor ekonomi. Hal ini adalah kerana ia merangsang
pelaburan dari negara asing untuk memenuhi permintaan domestik dan juga untuk
mengembangkan infrastruktur pelancongan (Lean H.H., Chong S.H. & Hooy C., 2014).

Industri pelancongan dapat membuka peluang pekerjaan samada pekerjaan secara lansung, tidak
lansung dan juga penempatan disebabkan pengambilan para pekerja dalam bidang ini. Industri
ini juga terus menjadi sumber utama tukaran asing, yang menyumbang kepada pertumbuhan
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pelaburan dan guna tenaga serta mengukuhkan akaun
perkhidmatan dalam imbangan pembayaran (Johan M., 2015).

http://fizayini.blogspot.com/2016/06/industri-pelancongan-di-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai