Anda di halaman 1dari 35

Melayu & Islam - 1

Adakah Islam yang orang Melayu terima secara keturunan itu mampu menyelamatkannya di
dunia ini dan di Akhirat kelak?

Melayu & Islam


Tulisan ini mempersoalkan; Siapakah orang Melayu dan Siapakah orang Islam? Supaya
manusia dapat mengenali di manakah yang sepetutnya dia memberi keutamaan.

Melayu menerima Islam lebih kurang 600 tahun yang lalu dan kini Islam telah
menjadi sebahgian dari Melayu sehingga termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
dalam mendefinasikan Melayu sebagai yang beragama Islam selain berbahasa Melayu
dan mengamalkan segala adat dan budaya Melayu. Ikatan "Melayu-Islam" ini telah
berjalan semenjak Tanah Melayu mendapat Kemerdekaan dan kini setelah mencapai
lebih 50 tahun kemerdekaan, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan lagi. Melayu
telah dijadikan sebahgian Islam dan Islam telah dijadikan sebahgian Melayu.
Akhirnya Melayu telah menganggap bahwa Islam adalah hak milik orang Melayu.
Lalu sesiapa sahaja dari rakyat Malaysia yang ingin memeluk Islam hendaklah dia
memeluk Melayu, lalu dia dikatakan telah "masuk Melayu". Dan ikutan dari itu dia
hendaklah berpakaian Melayu, makan seperti orang Melayu. Bercakap dengan bahasa
Melayu. Dia tidak dibenarkan balik ke rumah ibubapanya yang bukan Islam, dilarang
tidur dirumah ibubapanya dan memakan di rumah ibubapanya. Keadaan ini telah
menimbulkan berbagai masalah dan tekanan kepada mereka yang baru memeluk
Islam dan ia merupakan antara akibat ramainya mereka yang memeluk Islam,
akhirnya kembali murtad kerana tidak tahan dengan tekanan dan layanan yang buruk
dari masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka yang baru memeluk Islam.

"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari


seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-
mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal"
Al-Quran surah al-Hujurat (49) ayat 13.

‫ ﳓﻤﺪﻩ ﻭﻧﺴﺘـﻌﻴﻨﻪ ﻭﻧﺴﺘـﻐﻔﺮﻩ ﻭﻧﻌﻮﺫ ﺑﺎﷲ ﻣﻦ ﺷﺮﻭﺭ ﺃﻧﻔـﺴﻨﺎ ﻭ‬،‫ﺇﻥ ﺍﳊﻤﺪ ﺍﷲ‬
‫ ﻭﺃﺷـﻬﺪ ﺃﻥ‬،‫ ﻭ ﻣﻦ ﻳﻀـﻠﻞ ﻓﻼ ﻫﺎﺩﻯ ﻟﻪ‬،‫ ﻣﻦ ﻳﻬﺪﻩ ﺍﷲ ﻓﻼ ﻣﻀﻞ ﻟﻪ‬،‫ﺳﻴﺌـﺎﺕ ﺃﻋﻤﺎﻟﻨﺎ‬
Melayu & Islam - 2

.‫ ﻭ ﺑﻌﺪﻩ‬.‫ ﺓﺃﺷـﻬﺪ ﺃﻥ ﳏﻤﺪًﺍ ﻏﺒﺪﻩ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ‬،‫ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇ ﹼﻻ ﺍﷲ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ‬

Mukaddimah
Dalam Perlembagaan Malaysia telah ditetapkan definisi "Melayu" sebagai
seorang yang "beragama Islam" selain dia bertutur Bahasa Melayu dan
mengamalkan adat dan budaya Melayu. Dengan definisi ini, secara automatiknya
orang Melayu adalah beragama Islam. Kita tidak tahu sama ada seseorang itu akan
hilang "Melayu"nya sekiranya dia meninggalkan agama Islam atau, dia tidak boleh
menanggalkan agama Islam dari dirinya. Saya kira hanya Malaysia sahaja satu-
satunya negara yang menetapkan bahwa agama dikaitkan dengan bangsa. Adakah
penetapan ini sama seperti apa yang telah ditetapkan oleh Yahudi kepada bangsanya
sebagai "Bangsa yang terpilih oleh Tuhan", lalu berdasarkan fahaman ini, Allah akan
hanya menerima bangsa Yahudi sahaja ke dalam Surga dan semua bangsa lain
dipandang rendah, hina dan ditolak. Selain itu mereka juga tidak boleh berkahwin
dengan bangsa lain kerana nanti darah keturunan mereka bukan lagi Yahudi tulin
dan dengan itu mereka akan hilang status mereka sebagai Yahudi. Mungkin apa yang
termaktub dalam perlembagaan Malaysia itu tidaklah sampai kepada tahap apa yang
telah ditetapkan oleh Yahudi, tetapi menetapkan bahwa yang dikatakan "Melayu" itu
hendaklah juga yang beragama Islam, nampaknya seakan-akan begitu.

Jika kita merujuk kepada negara jiran kita seperti di Indonesia, tidak pula kita
dapati definisi "Melayu" seperti di Malaysia. Ramai Melayu di Pulau Bali, Indonesia,
yang beragama Hindu turun temurun dan kini terdapat ramai juga orang Melayu
Indonesia yang beragama Kristian dan di Malaysia walaupun tidak ketara Melayu-
Kristian tetapi sememangnya telah wujud. Begitulah juga didapati di negara-negara
Arab. Ramai Arab yang beragama Kristian, khususnya di Palestine, Lubnon, Syria,
Mesir dan lain-lain negara. Jadi, apakah yang istimewanya Melayu di Malaysia
sehingga bangsa dikait rapat dengan agama? Apakah "untung"nya Melayu apabila ia
disatukan dengan Islam atau sebaliknya, apakah "untung"nya Islam1 apabila ia

1
Bila disebut "untung" Islam, ini bukanlah bererti Islam itu bergantung kepada
sesuatu. Sebenarnya Islam tidak pernah bergantung kepada mana-mana
makhluk Allah. Dalam sebuah hadits Qudsi, mafhum ringkasnya; Jika sekuruh
umat manusia baik ia tidak sedikitpun menjejaskan Rahmat Allah. Jika seluruh
umat manusia minta kepada Allah, ia sedikitpun tidak menjejaskan kekayaan
Allah, dan jika seluruh manusia menjadi sejahat-jahat manusia, ia sedikitpun
tidak menjejaskan kekuasaan Allah. Jadi Islam tidak terjejas jika manusia
Melayu & Islam - 3

disatukan dengan Melayu?

Untung/Rugi
Mungkin ada "untung"nya bagi "Melayu" apabila ia dikaitkan dengan Islam
kerana Islam dapat memberi jalan keluar atas kelemahan Melayunya. Jika kita
membandingkan orang Melayu dengan bangsa lain di Malaysia, kita akan dapati
orang Melayu jauh lebih mundur dan lemah dalam hampir segala segi, pendidikan,
ekonomi, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Jangan salahfaham! Bukan tidak ada
orang Melayu yang rajin, pandai dan bersungguh-sungguh dan berjaya, tetapi
bilangannya bukanlah boleh dijadikan norma (norm). Kelemahan ini dapat kita lihat
dalam kelakuan pemimpin-pemimpin Melayu di Parlimen. Pemikiran mereka sangat
cetek dan tidak berilmiah, malah ia tidak lebih seperti kanak-kanak bertengkar atau
percakapan dikedai kopi sahaja, berbanding dengan pemimpin-pemimpin dari
bangsa lain. Dalam satu sesi Parlimen dilaporkan ada ahli yang menyindir sifat
wanita. Bagaimana seseorang boleh mengeluarkan kata-kata menyindir sifat wanita
padahal wanita adalah ciptaan Allah seperti juga Allah mencipta lelaki. Tidakkah ia
terfikir, dengan menyindir sifat wanita, ia telah menyindir ciptaan Allah. Kerana
Allahlah yang mencipta wanita begitu rupa dengan segala kekuatan dan
kelemahannya. Maka menyindir ciptaan Allah bererti menyindir Allah. Mungkin ia
mengeluarkan kata-kata itu secara jahil tetapi orang yang ada Islam di dalam dirinya
akan meletakkan Islam dihadapan dan sepatutnya sangat berhati-hati dalam apa-
apapun yang keluar dari mulut seorang Muslim. Lebih-lebih lagi seorang pemimpin
ummah. Jika begitulah kelakuan dan sikap pemimpin ummah, bagaimanakah pula
kelakuan dan sikap ummah yang melantik mereka? Jika mereka merupakan orang
yang terbaik dalam masyarakat Melayu-Islam (kerana seorang pemimpin itu
hendaklah dilantik dari kalangan yang terbaik), maka ini bererti orang Melayu-Islam
sedang berada pada tahap yang sungguh mengecewakan.

Tetapi orang Melayu-Islam boleh rasa lega atas kelemahan ini dengan
mengambil sikap "Dunia ini bukan untuk orang Islam. Dunia ini untuk orang Kafir.
Orang Islam dunianya adalah di Akhirat". Dengan kefahaman dan pegangan
tersebut, orang Melayu-Islam akan rasa lega. la merupakan satu jalan keluar atas

Melayu menjadi jahat dan begitu juga Islam tidak rugi jika manusia Melayu
menjadi baik. Islam sememangnya baik dan ia sesuatu yang Allah telah offer
kepada manusia supaya manusia itu dapat menyelamatkan dirinya di dunia dan
di akhirat. Tetapi perkataan "untung" disini hanya digunakan dalam konteks
bahasa sahaja.
Melayu & Islam - 4

kelemahannya atau kegagalannya. Maka kita pun terdengarlah kata-kata seperti


“nasib secupak tidak akan menjadi segantang”. la merupakan satu sikap yang disebut
oleh orang bukan Islam sebagai "escapism".

Bagaimana pula dari sudut Islam? Adakah Islam "untung" apabila ia disatukan
dengan "Melayu"? Nampaknya Islam tidak dapat apa-apa keuntungan dari bangsa
Melayu. Sebaliknya banyak "keburukan" yang dialami oleh Islam. Bangsa lain yang
bukan beragama Islam, melihat kelemahan dalam diri orang Melayu sebagai
kelemahan Islam. Pakaian Melayu sebagai pakaian Islam, nama Melayu sebagai
nama Islam, budaya dan adat Melayu sebagai budaya dan adat Islam (walaupun ada
budaya dan adat itu yang bertentangan dengan Islam). Kita dapati betapa banyaknya
orang Melayu-Islam yang memohon kepada keramat-keramat, wali-wali. Berjumpa
dengan bomoh (termasuk bomoh Siam), semua itu sangat bertengan dengan ajaran
Nabi Muhammad s.a.w. Begitulah juga orang Melayu melihat semua budaya dan
adat bangsa selain Melayu sebagai budaya dan adat kafir - makan dengan "chopstick"
mereka anggap sebagai makan secara orang Kafir, tetapi mereka tidak merasa
"secara kafir" apabila makan dengan sudu dan garpu. Akhirnya segala kelemahan
orang Melayu dipandang oleh bangsa bukan Melayu sebagai kelemahan Islam.
Sehingga apabila seseorang itu memeluk Islam, ia dikatakan telah "masuk Melayu".
Orang bukan Melayu memandang Melayu sangat lemah oleh itu sesiapa yang
memeluk Islam akan dipandang rendah oleh masyarakat bukan Melayu. Sebab
mereka melihat orang yang memeluk Islam itu sebagai masuk Melayu. Mungkin
inilah salah satu sebab kenapa bilangan orang bukan Islam memeluk Islam sangat
sedikit di Malaysia berbanding dengan negara-negara bukan Islam yang lain.

Saya sangat tertarik semasa menonton rancangan di TV9 pada 17 Mei 2007 jam
10 pagi. Kalau tidak silap saya ia adalah rancangan TV Pendidikan. Dialog antara
pelajar-pelajar ada menyebut bahwa untuk menjaga “sensitiviti” kaum maka
dikatakan orang "India tidak makan daging lembu dan orang Melayu pula tidak
makan daging khinzir". Kenyataan ini walaupun pada umumnya boleh diterima
tetapi pada hakikatnya salah. Tidak ada satupun dalam masyarakat India yang
melarang orang India dari memakan daging lembu dan begitulah juga tidak ada
satupun larangan bahwa orang Melayu tidak boleh makan daging khinzir. Malah kita
dapati orang India yang beragama Islam mereka boleh makan daging lembu dan
orang Melayu yang bukan beragama Islam mereka boleh makan daging khinzir. Jadi
di sini kita lihat betapa diperingkat sekolah lagi pelajar-pelajar telah
di"indoctrinated" dengan fahaman yang mengaitkan "agama dengan bangsa".
Melayu & Islam - 5

Mereka yang menulis skrip itu tidak peka dengan hakikat fakta sebenar.

Bangsa Melayu suka menerima sesuatu tanpa meneliti dan kritikal. Begitulah
kita melatih dan membina minda masyarakat kita sehingga banyak salah faham
boleh berlaku. Nampaknya begitulah orang Melayu-Islam semasa belajar agama
mahupun pelajaran akademik lain, mereka hanya menurut sahaja apa-apa yang
disampaikan oleh tok-tok guru dan mereka dilarang dari banyak bertanya. Sehingga
di sekolah-sekolah pun pelajar-pelajar tidak bertanya. Mereka menerima sahaja apa
yang disampaikan oleh guru. Apabila perkara seperti ini dibiarkan untuk terus
berlanjutan, akhirnya Melayu-Islam akan menjadi seorang “Pak-Turut” dan
“bertaqlid buta”.

Kini, manusia telah mula bertanya dan apabila ada pihak-pihak yang
membangkitkan persoalan "Agama dengan bangsa", lalu ada pihak yang akan
melenting dan marah. Bukan menjawab secara ilmiah sebagai manusia yang Allah
telah anugerahkan akal, tetapi menjadi emosional dan peribadi.

Fahaman sebegini sangat merugikan Islam. Penceramah-penceramah Melayu-


Islam banyak menumpukan ceramah dan aktiviti mereka kepada orang "Melayu-
Islam". Rancangan-rancangan keagamaan di Malaysia hampir 90% tertumpu kepada
masyarakat Melayu. Sehingga tersiar di akhbar-akhbar bahwa setelah 600 tahun
lebih Islam bertapak di Malaysia dan kini begitu ramai masyarkat Cina yang telah
memeluk Islam, tetapi masih tidak terdapat sebuahpun masjid yang diperuntukkan
untuk Cina-Islam. Dan suara-suara yang berikutan dari berita itu amat sangat
cemburu dengan kemelayuannya Islam di Malaysia ini, seolah-olah memberi
gambaran bahwa Islam di Malaysia ini hak "eksklusif" bangsa Melayu. Lalu kitapun
dapat lihatlah istilah-istilah yang diberi kepada mereka yang baru memeluk Islam
dengan gelaran-gelaran, "Mat Aluh" (pada masa dahulu), dan kini diberi nama
"saudara baru" walaupun mereka telah berpuluh-puluh tahun memeluk Islam dan
ada yang telah mencapai pendidikan dalam bidang agama sampai ke peringkat
doktorat, tetapi mereka masih disebut "saudara baru". Telah sampai begitu sekali
tahap Melayunya Islam di Malaysia.

Dalam sejarah keagamaan dunia, kaum Yahudi (Hebrew) telah


menghubungkaitkan bangsa dengan agama. Mereka mendakwa bahwa bangsa
Yahudilah satu-satunya bangsa yang diterima oleh Allah, sebagai bangsa yang
terpilih. Mereka meletakkan bangsa mereka pada tempat yang paling tinggi sehingga
siapa pun tidak boleh menyentuh mereka. Mereka merasa bangga dengan Yahudi
Melayu & Islam - 6

mereka dan mereka memandang bangsa lain dengan penuh kehinaan. Mereka juga
sangat cemburu dengan Yahudi mereka dan bangsa lain yang ingin memeluk agama
mereka tidak akan diterima. Malah jika ada orang Yahudi yang berkahwin dengan
bukan Yahudi, mereka digelar sebagai "goyim". Mereka ini bukan Yahudi tulin dan
mereka dipandang hina dan rendah. Begitulah juga dengan agama Hindu dengan
sistem kastanya. Golongan “untouchables” sangat hina sehingga mereka tidak
mempunyai sebarang maruah sebagai seorang manusia. Mereka diperlakukan sesuka
hati oleh golongan Brahmin. Bayang “untouchables” ini tidak boleh terkena golongan
Brahmin nanti akan mencemarkan dirinya sebagai seorang Brahmin. Golongan
Brahmin akan terus melahirkan keturunan Brahmin dan golongan “untouchables”
ini akan terus melahirkan keturunan “untouchables”. Sebelum kedatangan Nabi Isa
a.s, fahaman-fahaman masyarakat sangat tertumpu kepada puak dan bangsa.
Fahaman Hellenism Greek dan yang terkini Fahaman Nazism atau Fascism semua
ini menunjukkan bahwa manusia sangat menitikberatkan perkauman. Ini bererti,
kesatuan mesti berdasarkan perkauman, kebenaran mesti berdasarkan perkauman.
Akhirnya wujud berbagai fahaman moden seperti Komunism, Marxism, Capitalism
dan berbagai "ism-ism" lain.

Kedatangan Nabi Isa a.s. antaranya adalah untuk membantah fahaman Yahudi
tersebut; khususnya dalam masyarakat Yahudi dimana beliau diutuskan. Akibatnya
mereka cuba membunuh Nabi Isa a.s. Ajaran Nabi Isa a.s. kepada universaliti
kemanusiaan yang hanya memperhambakan diri kepada Allah kemudiannya
diselewengkan oleh golongan yang mengaku diri mereka sebagai pengikut Nabi Isa
a.s. Maka orang-orang seperti Paul, Mathiews dan Athanian (beliaulah yang
mempeluporkan akidah Triniti) mengeluarkan konsep-konsep perkauman sehingga
ia menjadi pegangan dan kepercayaan orang-orang Kristian hari ini. Semua fahaman
itu tidak pernah diajar oleh Nabi Isa a.s.2

Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja untuk mengesahkan ajaran


Nabi Isa a.s. dan nabi-nabi yang terdahulu, tetapi melengkapkan ajaran itu dengan
contoh-contoh yang cukup praktical. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan agama yang benar-benar universal. Dalam jangka masa yang begitu
singkat, Islam telah menyerap hampir seluruh bangsa manusia di muka bumi ini.
Islam hari ini terdiri dari berbagai bangsa, warna kulit, dan dari berbagai bahasa.
Mereka semua itu Islam. Mereka semua adalah bersaudara dalam Islam (bukan

2
Christian Ethic, Dr. Ismail Faruqi
Melayu & Islam - 7

saudara baru). Semasa zaman Nabi s.a.w., Bilal r.a. seorang hamba dari bangsa kulit
hitam dan dia menjadi seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat disayangi. Begitu
juga Salman al-Farisi r.a. yang berbangsa Parsi, Imam Bukhari yang begitu hebat,
bukanlah dari bangsa Arab. Nabi s.a.w. juga menegaskan bahwa tidak ada kehebatan
bangsa Arab dari bangsa-bangsa lain dan Allah berfirman yang bermaksud bahwa
orang-orang yang berjaya adalah mereka yang datang kepada-Nya dengan "hati
yang taqwa, lurus dan ikhlas".3 Allah tidak menyebut bangsa, dan bangsa
bukanlah ukuran ketaqwaan. Allah tidak akan menyoal seseorang kerana bangsanya
atau kerana warna kulitnya atau kerana fisikalnya. Putih atau hitam, sihat atau cacat,
tinggi atau rendah, dari utara atau selatan, dari timur atau barat, kaya atau miskin,
semua itu bukanlah ukuran ketaqwaan. Semua itu tidak akan disoalkan oleh Allah.
Allah akan menyoal manusia atas "pilihannya". Kenapa ia tidak pilih Islam, padahal
Islam terpampang dihadapannya? Semua maklumat mengenai Islam ada di hujung
jarinya. Yang inilah setiap manusia mesti jawab di hadapan Allah nanti. Kenapa
seseorang itu pilih untuk berbohong padahal dia mampu bercakap benar? Kenapa
seseorang itu pilih untuk menipu padahal dia boleh pilih untuk tidak menipu?
Kenapa dia pilih untuk membunuh padahal dia boleh pilih untuk tidak membunuh?
Soalan-soalan seperti ini tidak ada kaitan dengan bangsa. Seorang bangsa Cina atau
pun yang berkulit hitam tetapi beriman dengan penuh ketaqwaan kepada Allah,
maka dia jauh lebih mulia disisi Allah berbanding seorang Melayu-Islam yang tidak
pernah ambil tahu tentang agamanya.

Jadi, bangsa Melayu tidaklah hebat semata-mata kerana mereka beragama Islam.
Lebih-lebih lagi Islam yang terdapat pada diri orang Melayu hari ini adalah "by
chance" (secara tidak sengaja/secara keturunan) atau dalam perkataan lain, Islam
pada diri orang Melayu bukan secara "pilihan". Dia dilahirkan di dalam keluarga
Islam, lalu Islamlah dia. Dan Islam yang dia ikuti pula adalah Islam ibu-bapanya.
Jika ibu-bapanya pengamal bid’ah, dia juga ikut begitu. Apabila ditanya kenapa buat
sedemikian, dia akan menjawab, “Kami sudah lama berbuat sedemikian. Takkanlah
tok-tok nenek kami dahulu salah?”. Cuba fikir, dengan nada sedemikian, adakah
orang Melayu akan pilih Islam sekiranya dia dilahirkan dalam keluarga bukan Islam
(Na’uzibillah) seperti Melayu Bali?. Jika sekiranya sikap orang Melayu-Islam itu
secara ikut tok-tok nenek, maka jika dia dilahirkan dalam keluarga bukan Islam
maka dia juga akan turut amalan tok-tok neneknya. Seperti yang berlaku pada
Melayu Bali di Indonesia. Mereka tidak mencari Islam dan begitulah juga golongan

3
al-Baqarah 2:177;
Melayu & Islam - 8

jahiliyyah Quraisy. Lihatlah kepada kaum Quraisy yang menentang Nabi s.a.w.,
walaupun mereka sama-sama berbangsa Arab dari suku Quraisy. Mereka bukan
sahaja tidak Islam tetapi mereka terus menentang Islam, semata-mata kerana ikut
tok-tok nenek. Mereka tidak mencari Islam. Mereka tidak mahu memahami Islam.
Mereka berdegil di atas amalan mereka walaupun ia jelas bertentangan dengan al-
Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Amalan-amalan Yang Bertentangan Dengan Islam


Nampaknya Islam di Malaysia banyak kerugiannya apabila ia disatukan dengan
Melayu. Ini kerana kelemahan dan kekurangan pada bangsa Melayu bukan dilihat
sebagai kelemahan bangsa tetapi dilihat sebagai "kelemahan" Islam. Berikut ini
adalah amalan-amalan buruk bangsa "Melayu" yang sangat bertentangan dengan
Islam. Amalan-amalan yang Islam sangat melarang tetapi ia tetap dilakukan oleh
orang "Melayu-Islam".

Buang Anak, Dadah, Meragut, Merokok


Hampir 100% amalan-amalan ini berlaku dikalangan orang "Melayu-Islam". Ini
bererti Islam yang ada pada dirinya tidak membantunya menjauhi jenayah ini. Islam
yang ada dalam dirinya itu tidak berkesan ataupun adakah Islam itu telah hilang dari
dirinya?

Merokok - merupakan satu amalan yang tidak sedikitpun memberi kebaikan


kepada seseorang. Walaupun ada pihak yang berpendapat bahwa merokok itu
"makruh" tetapi ia tidak menolak hakikat bahwa merokok bukanlah sesuatu yang
baik. Kini bukti-bukti telah nyata bahwa rokok boleh menyebabkan penyakit
"kanser" dengan itu ia suatu yang boleh memudaratkan diri seseorang. Islam sangat
melarang kita memakan makan-makan yang tidak berkhasiat, yang boleh
memudharatkan diri seseorang. Sehubungan dengan itu Islam telah memerintah kita
supaya memakan hanya makanan-makanan yang baik-baik sahaja. Setiap orang
Islam dipertanggungjawabkan supaya menjaga kesihatan fisikal dan mentalnya.
Kenapa masih ramai orang Melayu-Islam yang merokok, apabila ia jelas
bertentangan dengan perintah Allah dan Sunnah Nabi (saw)?

Jika merokok merupakan sesuatu yang telah menjadi tabiat yang sukar dibuang
dari orang "Melayu-Islam", maka dadah merupakan penagihan yang telah parahkan
orang "Melayu-Islam". Jika merokok yang dianggap pembunuh senyap (silent killer)
Melayu & Islam - 9

pun orang Melayu-Islam tidak mampu berhenti, maka jauh sekali berhenti dari
penagihan dadah. Jika "Islam" tidak mampu menghapuskan amalan merokok
dikalangan Melayu-Islam, nampaknya "Islam" juga tidak mampu mengjauhkan
orang Melayu-Islam dari penyakit dadah ini. Begitulah juga dengan maksiat yang
lain seperti "membuang anak" dan melakukan "jenayah meragut".

Hakikat ini jelas kepada kita bahwa Islam yang diikat kepada bangsa Melayu
merupakan satu ikatan yang "superficial" (luaran). Hanya untuk mengatakan bahwa
dia seorang bangsa Melayu dan Islam hanya datang kepadanya sebagai suatu
kemudahan yang tidak sedikitpun membawa sebarang erti, jauh sekali diterimanya
untuk menjadikan bangsa Melayu satu bangsa yang hebat. Jangan salah faham,
bukan Islam yang gagal, tetapi manusia Melayu yang tidak memahami agamanya,
yang telah menerima agamanya secara keturunan dan ikutan “taqlid buta”, mereka
inilah yang gagal.

Berebut Harta Pusaka Dan Harta Anak Yatim


Orang Melayu apabila dikatakan kepadanya bahwa dia seorang pencuri, akan
marah kerana padanya dia tidak pernah mencuri, oleh itu dia bukan seorang pencuri.
Tetapi apabila dia mengambil harta pusaka tanpa mengikuti proses yang betul
seperti yang ditetapkan oleh Islam dia tidak sedikitpun merasa bahwa dia telah
mencuri. Atau dia mengambil rasuah atau melaksanakan projek yang tidak mengikut
spesifikasi supaya mendapat untung lebih, semua ini dia tidak akan mengatakan
bahwa dia seorang pencuri, walaupun hakikatnya adalah mencuri. Begitu jugalah
kita dapati ada orang Melayu-Islam yang sanggup membunuh kerana merebut harta
pusaka. Seorang Melayu-Islam tidak akan merasa malu atau salah apabila dia
mengambil harta anak yatim. Dia juga tidak merasa berdosa apabila mengambil satu
inci dari tanah bendang jirannya. Dia tidak akan merasa bahwa dia telah “mencuri”
apabila dia terima rasuah. Dan dia akan kata dia bukan pencuri. Dia sedikit pun
tidak merasai bahwa rezeki yang dia beri kepada anak-isterinya itu adalah hasil dari
wang curi. Dia tidak sedikitpun merasai bahwa apa yang dia lakukan itu akan
dipersoalkan oleh Allah dan seterusnya dia akan menerima balasan sesuai dengan
apa yang dia telah lakukan.

Sekali lagi ini membuktikan bahwa Islam pada diri orang Melayu hanya
merupakan ikatan yang palsu yang sedikitpun tidak berkesan pada dirinya. Malah
dia tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang “Islam”, tetapi hanya melihat
dirinya sebagai seorang “Melayu” dan Islam pada dirinya hanya sesuatu yang ada
Melayu & Islam - 10

padanya secara kebetulan dan dia tidak pernah memberi perhatian kepada Islamnya.

Bergaduh Sesama Seagama Kerana Politik Kepartian


Apa yang berlaku di Ijuk tempoh hari dan juga yang pernah berlaku di lain-lain
tempat semasa pilihanraya, samada kecil mahupun umum, ia jelas bertentangan
dengan ajaran Islam. Ajaran Islam yang menyatakan orang Islam adalah bersaudara,
tidak berlaku dalam politik Malaysia. Ini menunjukkan bahwa politik kepartian telah
mengenepikan Islam. Melayu bergaduh sesama "Melayu" sama seperti yang berlaku
di kalangan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah datangnya Islam,
Arab bersatu di bawah panji-panji Islam sehingga golongan Muhajirin dan Ansar
boleh bersatu dan boleh berkongsi harta serta boleh bekerjasama. Apabila Melayu
dengan Melayu bergaduh ini bukan Islamik, kerana Islam melarang bergaduh
sesama Islam. Pada ketika bergaduh itu, dia bukan lagi “Melayu-Islam” tetapi dia
“Melayu-Melayu”. Islam telah terkeluar dari dirinya. Bagaimana jika dia mati ketika
Islam terkeluar dari dirinya?

Apa yang berlaku di dalam politik di Malaysia adalah bertentangan dengan


Islam. Ini bukan bererti politik itu tidak boleh dalam Islam. Tetapi kenapakah harus
berkelahi. Kenapa harus ada jerit-menjerit, tuduh-menuduh dan baling-membaling?
Ini bererti Islam pada Melayu itu tidak sedikitpun membantu Melayu menjadi
manusia yang baik. Sebaliknya Islam dilihat buruk kerana buruknya perangai
Melayu. Dan yang turut hilang bukan sahaja Islam tetapi juga budaya Melayu yang
sopan-santun. Itu juga turut musnah. "Melayu" juga turut hilang, bukan sahaja
Islamnya tetapi juga "Kemelayuannya". Dia telah menjadi sebuah bangsa yang tidak
bermaruah, tidak beradat, tidak berbudaya dan tidak beragama.

Suka Berlebihan Dan Menunjuk-nunjuk


Khususnya dikalangan orang-orang Politik dan Orang Kaya Melayu - Media di
Malaysia sangat gemar menghebahkan kehebatan seseorang khususnya orang-orang
Melayu yang kaya dengan menyiarkan berita-berita kehebatan orang-orang tertentu
dalam menyambut dan merayakan majlis-majlis perkahwinan. Ini termasuk
menghebahkan wang belanja perkahwinan yang mencecah ratus ribu. Pakaian yang
bernilai berpuluh ribu dan berbagai lagi yang berkaitan dengan kemewahan. Mereka
sanggup mengeluarkan kata-kata, apa salahnya sekali seumur hidup, atau jika kita
mempunyai kemampuan, apa salahnya. Ini adalah kata-kata orang “Melayu” bukan
kata-kata seorang “muslim”. Islam melarang menunjuk-nunjuk, melarang
Melayu & Islam - 11

berlebihan dan melarang pembaziran.

Perayaan-perayaan yang merupakan tiruan dari Barat seperti festival-festival


bunga, citra-warna, sambutan kemerdekaan semua itu menelan belanja bukan
sahaja berjuta tetapi ratusan juta. Pada masa yang sama kita juga ditayangkan
dengan kemiskinan rakyat. Masih ada rakyat yang miskin, yang kais pagi makan
pagi, sementara ada pihak yang membelanja boros dan membazir. Maka kita lihat
bahwa kekayaan dan kema’muran ini tidak pula menolong golongan yang lemah dan
miskin. Kita tidak hairan jika yang melakukannya orang bukan Islam. Tetapi apabila
orang Melayu-Islam melakukan seperti ini, ia bukan sahaja suatu pembaziran tetapi
ia juga satu kesombongan terhadap Allah. Dalam keadaan seperti ini, Allah amat
murka dan tidak redho dengan semua amalan-amalan tersebut. Maka akan
datanglah kemurkaan Allah. Dan ketika datangnya kemurkaan Allah, ia tidak terhad
kepada orang yang zalim sahaja. Malah kemurkaan Allah akan meliputi seluruh
umat. Ini kerana ummah telah membiarkan kemungkaran untuk terus berlaku.
Ummah tidak pernah melarang kemungkaran. Maka dengan itu ummah akan
menerima akibat dari pemencilan dirinya dari melaksanakan amr ma’aruf dan nahy
mungkar.

Rasuah dan Tidak Amanah


Rasuah dan pecah amanah berlaku dengan berleluasa di kalangan pihak-pihak
berkuasa yang kebanyakkannya terdiri dari golongan Melayu-Islam. Islam pada diri
mereka tidak membantu mereka menjauhi amalan buruk ini. Oleh itu watak buruk
bangsa Melayu yang suka merasuah telah merosakkan nama baik Islam yang
sememangnya melarang rasuah.

Bayangkan mereka yang diberi amanah menguruskan wang orang Islam di dalam
Tabung Haji, sanggup menyelewengkan wang beratus juta ringgit. Siapakah mereka?
Mereka adalah orang "Melayu-Islam". Kemanakah perginya "Islam" yang mereka
mengaku ada pada diri mereka sejak dilahirkan? Sebenarnya ketika mereka
melakukan perkara itu, mereka bukanlah orang Islam, tetapi Melayu. Malangnya
kerana mereka kaitkan Islam kepada Melayu maka Islam turut mendapat
keburukannya. Walaupun amalan-amalan rasuah seperti ini dilakukan oleh
segolongan yang kecil, tetapi perbuatan mereka dilihat oleh umum sebagai
perbuatan bangsa Melayu-Islam, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku berulang kali.

Cuba lihat laporan audit negara setiap tahun. Pembaziran dalam perbelanjaan
Melayu & Islam - 12

wang rakyat amatlah sangat ketara. Semua itu diuruskan oleh pegawai-pegawai
Melayu-Islam. Kontraktor-kontraktor Melayu-Islam yang mendapat kontrak
kemudian setelah mendapat pembayaran, mereka tinggalkan projek terbengkalai,
kemudian projek itu diberi pula kepada kontraktor lain dengan peruntukan yang
baru. Tidakkah mereka terfikir bahwa itu adalah mencuri wang rakyat? Ini bererti
Islam yang ada pada orang Melayu tidak membantunya menjadi seorang yang
beramanah. Sekali lagi bukan tidak ada orang Islam-Melayu yang beramanah, tetapi
jumlahnya sangat terlalu kecil.

Tentang membantu golongan miskin, Islam menetapkan penubuhan Baitul Mal


sebagai satu institusi kewangan untuk membantu umat yang miskin. Setiap tahun
Baitul Mal menerima zakat yang mencecah berpuluh-puluh juta ringgit malah ada
negeri yang menerima beratus-ratus juta ringgit. Dan setiap tahun kita dimaklumkan
bahwa wang Baitul Mal sangat berlebihan. Kita tidak tahu adakah wang berlebihan
ini kerana tiadanya orang yang layak menerima bantuan Baitul Mal seperti yang
pernah berlaku dizaman Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. atau wang tersebut tidak di
agih dengan betul. Saya pasti sekiranya wang ini diagih dengan betul, wang tersebut
tidak boleh ada berlebihan dan tidak akan ada kisah-kisah kemiskinan dan
kesedihan seperti "bersamamu" yang disiarkan melalui TV3.

Oleh kerana masih terdapat kemiskinan dari kalangan orang "Melayu-Islam"


atau "orang Islam" tetapi wang Baitul Mal masih berlebihan, kita hanya boleh
merumuskan bahwa ada yang tidak kena dengan sistem pengurusan Baitul Mal yang
dilaksanakan di Malysia yang kebanyakannya diuruskan oleh orang "Melayu-Islam".

Dalam kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan kaum wanita pula, begitu
banyak kisah-kisah yang tidak selesai bertahun-tahun. Padahal mahkamah Syariah
hanya menguruskan kes rumah tangga sahaja. Tidak seperti mahkamah sivil yang
menguruskan berbagai kes termasuk kes-kes jenayah. Oleh itu untuk menangguhkan
dan membiarkan kes-kes berlanjutan sehingga bertahun-tahun adalah amat
bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. serta para sahabatnya
dahulu di mana setiap kes yang dikemukakan diselesaikan dengan serta merta.

Begitulah juga dengan kes-kes seperti yang berlaku ke atas keluarga Morthy yang
telah memerluk Islam. Kes kitab Injil dalam bahasa Melayu, kes Lina-Joey, kes
runtuhan kuil di Selangor, kes kepala babi dan lembu, kes penggunaan perkataan
“Allah” dan lain-lain lagi, semuanya telah menimbul keresahan dan kekecewaan di
kalangan bukan Islam terhadap Islam. Begitulah juga dengan melaungkan bacaan-
Melayu & Islam - 13

bacaan di menara Masjid-masjid dengan kuat pada waktu sebelum subuh dan pada
waktu maghrib sehingga menganggu jiran-jiran masjid termasuk mereka yang bukan
Islam. Sebenarnya semua kes-kes tersebut, bukanlah merupakan masalah besar,
tetapi oleh kerana ia ditangani secara tidak bijak, kerana ditangani secara sombong
oleh pegawai-pegawai agama Melayu-Islam, maka ia telah memburukkan imej Islam.
Sebenarnya orang Melayulah yang telah merosakkan nama baik Islam apabila
mereka menangani isu-isu itu secara tidak bijak.

Cubalah anda berurusan dengan jabatan-jabatan agama negeri-negeri.


Kekecewaan dan kehampaan tidak terkata. Dr Mahathir Muhammad sehingga beliau
meletak jawatan beliau mengaku gagal memperbaiki dan mengubah sikap kerja
orang Melayu. Di manakah "Islam" yang dikaitkan dengan Melayu itu? Malah
mereka yang bertugas di masjid-masjid juga tidak lebih beramanah seperti yang
ditentukan oleh Islam. Mereka hanya merebut untuk mendapatkan "elaun" tetapi
tidak melaksanakan amanah sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Islam
menyuruh umatnya memberi perhatian yang tinggi kepada kebersihan, tetapi kenapa
bilik air dan tandas di masjid-masjid sangat tidak dijaga? Bukan tidak ada masjid-
masjid yang tandasnya bersih, tetapi bilangannya terlalu sangat kecil untuk dijadikan
sebagai sebutan umum.

Bertugas di rumah Allah sebenarnya memberi peluang yang terbaik untuk


mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya menyedarkan diri terhadap
tanggungjawab dan amanah serta paling mudah untuk mendapat kerehaan Allah.
Malangnya mereka hanya melihat ia sebagai salah satu tempat kerja seperti pejabat-
pejabat lain. Mereka bekerja bila mereka ingin bekerja dan mereka ponteng jika
mereka ingin ponteng. Yang pasti setiap bulan mereka menerima elaun. Mereka
tidak menganggap itu adalah mencuri, walaupun sebenarnya mereka adalah pencuri.
Kemanakah perginya Islam yang diikat pada bangsa Melayu itu? Jika tempat yang
begitu rapat dengan Allah, manusia Melayu-Islam tidak merasa berdosa untuk
melakukan maksiat dan fitnah, maka ia merupakan suatu alamat yang sangat buruk
bagi bangsa Melayu akan datang.

Menyentuh tentang rumah Allah ini, kita dapati di Malaysia, larang orng-orang
bukan Islam memasuki masjid merupakan suatu yang berleluasa. Padahal perkara
seperti ini tidak berlaku di luar Malaysia. Kita dapati di negara-negara Arab dan juga
di Barat, pihak masjid bukan sahaja membenar orang bukan Islam memasuki masjid
tetapi mereka juga mengadakan ceramah-ceramah yang menjemput orang bukan
Melayu & Islam - 14

Islam untuk turut hadir di dalam masjid. Malah terdapat banyak kisah di mana
orang bukan Islam memeluk Islam setelah melihat sendiri bagaimana orang Islam
beribadah di dalam masjid. Ada juga masjid bukan sahaja melarang orang bukan
Islam masuk, tetapi juga melarang wanita Islam yang tidak bertudung memasuki
kawasan masjid. Ini merupakan suatu tindakan seolah-olah menghalang wanita
Islam dari memasuki masjid untuk bersolat. Persoalannya apakah wanita yang tidak
memakai tudung itu tidak perlu solat? Tidak pakai tudung adalah berdosa, tetapi
bagaimana pula sekiranya menghalang orang Islam dari bersolat?

Keadaan seperti ini semua tidak menggambarkan kehebatan manusia Melayu-


Islam, sebaliknya ia telah mempamerkan satu mesej bahwa Islam itu lembab, tidak
dinamik, mengongkong dan ketinggalan zaman. Orang bukan Islam melihat
Islamlah yang salah. Mereka tidak tahu bahwa Islam meletakkan keutamaan kepada
perpaduan antara manusia; Islam dan bukan Islam. Islam memerintahkan supaya
setiap masalah ditangani dengan adil dan bijaksana. Kita mungkin menjadi defensif
dan mengatakan itu semua tidak betul, tetapi itulah apa yang dirasai dan
diperhatikan (perceived) oleh orang luar (bukan Islam). Dan ini memberi kepada
umum satu gambaran buruk tentang Islam. Tetapi yang buruk dan lemah itu
sebenarnya adalah manusia Melayu, bukan Islam.

Suka Menghebuhkan Cerita-cerita Hantu/Jembalang/Toyol & Luar


Biasa/Bomoh
Dalam masyarakat Melayu kuno, "kepercayaan kepada yang ghaib" ini
merupakan suatu yang hidup dan berkembang tetapi kepercayaan ini agak berbeza
dengan "kepercayaan kepada yang ghaib" yang merupakan salah satu daripada
rukun iman dalam Islam. Kepercayaan Melayu-kuno itu melibatkan ritual dan
amalan yang boleh membawa kepada kesyirikan. Malangnya kepercayaan ini terus
berlaku dan kekal dalam kepercayaan orang Melayu walaupun mereka telah
menerima Islam dan mengaku bahwa Melayu dan Islam itu satu. Cerita-cerita dan
kisah-kisah hantu, jembalang, toyol masih disiarkan oleh Television-television di
Malaysia seolah-olah semua itu satu realiti yang masih diamalkan oleh orang
Melayu-Islam. Orang Melayu sangat tertarik dengan kisah-kisah luar biasa, maka
kita lihatlah ada orang dengan nama Arabnya menarik lori dengan giginya, makan
kaca serta melakukan berbagai aksi yang luarbiasa. Suatu masa dahulu ada guru-
guru silat yang mengajar anak-anak buahnya ilmu kebal. Sehingga hari ini, "bomoh"
merupakan sebahgian dari cara hidup orang Melayu-Islam di Malaysia dan paling
Melayu & Islam - 15

popular adalah dikalangan orang-orang yang berkedudukan dengan bayaran yang


cukup lumayan. Kenapakah amalan-amalan yang dilarang oleh Islam tetap
dilakukan oleh orang-orang “Melayu-Islam”? Ke manakah Islam pada dirinya? Inilah
yang dikatakan bahwa Islam adalah suatu “convinence”, suatu kebetulan sahaja dan
ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang Melayu yang telah menerima
Islam secara keturunan. Dalam keadaan ini, bagaimana Islam dapat membantunya
di mahsyar nanti?.

Orang Melayu-Islam ini cukup malang. Dia mengaku dia seorang Islam. Dia
sangat jijik bila melihat khinzir, malah ada yang meludah dan merasa meloya bila
melihat daging khinzir. Dia sangat taat dalam menjaga al-Quran, walaupun dia tidak
membaca al-Quran tetapi al-Quran mesti dijaga dengan baik. Tetapi malangnya, dia
tidak merasa terkeluar loya atau jijik apabla dia melaksanakan amalan-amalan yang
bertenangan dengan Islam. Apabila anak-anaknya sakit, dia akan berjumpa dengan
bomoh, wali dan keramat. Apabila businessnya kelam-kabut, dia berjumpa dengan
bomoh. Apabila hendak bertanding kerusi dia berjumpa dengan bomoh. Apabila
suaminya hendak bermadu, dia berjumpa dengan bomoh begitu juga si suami,
apabila hendak bermadu berjumpa dengan bomoh. Bomoh masih boleh hidup
lumayan dalam masyarakat “Melayu-Islam” dalam kurun ke-21 ini. Nampaknya
Islam tidak sedikitpun dapat mengajar orang Melayu tentang tauhid, tentang
mengabdikan diri kepada Allah. Dia tidak faham Islam kerana dia menerima Islam
secara keturunan dan ini dikuatkan dengan kemalasannya mempelajari Islam. Atau
dia fikir bahwa dia telah memahami Islam yang dia terima dari tok-tok neneknya
dan Islam yang dia amalkan itulah yang betul.

Pada suatu masa dahulu, orang-orang “Melayu-Islam” melarang anak-anak


mereka mempelajari sains. Kononnya belajar sains boleh menolak kewujudan Allah
dan boleh melakukan syirik. Tetapi amalan meminta kepada bomoh, jin dan keramat
seperti yang disebut di atas, semua itu mereka tidak fikir bahwa mereka telah
mensyirikan Allah. Mereka tidak tahu bahwa yang menentang sains adalah golongan
gereja Kristian. Paderi-paderi yang berkuasa dalam masyarakat Kristian, mereka
inilah yang menentukan bahwa amalan dalam bidang sains adalah amalan syaitan
dan akibat dari itu, begitu ramai saintis-saintis Kristian dibunuh oleh pihak gereja
Kristian kerana mereka dituduh bersubahat dengan syaitan. Sains tidak pernah
menolak Allah dari alam semesta. Tetapi sains menolak hantu dan ruh-ruh, toyol dan
kepercayaan yang karut-marut kerana semua itu boleh berlaku secara kebetulan
dengan ditentukan oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan. Pada ketika
Melayu & Islam - 16

pihak gereja menolak sains dan membunuh beribu-ribu ahli sains, akhirnya
golongan saintis hilang kesabaran dan bangun menentang golongan gereja dan
berjaya mengalahkan pihak gereja. Akibatnya, mereka menghalang agama dari
terlibat dalam kehidupan harian manusia dan seterusnya mereka yang mengalahkan
pihak gereja ini, menolak Tuhan, bukan kerana mereka benci Tuhan tetapi kerena
mereka benci pihak gereja yang melakukan perkara-perkara yang buruk yang
bertentangan dengan fitrah alam, kemudian mereka (pihak gereja) berdusta dengan
meletakkan tindakan mereka itu sebagai arahan dari Tuhan. Dengan tindakan pihak
saintis inilah sains mula berkembang di Eropah sehingga hari ini.

Tetapi Islam tidak pernah menolak sains. Islam menetapkan bahwa Allah tidak
pernah melakukan sesuatu secara kebetulan. Allah telah menetapkan segala-galanya
dalam fitrah-Nya dalam "sunnah-Nya". Dengan sedemikian, manusia dapat
memperlajari “sunnatullah” itu dan hasil dari kajian-kajian dan dapatan-dapatan itu
manusia dapat menpergunakan untuk menafaat manusia. Allah berfirman dalam
surat al-Fathir (35) ayat 43; "... Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat
penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui
penyimpangan bagi sunnah Allah itu". Hasil dari sunnatullah inilah manusia
berjaya mewujudkan bidang-bidang nuklear fizik, astro-fizik, kedoktoran, kaji bumi
dan kaji cuaca, penerbangan, aero-angkasa, dan semua jenis Ilmu yang wujud di atas
muka bumi ini.

Islam menyeru manusia dengan akal dan keyakinan kebenarannya. Islam tidak
pernah mengajar perkara-perkara yang tidak boleh diterima oleh akal manusia dan
kesempurnaan Islam adalah dalam mengajak manusia supaya berfikir. Islam tidak
pernah takut kepada hujjah yang bertentangan dengannya, kerana apa yang datang
dari selain Allah adalah hujjahan palsu dan batil dan dapat ditolak dengan mudah.
Hanya orang “Melayu-Islam” yang sangat takut dengan hujjahan musuh-musuh
Islam sehingga mereka melarang kitab injil dicetak dalam bahasa Melayu kerana
takut nanti orang Melayu terpengaruh dengan ajaran Kristian dan murtad. Ini hanya
membuktikan bahwa Islam yang ada pada diri orang Melayu hari ini sangat rapuh
dan dengan mudahnya mereka terpengaruh dengan hujjah palsu pihak lain, kerana
mereka tidak pernah mempelajari Islam. Mereka tidak mengenali agama mereka,
maka mereka dengan mudah akan terpengaruh dengan hujah-hujah Kristian
termasuk golongan “Islam Liberal” yang hanya menggunakan ‘akal yang cukup cetek
serta yang tidak munasabah.
Melayu & Islam - 17

Masyarakat Islam di zaman Nabi s.a.w. hidup berdampingan dengan masyarakat


kafir musyrik, Kristian dan Yahudi. Mereka berjual-beli antara mereka. Mereka
berhujjah dengan musyrikin Mekkah, Kristian dan Yahudi di Madinah. Mereka
faham amalan agama Kristian dan Yahudi. Sebab itu umat Islam di masa itu tidak
takut dengan hujjahan Kristian dan Yahudi. Kerana hujjahan-hujjahan mereka
sangat rapuh berbanding dengan hujjahan al-Quran dan sunnah. Mereka memahami
al-Quran dan mereka mengamalkan perintah-perintah Allah dalam al-Quran. Ini
berbeza dengan orang “Melayu-Islam”, mereka membaca al-Quran, mereka
menghafal al-Quran tetapi mereka tidak faham al-Quran. Dalam keadaan
sedemikian, bagaimana mereka boleh mengamalkan ajaran al-Quran. Bagaimana
mereka boleh berhujjah dengan al-Quran apabila mereka tidak faham kandungan al-
Quran.

Suka Meniru Amalan-amalan Golongan Bukan Islam


Sikap meniru ini merupakan suatu yang cukup meluas dikalangan masyarakat
Melayu-Islam. Lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan. Hampir setiap program TV
ditiru dari rancangan barat. Barat membuat program mencari jodoh, kitapun buat
program mencari jodoh. Barat buat program American Idol kita pun buat program
Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Barat buat program pertandingan tarian, kita
pun buat program pertandingan tarian. Semua program itu sangat bertentangan
dengan Islam. Kita tidak hairan jika program-program itu disertai oleh masyarakat
bukan Islam. Tetapi malangnya ia turut disertai oleh orang "Melayu-Islam".
Kononnya itulah apa yang dikatakan "kemajuan". Adakah ke arah ini yang kita
sedang menuju dengan slogan "Malaysia Maju 2020"?

Tidak kurang juga drama-drama TV yang menggambarkan sikap dan tingkahlaku


bukan Islamik seperti merebut harta, bermusuhan dalam perniagaan. Ini ditambah
pula dengan adegan-adegan berpeluk-peluk antara lelaki dan perempuan, kononnya
hendak menampakkan realitinya babak-babak tersebut. Semua ini merupakan
pengajaran yang bertentangan dengan Islam dan ia sedang mengajar anak-anak
Melayu-Islam di dalam rumahnya sendiri. Anak-anak sekarang tidak perlu keluar
rumah untuk mendapat didikan segala aspek yang negatif ini. la boleh duduk di
rumahnya dan semua kemaksiatan dapat dilihatnya di dalam rumahnya sendiri
tanpa “censorship”. Inilah yang telah memusnahkan moral anak-anak Melayu hari
ini.

Maka kesan dari didikan TV dan media cetak ini, kita dapati anak-anak Melayu-
Melayu & Islam - 18

Islam terlibat dengan Pakaian dan Trend Tingkahlaku seperti Punk, Black Metal,
Hippies, Pakaian yang mendedah aurat, Mat Rempit dan berbagai lagi. Suatu masa
dahulu terdapat satu kajian yang dibuat oleh sebuah Universiti tentang elemen yang
mempengaruhi belia-belia Malaysia. Hasilnya didapati yang paling atas sekali adalah
ibubapa. Ini diikuti oleh artist-artist dan pemimpin negara. Kedudukan mereka
sangat tinggi dalam mempengaruhi tindaklaku remaja. Ada pihak yang mengatakan
media tidak mempunyai pengaruh ke atas masyarakat. Jika media tidak mempunyai
pengaruh, dari manakah belia-belia ini boleh terikut dengan artis-artis dan
pemimpin-pemimpin jika bukan melalui media? Sebenarnya, kajian yang
menunjukkan bahwa media tidak mempengaruhi masyarakat adalah satu helah oleh
pihak media (iaitu media barat) supaya media boleh bebas untuk menyiarkan apa
sahaja kerana media tiada "kuasa" mempengaruhi. Dengan hujjahan sedemikian itu,
media bebas menyiarkan apa sahaja yang mereka suka, kerana ia tidak
mempengaruhi. Kenyataan ini sangat bahaya.

Cuba kita lihat pada pakaian artis-artis semasa Festival Film yang ditayangkan
melalui Television di Malaysia ini. Sudahlah rancangan Festival-Filem seperti Ammy
Award dan Academy Filem dari Barat, tetapi Television kita juga mengadakan
anugerah-anugerah Filem Malaysia yang menyerupai barat. Malah, sekiranya kita
menonton rancangan-rancangan Festival-Filem Malaysia ini, kita akan tertanya
adakah rancangan ini dari Hollywood atau dari Kuala Lumpur? Pakaian artis-artis,
yang ramainya adalah “Melayu-Islam”, tidak ubah seperti artis-artis barat. Mereka
tidak sedikitpun rasa malu mahupun segan dengan mendedahkan aurat dikhalayak
ramai. Malah ada dari mereka yang memulakan dengan memberi salam, untuk
menggambarkan Islamnya mereka, tetapi wajah dan pakaian mereka ala bukan
Islam. Begitulah juga dengan juruacara wanitanya dalam program “Breakfast” NTV7.
Pakaiannya menunjukkan bahwa dia seorang “Melayu” tetapi bukan Islam, kerana
pakaiannya bukanlah pakaian seorang Muslimah.

Di manakah Islam yang dikaitkan kepada Melayu itu? Manakah yang dikatakan
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu? Padahal Nabi s.a.w. telah melarang umatnya
menyerupai golongan kafir; "Dan barangsiapa yang menyerupai suatu kaum bererti
ia adalah dari golongan mereka”.4 Jika Islam adalah sebahgian Melayu, kenapa
ajaran Islam tidak diikuti?. Sikap buruk Melayu telah merosakkan nama baik Islam.
Di manakah Islam yang dikatakan ia agama yang terbaik yang Allah redho yang

4
Hadits ini diriwayat oleh Ahmad dan juga Abu Daud, Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir,
berhubungan dengan ayat 2:104-105
Melayu & Islam - 19

membuat umatnya mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran? Apa


yang kita nampak dalam program-program ini adalah mengajak kepada
kemungkaran.

Suka pada Cepat-Kaya


Dilaporkan bahwa kebanyakan pelabur dalam internet adalah dari Malaysia. Dari
jumlah yang ramai itu (dikatakan sekitar 500,000 orang) hampir 95% adalah orang
Melayu-Islam termasuk mereka yang mempunyai pendidikan Islam dan bekerja di
institusi keagamaan. Mereka semua tertipu. Orang Melayu tidak pernah sedar dan
insaf. Pengalaman "PakMan Telo" suatu ketika dahulu tidak menjadikan ia
pengajaran. Ini menunjukkan bahwa orang "Melayu-Islam" suka mencari jalan
pintas yang akhirnya ia akan tertipu. Islam tidak pernah digunakan untuk
membimbing hidupnya kerana dia tidak pernah mahu memahami Islam. Orang
Melayu Islam hanya baca al-Quran dengan penuh tajwid tetapi malangnya dia tidak
faham apa-apa pun. Oleh kerana dia tidak faham, maka bacaannya hanya dimulut
dan tidak sampai ke hati. Al-Quran tidak membentuk peribadinya seperti mana ia
telah membentuk peribadi Nabi s.a.w., sahabat-sahabat radhiallahu anhum serta
generasi awal yang mengikuti mereka.

Andaian
Apa-apa alasan sekalipun, amalan-amalan yang tersenarai di atas sudah cukup
menunjukkan bahwa semua amalan-amalan tersebut sangat bertentangan dengan
Islam tetapi kenapa ia terus dibiarkan berlaku dengan berleluasa dikalangan bangsa
Melayu-Islam? Adakah kerana ia tidak dipandang dari sudut Islam tetapi sebenarnya
ia dipandang dari sudut bangsa Melayu? Kerana hendak menaikkan nama bangsa,
maka berbagai acara dan amalan dilakukan untuk menunjukkan bahwa bangsa itu
yang terbaik, bangsa itu yang hebat. Inilah yang dilakukan oleh Hitler dengan
fahaman Nazismnya. Apakah hebatnya kita berjaya menjejaki Gunung Everest,
berjaya terjun di Khutub Utara, dapat menjejaki Khutub Selatan, berjaya membina
bangunan yang tertinggi di dunia, tetapi pada masa yang sama masalah sosial dan
kemiskinan yang sangat melarat dan ketara berlaku di dalam negara, khususnya di
kalangan bangsa "Melayu-Islam"? Mungkinkah kebanggaan kita di atas kejayaan
mereka ini hanyalah untuk mengalih perhatian kita, buat sementara, dari masalah-
masalah sosial yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu-Islam ini seperti yang
tersenarai di atas? Setelah segala hingar-bingar, puji-memuji mereka yang berjaya
itu, kita akan kembali ke realiti yang sedang kita alami. Masalah sosial di kalangan
Melayu & Islam - 20

Melayu-Islam tidak juga pergi. Malah ia bukan sahaja kekal tetapi bertambah
semakin parah. Golongan bukan Islam apabila menghadapi kerunsingan dan
masalah yang tidak boleh diselesaikan, mereka akan minum arak. Kononnya hendak
menghilangkan masalah yang merunsingkan, tetapi setelah dia kembali sedar dari
mabuk, dia akan dapati masalah itu tidak hilang. Jadi dengan kita mempromosikan
kejayaan-kejayaan bangsa Melayu diperingkat antarabangsa, kita berharap rakyat
Melayu ini akan terlupa dengan masalah sosial yang sedang meliputi masyarakatnya.
Tetapi setelah semua puji-memuji dan sorak-sorai lenyap, ia seperti tersentak dari
mimpi yang enak kepada realiti yang sebenar bahwa segala-galanya tidaklah seenak
yang kita sangkakan. Masalah sosial kita semakin hari semakin parah. Bangsa
Melayu yang mengaitkan dirinya dengan Islam, nampaknya tidak mampu
memperbaiki sikap dan tabiat sosialnya yang buruk. Melayu terus bergelumang
dalam gejala-gejala sosial yang cukup parah. Manakah perginya Islam yang orang
Melayu sangat bangga sehingga ia menuntut bahwa Islam itu kepunyaan orang
Melayu?

Andaikan seorang dari keluarga Melayu-Islam, semenjak ia dilahirkan sehingga


dia meninggal dunia, tidak pernah sembahyang (samada fardhu mahu pun sunat),
apakah dia mati dalam keadaan seorang Muslim? Bilakah dalam proses hidupnya dia
bersyahadah? Adakah dia seorang Muslim semata-mata kerana dia seorang Melayu
yang dilahirkan dalam keluarga Melayu-Islam? Walaupun dia dikebumikan di
perkuburan orang Islam dan dibaca talqin ke atasnya kemudian diikuti dengan
hadiah pahala bacaan Quran kepadanya serta ditambah dengan mengadakan
kenduri arwah, dan majlis-majlis tahlil setiap malam jumaat, adakah semua itu
dapat menolongnya dari siksaan kubur dan pertimbangan di akhirat? Mungkin kita
kata ini tidak mungkin boleh berlaku. Tetapi kemungkinan berlakunya seperti ini
tidak boleh ditolak. Ini kerana Islam mesti diterima dengan keyakinan, dengan sedar
dan dengan ikhlas. Islam bukanlah satu agama yang datang kepada kita dengan
secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Islam adalah satu agama yang mesti
datang kepada kita dengan “pilihan” kita. Ini bererti kita masuk ke dalam Islam
kerana kita berkehendak kepada Islam dengan relahati serta dengan penuh
kefahaman bahwa Islamlah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah yang dapat
menyelamatkan kita di dunia ini dan juga di akhirat.

Pada zahirnya orang Melayu dilahirkan dalam keluarga Islam dan kemudian
diberi nama Arab padanya (dan ramai juga yang diberi nama Melayu; seperti Melor,
Awang, Bunga malah terdapat nama-nama yang dicantumkan antara nama bapa
Melayu & Islam - 21

dengan nama ibu sehingga tidak membawa sebarang erti pun dan ia bukan Arab dan
bukan pula Melayu tetapi masih diterima sebagai nama Arab/Islam kerana ia datang
dari keluarga Melayu. Malah tidak kurang juga mereka yang berpendidikan barat
memberi nama-nama orang putih kepada anak-anak mereka). Tetapi oleh kerana
Melayu telah disatukan dengan Islam maka nama-nama dari keluarga Melayupun
dengan secara otomatiknya telah menjadi nama Arab/Islam. Asalkan dia seorang
Melayu maka nama apa sekalipun boleh diterima walaupun bukan nama Arab/Islam.

Maka dengan itu kitapun menerimanya sebagai seorang Muslim. Selepas


kelahirannya, dia yang dilahirkan dari keluarga Melayu itu tidak pernah
mengamalkan ajaran Islam, tidak pernah solat, puasa dan lain-lain, malah dia
sebaliknya mengamalkan gaya hidup bukan Islam, dan dia mati dalam keadaan
sedemikian.

Sebaliknya pula, seseorang yang dilahirkan dari keluarga bukan Islam, juga tidak
pernah mengamalkan gaya hidup Islam, tetapi dia tidak juga mengamalkan
sembahan berhala kerana dia fikir itu tidak logik dan dia seorang yang baik dan suka
menolong orang, dan dia mati dalam keadaan sedemikian. Bagaimana? Dimanakah
perbezaan antara mereka berdua? Yang jelas adalah seorang itu bernama Arab,
disolat ke atasnya dan dikebumikan di perkuburan Islam. Dibaca talqin ke atasnya,
dihadiahkan pahala bacaan Quran kepadanya, dan diadakan majlis-majlis tahlil dan
kenduri arwah ke atasnya. Tetapi yang seorang lagi itu bukan bernama Arab, dan
diadakan majlis upacara pengkebumian secara bukan Islam dan tanam di
perkuburan orang bukan Islam. Apakah perbezaannya antara kedua ini dari segi
akidah mereka?

Melayu-Islam atau Islam-Melayu


Sekiranya setiap orang Melayu sedar hakikat ini, kita yakin bahwa orang Melayu
yang dipalitkan Islam kepadanya, tidak akan memandang bahwa dia adalah
terdahulu orang Melayu dan kemudian baru Islam, tetapi dia akan pandang bahwa
dia adalah seorang Muslim dan kemudian barulah dia seorang Melayu. Maka dengan
itu, dia tidak akan berani melakukan segala-gala yang dilarang oleh Islam tetapi
sebaliknya akan melaksanakan apa yang diperintah oleh Islam. Islam akan berada
dihadapannya sebagai benteng yang akan menangkis segala ancaman yang boleh
merosakkan dirinya bukan sahaja di dunia tetapi juga selepas dia meninggalkan
dunia ini. Keadaan ini boleh kita ambil ikhtibar dari riwayat dimana Umar al-
Khattab r.a. semasa bertemu dengan seorang budak yang sedang memelihara
Melayu & Islam - 22

kambing di padang, Umar al-Khattab r.a. telah meminta supaya budak itu
memberinya seekor dari begitu banyak ekor kambing yang dia sedang memelihara
itu. Tetapi budak itu enggan memberinya. Apabila Umar al-Khattab r.a. mengatakan
bahwa tuan kambing itu tidak akan tahu kerana kambingnya itu terlalu banyak, lalu
budak itu menjawab bahwa Allah tahu. Inilah yang dikatakan Islam berada di
hadapan sebagai benteng untuk menangkis segala kemungkaran yang datang. Segala
unsur-unsur negatif tidak mampu menembusi diri seorang yang seperti kanak-kanak
ini. Ia tidak perlu kepada kawalan fisikal kerana kawalan ketaqwaannya cukup kuat.
Tetapi sekiranya Melayu merupakan tonggak hadapan, maka segala yang dilakukan
hanya merupakan adat dan budaya bukannya ibadat. Adat dan budaya tidak boleh
menolong kita selepas kita meninggal dunia ini. Hanya ibadat yang penuh ketaqwaan
dan keikhlasan sahaja yang boleh menyelamatkan kita di sunia dan juga setelah kita
meninggalkan dunia ini.

Jika kita menjadikan Melayu sebagai benteng hadapan, maka itulah boleh
berlaku berbagai gejala yang tersenarai di atas. Orang putih boleh pakai pakaian
yang mendedah aurat, maka orang Melayu juga boleh pakai pakaian yang mendedah
aurat, kerana itu fesyen. Lalu kitapun dapat lihat pakaian-pakaian anak-anak muda
"Melayu" dengan pakaian yang menampakkan pusat, yang "body-fit" yang
mendedahkan aurat. Pakaian-pakaian artis-artis yang menjadi ikutan anak-anak
muda Melayu dalam "festival-festival Filem, seolah-olah mereka sedang berada di
Hollywood. Drama-drama Melayu kini penuh dengan adegan-adegan yang
bertentangan dengan Islam. Merebut kuasa, harta, bisness antara saudara-mara;
adegan-adegan berpeluk-peluk lelaki dengan perempuan, kononnya untuk
menampakkan realitinya. Semua ini boleh berlaku kerana dia seorang "Melayu".
Begitulah juga dalam perniagaan; sekiranya bangsa lain boleh menipu dalam
perniagaan, orang "Melayu" juga boleh menipu; sekiranya bangsa lain boleh
berbohong maka orang "Melayu" juga boleh berbohong. Begitulah seterusnya dengan
rasuah, pencemaran alam sekitar, malas bekerja, Mat Rempit, Dadah dan segala
keburukan dan tipu helah boleh dilakukan, kesemuanya kerana bangsa tidak boleh
menyekat seseorang dari melakukan maksiat. Tetapi sekiranya dia beritikad bahwa
dia adalah seorang Muslim, maka setiap tindakannya itu akan disaring oleh Islam.
Jika orang Melayu boleh berbohong, orang Islam tidak boleh berbohong. Jika orang
Melayu boleh malas, orang Islam tidak boleh malas. Jika orang Melayu boleh jadi
Mat Rempit, orang Islam tidak boleh jadi Mat Rempit. Nabi s.a.w. telah
mengingatkan kita "seseorang itu tidak akan berzina sekiranya ketika dia hendak
berzina, dia beriman". Dikatakan seseorang itu Muslim kerana dia seorang yang
Melayu & Islam - 23

menuntut hanya yang benar, yang menyampaikan hanya yang benar,


memperkatakan hanya yang benar walaupun kata-kata itu boleh mengancam
dirinya. Mencampurkan yang benar dengan yang batil atau merendahkan kebenaran
dari kepentingan keluarga atau pasukan atau bangsa, adalah sangat dibenci oleh
Islam.

Catatan-catatan sejarah telah membuktikan bahwa Islam datang ke alam Melayu


walaupun awal tetapi bangsa Melayu yang memeluk Islam secara menyeluruh hanya
berlaku dalam kurun ke-15M. la sangat jauh dari bangsa Cina yang memeluk Islam
terlebih dahulu dari orang-orang Melayu. Malah sejarah telah membuktikan bahwa
Islam juga datang ke Tanah Melayu melalui negeri Cina selain dari jalan laut; dari
Selatan Semenanjung Arab melalui India dan Indonesia. Malah jika hendak
dikaitkan bangsa dengan agama, bangsa Cina juga boleh mengatakan bahwa "Cina
itu Islam dan Islam itu Cina", Kerana orang-orang Cina memeluk Islam jauh lebih
dahulu dari orang Melayu memeluk Islam dan sehingga hari ini jumlah orang-orang
Islam di Cina jauh melebihi orang-orang Islam di Malaysia dan Indonesia.

Kembali Memahami Islam Secara Keilmuan Bukan Keturunan


Kita sebenarnya tidak ada pilihan selain kembali mempelajari Islam. Marilah kita
mengenali agama kita yang kita sangat banggakan ini, bukan dari sudut bangsa
tetapi dari sudut agama itu sendiri. Setelah kita mengenali Islam maka marilah kita
meletakkan Islam sebagai benteng hadapan kita. Setiap yang kita hendak lakukan
mestilah disaring oleh Islam. Tidak kira sama ada kita seorang pekerja bawahan
mahupun seorang pegawai pertengahan atau seorang ketua jabatan ataupun seorang
ketua negara atau pun seorang artis atau pun seorang ahli perniagaan; seharusnya
Islam sentiasa berada dihadapan kita. Begitulah kita harus melatih anak-anak kita
supaya mereka sentiasa menilai setiap yang mereka tonton di TV, setiap yang mereka
baca di akhbar atau majalah atau buku atau setiap yang mereka dengar, semua itu
mereka seharusnya bertanya pada diri sendiri; Adakah itu dibenarkan oleh Islam?
Adakah itu sesuai dengan Islam? Adakah itu yang diperintah oleh Islam?

Setiap keputusan yang kita buat, hendaklah dengan beralaskan ketaqwaan bahwa
tindakan kita itu akan dipersoalankan di akhirat nanti. Setiap orang akan
dipersoalkan sesuai dengan tahap masing-masing. Seorang tukang sapu sampah
akan dipersoalkan tentang dirinya dengan kerja sapu sampahnya selain keluarganya.
Seorang pegawai pertengahan akan dipersoalkan tentang dirinya, keluarganya dan
juga mengenai orang-orang bawahannya dan yang paling berat adalah seorang ketua
Melayu & Islam - 24

negara, kerana dia akan dipersoalkan bukan sahaja tentang dirinya tetapi juga
tentang semua rakyat yang dibawah jagaannya. Negara akan menjadi aman
sekiranya Islam merupakan benteng hadapan. Kerana tidak akan ada seorangpun
yang berani menerima tanggungjawab yang begitu berat sekali kecuali dia
melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Tetapi
kini kita dapat melihat betapa ramainya yang merebut-rebut kerusi-kerusi dalam
politik kerana mereka melihat ia sesuatu yang cukup lumayan bagi dirinya. Perkara
ini boleh berlaku kerana "Melayu" berada di hadapan mereka. Melayu bukan sahaja
digunakan sebagai saringan tetapi kerapkali, Melayu digunakan sebagai alasan
sahaja. Malangnya "Melayu" telah menjadi mangsa kerakusan manusia "Melayu"
yang Islamnya telah diketepikan dan tidak merupakan benteng hadapannya. Islam
tidak merupakan pandu-arah yang boleh membawanya menuju kejayaan dunia dan
akhirat.

Kita juga harus ingat bahwa ketaqwaan ini bukannya datang dari "mulut"
seseorang, tetapi ia datangnya dari hati yang tersirat di dalamnya hakikat yang
sebenarnya. Imam Bukhari telah meriwayatkan bahwa Nabi (saw) telah memberi
ingatan bahwa "Setiap perbuatan itu bermula dengan NIAT. . . ." dan niat ini
bukanlah sesuatu yang boleh zahir kepada orang ramai tetapi ia sesuatu yang berlaku
di dalam diri manusia dan hanya manusia itu dengan Allah sahaja yang
mengetahuinya. Inilah yang akan ditimbangkan oleh Allah di akhirat nanti. Oleh
kerana "niat" ini sesuatu yang tidak zahir kepada umum, maka amat mudahlah bagi
"mulut" untuk memperkatakan apa yang sebaliknya terdapat di dalam "hati"
manusia itu. Ini hanya boleh berlaku kerana yang merupakan benteng dihadapan itu
adalah "Melayu" bukan Islam.

Ingatlah. “Melayu” tidak boleh menyelamatkan seseorang itu dari api neraka.
Tetapi yang dapat menyelamatkan seseorang itu dari api neraka adalah "Islam".
Seorang yang berbangsa Cina tetapi dia seorang Muslim maka yang menyelamatkan
dia dari api neraka adalah Islam yang ada pada dirinya bukan Cina yang merupa
keturunannya. Begitulah juga seorang Melayu yang bukan beragama Islam (seperti
Melayu Bali yang bergama Hindu atau Melayu di Malaysia yang bukan beragama
Islam) dia tetap kafir dan kekal di neraka nanti dan "Melayu" pada dirinya tidak
dapat menyelamatkannya. Bangsa tidak dapat menyelamatkan seseorang itu dari api
neraka. Kebaikan yang dilakukan oleh seorang Cina yang bukan Islam, kebaikannya
itu ditolak oleh Allah. Sebaliknya kebaikan yang dilakukan oleh seorang Cina yang
beragama Islam akan diterima oleh Allah. Begitulah juga dengan bangsa Melayu.
Melayu & Islam - 25

Dari sini dapatlah kita rumuskan bahwa faktor penerimaan (oleh Allah) amalan baik
itu adalah "Islam" bukan keturunan atau bangsa atau puak. Kebaikan yang dilakukan
oleh ahli sesuatu bangsa itu tidak dapat memberi faedah kepada ahli itu melainkan ia
dilakukan atas nama "Islam". Oleh itu janganlah kita sangat memetingkan "bangsa"
dari "Islam".

Kita tidak dapat melarikan diri menjadi bangsa Melayu, ini merupakan fitrah
Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran surah al-Hujurat (49) ayat 13, "Hai manusia,
Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu disisi Allah ialah orang yang “paling taqwa” diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal". Kemudian Allah
berfirman pula dalam surah al-Baqarah (2) ayat 256; "Tidak ada paksaan untuk
(memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus, dan Allah Maha
mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Ini bererti “mencari” Islam adalah sesautu yang dimestikan. Islam tidak datang
kepada manusia secara keturunan. Walaupun Allah berfirman dalam surah adz-
Dzariyat (51) ayat 56; “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdi kepada-Ku”. Kerana ayat ini menunjukkan bahwa
manusia adalah makhluk yang menyembah. Secara fitrahnya manusia akan
menyembah. Tetapi yang pentingnya ialah apakah atau siapakah yang manusia
sepatutnya menyembah? Maka disinilah yang meletakkan perbezaan antara
manusia. Manusia tidak boleh menyembah apa sahaja yang dia fikir baik untuk
disembah. Disinilah Allah telah menetapkan supaya manusia tiada pilihan dalam
penyembahan ini melainkan dia menyambah hanya Allah, “untuk menyembah
Aku” kata Allah. Apakah bezanya “tiada pilihan dalam bangsa” dengan “tiada pilihan
di dalam agama”?

Dalam konteks bangsa, manusia tidak ada pilihan langsung. Walaupun dia ingin
menukar bangsanya, sebenarnya dia tidak mampu dan tidak boleh melakukannya.
Kamal Attartuk cuba menukar bangsanya dari bangsa Turki kepada bangsa Eropah.
Dia meninggalkan bahasa Arabnya, pakaian Turkinya, budaya Turkinya serta segala
Melayu & Islam - 26

budaya Islamnya, tetapi sehingga hari ini, orang Eropah masih tidak menerima Turki
sebagai orang Barat. Bangsa, warna kulit tidak boleh ditukar. Oleh itu tidak ada
pilihan dalam hal berkaitan dengan bangsa dan warna kulit. Bagaimana manusia itu
dilahirkan, begitulah dia. Hal ini tidak akan dipersoalkan oleh Allah nanti. Ini adalah
pemberian Allah (urusan Rububiyah Allah) dan manusia tidak boleh buat apa-apa
dengan anugerah ini; ia adalah dari Allah kepada manusia, tetapi Allah akan
persoalkan bagaimana manusia menguruskan pemberian-Nya itu.

Tetapi dalam hal keagamaan, “tiada pilihan” disini adalah dalam urusan
uluhiyyah/ubudiyah. Urusan ubudiyah/uluhiyyah ini tidak ada kaitan dengan aspek
fisikal atau bangsa, tetapi ia melibatkan aspek mental dan ethical, maka dengan itu ia
boleh berubah mengikut pemikiran manusia. Oleh itu, akan ada manusia yang akan
mengengkari perintah Allah dengan berbagai alasan. Maka disinilah manusia itu
akan dipersoalkan. Dia akan dipersoalankan atas pilihannya untuk menolak
ubudiyah/uluhiyyah kepada Allah. Pilihan untuk menolak ubudiyyah/uluhiyyah
merupakan pilihan yang salah, yang sepatutnya manusia tidak memilih untuk
menolaknya. Inilah yang dikatakan “tiada pilihan”. Dalam konteks ini Allah telah
jelaskan bahawa Allah memberi dua jalan. Satu jalan untuk diikuti dan satu jalan
untuk dijauhi. Ini bererti pilihan yang ada pada manusia sebenarnya hanya satu
sahaja; iaitu jalan untuk diikuti.

Disinilah bezanya antara "bangsa" dengan "agama". Yang satu datang kepada
manusia tanpa manusia itu boleh buat apa-apa. Manusia itu hanya menerima bahwa
dia dilahirkan di dalam keluarga Melayu atau Cina atau Negro atau India. Tetapi dia
boleh menjadi seorang Muslim atau bukan Muslim. Setelah Islam dikemukakan
kepadanya lalu dia pilih untuk menerima Islam maka dia seorang Muslim.
Sebaliknya, jika dia tolak untuk menerima Islam, maka dia bukan Muslim dan akan
menerima akibatnya. Ada manusia yang pada asalnya dia seorang Muslim, kemudian
dia pilih untuk keluar dari Islamnya; ini sepertimana yang berlaku dalam kes "Lina
Joey". Walaupun dia dari keluarga Melayu dan mengikut keluarganya seorang yang
telah berkhatam al-Quran dan juga seorang yang selalu sembahyang. Tetapi akhirnya
dia pilih untuk meninggalkan agama Islam. Maka dia akan menerima akibatnya
sekiranya dia mati sebelum dia bertaubat dan kembali kepada Islam. Kita mungkin
mengatakan ia adalah takdir. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan Allah dalam hal
ini, kerana Allah telah memberi hak “memilih” itu kepada manusia dan manusia
bertanggungjawab di atas pilihannya.
Melayu & Islam - 27

Oleh itu, dalam mencari agama, manusia mestilah menentukan supaya agama
yang dia cari itu agama yang betul yang boleh menyelamatkan dia di dunia dan juga
di akhirat. Dalam konteks ini, Allah berfirman kepada manusia bahwa agama yang
Allah kehendaki supaya manusia mengikutinya atau memilih untuk diikuti ialah
"Islam". Dalam surah ali-Imran (3) ayat 19, Allah berfirman; "Sesungguhnya
agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah "Islam". Dan juga Allah menutup
kerasulan Nabi dengan menegaskan Islam ini; "pada hari ini telah Ku-
sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu
nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu" (al-Maidah, 5:3).
Jadi, walaupun manusia boleh pilih apa-apa agama yang dia kehendaki, tetapi Allah
telah tetapkan hanya agama Islam sahaja yang Allah terima. Jadi dalam memilih
agama juga manusia sebenarnya tiada pilihan. Dia mesti memilih “Islam”.

Oleh itu "bangsa (Melayu)" dan "Islam" merupakan fitrah. Yang satu Allah
kurniakan kepada manusia dan yang satu lagi Allah sediakan untuk manusia
mencarinya. Yang Allah kurniakan itu tidaklah hebat, kerana setiap bangsa akan
menuntut kehebatan itu. Tetapi yang sepatutnya diberi tumpuan dan usaha, adalah
apa yang kita kena cari. Kerana, jika yang kita cari itu salah, akibatnya sangat parah.
Oleh itu mencari Islam adalah sesuatu yang wajib. Mempelajari dan mengetahui
Islam sesuatu yang mesti berlaku pada setiap generasi. Bukan setiap generasi itu
hanya menerima warisan "Islam" seperti dia menerima warisan harta, warisan
bangsa dan warisn warna kulit. Jangan kita hanya bangga dengan bangsa Melayu
kita, kemudian dengan segala usaha dan tenaga, kita curahkan semata-mata untuk
menaikkan imej Melayu tetapi Islam yang sepetutnya kita tumpukan segala tenaga
dan masa kita, kita pandang enteng lalu kita laksanakannya secara sambilan dan
bersahaja.

Mungkin ada yang mengatakan bahwa kita juga beri perhatian yang serious
terhadap Islam dengan berbagai upcara yang kita lakukan untuk meningkatkan imej
Islam. Tetapi sebenarnya kita hanya melakukan kepada imej Islam sepertimana kita
lakukan kepada imej Melayu dengan mengadakan upacara-upacara dan ritual-ritual
yang tidak dapat membina kekuatan dalaman ummah, sebaliknya kita hanya
memetingkan upacara-upacara luaran. Majlis-majlis Tilawah al-Quran, Perayaan
Maulidur Rasul dengan perarakannya dan laungan selawatnya dan Majlis-majlis
Maal Hijrah; semua itu merupakan laungan kosong yang tidak membantu
membetulkan serta mengukuhkan kefahaman ummah terhadap Islam. Bertahun-
tahun kita telah mengadakan semua acara-acara ini, tetapi adakah umat Islam kini
Melayu & Islam - 28

lebih faham Islam? Malah anak-anak Melayu-Islamlah yang paling ramai


menimbulkan masalah sosial di Malaysia hari ini. Lihatlah apa yang telah
disinaraikan di atas. Apakah institusi keluarga Islam hari ini telah runtuh, sehingga
anak-anak Melayu-Islam telah tidak terkawal lagi? Masjid semakin banyak dibina,
Majlis-majlis keagamaan juga banyak – cuba bayangkan betapa banyaknya majlis-
majlis bacaan Yaasin yang dilakukan diseluruh negara pada setiap malam jumaat.
Setiap kampung, setiap kariah setiap kawasan perumahan melakukannya berpuluh-
puluh tahun dan entah berapa banyak generasi yang telah melakukannya, tetapi
kenapa ia tidak mengubah sikap dan kelakuan "Melayu-Islam" ini sepertimana yang
dikehendaki oleh Islam?

Kita mungkin mengatakan majlis-majlis seperti itu merupakan syiar Islam. Jika
ia merupakan syiar Islam, kenapa ia tidak memberi kesan kepada umat Melayu-
Islam yang masih banyak menimbulkan masalah sosial. Golongan bukan Islam juga
masih ramai yang tidak faham Islam setelah lebih limapuluh tahun merdeka serta
dengan begitu banyak rancangan-rancangan Islam di TV dan akhbar-akhbar.
Berpuluh-puluh tahun syiar itu dihidupkan, tetapi ia hanya merupakan suatu ritual
luaran yang tidak mampu mengubah dalaman ummah. Masing-masing hadir untuk
bergembira dan menerima berbagai anugerah . . . . . . . Bentuk syiar yang bukan
berasal dari Islam tidak akan mampu meningkatkan keimanan, keutuhan dan
kekuatan ummah, ia hanya merupakan aktiviti luaran yang membazir dan tidak
berkesan. Padahal tugas syiar yang sebenar adalah untuk meningkatkan keimanan,
keutuhan dan kekuatan ummah. Sepatutnya pihak yang berkenaan mengkaji semula
strategi tersebut. Rasulullah (saw) hanya mengambil masa 23 tahun untuk
menonjolkan Islam sebagai satu cara hidup yang cukup sempurna. Mungkin kita
seharusnya kembali meneliti kaedah-kaedah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. serta
para sahabat baginda radhiallahu anhum.

Ketentuan
Inilah yang akan berlaku apabila kita meletakkan kedudukan Melayu itu lebih
tinggi dari Islam, kerana merendahkan atau meninggalkan Islam akan membawa
akibat yang sangat buruk dan sangat menakutkan. Bangsa Arab yang berjaya
mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi bukan kerana Arabnya, tetapi kerana
Islamnya. "Islamlah" yang membawa nama bangsa Arab itu kepengetahuan seluruh
dunia. Bangsa Arab tanpa Islam adalah bangsa yang sangat jahil, lemah dan suka
bergaduh. Lihat sahaja Arab pada hari ini. Mereka telah mengabaikan ajaran Nabi
Melayu & Islam - 29

Muhammad s.a.w. dan memberi lebih keutamaan kepada kepentingan diri dan
fisikal. Maka Bangsa Arab yang hebat dizaman Nabi s.a.w. dan zaman Khulafa ar-
Rashidin kini hanya merupakan nostalgia dalam muzium dan pameran-pameran.
Kini Arab menjadi bangsa yang diperlecehkan dan dipergunakan oleh Barat untuk
kepentingan keduniaan mereka, walaupun Allah anugerahkan kepada mereka bumi
yang cukup kaya, tetapi musuh-musuh Islam telah berjaya menguasai kekayaan itu.

Mempelajari Islam
Orang "Melayu-Islam" hendaklah mempelajari Islam. Mereka hendaklah
"memahami" Islam. Membaca al-Quran dengan bacaan yang betul sangat baik dan
digalakkan, tetapi lebih dari itu, "memahami" al-Quran dan melaksanakan ajarannya
jauh lebih diperlukan dan dikehendaki oleh Allah. Pada zaman Khulaf-ar-Rasyidun,
Islam menjadi gemilang kerana mereka melaksanakan setiap perintah yang terdapat
di dalam al-Quran. Mereka faham al-Quran dan dengan itu mereka melaksanakan
perintah-perintah dan larangan-larangannya dengan penuh ketaqwaan. Sekadar
membaca al-Quran kemudian mengadakan pertandingan, belum membolehkan
umat Islam maju. Sekiranya kita ikhlas hendak memajukan bangsa "Melayu" dalam
setiap bidang, kita hendaklah terlebih dahulu menjadi seorang Muslim yang beriman
dengan sebenar-benar beriman dengan apa yang Allah dan rasul-Nya telah
perintahkan kepada kita. Bukan dengan apa yang dikehendaki oleh bangsa "Melayu".
Bangsa "Melayu" boleh mendaki Gunung Everest, Terjun di Khutub Utara, belayar
keliling dunia, berenang terusan Inggeris, naik ke angkasalepas tetapi adakah itu
semua telah membantu menghapuskan gejala dadah dikalangan anak-anak Melayu
yang semakin meningkat? Adakah kejayaan itu telah membantu bangsa Melayu
mencapai prestasi baik dalam peperiksaan? Adakah ia dapat mengurangkan gejala
sosial di kalangan bangsa Melayu? Adakah ia dapat mengurangkan kemalangan
jalanraya yang semakin parah? Adakah ia telah menghapuskan amalan bomoh dan
kepercayaan karut-marut di kalangan umat "Melayu-Islam"?

Marilah kita memberi penegasan yang "serious" kepada ajaran Islam. Buang
segala amalan luaran yang tidak boleh membantu kita sedikitpun dalam
meningkatkan prestasi dalaman kita. Marilah kita bina dalaman kita sepertimana
yang Allah telah memberi peringatan; “Sesungguhnya Allah tidak mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada
diri mereka sendiri” (surah ar-Rad, 13:11). Inilah yang ditunjukkan oleh Islam
dalam mencapai modal insan seperti yang diamalkan oleh para sahabat Nabi s.a.w.
Melayu & Islam - 30

Inilah "modal insan" yang Islam telah bina sehingga berjaya mengemukakan satu
bangsa Arab padang pasir yang tidak pernah diketahui mereka mempunyai kekuatan
oleh dunia luar dari tanah Arab, tetapi mereka mengejutkan Kerajaan-kerajaan yang
hebat ketika itu, seperti Parsi dan Rom. Bagaimana satu bangsa yang mundur yang
sedang tidur ditengah-tengah padang pasir, yang tidak pernah bersatu, yang
seringkali bergaduh sesama sendiri, tetapi boleh bersatu dan bangun menjadi satu
kaum yang kuat sehingga berjaya mengalahkan Rom dan Parsi? Jawapannya adalah
"Islam". Tetapi kenapa bangsa "Melayu" yang mengaku bahwa dia Islam tetapi tidak
sehebat manapun. Gejala rasuah, dadah, buang anak, bomoh, menipu, mungkir janji,
suka berlebihan, Mat Rempit, pencemaran, merebut harta pusaka dan harta anak
yatim, melengah-lengah dalam membuat kerja. Semua itu tidak sedikitpun
menampakkan "modal insan" yang boleh memajukan "Melayu". Bangsa "Melayu"
telah dirosakkan oleh amalan-amalan tersebut. Malah bukan sahaja "Melayu" yang
rosak, tetapi "Islam" turut dikaitkan dengan keburukan dan kelemahan itu, kerana
Islam telah diikat pada “Melayu”. Inilah akibatnya bila Islam diikatkan kepada
Melayu dan hanya merupakan “ritual” luaran seperti “Pertandingan al-Quran”,
“Perayaan Maulidur Rasul”, “Sambutan Maal Hijrah”, bacaan Yaasin setiap malam
jumaat dan entah berapa banyak lagi amalan yang sedikitpun tidak membantu
meningkatkan kekuatan dalaman “Melayu-Islam”. Ini kerana al-Quran tidak pernah
difahami dan tidak pernah dijadikan panduan dan amalan hidup orang-orang
“Melayu-Islam”. Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. hannya dipilih-pilih dan dikutip-
kutip di sana-sini untuk menyesuaikan dengan sesuatu perayaan atau tempat atau
situasi sahaja. Sekiranya pihak berkuasa sangat berkeinginan untuk meningkatkan
“modal Insan” bukan sahaja dikalangan pekerja awam tetapi juga ahli-ahli politik
yang ramainya terdiri dari orang “Melayu-Islam” maka “pemahaman” aqidah, isi al-
Quran dan sunnah Nabi s.a.w. hendaklah merupakan satu-satunya sumber rujukan
dan pegangan di semua peringkat. Setiap detik, setiap pergerakan, setiap pilihan
yang hendak dibuat mestilah merujuk kepada Islam - jika Islam kata boleh, bolehlah
dan jika Islam kata tidak boleh maka jangan dibuat.

Jika ini telahpun dibuktikan oleh Nabi s.a.w. serta sahabat-sahabat baginda,
kenapa kita tidak mahu mengikuti jejak mereka? Padahal setiap tahun kita
menyanjung baginda s.a.w. dalam majlis-majlis Maulidur Rasul dan Maal Hijrah.
Bukankah itu dikatakan “Cakap Tak serupa Bikin”?. Hanya mulut kita sahaja yang
mengatakan bahwa kita cintakan Nabi s.a.w. tetapi pada amalannya pula kita
melakukan yang selain dari apa yang ditunjukan dan diajarkan oleh Nabi s.a.w. Hati
kita lebih cinta dengan amalan-amalan yang telah kita amalkan dari zaman
Melayu & Islam - 31

berzaman. Kita juga tidak pernah fikir dan tidak pernah ambil tahu sama ada
amalan-amalan yang kita lakukan selama ini bertentangan dengan ajaran Nabi atau
pun tidak. Sebaliknya, kita melabel dan menolak pihak-pihak yang cuba
menyedarkan kita dan masyarakat Melayu-Islam terhadap amalan-amalan yang
tidak pernah dilakukan dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w. dan juga tidak
pernah diamalkan oleh para sahabat r.h.m. Kita menolak seruan tersebut mentah-
mentah tanpa merujuk kepada al-Qur'an dan sunnah Nabi s.a.w. Sikap sedemikian
adalah sikap orang “Melayu” bukan sikap orang “Islam”. Tetapi orang Melayu ingin
dikaitkan dengan Islam walaupun semangat dan kaedah Islam mereka tidak mahu
ikuti ataupun patuhi. Akibatnya “Islam” dilihat tempang dan “Melayu” menjadi
kelam-kabut dengan berbagai kelemahan dan masalah seperti yang disenaraikan di
atas.

Ingatlah apa yang Allah berfirman dalam surah al-Baqarah (2) ayat 174-175; “Hai
manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari
Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan
kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Quran). Adapun orang-orang
yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya
nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-
Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya dan menunjuki mereka kepada jalan
yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya”. Jika kita perhatikan betul-betul kita
akan dapati Allah tujukan ayat ini kepada manusia; iaitu kepada semua bangsa yang
ada di atas muka bumi ini, termasuk mereka yang berada di Khutub Utara maupun
di Khutub Selatan. Oleh itu yang selamat adalah “manusia” yang menerima Islam
dan berpegang dengan kitab al-Quran dan mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
dan sahabat-sahabat baginda. Siapa sahaja yang berada pada jalan itu, maka dia
adalah orang yang paling beruntung. Ayat ini tidak ditujukan kepada sesuatu bangsa.

Ketentuan
Sudah sampai masanya orang-orang Melayu-Islam memisahkan “Melayu dengan
Islam”. Orang Melayu hendaklah menetapkan pada dirinya, mana satukah yang dia
hendak dirinya dikenali. Jika dia hendak dikenali dengan Bangsa Melayu maka
janganlah dia kaitkan dirinya dengan Islam, kerana akibat keburukan sikap dan
perangai Melayu akan dikatakan sebagai keburukan Islam. Dan jika dia pilih “Islam”
(inilah sepatutnya), maka hendaklah dia mengenepikan kemelayuannya, walaupun
akhirnya kehebatan “Islam” akan menonjolkan kemelayuannya juga. Orang Melayu-
Melayu & Islam - 32

Islam kini terlupa bahwa jika dia pilih Melayu dia sebenarnya pilih keduniaan. Tetapi
jika dia pilih “Islam” sebenarnya dia pilih dunia dan akhirat. Ini bererti dia akan
dapat “Melayu” dan dia akan dapat “Islam”, kerana Islam akan mendesaknya supaya
menjadi manusia yang terbaik. Allah berfirman; “Kamu adalah umat yang terbaik
yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (surah Ali-Imran
3:110). Sebagai seorang Islam, dia tiada pilihan melainkan membawa dirinya
memenuhi kehendak Allah dan Rasul-Nya. Itu sahaja pilihan yang ada padanya.
Pilihan ini sangat perlu dan mendesak. Melayu lebih dekat kepada “adat dan budaya”
sementara “Islam” lebih dekat kepada “ibadah kepada Yang Maha Pencipta”, seperti
yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Sekiranya ada “adat dan
budaya Melayu” yang bertentangan dengan “Ibadat kepada Allah” maka yang mesti
diubah atau dibuang adalah “adat dan budaya Melayu itu” bukan “Islam” yang
diubah. Dengan demikian, Islamlah yang berada pada kedudukan yang lebih utama
berbanding dengan Melayu ataupun dengan mana-mana bangsa di dalam dunia ini.

Allah melaknat kaum Yahudi kerana mereka meletakkan bangsa mereka


ditempat yang tinggi dari ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah. Mereka mendakwa
bahwa hanya bangsa Yahudi sahaja manusia yang dipilih oleh Allah untuk masuk
syurga dan mereka masuk syurga semata-mata kerana mereka Yahudi bukan kerana
ketaqwaan kepada Allah, dan bangsa lain tidak boleh masuk syurga bukan kerana
mereka tidak bertaqwa kepada Allah, tetapi kerana mereka bukan bangsa Yahudi.
Begitulah juga dengan agama Hindu. Mereka menetapkan “kasta-kasta” kepada
pengikut mereka. Kasta yang paling tinggi dan baik adalah Brahman dan mereka
boleh buat apa sahaja (samada baik mahupun buruk), mereka tetap akan masuk
syurga. Sebaliknya golongan Dalit (terbuang atau golongan yang tidak boleh
disentuh - “untouchables”), mereka ini golongan hamba di dunia ini dan bila mereka
mati mereka tidak boleh masuk syurga. Tetapi Allah telah menolak dakwaan itu
seperti dalam firman-Nya surah al-Baraqah (2) ayat 112; "(Tidak demikian) bahkan
barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat
kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati", dan
dalam surah Asy-Syuara (26) ayat 89; "Kecuali orang-orang yang menghadap
Allah dengan hati yang bersih". Allah tidak menyebutpun bangsa atau puak atau
kumpulan tertentu dalam ayat-ayat tersebut.

Ada orang yang mengatakan “Islam kena ikut zaman”. Sebenarnya “zamanlah
Melayu & Islam - 33

yang kena ikut Islam”. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang
terakhir. Oleh itu apa-apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. dan apa-apa yang
terdapat di dalam al-Qur'an akan kekal sehingga hari Kiamat. Perubahan dalam
dunia fizikal manusia tidak memerlukan kepada perubahan kepada tafsiran al-
Qur'an mahupun sunnah Nabi s.a.w. Sebab apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.
adalah untuk membetulkan ahlak manusia yang kita katakan sebagai agama. Jika
pada waktu manusia hidup di zaman batu, manusia memerlukan makanan,
memerlukan untuk berkahwin, memerlukan untuk berlindung dari hujan dan panas
dan yang penting memerlukan perlindungan dengan Allah. Semua ini tidak pernah
berubah dan tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Jika dahulu manusia
membunuh, hari ini manusia masih membunuh dan manusia akan terus membunuh
di masa akan datang sehingga hari Kiamat. Jika ini semua tidak berubah, maka al-
Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w. juga tidak berubah. “Manusia”lah yang mesti ikut
dan patuh kepada al-Qur'an dan sunnah Nabi s.a.w.; tidak kira di zaman mana
manusia itu berada.

Ingatlah peringatan Allah kepada manusia dalam sebuah hadits qudsi yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim;

Wahai hamba-Ku kamu seluruhnya sesat kecuali orang yang telah Aku
beri hidayah. Kerana itu mintalah petunjuk kepada-Ku, nescaya kamu
akan Aku beri petunjuk. Wahai hamba-Ku, kamu seluruhnya lapar
kecuali orang yang Aku beri makan. Sebab itu mintalah makan
kepada-Ku, nescaya kamu akan Aku beri makan. Wahai hamba-Ku
sesungguhnya kamu seluruhnya sering berbuat kesalahan, malam
atau pun siang, dan Aku mengampuni dosa seluruhnya kecuali syirik.
Oleh kerana itu mintalah ampun kepada-Ku, nescaya kamu aku beri
ampun. Wahai hamba-Ku sesungguhnya kamu tidak akan mampu
melakukan kemudaratan yang dapat memudaratkan Aku. Kamu tidak
akan mampu memberi manafaat yang dapat bermanafaat bagi Aku.

Wahai hamba-Ku, sekiranya kamu sejak ciptaan pertama hingga yang


terakhir, baik manusia ataupun jin, taqwa sedalam-dalamnya,
tidaklah akan bertambah kerajaan Aku sedikit pun. Wahai hambaKu,
sekiranya kamu sejak ciptaan pertama hingga yang terakhir, baik
manusia ataupun jin, seluruhnya melakukan kedurhakaan sedurhaka-
durhakanya, sedikit pun tidak akan mengurangi kerajaan Aku. Wahai
hamba-Ku, sekiranya kamu sejak ciptaan pertama hingga yang
terakhir, baik manusia ataupun jin, berdiri berbaris pada satu tanah
datar, lalu mereka meminta kepada Aku, kemudian Aku beri setiap
Melayu & Islam - 34

permintaannya, tiadalah akan mengurangi kekayaan Aku bagaikan


terbenamnya jarum yang dimasukkan ke dalam laut.

Wahai hambaKu, semua amal kamu, aku catat dan perhitungkan


untuk kamu, kemudian akan Aku berikan balasannya dengan
sempurna. Barangsiapa yang menghasilkan kebaikan, hendaklah
memuji syukur kepada Allah, dan barangsiapa yang menghasilkan
selain dari itu, janganlah menyalahi siapa pun kecuali dirinya sendiri.
(Hadits ini di riwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Hakim).

Islam tidak akan “untung” atau “rugi” sedikitpun jika Melayu atau Cina atau
India atau apa-apa bangsa sekalipun dimuka bumi ini menjadi sebaik-baik makhluk
ataupun sebaliknya menjadi sejahat-jahat makhluk, kerana Islam berada di luar
bangsa. Jika sekiranya tiada seorang pun manusia yang memeluk Islam, Islam tetap
Islam dan ia suatu yang kekal dan wujud dan manusia yang menolak Islam, manusia
itulah yang rugi kerana di akhirat nanti dia tidak mempunyai tempat bergantung dan
dia akan dicampakkan ke dalam api neraka selama-lamanya. Islam itu adalah
Sunnatullah. Islam tidak boleh dihapus oleh manusia, kerana manusia itu sendiri
dibentuk atas Sunatullah. Oleh itu istilah "untung" dan "rugi" ini tidak boleh
dikaitkan dengan Islam. Tetapi manusia Melayu atau Cina atau India atau mana-
mana bangsa dimuka bumi ini yang akan "rugi" jika mereka menolak Islam, jika
mereka meninggalkan Islam, jika mereka mengenepikan Islam atau jika mereka
bermusuh dengan Islam. Jadi "untung" dan "rugi" ini dikaitkan dengan manusia,
kerana manusialah yang akan menerima akibat mahupun ganjaran atas pilihan dan
amalan mereka.

Ingatlah ayat yang tercatat di permulaan tulisan ini bahwa bangsa yang Allah
telah wujudkan adalah; ". . supaya kamu saling kenal-mengenali.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah
orang yang paling taqwa diantara kamu. . ." (Al-Quran surah al-Hujurat (49)
ayat 13). Artikel ini bukan memperkecilkan orang Melayu tetapi sebagai peringatan
bahwa jangan kita terlalu ghairah dengan bangsa sehingga Islam yang ada pada kita,
kita letakkannya di tempat kedua kalaupun tidak ke tempat yang ketiga atau lebih
bawah lagi - kerana jika itu berlaku, amat malanglah bagi bangsa tersebut.

Marilah kita jadikan bangsa Melayu-Islam ini satu bangsa yang hebat dengan
meletakkan Islam sebagai benteng hadapan dalam setiap amalan dan pilihan yang
kita buat dalam hidup kita ini. Dengan memahami dan melaksanakan apa yang Allah
telah perintahkan di dalam al-Qur'an dan apa yang telah disampaikan oleh Nabi
Melayu & Islam - 35

s.a.w. Dan kita fahamani dan amalkan semua perintah itu sepertimana telah
difahami dan diamalkan oleh para sahabat r.h.m.

Wallahu 'alam.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam


kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Surah al-Asr (103) ayat 1-3

Anda mungkin juga menyukai