Anda di halaman 1dari 2

Tema :

Seorang remaja perempuan jurusan akaun yang dulunya berminat untuk berdakwah melalui blog
akan tetapi disebabkan oleh kesibukkan belajar menghalang dia untuk meneruskan kegiatan
dakwahnya.Namun setelah mendapat nasihat daripada Kak Humairah,dia telah mendapat semangat
baru untuk meneruskan keazamannya dengan berdakwah melalui blog.

Latar tempat :

Di Tasik berhadapan rumah Iman.Contohnya, “Aku berjalan menuju ke sebuah tasik yang terletak
berhadapan dengan rumahku. Bayu petang malu-malu menyapa wajahku.”

Latar masyarakat:

1. Masyarakat yang prihatin terhadap dakwah.

Contohnya,Kak Humairah yang menasihati Iman dengan mengatakan " Dakwah seperti yang Iman
tahu adalah tugas suci dan tanggungjawab yang ALLAH amanahkan pada kita semua sebagai khlaifah
ALLAH di atas muka bumi ni. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dan menyeru kepada kebaikan
dan melarang kemungkaran kepada masyarakat. Ada macam-macam kaedah dakwah yang boleh kita
gunakan dan yang Iman pernah bagitahu akak dulu adalah melalui blog. Bagi akak, cara tu sangat
bagus sebab sekarang zaman IT dan zaman teknologi di mana kebanyakan orang menghabiskan
bayak masa dengan internet. Itu adalah satu peluang untuk kita menyebarkan dakwah."

Watak dan Perwatakan:

Iman.Seorang yang berfikiran terbuka.Contohnya,Iman bersemangat setelah mandengar nasihat


daripada kak humairah dan berazam untuk terus berjuang dan berdakwah melalui blog.

Kak Humairah.Seorang yang bertanggungjawab terhadap agama.

Contohnya,dia menyatakan keaadan masyarakat masa kini yang sedang mengharungi pelbagai
cabaran dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang
betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuk sama-sama
melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran mengenai
ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.

Nilai :

 Nilai ketaatan kepada tuhan.Contohnya,Kak Humairah yang seakan-akan marah kepada


Iman yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai khalifah Allah lalu meminta Iman untuk memohon keampunan terhadap Allah SWT.
 Nilai kesedaran terhadap kelemahan diri.Contohnya,Iman yang meminta nasihat daripada
kak Humairah supaya dirinya lebih bersemangat untuk meneruskan kegiatannya dalam
dunia dakwah.
 Nilai kesungguhan.Contohnya,Iman bersemangat kembali untuk meneruskan dakwahnya
dengan segera membuka komputer riba setelah sekian lama dibiarkan lalu menaip sebuah
cerpen yang bertajuk ‘Kerana Dakwah’.

Pengajaran

-Kita mestilah taat kepada tuhan supaya hidup diberkati oleh Allah SWT.
-Kita hendaklah sedar akan kelemahan yang ada pada diri agar sentiasa dapat memperbaiki
diri ke arah yang lebih baik.
-Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja supaya mendapat hasil
yang lebih baik dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai