Anda di halaman 1dari 3

Adam: Bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil alamiin,wassolatu wassalaamu alaa asyrafil

ambiyai wal mursalim. Wa’ala alihi wa sohbihi ajma’iin.Assalamualaikum wbt,salam ukhwah,salam


kasih sayang dan salam 1 malaysia.

Warga kelas sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat allah s.w.t kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadanya, dapat kita
bertemu lagi dalam gelanggang forum remaja bersama saya Adam Nur Firdaus Bin Abdul Rahman
pada tengahari ini yang berbahagia ini.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelaum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari
ini, kita sedia maklum, dewasa ini, terdapat cara-cara beristiqomah untuk bereubah ke arah
kebaikan,contohnya,seperti orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.” sesuai dengan
tajuk forum kita pada kali ini” Cara beristiqomah dengan nilai positif dan menghindari nilai
negative:Apa itu istiqomah? Persoalan inilah kunci utama forum kita pada kali ini.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan
empat orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga kelas
sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel.

Baiklah di sebelah kanan saya,ahli panel pertama, saudara Muhammad Al-siddiq Bin Mohd Tarmizi
yang merupakan timbalan ketua umum. Apa khabar saudara?

Siddiq:Alhamdulillah sihat saudara pengurusi. Saudara pula bagaimana?

Adam:Alhamdulillah, sihat juga.

Seterusnya ahli panel kedua, senyuman manis dan ayu orangnya saudari Nur Danisya Binti Hamzah.
Terima kasih saudara kerana sudi menjaga minda untuk Bersama-sama dengan kami pada hari ini.

Danisya: terima kasih juga kepada saudara pengurusi sudi menjemput saya untuk hadir ke sesi forum
kita pada hari ini.

Adam:baiklah, seterusnya panel forum kita yang ketiga di sebelah kiri saya yang mau orangnya tapi
pandai berkata-kata saudaya Nazmi Irfan Bin Faizal. Saya amat bebesar hati kerana saudara sudi hadir
kemari.

Nazmi:Terima kasih saudara pengurusi. Saya dengan senang hati hadir ke sesi forum pada kali ini.

Adam:Baiklah, tidak ketinggalan juga panel forum kita yang keempat dan yang terakhir di sebelah
sana yang bijak dan cantik orangnya saudari Puteri Nur Aisyah Binti Khairi mempunyai jawatan
sebagai naib pengurusi. Terima kasih saudari kerana sudi hadir ke sesi forum kita pada hari ini.
Aisyah:terima kasih juga kepada sudara pengurusi kerana sudi menjemput saya kemari.

Adam:Baiklah, tanpa melambatkan masa, saya akan menganjur soalan pertama kepada saudara al-
siddiq. Bolehkah kami tahu tentang cara-cara beristiqomah untuk berubah ke arah kebaikan?

Siddiq:Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt. Antara cara beristiqomah untuk berubah


ke arah kebaikan ialah seperti “orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya.”

Andai kita belajar hadis, perkara pertama yang disebut adalah tentang niat. Begitulah pentingnya
sebelum kita berubah,kita jelaskan niat dan matlamat ‘kenapa kita nak berubah?’

Anologinya begini:

Kita nak pergi ke sesuatu tempat. Pasti ada destinasi betul? Apabila kita tahu destinasi maka kita
akan lebih mudah dapat membuat pilihan dan keputusan, jalan mana yang mahu digunakan untuk ke
sana.

Nah! Beginilah pengtingnya menetapkan matlamat tentang ‘mengapa kita nak berubah?’. Minda ini
apabila kita jelaskan apa yang kita mahu, maka insyallah lebih mudah ia faham dan memberi arahan
kepada yang lain.

Adam:Terima kasih siddiq atas matlamat anda. Seterusnya saya akan tanya soalan kedua kepada
saudari danisya.Apakah istiqomah itu tentang dosa?

Danisya:Baiklah. Mungkin istiqomah yang anda sangkakan bukan tentang dosa, namun pasti yang
anda mahukan adalah perubahan yang lebih baik kan? Syarat untuk berubah adalah meninggalkan
yang tidak mahu, dan mula (FOKUS) kepada perkara yang kita mahu.

Taubat adalah bermaksud menyesali perbuatan lalu dan berazam memperbaiki perbuatan akan
datang. Yakini, kita nak bina sesuatu yang baru dalam diri kita, dan syaratnya adalah perlu
meninggalkan perbuatan lalu.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu Kembali melakukan dosa,maka,
bersegeralah bertaubat Kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat
mengulangi dosa kali ini.” (Imam Ghozali)

Selagi kita masih di takuk yang lama, pasti susah untuk kita beralih kepada sesuatu yang baru btul?
Justeru, penting untuk sentiasa melazimi taubat. Supaya kita sentiasa bersihkan diri daripada
perkara-perkara lalu, sama ada dosa atau tabiat baruk, seterusnya FOKUS dengan betul-betul untuk
membina pahala dan tabiat baru yang lebih baik.

Adam:Jelas sungguh matlamat anda. Terima kasih atas maklumat saudari. Baiklah selain tu saya juga
akan tanya beristiqomah berdoa kepada Allah? Kepada saudara Nazmi Irfan. Dipersilakan.
Nazmi:Terima kasih saudara pengurusi. Baiklah jangan gelojoh. Tergesa-gesa itu amalan syaitan.
Anologinya, andai sekarang verat kita 150kg, jangan gelojoh mahu terus turunkan kepada 50kg.
Bahkan Quran itu pun diturunkan secara berperingkat.

Lebih baik turunkan berat badan sedikit demi dsedikit secara berperingkat dan tanpa penyakit.
Berbanding, turun menjunam namun mendapat 101 penyakit kerana pemakanan yang tidak sihat
dan penggunaan produk menguruskan badan yang banyak. Ini anologi Sahaja supaya lebih mudah
faham. Antara bentuk perubahan yang mudah faham. Dan ringan untuk dilakukan adalah
memperbanyakkan sedekah ataupun infaq. Mulakan dengan jumlah yang kecil dahulu, kemudian
Ketika kita merasa sudah mampu untuk konsisten barulah ditambah dan digandakan jumlahnya.

Daripada Aisyah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda: “wahai manusia lakukanlah amalan mengikut
keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat Al-Bhukari dan Muslim)

Adam:Ribuan terima kasih kepada saudara Nazmi, baiklah soalan terakhir untuk saudari putri iaitu
“bagaimanakah dengan persikataran yang sama dengan misi kita?

Putri:Rasullallah SAW bersabda: “perbandingan temab yang baik dan teman yang buruk ibarat
seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi.

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minya wangi darinya dan kalaupun tidak engkau
tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau
tetap mendapatkan bau asapnya yang take nak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Andai kita pelajar yang mahu capai kecemerlangan dakan sesuatu peperiksaan, maka bergaullah
dengan orang yang sama misi dengan kita. Suapaya misi kita tidak terganggu sebaliknya saling
mendorong sesame rakan bagi mecapai misi itu.

Persekitaran yang baik dapat membawa hati dan jiwa yang tenang. Sekiab dari saya terima kasih.

Adam:Itu saja forum pada hari ini, sekian terima kasih dari kami sekumpulan.

Anda mungkin juga menyukai