Anda di halaman 1dari 2

Panduan- panduan Dalam Operasi Tajmie

1. Menampilkan teladan yang baik sebelum berdakwah


Rasulullah adalah teladan terbaik perlaksanaan tuntutan Islam secara yang syumul. Menjadi kewajipan bagi para daie untuk mengkaji dan mencontohi pekerti Rasul melalui Sirah Nabawiyah. Contoh yang mulia juga ada pada para sahabat dan tabien . Perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak dan isterinya sebelum kepada masyarakat. Sebelum itu ia harus bermula dengan diri sendiri dengan memaksimumkan keikhlasan dan kejujuran kepada Allah. Syiar kita ialah Asleh Nafsaka Wadu Ghairaka perbaiki dirimu dan di waktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam. Begitu juga syiar Aqim Daulatal Islam Fi Qalbika, Taqum Fi ArdhikaTegakkan negara Islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi ini. Muaz ra berkata: Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menunai janji, melaksana amanah, menjauhi khianat, memelihara adab kejiranan, belas kepada anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam, beramal saleh, memendekkan angan- angan, sentiasa tetap beriman, meningkatkan kefahaman terhadap Al Quran, mencintai akhirat, merasa takut kepada hisab dan bersikap tawadhu. Aku juga melarang kamu memaki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang jujur, mentaati orang yang berbuat dosa, menentang pemimpin yang adil atau membuat kerosakan di muka bumi. Aku wasiatkan agar kamu bertaqwa kepada Allah ketika berada di samping batu, pepohonan dan di rumah. Hendaklah kamu perbaharui taubat bagi setiap dosa yang tersembunyi dan terang. Riwayat Abu Nuaim.

2. Menambat hati sebelum memberi penjelasan


Risalah kita adalah risalah kasih sayang. Rasa kasih perlu didahulukan agar penjelasan selanjutnya akan berlegar di dalam ruang yang harmoni Pembinaan hubungan yang baik adalah kunci untuk menambat hati manusia Anda haruslah disenangi terlebih dahulu sebelum usaha pengislahan akan ditanggapi secara positif kerana sewaktu perhubungan yang baik itu, mereka akan mengenali anda sebagai orang yang baik dan tiada kepentingan. Elakkan penggunaan uslub yang keras dan memaksa.

3. Memberikan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab


Kefahaman adalah asas tindakan yang tepat dan betul Pengenalan kepada Allah dan risalah harus didahulukan sebelum meminta sebarang iltizam agar perlaksanaan tuntutan berdiri di atas landasan yang benar Kethiqahan terhadap perjuangan akan membuahkan iltizam yang tinggi

4. Bertahap- tahap dalam memberi tanggungjawab


Syariat Islam turun bertahap- tahap . Dakwah juga mempunyai marhalah tertentu bersesuaian dengan realiti pendakwah dan juga realiti masyarakat. Jangan gopoh dalam berdakwah hingga melemahkan madu untuk menyertai operasi dakwah

5. Mempermudah, bukan mempersulit


Taklif Rabbani mengambil kira kaedah bermulanya taklif dari yang mudah kepada yang berat seperti pengharaman arak dll. Mengambil kira kemampuan dan tahap keilmuan mereka. Islam membenci sikap ekstrim dalam apa jua keadaan.

6. Pupuk kesepakatan isu pokok sebelum bertembung dlm perkara kecil.


Mendahulukan perkara- perkara asas dan utama sebelum perkara- perkara juz'ie, furu dan khilaf Kita jarang berselisih terhadap perkara yang asas tetapi sering berbeza dalam perkara juzie. Oleh itu mereka harus ditarbiyah agar menjiwai perkara ini.

7. Pendekatan yang mengembirakan sebelum yang menggerunkan.


Bermulalah dengan sesuatu yang positif, disenangi dan menyeronokkan sehingga rasa kasih kepada Alllah dan perjuangan menjadi mantap. Bina ketahanan dalaman yang didasari iman dan kefahaman yang betul agar kesukaran dakwah dapat dilihat sebagai sesuatu yang manis dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai