Anda di halaman 1dari 1

ADAB-ADAB TABLIGH

Kerja ini adalah satu ibadat dan kurniaan yang besar dari Allah swt. Kerja ini
menyerupai kerja para nabi as. Setakat mana kepentingan sesuatu kerja itu, maka setakat
itulah ia memerlukan adab-adab (peraturan, tertib dan kesopanan). Maksud kerja ini
bukanlah untuk mengislahkan orang lain tetapi lebih penting untuk mengislahkan diri
sendiri, untuk menunjukkan pengabdian kepada Allah swt dan mentaati perintahNya di
samping mendapatkan keredhaanNya. Oleh itu, hendaklah mengambil berat dan
memberi perhatian terhadap beberapa perkara berikut,

1. Menanggung sendiri sedaya mungkin segala perbelanjaan, sama ada untuk makan
minum, tambang dan lain-lain. Sekiranya berkemampuan maka kita boleh membantu
rakan-rakan yang kurang mampu.
2. Hendaklah berasa diri kita bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta
semangat kepada rakan-rakan dan semua orang yang menjalankan kerja yang mulia ini.
Janganlah lupa untuk bersopan menghormati mereka.
3. Berhubunglah dengan semua orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri.
Bercakap dengan mereka dengan lemah lembut dan dengan cara memujuk. Janganlah
memandang mana-mana orang Islam dengan pandangan benci dan menghina.
Khususnya, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama.
Sebagaimana kita wajib memuliakan, membesarkan, beradab serta menghormati al-
Quran dan hadith, maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, membesarkan,
beradab dan nenghormati para ulama yang mulia yang telah dikurniakan oleh Allah swt
dengan nikmat ilmu agama yang agung itu. Menghina para ulama yang haq bererti
menghina agama yang akan membawa kapada kemurkaan dan kemarahan Allah swt.
4. Waktu-waktu lapang hendaklah digunakan untuk membaca buku-buku agama serta
untuk duduk di samping orang yang taat lagi soleh supaya dapat mempelajari selok
belok agama. Dengan ini dapat mengelakkan diri daripada berbohong, mengumpat,
bergaduh atau melakukan kemungkaran berfoya-foya. Hendaklah menjauhkan diri
daripada perbualan dan perbuatan yang sia-sia, khasnya semasa keluar bertabligh.
Sebaliknya, masa-masa itu hendaklah digunakan untuk berzikir, berfikir, berselawat,
beristighfar, belajar dan mengajar.
5. Carilah pendapatan yang halal dengan cara-cara yang diharuskan dan kemudiannya
belanjakannya dengan jimat cermat dan tunaikanlah hak-hak ahli keluarga dan sanak
saudara mengikut hukum syarak.
6. Jangan sentuh perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertengkaran dan masalah-
masalah furu’ (cabangan) sebaliknya dakwahlah manusia kepada asas tauhid dan
sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam.
7. Hiasilah segala perbuatan dan perkataan dengan niat yang ikhlas kerana dengan
adanya ikhlas, amal yang sedikit pun akan mendatangkan keberkatan dan kebaikan serta
hasil yang baik.

Anda mungkin juga menyukai