Anda di halaman 1dari 5

Tahun 3 adab (nota padat upkk- fargoes)

Arina aisyah

Adab menghidang makanan


1.lap pinggan mangkuk sebelum digunakan
2.tidak menggunakan pinggan mangkuk yang retak dan sumbing
3.menggunakan pinggan mangkuk yang bersih
4.susun hidangan dengan kemas
5.sediakan peralatan yang cukup seperti sudu, air basuh tangan, tisu dan tuala
tangan.

Faedah menyediakan makanan dengan betul


1.menjaga kebersihan makanan
2.tidak dihinggapi penyakit
3.tidak menjatuhkan kehormatan tuan rumah
4.memudahkan tetamu makan dengan selesa.
Akibat tidak menjaga adab menghidang makanan
1.makanan yang dihidang tercemar dengan kotoran dan kuman
2.senang dihinggapi penyakit
3.keselamatan diri tidak terjaga semasa makan
4.tuan rumah diaibkan kerana tidak menghormati tetamu
5.tetamu tidak dapat makan dengan selesa

Hikmah kedatangan tetamu


1.mengikut sunnah nabi mohammad saw
2.dimurahkan rezeki
3.mengeratkan silaturrahim
4.menjadi contoh yang baik
5.menjalin hubungan mesra
Akibat tidak melayan tetamu
1.allah tidak memberkati kehidupan
2.hubungan silaturrahim terputus
3. Mendapat dosa
4.dimurkai oleh allah dan rasul
Adab menziarahi pesakit
Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi pesakit
1.melawat terlalu lama
2.timbulkan kerisauan kepada pesakit
3.merisaukan ahli keluargapesakit
4.membuat bising
5.berlari-lari
6.makan makanan pesakit

Adab menziarahi orang sakit


1.pilih masa yang sesuai
2.berdoa
3.memberi kata-kata peransang
4.membantu memenuhi keperluan pesakit dan keluarga mereka
5.memperlihatkan kasih sayang dengan pesakit.

Faedah menziarahi orang sakit


1.mengeratkan silaturrahim
2.mengembirakan hati orang sakit
3.mengurangkan penderitaan orang sakit
4.mendapat rahmat.
5.disayangi oleh allah dan rasul

Adab menziarahi rakan


1.niat yang baik
2.masa yang sesuai
3. Memberi salam.
4.masuk jika mendapat izin
5memelihara tingkah laku dan maruah diri
6. Berpakaian menutup aurat

Akibat tidak menjaga adab menziarahi rakan


1.memutuskan hubungan silaturrahim
2.menimbulkan perpecahan ummah
3.menggalakkan amalan mungkar
4.mendapat dosa
5.kebajikan rakan terabai
Perkara yang dilarang apabila menziarahi rakan
1.niat tidak baik
2.menziarahi ketika lewat malam
3.terus masuk ke rumah rakan tanpa meminta izin dan memberi salam.
4.membuat bising di rumah rakan
5.makan dan minum terlalu banyak dan terlalu lama
6.membuang sampah merata-rata
7.berkunjung ke rumah rakan ketika ibubapa rakan tiada
8.menutup televisyen atau bermain terlalu lama
9.tidak menjaga pergaulan antara bukan muhrim

Faedah menjaga adab menziarahi rakan


1.mengeratkan hubungan silaturrahim
2.berkenalan dengan keluarga rakan
3.menjaga kebajikan rakan
4.menyampaikan dakwah islamiah
5.mendapat pahala

Maksud orang tua


 Orang yang lebih tua daripada ibubapa kita.
 Orang yang seusia dengan ibubapa kita.
 Orang yang lebih tuan daripada kita.

Adab menziarahi orang tua


1. Memberi salam apabila berjumpa
2. Bersalaman dan mencium tangan bagi sesama muhrim
3. Membawa buah tangan apabila menziarahi orang tua
4. Tundukkan badan apabila lalu di hadapan orang tua tetapi tidak tunduk setara
rukuk dalam solat
5. Memanggil dengan panggilan hormat yang sesuai
6. Menjaga tingkah laku dihadapan mereka
7. Tidak menyusahkan orang tua untuk menghidangkan makanan
8. Menolong orang tua menghidang makanan
9. Bantu orang tua yang terlalu tua membasuh pinggan dan cawan yang telah
digunakan
10. Tidak memotong percakapan orang tua
11. Ikhlas memberi dan tidak mengharapkan balasan.
Faedah beradab ketika menziarahi orang tua
1. dihormati orang yang lebih muda dan lebih tua
2. hidup menjadi berkat kerana sentiasa disenangi dan direstui orang lain.
3. mendapat pahala
4. menghindari syak wasangka
5. mendapat banyak nasihat daripada pengalaman hidup orang tua

Akibat tidak beradab ketika menziarahi orang tua


1. Tidak dihormati
2. Menimbulkan syak wasangka
3. Mementingkan diri sendiri
4. Hidup tiada panduan
5. Sentiasa melawancakap orang tua
6. Mendapat dosa.

Adab berziarah dan bertamu


 Ziarah
 Rumah saudara mara
 Orang sakit
 Hari raya.
 Kematian

Firman allah:
“wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah
yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi
salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya
beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu.” - surah an nur: ayat 27

Adab berziarah
1. memberi salam.
2. tidak mengganggu keselesaan tuan rumah
3. menghulur sumbangan ketika menziarahi kematian
4. masuk melalui pintu utama
5. memakai pakaian yang sopan 
Kelebihan berziarah
1. Ziarah sangat dituntut dalam islam.
2. Mengetahui khabar dan berita terkini
3. Ziarah mengeratkan silaturrahim
4. Ziarah boleh bertukar fikiran
5. Nasihat menasihati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai